Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 2 September 2008

Puasa ramblings

Time puasa ni, aku selalu teringat zaman puasa kat asrama dulu. Those were the years when bulan puasa tu ialah sesuatu yang memeritkan. Jenuh. Tapi, at the same time, kat sanalah aku rasa first time aku berterawih. Bukan nak, tapi kena paksa. Pahala ada ke tak, aku tak pasti. Tapi yang pasti, aku pernah tertido time solat tu, time sujud. Orang dah sujud dua kali, aku sekali je. Baekkk punya. Muahahaha! Tapinya, kalau tak kerana aku dok kat asrama tu, entah-entah banyak lagi ilmu agama ni aku tak tau. Not that aku pandai sangat sekarang ni kan.. tapi better than I was before. So that's the good thing about it.

Time buka, jenuh gak. Dewan makan bukak seawal tidak. Kul 5 aku rasa dah leh amik makanan. Kalau lambat kang, tinggal saki baki je. Tak pun, food abih. Pastu, hidang kat atas meja makan. Book tempat. Kang tak book, takde le tempat nak makan. Dewan makan bukan le besau sangat pun. Aku tak sure muat ke tak suma students sekaligus gitu. Pastu, kena carik kertas ke hape ke untuk tutup food tu. Tak kang makan telur lalat instead of telur ikan, kan. Pastu, dok le hadap makanan tu. Lama lagi weh nak tunggu buka.

Time dah senior, kitorang ada gak amik food, bawak balik asrama and buka kat asrama je. Setel.

Lepas buka, balik bilik, maghrib. Then tak lama pastu isyak and terawih. Aku givap bila time diimamkan oleh cikgu or kakak yang pakat baca pelan-pelan. Adehhh makk! Tatau apa yang ada kat otak aku time tu le kan.

Time sahur lak, awal gak. Aku tak ingat pukul berapa. Tapinya, yang aku tak suka, kena bersiap lengkap untuk sahur. Yelah, takkan nak pakai baju tido ke dewan makan, kan. Harus kena berbaju kurung bagai. Adehh.. Seawal pagi nak kena bersiap gitu. Tu yang selalu skip je sahur. Tak larat, you!

Petang, ada tadarus. Ini pun, tak penah aku tau apa kebendanya, hence tak penah buat pun before masuk asrama. Everyone dibahagikan kepada beberapa orang dalam kumpulan. Kena geng ramai yang ngaji sambil ngeja, jenuhhh! Aku idak le lancar nau ngaji, tapi ramai lagi yang aku rasa slow ngaji ni. So kena le layan. Tunggu. Target harus le nak khatam satu Quran dalam satu bulan. Tapi, aku tak rasa it materialised pun kot. Hik!

Tu yang aku rasa, sungguh trauma sekali tiap kali bulan puasa muncul kat asrama tu. Yang best time puasa is bila ada kat rumah dengan parents aku. Even now, dah jadik bini orang pun, aku still mendambakan waktu puasa kat umah parents aku. Or, dengan parents aku. Tak kisah lah kalau lauk tu tak banyak, or takde kuih. Tetap best. And aku kagumi Emak aku tu yang sentiasa tabah masak untuk buka and siapkan untuk sahur. Kalau sahur tu, dah settle suma baru dia gerakkan kitorang untuk makan. Selalu aku bercita-cita nak jadik macam dia bila aku kawen.

Now dah kawen masuk tahun kedua ni.. so far tahun ni lum lagilah aku masak untuk laki aku sebab hari tu puasa kat umah parents aku. Tapi last year, aku rasa almost tiap hari aku masak untuk buka. Not too bad, aku rasa. Hopefully, kerajinan aku masih ada lagi tahun ini.

And I don't wish untuk buka kat luar. Leceh. Dulu-dulu masa mula-mula keje, excited nak buka kat luar. Suka nak makan buffet. Now ni, adehhh.. kosser aku nak layan. Selagi boleh elak, elak. Too troublesome, for me.

Pasar juadah lak.. last year aku rasa aku pegi during the last few days puasa je kot. Time dah nak raya dah. Saje gi jengok. Tu pun, sekali pegi habis berpuluh ringgit. Idak le sedap mana pun, tapi kalau dah tengok apa yang terjual tu, temptation ada. Tu yang malas tu. So kali ini, aku akan control trip aku ke pasar juadah. Di samping berjimat, leh le control sikit food intake. Hopefully, tercapai.

Alrighty. Selamat beramal semua!!

Angah

3 comments:

Nor Razi said...

Ngah

Masa aku dulu ada budak bilik aku Cina dan bercita dan convert. Dia di ambil oelh mak angakat kantin sekolah (kantin sekolah dan kantin asrama lain lain walau jauhnya cuma 30M). So alkisah setiap kali bulan puasa dan juga puasa sunat, dapatla kita orang lauk yg best best dari mak angakat dia si tokei kantin sekolah, pasal menumpang berkat kawan kita org yg sedang mendalami agama kita. Dan alhamdulillah sekarang dia sudah memluk Islam dan bekerja di Arab Saudi.

Anonymous said...

Kak Ngah,
Aku sunggohhh boleh relate dengan cerita ko nih.. Hahahaha. Those were the days..

~arena

Alinlai said...

nostalgia sungguh kalu cerita berpuasa kat asrama :) tapi bila fikir balik seronok dan rindu plak zaman-zaman tu ... selamat berpuasa to angah dan suami ...