Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 29 August 2008

Boroi pregnant

Dalam kesesakan jalanraya yang disebabkan oleh penutupan jalan di sana-sini sempena raptai hari kemerdekaan, si suami bertanya kepada si isteri..

"Babe, Amy tu pregnant ke babe? Semalam I nampak dia pakai baju tu macam pregnanttt je". Itu bukan kali yang pertama si suami bertanyakan kepada si isteri soalan itu. Dia pernah bertanya soalan yang sama beberapa bulan lepas yang kalau pada logik akalnya, haruslah sekarang ini perut itu sudah lebih besar seandainya Amy yang bukan nama sebenar itu pregnant.

"Taklah babe. Dia boroi. Badan berisi sikit, pastu perut boroi. Mana ada pregnant. Kalau pregnant, harus dah lama Cik Wok bagi tau kita", jawab si isteri. Cik Wok juga bukan nama sebenar.

"Tu pasallah babe.. kalau naik LRT, kalau dapat tempat duduk, I serba salah bila ada pompuan yang agak-agak gemuk boroi berdiri depan I. Nak kasi tempat duduk, kang benonya dia tu takat boroi je kan.. harus dia offended. Tapi kalau tak kasi kang, entah-entah dia betul-betul pregnant. Tu pasal, I lebih rela berdiri dari duduk dalam LRT tu.. Tak yah dilema bagai", tambah si isteri.

Hik!

*The moral behind the story: Kalau pregnant and nak tempat duduk dalam LRT, silalah pakai baju pregnant yach! Kekekekeke..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan u olssss! Moga kita mendapat pahala yang berlipat ganda di bulan ini.. Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita! Aminnnn..

3 comments:

Deo said...

Mana tak boroinya?! Nak turun stesen lrt yang setingkat tu pun guna lif. Kalaukau perati betul-betul, yang berbondong-bondong menuju ke arah lif lepas keluar dari LRT, mostly perempuan.

Aku wonder, how difficult it is to walk down the stairs, setingkat je. Lagipun dekat pintu lif tu ada tulis untuk orang cacat dan tua, tak silap aku.

mamalisa said...

Boroi? heheh..kelakar baca entry nih..
+++
Sempena ramadhan ni aku susun sepuluh jari pada Angah, maaf kalau ade salah kata di alam maya nih yg boleh menyinggung hati korang ke..ampun ye..0-0..semoga berkat ramadhan dimakbulkan segala doa kita padaNya dan hidup lebih dirahmati..amin

Iced Nyior said...

is this in response to sempoii's newest post? :P

http://sempoiizone.blogspot.com/2008/08/im-not-fat.html