Semalam, beg yang aku order dari AF sampai! Hik! Seronok you. Dapatlah aku beraya dengan beg baru (yang dah aku teruss pakai semalam!) dan kasut baru (yang telah aku beli berbulan yang dulu, tapi sebab time tu beli banyak kasut, lakiku kata, kasut tu buat raya.. dan aku sungguh patuh sekali sebab kasut tu masih di dalam kotak!). Ofkos baju baru gak lah kannn. Tudung baru. Ngalahkan budak-budak aku punya excited! Kekekekeke..
Untuk buka semalam, laki aku mintak nak makan mihun. Aku ok je. Simple je kan. Tapi, dia nak berkuah. Ala-ala mihun sup, tapi pekat sikit nak macam kuah ladna gitu. So what I did was.. tumiskan je bawang, then tambah air banyak-banyak then masukkan ayam yang dah potong kecik-kecik. Masukkan ayam awal-awal untuk dapatkan stok dia gitu. Pastu masukkan yang lain. Fishball, carrot, tauhu, cendawan, sawi. Ofkos boh garam. Aku boh gak oyster sauce sikit. Dah ujung-ujung, aku boh sikit tepung jagung untuk kasi pekat. Setel bab kuah.
Mihun lak, aku tak rendam pun. Aku bahagikan mihun tu pada small portions, then goreng terus dalam minyak panas. Mihun tu nanti jadik garing dan rapuh. Yummy! And time panas-panas, kalau boh kuah, bunyik macam sizzling gitu. Perghhh! Cuma tak sempat nak buat semalam cili kicap dia. Tak dan. Komen laki aku, sedappp. Katanya, leh buat menu kalau orang datang rumah raya nanti. Tapi, jangan tanya apa nama resepi tu lah kan. Tatau apa nama. Tu pun, mihun kuah ala aku. Kekekeke!
Malam tadi lak lepas buka, aku buat lagi satu kek oren. Kali ni, aku cuma grease kan je baking pan tu, instead of letak kertas bakar. Saje aku nak tengok rupa bentuk dia nanti.. leh kuar tak dari pan tu dengan senangnya. And alhamdulillah, cantik je jadinya kek tu. Lebih cantik dari yang aku buat beralaskan kertas bakar. So now I know le kan. Untuk order kawan aku tu, aku akan grease kan je pan tu nanti.
Tadi Emak call nanya balik bila. Aku akan balik Semban for the weekend, then buat kuih raya. Cornflakes tak settle lagi.. huhuhuhuu. Camana nak settle kan.. Anak buah aku, siap tapau lagi kuih tu bawak balik umah semalam. Dia yang settle kan. Aku kasi kuih lain, tak berapa nak. Sabo je le.
Next week, ofis ni akan kosong. Haiyo! Lagi le semangat raya tinggi membuak-buak, kan. Tapi aku harus bekerja. Tak kuasa lak nak cuti. Cuti pun tinggal beberapa hari je. Terpaksa le datang ofis sambil menghitung waktu untuk pulang.. huhuhuuuu! Tag pun harus lengang dah nanti. Bosannya.
Pada those yang dah kira mula cuti raya esok, Selamat Hari Raya aku ucapkan. Maaf Zahir Batin aku pohon. Halalkan segala. Kalau ada nak tuntut hutang ke apa-apa yang patut, sila maju ke depan, yach. Otherwise, tolonglah halalkan. Tak sanggup aku nak carik korang kat padang masyar nanti. Kepada yang memandu, berhati-hati di jalanraya. Your life as well as others in the car and on the road depend on you. Buckle up, yach. Moga kita suma akan selamat sihat dan sejahtera untuk bersama dengan yang tersayang di Aidilfitri ini. Amin. Jumpa lagi lepas kembali dari cuti. Take care!!
Angah
2 comments:
Selamat HAri Raya Angah.. harus aku gi umah ko rasa resepi mihun kuah ko hahahahahaha *ko ajak le aku weii hahaha
and aku sungguh teruja nak rasa biskut raya yg ko buat apatah lagi setelah membaca entry ko dan juga sohabatku delinn itu hahahaha
take care and HAPPY WORKING muahahahahahahaahahaha
datanglahhhh!!! sila ye! aku mengalu-alukan kedatangan.. hik!
Post a Comment