Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 15 September 2008

Weekend journey

Jumaat lepas, kitorang plan nak balik terus dari ofis ke Semban. Nak buka kat Semban. Alin dengan anak-anak pun nak numpang sama sebab laki dia ada keje hari Sabtu so tak leh nak balik hari Jumaat tu. Ok je lah. Lagipun, ofis Alin dekat dengan umah aku and nursery anak-anak dia pun dekat-dekat tu je. Plannya, laki aku amik diorang dulu, sebab Alin abih keje 4.30, and then terus ke Bangsar amik aku terus balik Semban. At least that's the plan.

About 4.45, laki aku call bagitau jalan jem tak hingat from Jalan Semarak punya area. Err.. kalau gitu, kul berapa nak sampai Bangsar, eh? Takpe. Aku tunggu je. Later at about 5, aku rasa aku patut gerak kuar dari ofis ah. Naik je LRT ke mana-mana, that would be much easier for him to pick me up. Aku lambat sikit kuar dari ofis ni sebab macam berfikir-fikir patut tak kuar ni kan. Lambat dalam 3 minit gitu. Tapinya, lambat 3 minit tu, made a lot of difference in terms of passengers yang menunggu nak naik LRT ni! Sabo je le. By the time aku sampai stesen, feeder bas dari Damansara pun sampai sama. Hamik. Nasib le leh masuk lagi LRT tu.

Mula-mula, plannya laki aku nak soh aku turun Ampang Park or KLCC, then ada gak nak soh turun kat Damai. Tapi bila kete macam tak berapa nak gerak and masuk KL tu macam satu bencana, laki aku tanya aku leh tak naik komuter and turun kat UKM. Aku kata, ok je tapi jangan lak kang bising kalau aku lambat. Maklumlah.. komuter tu memang tak leh harap timing dia, kan. Laki aku kata, ok je.

Makanya, sahibul hikayat, sekonyong-konyongnya aku turun LRT kat KL Sentral, and menuju ke tempat komuter lak. Nasib guna Touch n Go, and aku leh kuar masuk mana-mana stesen sesuka hati aku tanpa rugi apa-apa kan. Rush le aku menuju ke platform 6, komuter menuju ke Semban. Haiyo ma.. haiyo paaa! Manusia, macam nak buat haji punya ramai! Haiyoyoyoyoyo! Gila babi punya ramai! Aku pasrah dah masa tu. Tatau nak imagine nak buka kat mana dah kan. Sebab tatau camana nak masuk tren tu nanti. Tak leh imagine. Bau, toksah cakap le kan. Terbayang-bayang aku kesusahan si Arc yang selalu naik komuter tu kan! Kekekekeke..

Bila tren sampai, ada le tukang jaga yang soh tunggu orang kuar dulu. Yelah, platform idak le besau mana. Dah orang tunggu pun berdiri sampai kat gigi platform tu. Orang yang nak kuar, nak lalu kot mana, kan? Pasrah. Aku tengok orang yang dah dapat masuk tu macam bersengayut kat pole dalam tren tu. Macam orang buat pole dance gitu tangan masing-masing. Yelah, aku tatau apa diorang buat le. Muka kepala badan suma tak nampak. Aku cuma nampak tangan je. Aku kan, sayup di belakang sambil pasrah, kan.

Dalam pasa pasrah tu, laki aku call lagi. Dia kata, change of plan. Tanya aku boleh tak aku naik ERL instead of komuter and turun Putrajaya. Perghhhhhhhh!! Awat lah tak terpikir dari awal tadi, kan?? Apa-apa pun, aku syukurrr dengan idea tu. Aku pun dengan senang hati kuar dari asakan manusia tu, and menuju ke ERL lak. Naik KLIA Transit. Oh syukurrr!!

Tapinya, macam Amazing Race le kan. Bergegas sebab tatau time tren kan. Tanak le aku tertinggal and dok menunggu. Laki aku lak telah berjaya memboloskan diri dari jem KL and berjaya naik highway KL - Putrajaya tu. Syukurr sangat. Alhamdulillah, aku sempat naik ERL tu and within a couple of minutes, tren tu jalan. Lega! Aku bagitau laki aku, aku dah masuk ERL, no more change of plan.

Dalam ERL, kepala aku mula berdenyut. Adeh. Takpe lah. Dah tak jauh lagi, kan. At least aku dah lari dari kesesakan manusia nak naik tren. By the time aku sampai Putrajaya, laki aku pun sampai. Ngam gitu timing, boleh?

The rest of the journey was smooth untul nak sampai ke exit Senawang. Haiyo! Banyak le pulak kete! And time tu lak ada VVIP nak lalu, nak gi buka puasa kat masjid kat Senawang tu. Kena lak bagi laluan, leh? Hish! Dari exit tu, berensot nak nyampaikan ke umah parents aku tu. And kitorang sampai, almost time buka. Memang baekkk punya timing. Yelah, I should bersyukur sebab aku dapat gak buka kat Semban, kan. Tak yah lah nak buka dalam kete bagai.

Malam tu, lepas buka and buat apa yang patut, aku telan ubat, and tido. Sedar-sedar, dah kul 9 lebih. Bangun jap, then sambung balik tido. Sungguh le aku tak memanfaatkan bulan Ramadhan ni dengan sewajarnya.

The next day, siang tu tak gi mana-mana pun. Kepala aku tak berapa betul benonya. Aku dilanda batuk dan selsema. Tu yang mood suma lari tu. Tapi malamnya, kitorang beramai-ramai ke bazar kat Ampangan. Saje nak menyibukkan diri di celah-celah manusia yang ramai tu. Dapatlah jugak aku beli tudung selai. Setel dah benonya baju raya kali ni.

Hari Ahad lak, siangnya saje je bawak parents aku gi Jusco. Abah nak tengok baju Melayu. Idak le nak beli lagi. Saje nak tengok. Lagipun dah lama diorang tak gerak ke mana-mana window shopping gitu. Tak beli apa pun. Takat food sesikit.

And hari ni, aku dah mula mabuk nak carik resepi kuih raya. Dah ada a few resepi yang aku dok print ni. Pastu, Arc dah ingatkan aku pasal tepung biskut yang dijual kat kedai kat Kajang tu! Huhuhuhu! Harus banyak gak aku buat kuih ni kang! Dari tak nak buat kuih, ke berjenis-jenis gitu! Hik! So far, aku dah ada resepi biskut nescafe, biskut suji, biskut choc chip, biskut coklat.. pastu kalau beli tepung kat kedai tu, harus biskut almond london. Harus meriah gitu mejaku dengan kuih! Hik!

Okaylah. Orang patutnya cerita pasal nak memeriahkan malam-malam terakhir puasa dengan ibadah, kan.. Ni aku dok pasal raya. Hishhhh!!

Oh.. lakiku tu kan prihatin pasal warga tag, kan. Ngalahkan dia yang tagging sama kan. Dia dok tanya aku, bilanya si LB tu nak ke Germany. Dok tanya aku, takde nak buat apa-apa gathering ke sempena pemergian LB tu. Dok tanya aku bilanya LB punya flight. Kita nak nganto ke tidak. Aku, memang le ok je gi nganto tu kan. Tapinya, takut lak si Arc and anak-anak rasa tak berapa nak best nak berpeluk cium ramai lak menonton, kannnn.. kekekekekeke.. Nak buka sama pun, aku nak tapi mana le tau kot-kot Arc dan anak-anak nak memanfaatkan waktu-waktu yang ada ni bersama-sama, kannnnn.. So, camana eh? Delinn? Yam? Arc? Kekeke.. Arc pun aku nanya sama, leh?? Hik!

Angah

3 comments:

Nani Shahabudin said...

betulla macam amazing race..hehe

DeLinn said...

alaaaaaaaaaaa ngah! Khamis aku dah ada another appointment yach. u go ahead kalo nak gi. Kim salam sama LB okes.

Anonymous said...

ish ngah, takyoh ler susah2, but tima kasih nooo....LB pegi bukan lama bebenor heheheheheh

arc