Betullah kata seseorang itu kan.. puasa ni sungguh sinonim dengan food! Instead of tak makan, time ni lah suma terhegeh-hegeh cite pasal resepi, google resepi, cite kat tv pun banyak pasal memasak, apatah lagi pasar juadah as well as buffet Ramadhan, kan?? Kat ofis lak, dok sembang pasal apa nak masak untuk buka, apa kuih nak beli etc. Kalau tak tu, takde le pulak busy cite pasal food. Moskel aku. Nape eh? Walhal, hari-hari biasa, makan gak, kan? Yang biasa masak hari-hari kat umah tu, time puasalah takde idea nak masak apa. Kalau hari lain, mana dapat menu nak masak apa? Apa yang berubah? Bukan patutnya lagi senang sebab makan dua kali je ke? Eh, aku moskel ni, termasuk le tentang diri sendiri yach! Jangan ada lak ingat aku menyindir! Kekekeke.. Hampunlah kan kot terasa.. memang le takde niat nak sindir.
-----
Semalam aku buka puasa kat umah mentua. Adik-adik laki aku yang berdua tu ada, so kitorang buka le sesama. Before that, beli kek sempena birthday adik dia yang second which was last week. Tapi tak buat apa-apa celebration sebab nak tunggu adik yang bongsu available. Kek yang dibeli cuma chiskek buatan Jusco je. Kecik je saiz dia, tapi sedap kan. Cukuplah. Kalau ikut hati, nak gak beli kek SR tapi, sapa lak nak pulun kasi habis sebijik kek di bulan puasa. So bawak le bertenang.
Adik ipar yang bongsu tu lak, time kitorang pegi pasar juadah, macam-macam yang dia nampak, macam-macam yang dia nak beli. Plan cuma nak beli ayam golek je, tapi bila sampai pasar tu, macam-macam yang diteringinnya. Tu le masalah kalau gi pasar tu. Nasib masih terkawal lagi nafsu tu. Aku cuma beli kurma je untuk stok kat umah. Syukur masih berjaya menahan nafsu.
And semalam jugak menduga kesabaran aku dengan jem nak balik ke rumah. Bukan kat KL jemnya tapi kat area rumah. From my house ke umah in law aku yang boleh sampai dalam 5 minit je sebab banyak belok-belok, ended up dekat 20 minit kot! Jem bangat sebab ada pasar in between our places! Givap aku! Not of the pasar, tapi of orang-orang yang takde sense yang nak ke pasar tu, yang suka je campak kete and motor diorang wherever they like! Hadoilah kan! Grrrr..!!! Kurang pahala aku dok nyumpah orang tu suma.
-----
Dalam pada kemalasan melanda, aku layan gak bersahur bersama laki ku. Yelah, pahala nak kaut dalam keadaan totality, kan. Though benonya malas tu lebih untuk bersahur, aku gagahkan jugak bangun. Lagipun, laki aku bukan nak makan nasi pun. Takat nak makan roti dengan Milo je. Tu pun, kalau aku tak mampu buat untuk laki, saje je le kan!
Hopefully, aku akan tetap rajin untuk bangun bersahur dengan laki aku and sediakan apa yang patut untuk dia. Tu pun on a diet mission gak tu. Hopefully, susut le sikit perut tu by the end of Ramadhan kalau control makan macam the past few days.
----
Bila tengok entry Anne pasal hijab tu, terusss aku teringat kat laki aku. Laki aku tu, dah lama dok soh aku berpesen dengan tudung. Dia bosan tengok aku asik-asik dengan tudung bawal aku, or tudung kebanyakan aku. Syian dia! Aku bukan tanak berpesen, tapi tulah kan.. aku bukan boleh mula. Kang nak beli tudung, kena carik baju/suar. Dah carik baju/suar, nak carik henbeg. Dah carik henbeg, nak carik kasut. Tu yang payah. Tu yang aku ni kalau gi ofis cuma berbaju kurung je sebab tudung aku untuk baju kurung, fixed.. semata-mata nak mengurangkan jenuh nak matchingkan benda yang limited. Tapi bila tengok sites lepas baca blog Anne, sungguh aku teruja nak carik benda tu suma. Teringat aku satu beg Liz Clairborne yang aku jumpa hari tu.. Sempat rasa nyesal tak beli! Err.. shopping lagi ka?? Mampos!
Angah
2 comments:
Ngah,
Versi meroyan ko sempena bulan ramadhan almubarak ni bunyi ala royanan terkawal al musllimah...ko memang roklah ngah!!(baca sambil sahur ni..)
takmo tulis nama
Ngah,
Jom jom, kita pegi shopping!
Post a Comment