Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 19 September 2008

TGIF!

It's another Friday! Yippie!! Sebelum lupa.. malam ni dah malam ke 20 Ramadhan, so esok malam ke 21 Ramadhan. Dah masuk malam ke 21, kena pulun amalan yach! Raya pun raya gak, tapi mana le tau kot-kot ini Ramadhan yang terakhir kan.. rugi kalau tak pulun. Eerr.. ni peringatan untuk aku benonya yang masih tak berapa nak insaf ni. *mode insaf seketika*

Isnin depan aku cuti. Plannya, this next 3 days, aku nak pulun buat kuih. Muahahaha! Tuu diaa the evil spirit gitu. Aku nak buat sampai jadik gak, sampai aku puas hati. Tak puas hati, buat lagi. Geram kan. The last resepi kuih suji yang aku dapat ni, dari Ghee si pengeluar minyak sapi tu punya site. Kalau tak sedap gak kuih suji aku, kalau tak melt in the mouth gak kuih suji aku, tatau dah nak kata apa. Gamaknya, next year, tak nak lagi dah buat. Redho.

Pastu kan, aku dah dapat lagi satu resepi dari kawan aku ni. Resepi mudah je. Resepi kuih dam. Ala, yang rupa dia macam petak dam tu.. Semalam, kawan aku beriya-iya nanya aku camana nak petak-petakkan kuih tu. Aku lak, yang tak penah buat ni, tapi visualisation aku baekk punya, telah ajar dia camana. Siap aku lukiskan 3-D diagram lagi sebab dia tak leh nak visualise kan apa aku cakap. Hari ni dia cuti and buat kuih tu. And telah melaporkan bahawa method yang aku ajarkan dia semalam, menjadik! Syukurrr!! Hahahahaha! Tak sesia belajar tinggi-tinggi! Hik! So, aku lak nak try itu resepi nanti. Eerr.. udah tambah lagi satu kah senarai kuih? Sabo je le. Ni yang intro dok kata pasal ibadah? Hishhhhhhh! Pagi tadi dok dengar lagu raya kat radio pun dah senyum-senyum sendiri sebab mood dah mari, tau! Dasar sangat.

Semalam, dok sembang dengan laki aku pasal hantu kena ikat. Kata laki aku, hantu kena ikat untuk orang beriman je. Huh? Iye ke? Aku tak rasa le itu yang aku belajar. Pastu laki aku kata, tu kes histeria kat Sg. Lumpur tu masih ada lagi bulan puasa ni, apa barang. Errr.. mana le aku tau, kan. Aku kata, tu suma saiko kot. Takut dari dalam diri. Bukan hantu. Kot jin ke, kan. Pastu, laki aku kata.. ok, kalau ye takde hantu, jom dok kat kubur malam-malam.. Boleh?? Aiyoyoyoyo!! Kekekekeke! Kosser le kannnnnn!!! Terus aku saspen nak tido. Terus aku takut. Hampeh laki aku tu tau! Hish!

And minggu ni, so far aku buka kat 1) umah, 2) umah, 3) umah mentua, 4) umah, 5) gols, 6) & 7) tatau lagi umah ke umah mentua. Harus ada at least one of those days kat umah mentua. At least le. Tak pun, both days. Will see.

Oklah. Tu je ramblings aku untuk Jumaat ini. Jangan carik update aku on Monday, yach! Hik! Till then, marilah kita ingat-mengingati untuk mempertingkatkan amalan kita di malam-malam terakhir Ramadhan.. moga kita dapat berjumpa dengan malam lailatulqadar.. aminnnnnnn..

Angah

No comments: