Ramadhan ni aku nampak perubahan positif dari segi penjagaan pemakanan laki aku. Kalau dulu, cakaplah sampai tergigit lidah sekalipun pasal penjagaan pemakanan ni, haram dia nak amik port. Dia buat tak tau je. Bukan cakap telinga kanan kuar telinga kiri, tapi pakat memantul kuar dari telinga yang sama gak. Sikit pun tak hinggap kat telinga dia. Sakit hati aku je. Macam-macam alasan dia kasi. Tapi, di bulan yang mulia ni, I can really see the effort. Selalulah gak aku puji dia, kasi encouragement kat dia. Hopefully, it's continuous selama-lamanya.
The things are:
1 - Dia ni suka minum ais. Suka sangat. Aku memang tak suka. Bukan tak suka sebab I hate the taste. Tapi, tak suka sebab aku tau tak elok untuk kesihatan. Kalau dulu aku bagitau sebab tak elok tu, dia memang tak hirau le kan. Alasan dia, panas le, haus le. Ofkos le kan. Sekarang, aku bagitau dia, jangan minum ais lepas buka.. kang rasa bloated. Minum air suam. Minum air panas. Alhamdulillah, he is ok with it di bulan yang mulia ni. So far, kitorang tak penah buat air sejuk untuk buka. Ada pun, cuma masa kat The Loaf itu hari. Tu pun sebab takde selection lain nak pilih and we had only half a glass each. Kalau tau, elok oder segelas je. Tak le membazir, kan.
2 - He loves rice. Pendek kata, dia ni species yang boleh mati kalau tak makan nasi gitu. Ada, kan species gitu? Dapat lak bini yang tak berapa nak heran sangat dengan nasi. What a combination gitu. Kalau kena lauk dia, bertambah le nasi yang dah sedia menggunung tu. Tapi di bulan yang mulia ni, aku boh nasi dia yang ala kadar, and dia jarang tambah nasi tu bila dah abih. Tau pulak perut dia tu kenyang.
3 - Ulam suma tu memang laki aku tak makan. Pahit, katanya. Yelah, ulam kannnn. Kot manis, dessert. Tapi, di bulan yang mulia ni, pandai dah dia berjinak makan peria katak. Itu je lah yang mampu dia makan. Tapi, aku syukur sangat. That's an improvement, kan. I won't push for more for the time being part-part ulam mana yang dia patut makan. Takpelah. Syukur sangat dah tu.
4 - Sahur, kitorang takat makan roti wholemeal je dua keping sorang. Kata dia, kot makan nasi, kang makan banyak. Logik gak tu. Aku pun tak berapa gemar makan heavy time sahur ni. Lemau je aku rasa. Makan roti, cicah Milo or apa-apa je le.
Oklah tu.. ada 4 improvement. Verrryyy goooooddd!!
Bagi aku, kot dia tak lose an inch pun sempena puasa ni, takpe. Yang penting, he is living a healthy lifestyle. The inches lose will be a bonus, kalau ada. Kesihatan tu lebih penting, kan. Yelah, aku pun tak penah aku rasa seumur hidup aku, lose weight di bulan puasa. Tatau nape. Dah dasar lemak tepu, gitu le kot. Lemak degil. Kena cuci dengan sabun kot baru hilang! Hik!
Oh.. cite pasal food sikit.. Kekekeke.. Semalam, buka kat rumah. Aku masak sup bak choy campur fish ball dan goreng ikan selar. Panaskan kuah masak asam, sadin, ikan taucu, rendang. Tu suma lauk recycle tu. Pastu Alin beli ikan kembung kari. Penuh meja, you!
Ok. Dah abih cite. Eh nape aku rajin update bulan puasa ni eh? Idea banyak je nak nulis! Aku rasa macam tiap hari di bulan puasa ni interesting je. Boleh? Time lain kureng? Time lain monotonous kah? Entah. Mungkin sebab bulan ini bulan yang mulia!
Angah
3 comments:
ye, bulan Ramadhan yg mulia. Hiks!
psst.. ari ni ko nak kasi aku resepi apa pulak? kekekeke asam pedas, bleh?
aku nak resepi bak choy goreng pedas.
siap gambar
puasa tinggal lagi 21 hari. So mesti ada 21 lagi entry ko pasal makan, makan dan makan kan?
Post a Comment