Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 22 December 2010

Kisah rumahtangga

Kisah suami.
Kisah isteri.
Kisah rumahtangga.

Dalam kereta.
Nak pegi kerja.

Bercerita kisah kereta baru.
Bercerita kisah awek lama.

"...bla...bla...bla.."
"Kalau time tu you dah jadik CEO conglomorate besar-besar, harus dia datang kat you". Kata isteri.
"Ye ke?". Soal suami. Naif gila.
"Harus babe. Merangkak dia datang merayu. Leleh-leleh bagai". Kata isteri. Confident gila.

"Time tu, huh, I nak belagak kat dia....". Kata suami.
Time tu, si isteri mengharap si suami kata yang dia ada isteri yang dia sayangi dan eksyen-eksyen tayang kat awek tu.
"...yang I ada awek muda! Tak tengok dah dia... bla..bla..bla..."

Huh?
Time tu, punah harapan si isteri.
Memang dasar si suami nak kena.
Time miskin hina, ini le isteri dia.
Time kaya raya walaupun lum kaya, isteri haram tak ingat.

Isteri pasrah.
Suami parah.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!! *icon nangis gosok-gosok mata*

Angah

p/s: Ini hanyalah fiksyen semata. Tiada kena mengena dengan yang dah mati.

Thursday, 9 December 2010

I miss him

Hmmm.. Kekdahnya, dah tak tengok TV1, dah takde benda lak yang nak ditulis..

Lately, Wan busy nak lampos mengejar due date keje. Aku lak yang kurang keje sebab dah hujung tahun, customer suma dah ramai cuti and aktiviti kurang. I am missing the days when we can hang out together for long. Sekarang aku rasa macam kena berhati-hati selalu sebab tak nak dia terlebih stress lak bila tengok aku stress. Dah lah dia stress, aku lak stress, hancus. And kelmarin he said to me, "I miss home...". Sedih lak aku dengar. I know, and I am missing "home" too. Nak ajak cuti pun dia tak leh. Sian aku tengok dia sakit-sakit pulun gi meeting, gi outstation bagai. Takpelah.. tak lama pun busynya tu..

Errrr.. kalau aku update banyak ni je, aci tak? Dari takde apa-apa, baik banyak ni je kan? Aku pun tengah ML ni. So I should rest lah kan...

Till then.

Angah

Thursday, 2 December 2010

Sketsa TV1

Aku rasa aku kena tengok banyak TV1 to inspire me to write kot. Bukan about the good thing, it's about the bad thing. About the bangang thing. Errrr.. excuse the language.. it's just the time of the month. Hek!

First aku tengok Dialog. Tu suma sebab tweet si Elf lah kata Wak ada kat tv. So aku tengokkan je. Support kawan, kan? Siapalah yang nak tengok TV1 tu kalau bukan pak-pak dan mak-mak menteri, or kawan-kawan and sedara mara orang yang masuk tv tu kan? Kalau tak kerana tu, harus takde orang lain tengok tv gomen ni aku rasa. Aku rasalahhhh... but I know I could be wrong. For someone yang takde Astro, TV1 and TV2 are among the channels yang perlu tonton gak, kan?

Anyway, layanlah Dialog tu. Ntah sapa ntah tetamu, aku tak tau. Tapi aku kesian tengok dia cakap Melayu. Camana tu nak jadik pemimpin kat Mesia, nak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tapi pemimpin sendiri cakap sangkut-sangkut? Aku rasa macam nak soh Wak kasi dia chan cakap dalam bahasa yang dia suka je. Pastu, Wak lak asik tanya soalan yang sama je aku rasa. Ntah apa ntah soalan, aku lupa. Kot le kan otak jem sebab tetamu tu takde idea nak jawab kan? Kot leeeee... Tapi, kot le aku salah paham soalan Wak tu. Entah-entah Wak tanya lain, aku yang interpret lain. In the end, I don't know if it benefits me or not.

Alang-alang tu, aku layan lak tengok Berita Dunia ke hape kan. Farid Ismet tu jadi pembaca berita dengan sorang pompuan yang aku tak tau sapa. Adeh. Farid punya drama le kan.. kalah Karam Singh Walia. Aku dok ingat, Karam tu dah drama abih dah. Dah over abih. Rupanya ada lagi! Ops, ada lagi sorang yang "apakejadah" dia punya tagline tu. Aku tak ingat nama dia. Farid ni I tell you, dah le sebutan macam omputih cakap Melayu, pastu tonasi sikit main! Kekekeke.. Well, he could have been doing it for the last donkey years since he started reading the news lah kan. But I happened to watch it last night. Hence the comment. Kekekekee.. Interesting in a way. Aku bukan interested in the news, but aku interested in the news yang dia nak present sebab the news dictates his tonation! Hahahaha...

Following that, Dari Parlimen. I tell you, this is the peak of them all lah. The bangangest of all. I think lah.. I think ok.. this is only what I think.. the reason the show is on air is to be tranparent with the rakyat on how the monkeys memperjuangkan nasib rakyat in Parlimen. Ended up, isu bangang yang jadik bahan. Ada ka malam tadi ada monkey dok usul soh potong gaji Menteri Pelancongan sebanyak RM100?? Yes, SERATUS hengget! Errr... gaji dia cuma RM500 ke that RM100 will give huge impact on her?? The reason for that is the monkey mempersoalkan apa Menteri tu dah contribute. And the Menteri lak dok bermati-matian defended herself. Boleh? I don't know.. I guess she wanted to prove that she did something and God she deserves the RM100 monthly. Yelah, kalau dia tak defend kang, tak pasal-pasal gaji kurang RM100 kan? Mana nak bayar maid, mana nak bayar kete, mana nak bayar rumah, mana nak shopping bila gi overseas to promote Mesia, kan? Damn she needs that RM100! And that bloody RM100 yang diorang dok bahaskan, dok wasting Parlimen time, is damn bloody duit rakyat, occayyy??? My money! The taxpayers money! Aiyoyoyoyoyo!!

Tolonggggglahhhh MP sekalian.. guna akal, leh?? Ni dah macam cite Seniman Bujang Lapok. Cite pasal belacan pun nak berbunuh-bunuhan. Logiklah tu sebab kalau RM100 pun nak kena masuk Parlimen, tak salah le kalau orang berbunuh-bunuhan pasal masak lauk tak taruh belacan. Owh God it's really an insult to my brain le! Camana le Mesia nak maju. Buat le PEMANDU ke, PENUMPANG ke, kalau these are the MPs that we have, sampai kiamat le we will be the same. Owh for that reason, they are none of those that I picked in the last election.

In the end, bila Parlimen soh undi sapa setuju sapa tak setuju, ofkos she gets to keep her valuable RM100. Fuhhh! Lega. Gila tu! So, bila lak nak potong gaji MP untuk bantu orang welfare? Orang yang dapat bantuan RM50 sebulan? Yang tak leh nak gerak dari tempat tido apatah lagi gi overseas? Seriously, gila diorang ni.

And for all that reasons, I don't watch news. I am all for tabloids. Biarlah orang dok kata bodoh je baca tabloid tu. At least, they are real. They are real people. Cite orang kena rogol, orang bunuh orang, orang miskin dok bawah kolong, orang rumah kena banjir, orang gila, orang kena tipu, cite binatang pelik, cite pokok pelik. Tenang kepala otak aku baca cite tu suma. Lagi menginsafkan diri. Lagi buat aku muhasabah diri.

Sekian bebelan untuk kali ini.

Angah

Friday, 26 November 2010

Home sweet home

I am backkkk in Malaysia yang indah permai ni :) Happy to be home, honestly. Walaupun aku rindukan outlets and shopping centres kat sana, I am glad to be home. If only US tu dekat, harus tiap tahun trip aku ke US ngalahkan trip ke Bandung. Kekekeke..

I thought about this the other day.. Gi negara miskin macam Indon tu, tujuannya shopping. Gi UK pun, shopping gak. Gi US pun shopping, boleh?? Banyak nau kot duit orang Mesia ni? Orang kat US nun idak le galak bershopping aku rasa. Orang Mesia je yang gi sana yang galak bershopping kot. Entah. Anyway, that's just a thought.

Kalau aku ada geng yang ada visa ke US, harus aku ajak gak ke US untuk shopping. For once, nak je aku rasa gi sana untuk shopping instead of due to work commitment. Tapi tulah kan. Sapa ada visa ni weh??? The best would be if Wan ada visa. Heaven, dek non!!

Owh, thank God aku balik hari tu tak kena charge for excess luggage. Dah tentu luggage aku excess. Tapi mungkin sebab flight tak berapa penuh and ramai kot yang tak bawak banyak barang, they were okay with it.

Before balik tu, aku dah mula diserang flu. Dah makan Panadol dah. Telinga pun dah block. Sekali naik flight, the condition worsened over time. Up to a point, aku rasa I could barely hear myself. Tension gila masa tu! Tak reti aku nak equalise the pressure in the ears. Pastu, panas lak seat aku tu. Heater terlebih. Kat alley tu sejuk. Tapi kat seat aku belah tingkap, panas. Suffer gila aku rasa. Kena lak mamat sebelah aku, lena baekkkk punya siap berdengkur. At one point tu, aku ingat dia dah mati sebab tido yang kepala tertunduk ke bawah, and dia tak nyahut bila stewardess panggil. Nasib tak. Kekekeke..

Sampai Bangkok, I was relieved sebab ingatkan leh release the pressure in my ears. Lega jap during the transit tu. It was for just 2 hours. Pastu, naik balik flight, again the pressure built up. Adehhhh.. another 2 hours of torture gitu. Nak nangis pun no point, nak equalise the pressure pun tak leh. Givap aku.

Lega gila bila dah sampai KL. The pressure was still there then and it is still there now. I haven't fully recovered yet, but it gets better lah compare to hari tu. Cumanya, aku rasa macam takde beza je since the day I came back until now. Macam sama je block dia. How eh? Apa nak buat ni? If only anyone knows any remedy, please let me know ye.

Kali ni, I didn't come back with much souvenirs. Beg berat. Sian adik-adik aku dok expect something more for themselves sebab selalunya kalau aku gi mana-mana, they can look forward to that. Tapi tak kali ni. Hampa je. Hik! Takpelah.. next time ye!

Okay, now that I am back, dah tak tau apa nak cerita. So harus ke blog ni kejung semula? ;) Only time will tell. Till then...

Angah

Saturday, 20 November 2010

Last night in San Diego

Owh? This will be my last night in San Diego?? Wow! Best gitu! I mean, it would have been a totally different working holiday if the hubby is here or if the geng is here especially budak-budak Rebanamaya lah kannn... IF ONLY.. Harus by now macam tak nak balik bilik lagi, or tengah dok cite pasal shopping, or tengah belek hasil kan? But then.. hmmm.. dah dok sesorang ni.. Layan resit, boleh?? Melihat hasil sambil melihat kerugian, boleh? The way I interpret it is that I am using "advanced bonus"... Boleh gitu? Kekekeke.. Mampos! Bonus pun tak tau berapa, tapi dah guna! Lantak. Alah, tak sampai sebulan gaji pun belanja.. Belikan untuk orang tu lain kiralah kan. Tapi untuk belanja sendiri, walaupun kecut-kecut perut gak bila dah longgokkan resit ni, masih lagi mencuba menenangkan diri sendiri.

Hari ni, aku gi San Ysidro. For those yang tak tau, it's located right at the border of US and Mexico. Kat San Diego ni, aku rasa macam English ni second language kot. Suma pakat cakap Hispanic. Kalau aku tak pakai tudung, harus orang ingat aku ni orang diorang gak. Kat San Ysidro ni, ada big factory outlet shops, called Las Americas Premium Outlet. Silalah Google sendiri nak tengok apa ada eh. Aku nak download gambo dari BB ni makan berjam, so mahap le. Sabar tak berapa nak cukup.

Mula-mula aku puas dok mikir camana nak pegi. The other day when I went there and bought a bunch of those Coach bags etc, ada geng yang bawak. Kali ni, geng tu dah balik and nak tak nak kena pegi gak. The cheapest way would be by "trolley". Usah le ditanya camana rupa trolley tu. Soh le Joe kasi explain. Kekekeke.. Bila aku nampak word trolley tu je, aku dok ingat Joe sebab dia penah mention kat blog dia dulu. Dari hotel leh naik shuttle to a place called Old Town, and from there leh naik trolley. USD3 je kalau naik trolley. Tapi, bila dok mikir yang nak kena angkut beg-beg yang aku nak pulangkan, pastu dok beramai dengan orang lain, aku tak kuasa nak layan. Pastu, dok pikir nak sewa kete. Tapi, aku malas gila nak switch otak aku untuk drive on the wrong side of the road. Kena concentrate abih. Malas. Makanya, aku terpaksa switchkan otak aku untuk berpikir ala orang kaya. Mamposlah. Naik cab. Orang kat hotel ni pun a few times caution aku sebab mahal katanya. Yelah, kat sini cab mahal gila. Sebatu USD3 charge dia. Jalan sepoet je dah berpuluh dollar. Tempat tu pulak 22 miles from the hotel. Sila convert sendiri ke km kalu nak, ye. Time wise tak lama. Dalam 25 minit je sampai sana, depending on the traffic kat freeway. And guess berapa tambang cab? USD110 pergi balik. Hik! Layan.

Aku teringat gak kat Joe yang kejenya asik naik cab kat KL ngalahkan orang kaya. Hahahaha.. Aku naik cab kat US when aku rasa cab kat KL mahal, leh??? Gilak!

Esok lak, untuk ke airport, I decided to naik cab yang sama gak from SD to LA. Senang. Guess how much is the fee? USD200. Oklah tu. Kalau sewa keta tu about USD100 per day. Pastu masuk LA tu sakit jiwa traffic dia. Entahlah, somehow aku tak tahan tengok traffic kat sini. Lorong sampai 7 or 5 depending on the freeway. Tapi suma penuh. Walaupun gerak, tapi di mata aku sesak je. So biarlah orang lain je yang drive.

Lepas San Ysidro tadi, aku gi Fashion Valley. Nama pun dah menggambarkan tempat, dak? It's a mall. Ada Macy's, JC Penney, Bloomingdale's etc. Saje le buang masa. That was the last place aku shopping, aku rasa. Errr.. nak confident sangat tak leh. Takut ada lak yang aku jumpa kat LA nanti. Kat Fashion Valley tadi, aku nampak kasut leather cantik. Berkenan amat. Beberapa pasang lak tu. Tapi, memang dasar babi sangat.. diorang guna kulit babi! Huhuhuuuuu! Gerammm aku tauuuu! Sungguh cantik dan kelihatan comfortable.

Now, nak kena mikir camana nak pack barang-barang ni. Adeh. Jangan over limit, udah. Saspen tu.

Badan aku lak bosan je dengan weather kat sini kot. Tekak sakit. Yelah, kejap sejuk kat luar, kejap panas kena heater. Bila badan sakit ni, rindu je aku dengan weather kat Mesia tu. Dah a few days aku makan panadol. Hopefully I am good tomorrow, inshaallah.

Oklah. Aku rasa cukuplah kot bersiaran dari San Diego, California. I am wishing for a safe trip home. Weather forecast kata macam nak hujan lebat kat sini. Harap-harap tak le. LA should be good. Kalau ok suma, inshaallah I'll be back in KL by 11.55 am on Monday. Looking forward to that.

Angah

Wednesday, 17 November 2010

Missing..

I am sooooo missing my Gdeb :(

Although it's fun to be away from work and I should be having fun, there's someone that I really missed and he's back home. Huhuhuuuu.. If only he is here, this trip would be much more merrier. At the moment he is struggling with work, completing his projects and I know have so little time to miss me. That's ok. I just hope that all is well with him. I left him when he was not feeling well, and hopefully he is in the pink of health now, ye Babe?

Besides him, I am missing the kids also. Huhuhuhuu..

Before I left, Alia sibuk call. Dia ingat aku nak gi "UF". Adam betulkan, kata "US". Pastu diorang gaduh, and Adam told Alia to ask me to take picture of "bendera", leh? Bila aku tanya mama diorang, mama diorang kata, Adam soh amik gamba bendera so that he can prove to Alia that there's no such country nama "UF" tapi Aunty dia ni gi "US". Kekekeke.. Lawak le budak-budak tu. Pastu, hari tu dia call, then masa aku jawab, at the background dia tengah dok bagitau Adam soh dengar dial tone phone tu sebab bunyik lain. Yelah kan, little things matter to kids. Things we tend to take for granted or assume that they are understood by others.

And of course Emak. Emak ni kalau aku nak travel mana-mana, dia lebih sentimental. Siap pesan selamat jalan, selamat kembali. Pastu tadi sms aku Selamat Hari Raya. Huhuhuuu.. Sedih. Bodoh je kan? Macam lama nau, tapi biasak ah kan. Time sentimental. Time shopping, agak kurang je rasa sentimental tu. Kekekeke...

Oh.. back to my activity hari ni. Tadi aku dengan customer ni ke LA after training. Saje je le kan. Gi Walk of Fame punya area, pusing ke Rodeo Drive, gi Hard Rock Cafe. Tu je le yang ada pun. Nak tengok Beverly Hills golap dah masa tu. Oh, kitorang nampak ada ramai-ramai orang tengah beratur pastu macam ada press conference gitu. Tapi, ehem, acik ni tak kenal lah sapa artis yang diambil gambo tu. Member tu tanya le orang. Rupanya, Sheryl Crow depan mata tu. Dia ada konsert. Boleh? Nak tengok apa orang sibuk-sibuk, tapi tak tau sapa yang nak dispot! Kekekeke..

Oklah. Tu je for today. Tomorrow I hope I can do some shopping. And then figure out my return trip plan. Nak sewa kete then drive to LA, or naik flight, or nak naik Amtrak... Hmm..

Angah

Monday, 15 November 2010

Bersiaran dari San Diego

I am now officially in San Diego :) Weather now is berapa ntah. Tak reti aku nak convert Farenheit to Celcius. Tapi aku bajet-bajet dalam belas-belas Celcius gitu. Boleh? Kekekee.. Dalam 50+ Farenheit gitu. Siang dalam 72F. So kira sendiri le ye. Kira rasa macam dok dalam ofis, pasang aircond full blast. Aku suka. Nasib baik sini bukan Minneapolis ke. Mampos kena ribut salji gitu. Huhuhuuu.. This year snow came early lak kat sana. Aku teringat dua orang budak Melayu yang naik flight sama dengan aku. Dia nak ke Kansas City and Minneapolis. Dah le nak dapat visa punya payah. Dapat pun untuk setahun je. Pastu tak penah gi US lak tu. Dok saspen nak pegi, pastu macam rasa aku terer je gi sesorang. Diorang tanya aku gamaknya sejuk tak kat sana. Kekeke.. Aku kata, setahu aku LA tak le sejuk. Tapi tempat diorang tuju tu, idak le aku tau ada snowstorm nak melanda. Diorang pun aku rasa harus tak prepare about weather. Hamik! Entah-entah dok stuck kat airport mana-mana lak semalam. Sian.

The flight from BKK to LA was okay. Aku berjaya tido when I wanted to. The seats were good gak. Lapang. Even though orang depan reclined the seat, my space was still good. Leh lunjur full kaki aku. So kalau orang pendek dari aku, so much more comfortable le kan. Seat's size pun okay. Entah, I have actually forgotten how it feels like to from MAS. Entah-entah MAS pun sama kot? Every seats ada skrin kecik. Can choose movies sendiri. Ada dalam 20 movies to choose from aku rasa. Tu tak termasuk cite Thai. So oklah.

Food lak.. aku baru je puji dapat makanan best in the other entry. And guess what.. the same food was served on my BKK - LA route, boleh?? Huhuhuu.. Sebijik! Well, you win some you lose some gitu. Dapat makan 2 kali je. The second time tu okaylah. Dapat omelette dengan apantah.

Banyak gak turbulence dalam flight tu. Takat turbulence, macam naik kete kat jalan berlopak, aku tahan lagi. Aku tak tahan bila ada sudden drop macam naik roller coaster tu. Rasa macam cicir jantung lah. Nasib semalam tak banyak rasa gitu. Syukurrr alhamdulillah.

Flight arrived on time aku rasa. Entah. By then, I was already disoriented. Tak tahu local time sebab jam tak set lagi. Pastu kat immigration, lawak je orang tu soh aku bukak tudung so that leh kasi nampak telinga and dahi untuk amik gambo, boleh? Aku jawab le tak leh. Camana le nak bukak pun sebab pakai tudung yang sarung tu kan. Kalau pakai tudung bawal berpin gitu, boleh gak. Nasib bila aku kata tak boleh, orang tu tak banyak cakap. Kira senang gak lah aku masuk. Pastu tunggu kawan aku datang jemput. Then we headed to hotel kat Newport. Don't ask me where. It's somewhere south LA, north SD :)

Pagi ni, we went shopping untuk carik baju anak diorang dulu. Diorang datang laki bini. Best gitu. Anak tinggal kat umah. Then we had breakfast kat cafe nearby that place. Aku risau sebab I don't know which service to tip, which not. Payah.

Anyway, after that, we went to Carlsbad. One of the factory outlets kat sini. Tak abih pusing pun. Masuk kedai-kedai yang mencengkam jiwa aku je. Seperti Coach, Ralph Lauren, Tommy, Gap, Osh Kosh. Tu pun, tak dan nak pusing lama. Boleh? Kekeke.. Masalah kat sini, figure kat price tag tu "kecik" je. So macam tenanggg je bayar. Tapi kalau convert, agak urut dada gak lah kan. Tapiiiii... harus tak dapat harga yang sama kat Mesia tu. So rembat je le. Aku consult Wan, seperti biasa, dia punya respon selalu memberangsangkan.. Sungguh memahami. Hahahaha.. Layannnn..

Errr... adakah aku lupa tujuan aku ke mari? Hampirrrr deknonnnn... Tulahkan. Ni macam paid vacation lak. I guess esok onwards nak kena fokus kerja okkehhhh..!

Some pictures taken using my BB. Owh soooo tempted nak beli kamera kecik sebab takde kamera sekarang kat sini! Huhuhuuuu...


Ni waktu tengah transit kat BKK. 5 jam buang masa. Huhuhuuu...!



Sunset from inside BKK airport. Nice actually, tapi blame it on the camera :)



LAX. What's not clear is "Tom Bradley International Terminal".


Weather news on snowstorm in MN.


View from my hotel room in Newport. There's golf course and far out is the sea :)



Hasil-hasil tangkapan hari ni. Not much in quantity but well... I am happy :)

Angah

Saturday, 13 November 2010

On the way to San Diego

Waktu tempatan is one hour behind Malaysian time. Landed at about half an hour ago. Airport ni canggih gak. Nice. Tapi somehow rasa panas macam orang pasang heater in summer gitu. Macam over sangat nak kasi panas. Apa pesen, tak tau.

I took TG flight. Owh, I sooooo miss MAS. Tak tau nape. Maybe sebab aku rasa macam dekat dengan Malaysia kalau aku naik MAS. Maybe sebab rasa dok dalam “atmosphere yang macam Malaysia”. Entah. Padahal nak gi overseas, dak? Hik!

The good thing about taking flight yang bukan dari Muslim countries ni, is that you can request for halal food. And, the fact that your meal is a specially requested meal, you are going to get the meal much earlier before everyone else. Dah le time tu aku kebuluran. So, it’s just great.

The food served was not bad at all. Nasi apantah, dengan daging masak rendang. Then ada cold salad salmon and udang. Dessert pun best gak. So in total, it’s comparatively as good as MAS punya meal lah. Kopi dia pun sedap lah. Errr.. tapi tak tau nak compare dengan apa lah kan sebab dah lama gila tak naik MAS.

One nice thing about TG is the colours of the internal design of the flight. Seats dia colour pink, purple, orange. Sweet combination. I like! Teringat aku kat Delinn sebab macam combination colour dia gitu. And of course my favourites are also purple and orange. Nice.

Seats punya spacing pun okaylah luasnya. Kira untuk orang saiz aku, it’s quite comfortable.

Cuma tulah kan.. bahasa dia aku tak paham pun. Entah apa-apa entah yang diannouncekan. But then again, aku rasa mana-mana flight punya announcement pun asalkan boleh je kot.

Errr.. aku terlebih review pasal flight kah? Ekekekeke.. Somehow masa dalam flight tadi, tu suma aku observe, boleh? Siap wonder ada tak power point kat seats so that aku leh on laptop and still ada power bila sampai tempat transit. Yelah kan, I need to kill 5 damn long bloody hours. Nasib banyak benda nak tengok kat airport ni. Luas je. Takde le macam masa aku kat Chennai dulu. Sampai nak menanah bijik mata bosan. Kekekeek... exaggerate, occayy!

Security kat airport ni leh tahan gak. Kena kuarkan laptop dari beg laptop, bukak kasut bagai. Dah macam kat US lak.

Owh mata aku dah mula ngantuk ni. Pagi tadi siap packing suma and tido kul 2 pagi. Pastu kul 6 dah bangun. Saje bangun awal so that tido tak cukup and I can sleep in the long haul flight nanti.

Wan lak tak sihat kat rumah tu. Dari semalam macam nak demam. Hari ni macam gastrik. Dia hantar aku kat airport, pastu sebab tak tahan, dia chow dulu. Aku lak hantar dia ke kereta. Shiannn dia. I just hope that he gets well soon. Rasa tak best lak aku jauh-jauh gini and dia tak sihat. I feel wrong, but can’t do much lah kan.

Aku nak surf online lelama tapi aku tak paham apa pesen punya wireless kat airport ni lah. I am given a username and password. Pastu, kat instruction tu tulis: “Note: This access card will disconnect within 15 minutes and expire within 1 days after the first access”. So aku ada 15 mins of surfing time je ke? Takkan asik nak mintak access baru? Adeh. Tu pasal nak tulis ni kena tulis kat Words dulu, then baru aku log in. Kalau tak kang, time mengarang je dah abih usage, apa barang kan? Kosser!

Alrighty. That’s all for now. Ingat nak tulis banyak lagi, tapi later-laterlah ye. Owh by the way, aku tak bawak kamera aku. Too badlah kan. Bila travel for work gini, payah nak jaga macam-macam gadget. Mana nak jaga laptop, mana nak jaga kamera, kang suma tercicir. So terpaksalah korbankan kamera. Huhuhuuu.. Berharap dengan kamera BB aku tu je lah.

Okeh. Till then.

Angah

Thursday, 11 November 2010

My birthday present

Birthday aku this year fell on Deepavali. Again. Second time as far as I can remember. I got plenty of wishes from family and friends. Love you all and thanks for the wishes. Didn't receive any material present though. Not that I kecik hati. Dah biasa. But I received below from Wan.

Schweeetttttt! :-)

I love you, Gdeb!





HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED BABE

KISS OF LIFE

There must have been an angel by my side
Something heavenly led me to you
Look at the sky
It's the colour of love
There must have been an angel by my side
Something heavenly came down from above
He led me to you
He led me to you

He built a bridge to your heart
All the way
How many tons of love inside
I can't say

When I was led to you
I knew you were the one for me
I swear the whole world could feel my heartbeat
When I lay eyes on you
Ay ay ay
You wrapped me up in
The colour of love

You gave me the kiss of life
Kiss of life
You gave me the kiss that's like
The kiss of life

Wasn't it clear from the start
Look the sky is full of love
Yeah the sky is full of love

You gave me the kiss of life
Kiss of life
You gave me the kiss that's like
The kiss of life

You gave me the kiss of life
Kiss of life
You gave me the kiss that's like
The kiss of life

You wrapped me up in the colour of love
Must have been an angel came down from above
Giving me love yeah
Giving me love yeah

You gave me the kiss of life
Kiss of life
You gave me the kiss of life
Kiss of life


Loving you
Your Gdeb

Monday, 9 August 2010

Menjelang Ramadhan

Bila nak masuk Ramadhan je, akan ada satu rasa keinsafan dalam diri aku. Don’t know why. Rasa macam nak jadik insan suci murni yang sentiasa mengagungkan Allah yang satu dan mencontohi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Rasa macam nak beribadat je. Rasa macam nak isi masa dengan benda-benda berfaedah.

Itu rasa. Plan. Realitinya selalu lain. Huhuhuhuuu... It’s definitely not the setan yang menghasut. Definitely. Cuma mungkin setan tu dah sebati dalam jiwa kot. Tu yang kekadang tu lebih setan tanpa perlu ada setan. Maybe aku ni antara orang yang setan tak yah nak bekerja keras untuk menghasut kot. The least time needed to spend on me. Auto cruise je ikut kata-kata setan. Allah.
Anyway, kita mula dengan niat lah ye. Niat nak berubah sikit. Hopefully, dengan kedatangan Ramadhan tahun ni, aku dapat melipat gandakan usaha ke arah jalan Allah. Umur makin pendek ni. The plan is to do amalan yang wajib sebaik-baiknya dan buat amalan sunat sebanyak mungkin. Jauhi pembaziran. Alhamdulillah, that part so far for the past few years, there’s no problem. As long as aku jauhi pasar juadah, inshaallah aku jauhi pembaziran. Yang payah is to lawan mata lepas buka. Bagai ditarik-tarik je kelopak mata tu. Camno tu? Same thing with after Subuh. Nak tunggu waktu gi keje lambat lagi, tapi nak buat benda-benda berfaedah punyalah malas. Hish!

Aku plan nak buka puasa dengan kurma je dulu, pastu solat and tunggu lepas terawikh baru makan heavy. Plannnnn... Muehehehe.. Boleh jadik ke tak, tak tau. Yang pasti, kalau makan time buka tu, alamatnya hidayat le bila nak gi terawikh. Nak buat 8 rakaat pun macam nak perang. Dasar sangat kan?

I think I should keep on reminding myself about “5 perkara sebelum 5 perkara” tulah. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Lapang sebelum sempit. Kaya sebelum miskin. Hidup sebelum mati. Maybe that will help to motivate me. Huhuhuhuuu..

Okaylah. Enough of me reminding myself. So now, aku nak mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pada semua. Mana-mana yang aku ada hutang, silalah tuntut tanpa rasa segan silu ye. Kalau tak, tolonglah halalkan mana-mana yang patut tu. Moga dengan maaf dan halal tu, lebih berkat Ramadhan aku nanti.

Selamat menyambut bulan yang mulia ini dan moga kita diberikan kesihatan oleh Allah S.W.T. untuk memudahkan kita beribadah dan moga kita semua akan memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin. Amin.

Angah *mode insaf*

Wednesday, 2 June 2010

KL-KT-Kuantan-KB-KT-KL 27/5 - 30/5

I went to KT dengan hati yang terluka. Terluka sebab TIDAK DIBENARKAN MENCANDAT! Givap gua! Tidak dibenarkan, without any concrete reason. Takat reason Delinn takde baju lengan panjang, apa barang, kan?? Harus aku serkup-serkupkan Delinn tu kalau dia tak nak pakai baju lengan panjang, if that's the syarat le kan. Unfortunately, that's not the syarat. Simply, TAK BOLEH. No further argument. Oklahhhhh.. mentang-mentang dia orang KT, boleh le lagak gitu kannnnnn... Setahu aku, selama ni, ramai je orang pompuan yang mencandat. Alah, bukan nak jadik nelayan nak bawak hasil tangkapan untuk suap mulut anak bini, kan? Takat nak berseronok. Takat nak rasa the experience. Tak leh? *jeling abih punya jeling ah*. Nonetheless, aku pegi gak ke KT.

Aku pegi gak sebab aku dah ada plan lain. Yelah, orang KT tak kasi aku mencandat, aku pasti ORANG KB nak aku gi KB. Jadiklah untuk merawat hati yang terluka.

So on Thursday evening, balik keje, balik rumah jap, then gerak ke Kuantan. Aku dan laki, Arc dan LB, Delinn and Sempoii. Too bad Yam tak leh nak join. Limah, tok leh nak cakap le kan. Dia macam aku gak.. lebih prefer ORANG KB... We stayed overnight in Duta Village near Balok. Sampai pun dah dekat tengah malam.

The next morning, we checked out and went to KT. Before that breakfast dulu. Nasi dagang takde pagi tu. Tiga kedai carik nasi dagang, tapi takde. Ended up kitorang makan nasi kerabu. Sedap gaklah. Then on the way tu, stop kat Kuala Abang. Aku penah nampak tempat ni dulu masa aku ke pantai timur. Cantik. Tapi tak dan nak stop. Aku lupa nama dia, tapi aku tau dia sebelum Rantau Abang. Masa dulu, aku tanya Po kalau dia tau tempat cantik before Rantau Abang, yang namanya ada "Abang" gak. Tapi dia tak tau. Nasib le aku masih ingat lokasi tu, and we stopped untuk bergambar. Lama gak layan ambik gambo tu. Sori ah, wa tak upload lagi gambo. Malas (straight forward punya jawapan!). Lepas situ, kitorang gi lak minum. Perut dah ala-ala lapo, tapi sebab ingatkan orang yang dah sampai KT and kot le dapat makan nasi dagang tengahari tu, so idak le kitorang makan. Terus tuju KT and sampai sana kul berapa ntah. Around 2pm kot.

That afternoon, we had makanan tomyam and the gang for lunch. Boleh? As if kat KL takde. Tapi tulah kan.. kat KT tu, hari Jumaat, serba-serbi tutup. Barang haruslah diingat ye! After that, kitorang balik rumah tumpangan.

By 5.30 gitu, diorang yang dibenarkan mencandat, siap nak gerak. Aku pun, siap dengan Wan gerak ke KB membawa hati yang dilukai menuju ke tempat yang boleh mengubat luka di hati ittewww.. It was a peaceful journey and we arrived KB dalam kul 8 lebih or 9 gitu. We stayed in Ridel Boutique Hotel kat Wakaf Che Yeh. Dek Non, hotel tu, betul-betulllll depan pasar Wakaf Che Yeh tu!! Pendek kata, kalau rasa nak beli seluar, pastu nak try kat bilik and nak tukar semula pun begitu mudah sekali, lah! Murah je. RM90, including breakfast for 2. Oklah kan?? Ada aircond, ada hot water. Nice!

Dah sampai situ, harus le takat letak beg, freshen up sesikit and tanpa membuang masa terusss pegi memakmurkan ekonomi rakyat Kelantan. Muehehehe.. Berapa dilaburkan, usah ditanya. Dah penat shopping, we went to McD opposite the road for supper. McD tu 24 hours. Kelah gitu deh! Lepas supper, sambung lagi jalan kat situ. Maklumlah, tempat tu tutup kul 1 pagi. Kalau tak tolong diorang tutup kedai, apa barang, kan? Sesia le stay sekaki dari pasar! Kekekeke.. Ofkos, by the time balik bilik, lesu gitu.

The next morning, we had breakfast kul 8 gitu. Mula-mula, ingatkan nak breakfast kat Pasar Siti Khadijah je nak pekena nasi dagang. Tapi since orang dah bagi breakfast, no point menolak, kan? Idak le canggih breakfast dia. Ada mi goreng, nasi berlauk and roti. Kopi dan teh. Enough. At about 9, kitorang dah sampai Pasar. Ingatkan awal gitu. Yelah, kot le kedai bukak kul 10 kan. Rupanya Dek Non, dah ramai umat kat Pasar tu. Rupanya orang lagi awal dari kitorang! Hish!

Kat Pasar tu, kitorang tuju kedai yang dah specific gitu. Itu pun, lunyai gak poket. Huhuhuhu.. Yelah, mengubat kelukaan hati, kan? Harus buat sesuatu yang menggumbirakan. By about 11 kot, kitorang gerak meninggalkan KB menuju ke KT semula. Yelah, nak gak tengok hasil tangkapan nelayan sotong LELAKI tu kan?

We arrived kul berapa ntah. Picked up LB and Par kat umah tu, and headed towards Batu Buruk. Carik makan. Ampunlahhhh kat KT tu! Trafik sesak amat! Majlis Bandaraya KT tu aku rasa tak berapa nak reti plan time kat traffic light le. Ngalahkan KL peak hours lak sesaknya. Givap! Err.. tang tu sama je dengan KB ye. Kang orang kata aku double standard lak. Tak, sama je komplennya pasal KB. Sesak kat traffic light.

After lunch, kitorang menuju ke arah Taman Tamadun Islam. Nak belajar tentang tamadun gamaknya. Owh before that, diorang yang dok lepak kat KT, yang setia menunggu nelayan tu, dah gi Pasar Payang pagi tu. Deo pun terlibat sama walaupun dia seorang daripada nelayan tu. Tapinya, diorang ni tak berjaya membawa hasil. Katanya tak best barang-barang tu. Moskel aku. Sungguh moskel. Sejak bila lak Pasar Payang ni dah out dia punya kelas dak? Tapi yelah, aku lum jenguk lagi, kan. So tak leh nak cakap lah.

Sampai kat TTI tu, aku nampak kedai ada jual barangan terus dari kilang. Yelah, nak melawat TTI tu, gila punya panas. Tak kuasa le kan. Aku pun masuk le kedai tu tapi tak berharap pun. Maklumlah, tempat tourist gitu kan. Harus price dia up. Sekali Dek Non, ahkak macam tak caya bila tengok price untuk batik crepe Dek Non! Murahhh! Ngalahkan kat Pasar lak. Dah tu, tak yah nak bargain-bargain lagi kan. Dah tentu fixed price. Gembira gila aku jumpa tamadun awal manusia kat dalam kedai tu! Kekekeke.. Maka terlaburlah lagi kat situ...

Dah puas berlabur, baru le melawat TTI tu. Kitorang naik buggy. Deo dengan LB naik beskal. It is a nice place to visit. Tapi aku tak rasa le aku nak gi dua tiga kali tempat tu. By that time, Sempoii yang dari awal trip dah kena asthma tapi berlagak gagah, kelihatan hampir tewas. Nak gelak pun tak larat dah, tapi gelak gak lagi, boleh?? Adeh.

Balik dari tu, lepak dulu kat rumah sementara menunggu kul 8.30 untuk makan malam kat Bukit Tunggul. Po jemput kitorang kat rumah, together with his family. Berani gitu kan trust kitorang with his rahsia! Kekeekek.. Poii dah tak join dah sebab tak larat. Bawak le bersama sotong hasil tangkapan nelayan tu.

Sampai sana, mak datuk kedai penuh. Kocik yo kodai tu pun. We got our seats nearby the tempat orang bakar ikan tu, boleh? Aishah paling dekat, then aku. Dah le dekat sejam ada nunggu makanan sampai. Nasib le masing-masing ada kipas tangan. Terpaksa berkipas sendiri. Otherwise, dah leh makan daging kitorang lak sebab dah jadik macam smoked Aishah or smoked Angah dah. Sabo je le. Nasib food yang datang tu sedap. Or lapar eh? Abih kitorang bedal.

Lepas dinner, balik rumah, Arc, LB and Delinn gi hantar Poii ke spital. Poii dah tak tahan bebeno le tu. And she was admitted. Kitorang kat rumah, layan mata. Mula-mula borak gak tapi tak larat sebab esoknya aku nak melawat Pasar Payang yang belum dilawat tu. Tido gak dalam kul 1 kot.

The next morning, Po datang jemput together with his family. Finally, we were going to have our much craved nasi dagang. First stop, ke kedai kopok. Second stop baru ke kedai nasi dagang. Oklah nasi dagang tu. Yang penting, dapat. Then, stop lak beli kopok lekor. Aku time tu dah restless dah sebab takut tak sempat nak spend time kat Pasar ni kan. Dah kul berapa dah tu kan. Setel belian suma, then we headed to Pasar Payang.

To me, Pasar Payang is still Pasar Payang. Sama je. Ada je barang yang aku berkenan. Tapi, kali ni idak le aku telek kain batik lagi. By then, aku dah beli 5 pasang kain batik. Gila! Ada a few items yang aku beli kat situ. Anddddd.. surprisingly, orang yang dok kata takde benda nak beli kat Pasar Payang the day before, sakan gak shopping, boleh??? Kekekekee.. Camno tu??

After Pasar, kitorang balik rumah sat, lepak-lepak until about 4. Then we gerak to rumah Po. Po ajak minum petang gitu kat rumah dia. So dapat le kitorang ke rumah dia (yang penuh kemuncup tu!). Sedap gak food yang wife dia hidangkan.

Rumah Po was the last stop in KT. After that, we headed back to KL. Ingatkan pantaslah perjalanan pulang. Maklumlah, aku keje esoknya. We planned to stop kat Kerteh untuk isi minyak. Wan suggest stop kat Mesra Mall. Leh solat and dinner sekali. So stoplah kitorang. Stop yang patutnya kejap tu, jadik sejam lebih gitu, boleh??? Aiyoooo...

Lepas tu, dah tak stop dah. Aku bawak Par and Aishah, so we dropped them and their house in Shah Alam first before balik rumah. By the time sampai rumah, kul 2 pagi aku rasa. And that was the end of the trip.

All in all, it was great fun with great company.

Tapi, aku tetap tak puashati...

Angah

Monday, 15 March 2010

Mari membaca

I just love the fact that my reading mood sudah kembali. Sudah berselera semula bila tengok buku. Sudah mula bernafsu bila masuk kedai buku. Dah lama dah hilang rasa tu. Lama gila rasanya since I last beli novel-novel. Rasanya tahun lepas macam sikit gila novel yang aku beli. Yelah, tak bernafsu le katakan. Rasa macam mahal je harga novel-novel tu. Rasa macam rugi je nak spend duit beli buku.

Now, rasa tu dah go away dah. Tak tau le berapa lama leh go away. Tapi since this year, dah berbuku-buku novel aku beli. Yelah, nafsu membaca cuma kat novel je le pun. Bukan kat bahan-bahan berunsur ilmiah. Bahan-bahan berunsur ilmiah kat rumah tu, takat collect dust je le. Cukup haul, aku buang habuk-habuk tu untuk dicollect semula. Entah bila nak baca suma, tatau. Kalau novel yang ada kat rumah tu, almost all aku dah baca. Tapi baca sekali je le. Unlike masa aku kecik-kecik dulu. Rajin aku mengulang baca novel. Mungkin sebab Abah tak mampu nak beli banyak-banyak novel kot. Yang pinjam kat library limited je time dia kan. So ulang je le baca novel yang ada.

Besides novels, aku suka gak baca magazines. Salah satu macam impian aku lah kan, if only I can live in a bookstore gitu. It's like I can stay kat kedai buku tu, and just read apa magazines aku nak without perlu membeli. Isn't that terrific? Best wooo.. Be it majalah goss ke, majalah ilmiah ke, majalah wanita ke.. apa-apa je le. And I don't have to feel macam rugi je beli especially magazines dari overseas ni. Now, I am starting to read O Magazine. Oprah punya magazine. Mahal tu harga satu.. almost RM25. Tapi best articles dia. And, aku tengok kalau nak subscribe kat internet, the price jadik murah gila.. $1 per issue, boleh??!! Oh mannnn! Teringinnn sangat aku nak subscribe. Tapi mungkin kena tunggu bulan depan kot.. huhuuuu! Keadaan kewangan agak mencabar sejak dua menjak asik nak berjalan je ni. Hish!

Kekadang aku rasa, kalau aku dok kat US ke, kat UK ke, harus dah bertimbun novel aku beli. Murah ke kan. Paperback baru berapa dollar je. Unlike here.

Oklah. Tu je.

Angah

Thursday, 18 February 2010

Random thoughts

I have butterflies in my tummy. It has been like this since the past week. The butterflies will come and go. And when they come, I have fuzzy feeling as well. Bosan gini. How I wish that the feeling can just go away. Vanish. Disappear with no more sign of reappearing. Sigh.

These days, I don't get much chance of reading others' blogs. The chances that I get becomes so precious. Blogs reading can at times give me funny feelings. It will make me reflect on my life - or rather compare my life with others. Of course, most of the time it feels that others have much better life than me. True, I should not compare my life with others. But heck, it's good to know how good or bad my life is.

Thanks for FB, I found my long lost friend. Lama gila tak communicate dengan dia since she left school in 88 or 89. Lost contact gila punya lost. I called her last night, and it happened to be her birthday as well. How interesting. Gelak gila punya tak hengat. God I miss her!! We used to write to each other during semestar break masa kat MRSM dulu. Tapi when she left MRSM to pursue her dream to be a writer, we lost contact. Lemau. Tak jadik writer pun dia, but she is now a teacher. Sikit lebih kurang le kan.. tulis gak though cuma kat board. I hope I don't lose her again.

Another thank to FB, I managed to find the info on someone that I really want. Heh! Siapa suruh tulis segala kat dalam FB tu kan! Kena lak aku ni macam spy pencen gitu. Hik! With the help of my little guardian angel, I am going to hold on to that someone tightly. Just in case I ever need to use that someone. Kawan biar beribu, musuh jangan satu, kan. Alang-alang nak buat kawan, buat betul-betul, dak? Kekekekekeke *evil smile sambil tanduk slow-slow kuar* Rasain loe! I can't help laughing and giggling when I found all that I want. Puas hati. Lega.

Done.

Angah

Friday, 22 January 2010

Update terbantut

After a couple of entries, pastu aku dah macam abandon semula blog ni kan? Hampeh sangat. Tapi tulah kan.. bila dah hidup digelumangi keje, kenalah letak blog ke tepi siket. Ingat tetap ingat. Blog dalam kepala tetap buat gak sesekali. Yelah, aku cuma ada satu blog je kan.. So tak payah le nak pikir apa patut tulis dalam blog mana, kan? Kekekeke..

Alahhhhh.. baru nak update, laki aku dah sampai, nak pikap aku untuk ke ayam gols. So how? Terpaksa le batalkan cita-cita nak update blog. Cukup takat ni je le ek!

Happy wiken!

Angah

Wednesday, 6 January 2010

Mother Earth Plea

I guess it comes with age. Aku sayang bumi ni. Sian aku tengok mother earth punya situation from day to day. It gets worse and worse each day. And it gets to the point where aku rasa macam nak jadik environmentalist gitu. Champion for environmental issues.

It's suppose to be a collective effort. One can't get it done. It takes everyone to make it happen. Macam global warming gitu. Panas siot bumi ni sekarang. Naik Cameron Highlands yang patutnya sejuk tu pun dah tak berapa nak sejuk. Kat lowland ni apatah lagi kan. Then, tempat yang tak patut ada snow, ada snow. Pastu glaciers banyak yang dah cair. I saw on Oprah last night, this researcher kat Antarctic kata ada glacier sebesar New Haven dah gone in a year dia kat sana. Aku tak sure tahun berapa le tu, or how big New Haven actually is.. tapi I assume besar le. Kot dia kata sebesar Perlis pun, harus besar tu. Lain le kalau dia kata besar Changlun! Kekekeke.. Opppsss...

To stop global warming from getting worse (since I don't think the process is reversible), we have to do our own bits and pieces. Plant more trees. Don't suka-suka tarah bukit, potong pokok. Reduce the usage of paper. Recycle everything that's possible to be recycled especially papers kat ofis. Aku sayang tengok paper kat ofis ni kena buat gitu-gitu je walaupun baru guna sebelah page je. Sian pokok-pokok yang kena kerat untuk dijadikan paper tu. If you have ever planted a tree, you can imagine how long it takes for the tree to grow before leh jadik paper. Pastu senang-senang buang. Aiyo!

Pastu reduce the usage of plastic bags. I see more shopping centres dah mula jual environmental friendly bags, which is good. Tapi still bagi bag untuk buat packing barang. Yang dah tak bagi bag plastic untuk pack barang cuma kat IKEA je. If you want a bag, you can either buy their bag (which I think is cool) or dia akan charge for the plastic bag. Tak mahal le kan.. takat 10 sen or 20 sen depending on the size. But at least it'll make you think. And the money from the sale of the bags will go to some organisation, which I think is good as well.

Yeah, I know.. banyak lagi isu yang nak difikirkan kat dunia ni.. kes rempit le, kes buang anak le, kes bunuh le, kes Tiger Woods le... tapi, doing things for the environment is not something yang susah. It should be the second nature je. Habit. Manusia ni kan creature of habit. Once you do it often, it'll be your habit and you are going to do it without you being aware of it.

And it's time to teach our children gak pasal environment ni. Kalau lama lagi kiamat, maka suffer le mereka kat bumi yang makin panas, makin banyak snowstorm, makin kerap banjir, makin banyak gempa etc, if things are not done to change things that can be changed.

Okeh. Enough of pouring my thought and curing my sleepiness. Back to work!

Angah

Tuesday, 5 January 2010

Dilema

*Second posting in a day, boleh???*

Aku dalam dilema. Payah gini. Takde staff pun payah, ada ramai staff pun payah. Dah tu, nak kena tambah lagi staff sebab nak cukupkan quota! Aiyohhhh!! I have many staff that I don't know what else to let them do. I want to bring them to a higher level, tapi dah takde benda dah aku leh soh diorang buat. Kang, aku lak yang takde keje, boleh? Kekekekeke.. Camno ni? Any idea? Puas dah aku sorong keje kot sini, sorong keje kot sana, tapi still jem otak aku nak menggayakannya. Aiyokkkk!!

Ada ke orang ada dilema cam aku ni??

Ish!

Angah

Oh duit.. oh nafsu..

End of last year, setimpal dengan usaha gigih kat ofis, alhamdulillah, aku dapat le bonus yang setimpal gak. No komplen. Happy. Tapi, every year pun, aku memang selalu redho je part-part bonus ni. Nama pun bonus. Kalau dapat, bagus.. syukurrr alhamdulillah. Kalau tak dapat, takpe. Apa-apa pun, rezeki itu dari Allah SWT and manusia cuma menyampaikan je, kan? Kalau dah takde rezeki tu, dapat camana pun, leh hilang gitu je. Tapi kalau dah namanya rezeki, tak dapat kot bonus, dapat kot cara lain. Itu hak Allah kan.

Penah dulu ada sorang Cina bagitau aku bila tengok aku ada tahi lalat kat bawah dagu yang berambut gitu... kata dia, aku ni jenis rezeki tak putus. Tak le dia kata aku akan jadik kaya raya, tapi rezeki tu continuous. Coincidently, kata dia tu ada benarnya. Coincident, tau! Jangan caya bulat-bulat.

Tapi so far dalam hidup aku, bila time sesak gila, bila aku dah mula merenung ke langit melihat bulan memikirkan bilanya bulan nak hilang dari pandangan supaya gaji pulak muncul di bank, insyaAllah, ada je punca rezeki aku. Ntah mana-mana je datangnya. Dari sumber yang tak terpikir pun. So, moralnya, kita kena yakin dengan Allah.

Malangnya, aku ni jenis boros gila. Tak reti nak simpan duit. Pantang nampak duit, mata dah rabun dah. Macam-macam nak beli, macam-macam nak buat. Nafsu tu tak terbendung tau. Payah sangat. Apatah lagi bila dapat bonus hari tu. Hik! Macam-macam dah aku laburkan dengan duit tu. One of them is bayar hutang piutang yang mana patut. Yang tak berapa nak cukup tu, abaikan je le. Next change ka, coming soon ka.. but not now. Menyimpan tu jauh sekali. Tak sedar diri gitu yang umur makin meningkat. How ah? Tapak tangan tu kan, bocorrr je tau! Hishhh!

Owh, apa aku dah buat dengan bonus? Errr... sikit labur kat IKEA, sikit labur kat kedai buat wardrobe, sikit labur kat Jakel, pastu yang lain tatau mana pigi. Hampeh.

Errr... apa yang aku merepek ni? Udah le ye. Tatau apa motif tulis ni tadi! Dah macam Yam lak aku. Hahahaahaha... Byeeee...

Angah

Friday, 1 January 2010

010110

Salam peeps!

Huhuhuhu!!! Dah tahun baru dah ni. Dah berkurun blog ni tak berupdate. I know.. alasan yang sama.. busy, busy, busy. Ngalahkan PM dak? Hik! I guess when you are sort of out of touch with the blogging world, takde masa nak bloghop leisurely, then the mood to blog kind of dies down gitu. Kalau dulu I can "write" blog in my head while waiting to get to the laptop, tapi sekarang dah jarang dah I blog in my head. But it doesn't mean that I don't miss blogging though.

Anyway, new year dah masuk pun. Azam tahun lepas tak tertunai pun. Gets worse ada lah kann!! Hampehhh sangat!! Sampai ada orang tu dah tak kasi aku berazam lagi dah, boleh? Katanya buat wishlist boleh, tapi tak leh berazam! Kekekeke.. And since boleh buat wishlist, one of the top ten in the list is to jadik kurus le kannnn... Trim down the waist. And trim down the debt. Malas nak letak my hope too high, but I hope I will work on it progressively. Amin.

Hari tu aku amik cuti from Krismas. In total sampai masuk ofis on the 4th nanti, ada 10 hari cuti. Ni dah tinggal 2 hari dah. Huhuhuhuuu!! Lemau rasanya nak balik ofis semula. Tapi, tanpa keje, will be even worse, kan? So syukurrrrrrr ke hadrat Allah SWT yang masih memberi aku rezeki. Sian pada orang-orang yang takde keje, or ada keje tapi takde gaji, or gaji kena slash gitu. Alhamdulillah, aku masih dapat bonus lagi untuk tahun lepas. Moga-moga, ada lagi lebih rezeki tahun ini. Aku berharap, aku akan menjadik hamba yang lebih bersyukur tahun ni. InsyaAllah.

*masa awal Muharram hari tu macam takde azam, tetiba new year gini ada azam???*

This coming March will also mark the third year of my marriage. Masih lum ada rezeki anak, tapi aku tak kisah. Aku redho je benonya. Ada anak pun aku syukur, takde anak pun aku syukur. Either way, ada pros and cons, in my eyes. Yes, ada anak, mungkin ada harapan anak tu akan mendoakan aku bila aku dah mati nanti. Tapi tulah kan.. bukan mudah nak membesarkan anak, mengharapkan anak tu nanti mendoakan kita bila dah mati, kan? Whatever it is, ada lagi benda lain yang boleh diharapkan untuk mendoakan kita bila kita dah takde nanti. Aku nak kalau boleh satu hari soon, aku jadik volunteer kat rumah anak yatim. Like really dedicate my time for orphans. Hopefully, anak-anak tu nanti akan mendoakan aku. Hopefully, it'll be amal yang aku leh bawak ke akhirat nanti. InsyaAllah.

Aku benonya kat Jusco ni. Plan nak buat keje sikit, tapi tak leh get connected to server ofis. Hampeh. Maka akan berlambak le email yang aku kena sort kan nanti on Monday. Huhuhuhu!! And tadi, masa nak masuk Jusco, aku baru tau yang hari ni ada J-Card Fiesta.. soooo.. kekekeke.. shoppinggg timeeee peepsss!!!

Till then, take care!!

Angah