Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 22 October 2009

Evening news

I heard about this from TV9 news. Aku ni kan jarang tengok news, be it from any channel pun. Sekali semalam, tertengok lak news TV9. To my surprise, it's interesting mannnn! Macam baca Kosmo! gitu (ada "!" kat depan Kosmo sebab that's how the paper is spelled, okeh). Penuh dengan cerita adiwarna gitu!

First, cite pasal sejadah duduk or berdiri, depends on how you want to see it. Frankly, kot benda tu jadik depan mata aku, tengah aku dok ngadap sejadah tu, tetiba sejadah tu bangun and reposition itself, aku kaget, siot!! Harus panik! Tapiiii... kot dah sana sini orang dok tunjuk pasal sejadah duduk diri ni, and no one have ever witness the sejadahs repositioning themselves, idak le aku impress. Skeptikal lagi ada. Dah tu, kat Mesia ni, kalau "musim" sejadah duduk diri, sana sini lak cite pasal tu. Macam dulu aku ingat time aku sekolah.. sibuk pasal ayat Quran hilang dari Quran. Bila cite tu muncul, merata-rata le orang nak claim ayat Quran hilang. Pastu abih gitu lak. Udah-udah le tu orang Melayu ni kan.. Fenats! Now sejadah tu leh dok dalam saf lak.. jemaah lagi dek nonnnnn!!! Kekekekekekeke.. Opppsss....

Second.. hal belacan.. No wonder le dulu lagi P Ramlee dah buat cite.. orang nak bunuh orang sebab belacan.. Bukankah tau kesukaanku ialah belacan??? Kenapa kau masak *lupa dah* tak campur belacan??? Sekarang aku mau pancung kauuuu... Kekekekekee.. You know what happened? To those yang tak tau... Somewhere kat Gganu semalam, sorang makcik ni.. poor makcik, dek nonnnn.. kena denda bayar RM600 pasal belacan. Aiyo.. sian sungguh aku tengok. Makcik tu bukan le tokeh besar belacan.. Salah dia cuma... dia tak tau content protein dalam belacan yang dia jual tu is 23.5% walhal had minimum protein untuk belacan ialah 25%!! BOLEH????? Aiyoyoyoyoyoyoyo!! Mau terjegil mata ahkak ni tengok berita tu tau! Sian le muka makcik tu..

Bukan le makcik tu menipu sesapa yang salah bebeno tu. Kot ye pun tak cukup piawaian, sapa le pulak kekdahnya yang dok sukat protein belacan tu?? Ada ke tulis nutritional factor kat sampul belacan? Adehhhhhhhhhhhh!!! Aku ingat, cite-cite lawak gini, kat US je banyak. Rupanya kat Mesia pun dah ada?? Ramai lagi orang yang buat salah kat luar sana tu.. dok menipu macam-macam, tapi protein dalam belacan yang makcik ni jual yang kena??? Mengeluh ahkak tauuuu!!! Po, ko tolong le bayokan denda makcik tu.. siannnn aku nengok dia. Katanya, dia pun tak tau apa.. dia cuma peketkan semula belacan yang dia amik dari Penang through orang tengah.. Bukan le nak tipu-tipu orang pun.

Harus le lepas ni, sesapa jual belacan ke, budu ke, cencaluk ke, tempoyak ke.. hati-hati le dengan content protein korang. Or fat. Or salt. Or sugar. Yelah, kang kena sue lak sebab causing heart failure ke, high blood ke, hape ke kan...

Okehlah... sekian.. Oh.. to Delinn, Fara, Yam and Po, leh le continue memanggil nama masing-masing di sini. Sesapa pun boleh. Yelah, nak tweet tweet ahkak takde tweeter.. eerrr.. betul ke salah eja tweeter tu? Hish!

Angah

Wednesday, 21 October 2009

A smelly piece

I am so Melayu when it comes to toilets (not that I am less Melayu when it comes to other things kannn..) - toilets perlu ada air, yang jenis ada hose gitu. Kalau yang ada 'bidet' je pun aku kureng. Because of that, aku selalu nak make mental note when I go to shopping centres or public places. Note on dia punya toilet, boleh?

So far, the best on the list is Jusco. Best in the sense that mana-mana Jusco yang aku pergi, harus ada toilet yang ada air tu. Plus, they always have cleaners standby kat dalam toilet tu. Sentiasa kejenya nak mengelap toilet, nak bersihkan toilet. So, I can always count on their toilets.

Kalau kat KLCC tu, aku tak gemor bebeno. Be it yang kena bayar mahal tu or yang biasa tu. It smells le, pastu tisu bersepah le, or whatever le kan. So, reject.

Hari tu, aku gi training kat JW Marriot. Selalunya, hotel-hotel gini, toilet mesti yang jenis dry punya. Tapi surprisingly, kat tingkat 4 hotel tu, ada toilet yang ada hose! Not all of the toilets, tapi rasanya half of them ada kot. Nice! Gumbira aku! So idak le rasa tertekan selama 3 hari kat situ.

Pavillion punya toilet pun ok gak. Though dia takde hose, tapi bidet dia working properly. Idak le memancut arah yang tak sesuwei and membasahkan apa yang tak patut basah.. kekekekeke..

Eeerrrr.. nape aku cite pasal toilet ni eh? Kekekekeke... saje je le kan.. teringat pasal toilet. Sharing info gitu! Hik!

Banner aku tu masih tak nak bertukar lagi, kan? Masih lagi dalam semangat raya, kan? Maleh benonya. Aku ada limited time je ni nak update, so might as well focus on more important stuff rather than buat benda tu. Lenkali je le aku tukar banner.

Okeh. Sekian sahaja untuk kali ini...

Angah

Wednesday, 14 October 2009

Episod 26 Syawal

Believe it or not, it's now 26 Syawal!! And it means that it has been a month (hijrah) since I last updated the blog! Sabo je le kan.

Talk about Syawal.. Tahun ni kureng meriah dia, tatau nape. Tapi raya tetap rayaaaaa.. And, tahun ni aku berjaya buat dua kuih raya - biskut semperit dengan biskut suji YANG CAIR DI MULUT!!! Kekekekeke.. Ingat insiden biskut suji keras nak mampos tahun lepas?? Tidak lagi tahun ini tauuuuu! Thanks to resepi Ina, the reader yang bagi resepi kat ruangan komen tu, combined with resepi auntie laki aku, the biskut suji really satisfies my tastebud. Gumbira ahkak, dek nonnnn. Yang biskut semperit lak, sungguh lembut. Kata Papa and Mama, leh meniaga semperit tu. Kata aku, kalau nak meniaga, takde sapa nak beli sebab kena jual mahal. Mana taknya, guna butter mahal! Bukan guna buttercup or the likes.. full butter tu. Harus le lembut gebu gitu.

Rumah terbuka lak idak le banyak mana pun yang aku pegi. Yelah, orang tak jemput pun aku. Ada takde pun, dapat gi umah Yam and Nini. Rumah Yam tu, harus sempat jadik port kitorang lah kan. Sempat tunggu orang lain suma balik, sempat tolong susun kerusi meja pinggan mangkuk bagai lah! And.. it's not an exaggeration. Boleh gitu?? Kekekekekeke.. Dasar sangat kan? Macam tak paham bahasa gitu. Dok umah orang sampai dekat kul sabalas (memang eja gitu) malam! Hish! Anak-anak sapa le tu kan kalau bukan anak-anak ayam..

Oh, ada sesapa dah cite pasal alkisah si Wak naik komuter dak? Kalau ada orang dah cite pun, aku nak gak cite kat sini.. Sian pun sian gak le kan. Tapi, kalau tak rasa, harus tak paham realiti sebenar naik public transportation kat Mesia, kan? Naik time peak, idak le sama macam naik time off peak, kan??? Kekekkeeke.. Merasalah kau join Bangla beraya kan... kena lak kulit dah ala-ala sama, pesen baju pun ala-ala sama... kekekekekeke.. Sorilah Wak.. tapi tak tahan banggg!! Harus kena gak kutuk. Ampunnnnnnnnnnnnnn..!!! Kekekekeke..

On keje.. gini le kekdahnya dek non... Ahkak masih memulun keje gitu. Tapi alhamdulillah dah ada assistant for the time being. So senang sikit. Lum le lagi delegate keje, tapi at least dah ada calonnya. Ahkak kena plan apa keje nak bagi je ni. Sometimes, rasa macam payah je nak bagi orang lain buat keje sebab rasa macam kalau ahkak buat sendiri lagi cepat and up to expectation sendiri. Ofkos le kan. Nama pun expectation sendiri. Hik!

Okeh. Tu je le rasanya nak update. Tatau apa lagi nak cite. Tak dan nak update selalu ni. So cukup sampai di sini saje ye. Lain kali cerita lagi. Doa restu untuk kita.. panjang umur kita berjumpa...

Angah

Tuesday, 15 September 2009

Episod 25 Ramadhan

Tak tau kenapa, Ramadhan kali ni tak berapa nak menusuk dalam jiwa. Entahlah kan. Penghayatan tak cukup, amal tak seberapa. Teruk sangat aku rasa compare dengan a couple of years ago. Nak kata ralit buat persiapan raya, tak gak. Dulu lagi ralit. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi a.k.a. keje kot. Buka pun asik dengan customer for the past few weeks. Orang, lagi dah hujung-hujung Ramadhan lagi nak rancak beribadah. Aku, lagi dah hujung-hujung ni, lagi rancak menjamu orang untuk berbuka. Rimas aku benonya. By the time balik rumah, dah letih. Letih sebab makan macam-macam. Lesu je rasa. Camana nak beribadah kalau dah gitu, kan? Di bulan yang syaitan terikat ni, aku lak melebih dari syaitan. Astaghfirullah. Cuma aku boleh berharap, moga Ramadhan ni bukan Ramadhan terakhir buat aku lah. Kalaulah ini Ramadhan terakhir, memanglah aku antara manusia yang rugi. Nauzubillah. Ya Allah, aku berharap Kau temukan aku lagi dengan Ramadhan di tahun depan. Amin ya rabbal alamin..

Okeh.. tu bab keinsafan. Ni bab lain lak. Duniawi.

Kelmarin, aku gi jalan ke Jusco. Sekali, nampak ada kedai yang provide service rental DVD original! Excited si laki aku tu. Murah je rental dia. DVD lama, RM3 for berapa hari entah and yang baru, RM4. Siap series yang ada seasons macam House, Desperate Housewives etc tu pun ada! Wah, sudah bagus le kan for us. Kalau nak beli yang pirated DVD pun, paling murah 6-7 hinggit. Tu pun tak sure betul ke cantik gambonya. Pastu, selalunya tengok sekali je and then collect habuk kat umah. Dasar membazir sangat. So kitorang pun, dengan bangganya dah subscribe jadi member. Jadi member bayar RM30 deposit. Okaylah tu kan. Pastu, terus sewa DVD House season 1. Merasalah aku tengok House dari mula. Kalau aku rasa collection dia tu banyak, boleh je aku unsubscribe movie package kat rumah tu. Jimattt sikit.

And now, mata aku lak rasa ralit sangat. Ngantuk tatau apa sebab. For the past few weeks memang gini. Rasa macam ditarik-tarik kelopak mata. Hish.

Okaylah. Cukup takat ni. Owh.. korang perasan tak banner raya aku dah naik? Banner tahun lepas, recycle. Korang yang lain tak buat banner raya eh ini tahun? Macam tak berapa nak raya, kan? Awat lah kan??? Hish!!

Angah

Monday, 14 September 2009

Episod 24 Ramadhan

1 - Darul Izzah

Alhamdulillah, settle dah majlis kita kat Darul Izzah tu. Besar benar harapan diorang tu agar ada continuity from the majlis. InsyaAllah, ahli tertinggi yang tak berapa nak tinggi merangkap AJK RebanaMaya for the event will see what can be done to help them further.

To all yang menghadirkan diri, basically I am really happy to see all of you there! Gila punya lama tak jumpa most of you. Tapi masa tak berapa nak mengizinkan pun nak sembang lelama, but insyaAllah akan ada masa lagi. Perrgggghhh! Aku rasa macam dah tersampuk angin formal Wak, aku pun kena berkata-kata macam formal! Kekekekeke.. Tapi kan Wak, basically, aku memang gitu (macam ala-ala pengacara Nona) bila first time jumpa orang kat majlis ala-ala formal. Macam jumpa customer gitu. Tapi ehem.. tanduk suma kuar lepas-lepas bila time tak berapa nak formal le kannnn.. Hik!

Ramai gak yang aku tak kenal, yang hadir kat Darul Izzah tu. Benonya, aku nak approach orang tapi tak pasti whether they all tu staff kat Darul Izzah tu or penderma luar or silent readers. So next time, to u ols yang datang semalam yang aku tak dan nak kenal lagi, silalah join kitorang bila kitorang buat function lain. It would be a better way to get to know each other. To know Malaysia is to love Malaysia.. so to know us, paham-paham jelah kan.. Kekekekeke! Addicted you!

Okeh. Abih dah ulasan aku pasal Darul Izzah. Kasi chan kat Wak untuk wrap up apa-apa yang patut and update apa-apa yang patut. Dia tu kan Pengerusi. Kan Wak kan??


2 - Kuih Rayaku

U ols.. semalam I ols dah berjaya buat kuih raya pertama untuk tahun ini! Kuih semperit u! Anddddd, yang pentinggggg.. kuih ini cair di mulut!!! Kekekekeke!! U ols ingat incident kuih suji last year kannn? Yang pakat korang kutuk abih kannn?? Kekekeke.. Kali ini berjaya u olsss!! Kata Mama, leh meniaga kuih semperit tu. Bolehhh.. tapi, sebab barang yang aku guna is high end punya barang, camana le nak meniaga. Kuih semperit orang biasa jual murah je. Takkan le aku nak letak mahal sebab barang mahal yang aku guna, kan? So, conclusionnya, cukup le untuk makan sendiri, bagi Emak and Mama. Puashati.

Pastu, aku plan nak buat a few lagi kuih. Tengoklah dan ke tidak. Mostly benonya untuk rumah Emak aku tu. Sian dia takde kuih lagi. Yang dia dah order cuma tat nenas and rempeyek kot. So aku akan add dua tiga jenis je lagi. Setel. Mostly, bukan orang lain pun yang makan.. sendiri-sendiri jugak lah yang makan.


3 - Lagu Ramadhan

Koreng, ingat tak ini lagu?

Bulan Ramadhan yang mulia
Umat Islam berpuasa
Menunai rukun ketiga
Beramal dan ibadat
Kita di bumi Allah
Ingat hari akhirat
Bersatu dan berusaha
Mencapai cita mulia
Seiya dan sekata
Maju hidup bersama
Untuk diri keluarga
Agama bangsa dan negara
...........
...........

Sesapa yang agak-agak baya aku, ingat tak lirik-lirik akhir lagu ni? Nasyid kot lagu ni.. kekekekeke.. saje je le kan. Aku rasa, tiap kali Ramadhan, aku akan ingat lagu ni.

Okeh. Sekian ulasan ringkas aku di 24 Ramadhan.

Angah

Wednesday, 9 September 2009

Episod 19 Ramadhan

Koreng, semangat buat kuih raya aku dah mari. Boleh? Dah mula rasa nak surf carik resepi. Aku ingatkan tahun ni malas nak buat kuih raya, tapi camno ni kalau nafsu dah mari? Hish! And kuih yang aku teringin nak buat tahun ni is kuih semperit. So tradisional gitu!

Last weekend, adik aku balik Semban and report kat aku kata Emak kata dia takde kuih raya pun tahun ni. Yelah, selalunya, anak dia yang sorang ni awal-awal lagi dah eager nak buat kuih raya macam-macam. Tapi tahun ni senyap sepi seribu bahasa je. Mood macam takde je. Well, idak le takde sesapa yang akan bagi kuih raya kat Emak tu. Bagi tetap bagi. Tapi tulah kan.. since no one mentioned anything, harus kena jamu tetamu dengan biskut kering je le. Kekekeke..

Tadi aku dah surf and jumpalah resepi kuih semperit. Nampak macam senang. Gambo yang orang tu letak pun nampak cantik. Kang jangan aku buat kang, keras kedengkang, udah! Hangat hati, you know! Jadik macam kuih suji aku last year. Punyalah semangat nak kan kuih suji yang cair dalam mulut. Yang jadik, kuih suji yang keras yang akan mematahkan gigi palsu! Hampeh! Suma tu omongan kosong semata - or aku yang tak berapa nak pandai? Kekekeke..

Till now, aku masih rasa self satisfaction bila berjaya buat kuih sendiri. Aku tak berapa nak reti untuk beli kuih siap ni kecuali kerepek-kerepek, kacang and kuih tart. Kuih tart memang aku surrender le kan. Baik beli je or makan je kat rumah orang.

Mama mesti akan buat dua jenis kuih punya. Aku tak rasa aku akan ada masa nak buat sama dengan dia. Tapi takkan nak ambik yang dia dah buat kot? Kekekeke.. Dasar anak hantu! Tahun lepas ada gak masa untuk buat together. Tahun ni, aku rasa time aku macam pack gila. Every weekend macam penuh je. Weekdays lak, macam tak larat nak layan bakar kuih. The main problem is oven aku comel sangat. So jenuh le nak tunggu siap. Takkan nak gi tumpang oven orang kat Kajang tu, *jeling Yam* yang besar kan? Kekekeke.. Jauh tu takat nak bakar kuih je. Orang tu pun lum tentu nak kasi chan aku tumpang bakar! Hik! Ke, harus kita bergotong royong buat kuih lepas dari Darul Izzah nanti?

Okehlah.. aku nak carik resepi. Bye!

Angah

Monday, 7 September 2009

Episod 17 Ramadhan

Okeh, enough of missing you! I am still missing you, tapi since ada kesempatan ni, kena gak tulis entry lain. Hik!

Semalam masa I was in a shopping centre, aku dengan lakiku nampak kad raya. Kata laki aku, "You tak nak beli kad and hantar kat Joe dengan Dee ke?". So thoughtful. Kata aku, "Errr.. dah lambat dah ni. Tak dan nak sampai. Nanti I wish gitu-gitu je le". Harus lebih thoughtful, kan? Kekekeke! Harus kena guna telepati je ni! Hik! Bila laki aku cakap gitu kan, aku terpikir.. at least aku dengar gak khabar berita pasal Joe. Dee apa khabar eh? Lama tak dengar khabar berita. Sihat ke? Aku nak poskan kuih raya tapi sekarang ni banyak nau restriction. So if by any chance you are reading this, Dee.. anggaplah aku dah kirim kuih raya di angin lalu, ye! Kekekeke.. And you are missed deeply!!

Pagi tadi on the way ke ofis, aku layan radio feveret aku tu. And di bulan puasa ni, diorang ada buat drama radio. Adalah dalam 2 minit kot drama tu for each day. Pastu bersambung-sambung. Terpaksa look forward to sambungan cerita the next day. Dah macam tengok drama petang-petang kat tv lak nak kena tunggu esok for the sambungan. Sabo je le.

But what interesting is, tak sangka drama radio masih ada impact atas aku. Lama tak dengar drama radio, tapi sesekali dengar tu, still best gak. Macam dulu-dulu. Dulu, zaman entertainment tak banyak lagi, zaman tv takde benda in the morning, radio tu sumber entertainment gitu. *Oh I sooooo feel like a dinosaurs!!* And ofkos to those yang baya-baya aku, harus tau pasal cite No. 5 Persiaran 1. Kekekeke.. Aku tak ingat watak-watak dalam cite tu lagi tapi aku rasa ramai yang ingat. Drama tu full of pengajaran. Pastu macam perfect gitu family diorang ni. And listening to drama radio ni, the listeners have the chance to use their imagination. Unlike drama tv le kan. It's all there for you to watch.

Tatau apasal aku nak merepek pasal drama radio ni. Kekekeke..

Oh, cuti raya aku dah approve. Aku akan bercuti mulai Jumaat tu sampai minggu depannya. Jumaat tu nak bercuti mostly untuk menyiapkan kek yang diorder. So that sapa-sapa yang order tu, dapat le as fresh as possible kek diorang tu.

Okaylah.. itu aje. Kalau aku tak bersiaran lagi minggu ni, I'll see you guys kat Darul Izzah nanti ye, for those yang datang, inshaAllah.

Angah

Thursday, 3 September 2009

Missing you!

Being away from the blog world for so long buatkan aku macam lost touch dengan rakan-rakan maya gitu. No doubt that there are a few that I still keep in touch with - you know who you are. Tapi yang lain tu, yang lama aku tak bersembang di ym or kat tag, aku rasa aku betul-betul lost touch dengan u ols.

It used to be so much fun. Full of lawak-lawak bodoh yang buat aku menyeringai on my other end of the laptop. But now aku rasa macam kering je. Apatah lagi bila suma dah pakat pegi ke ladang tu kannnnnnnnnnn... Nyampah! Aku yang lost sesorang.

Being lost gini, rindu pada bond yang kita ada, aku really look forward to meeting up with the bunch of great friends during buka puasa kat Darul Izzah nanti. Tapi, most probably ramai yang can't make it eh? Ramai yang can't make it tu, as in terlalu ramai from the kelompok of friends yang aku kenal. Yelah, aku paham.. buka puasa kan.. It's more like a family thing. Time to spend with family, beribadah, bershopping and of course balik kampung bersama parents di kampung. Truly understandable. Cuma mungkin aku je yang rasa lebih sentimental kot that I won't be seeing most of you nanti. (Perghhhhhhh!! Sungguh terasa macam aku kat New York lak nak terlebih sentimental!!)

Looking back, aku dengan laki aku still amazed at the number of you guys who turned up at our wedding more than 2 years ago. Aku truly appreciate that. I guess that was about the peak time of our friendship kot? And the most amazing thing is most of you guys leh pakat pakai baju purple. Hik!

I guess what I am trying to say is, kalau ada sesapa yang suddenly takde plan for the 12th nanti, moh le datang berbuka sama-sama. If you think that RM70 per person is a hefty sum of money to be paid for the berbuka, what you can do is probably pay RM10 for the price of the food. Yelah, that RM70 each that we collect is for the anak-anak yatim plus the buka puasa food for the person. Takkan nak makan harta anak yatim kot? The balance of it goes to the anak-anak yatim. To them personally and to the tempat tinggal and whatever that comes with it. It's basically for the kebajikan anak-anak yatim tu suma. Tapi, instead of bagi ngam-ngam RM10, apa salahnya kot tambah lagi singgit ke, lagi dua hinggit ke kan? Ibadah di bulan puasaaaa.. Walau sebesar zarah sekalipun ibadah kita, Tuhan tahu. Yang penting, ikhlas.

I don't know how much you guys know of what is going to happen on that day tapi since I have the chance to write ni, meh le aku tulis je yek. I don't think it's wrong. It's for public info gak, kan.

The money/donation that we have collected will go to:
- Food for berbuka.. those yang datang are actually paying for themselves. Anak-anak yatim tu punya food kita sponsor. Food is being catered.
- Baju Melayu diorang together with butang baju Melayu and kopiah. Sampin or kain pelekat diorang will be donated by a law firm. Thank you.
- Duit raya diorang.. I believe it's going to be sponsored tapi aku tak tau how much. Thank you.
- Cadar untuk katil diorang.
- Towel mandi.
- Langsir for the home complete with basic accessory. We bought kain langsir, and jahit for free.
- Repair work of their toilet.
- Stationery.
- The helper/penaung kat sana. We will give something to them sebagai menghargai jasa diorang menjaga kebajikan anak-anak yatim tu.

I guess that's all kot. I hope I haven't missed out anything.

So on that day, we will help them to kemas-kemas tempat diorang - not going all out le kan. Mampos kering lak kalau nak go all out. Then nak gantung langsir bagai. Kasi ada rasa nak raya gitu. Then later, buka together, solat together. We will also present them with the gifts on that day. So kalau kita ada ramai-ramai, it would be merrier le gamaknya.

Anyway, that's just me hoping to see more of us there. Kalau nak datang, don't just pop up there. Sila le bagitau Arc or Delinn so that they can arrange for the food accordingly.

Oklah. Enough of me being sentimental.

Angah

Wednesday, 2 September 2009

2 weeks in a month

I think, I only live like a normal person for 2 weeks in a month. After 2 weeks, something starts to tip on the balance beam of my hormones and caused hormonal imbalance. And from that day onwards for the next 2 weeks, my life is miserable. Everything seems to be out of place. Every little thing ticks me. And the main target is unfortunately the loved one - my dearest hubby. Every thing that he does doesn't seem right. Obviously every thing that he does wrong, would be out-of-propotionally seem wrong. The wrong things that he did in the past will crop up again. And the hypersensitivity will hit at every opportunity. Fortunately, I can control my temper with the rest of the world. But with the hubby, I am yet to master the skill. Maybe because he's there in my face through thick and thin, and that's why he is the main target. Don't know. No idea. Can't comprehend. Sigh.

I used to be unable to comprehend why it is so difficult for some people to control themselves in time like this. Until I experience it myself, I have no clue how bad hormonal imbalance can affect ones life. Now, I just wish there's an easy way out.

Amazingly, when the 2 weeks of hormonal imbalanced period is over, and when THE period comes, things will go back to normal. My hubby will seem to be like the most loving creature on earth to me. Everything he does will be deeply appreciated by me. Everything looks to be in order. Weird.

And in this Ramadhan, during the period week, my hubby helps to pack breakfast and lunch for his dearest wife yang evil yang tak penah bangun sahur dan biarkan dia bersahur sorang-sorang untuk tahun ini melainkan di hujung minggu. Sweet gitu, kan? Kekekekeke..

Angah

Friday, 28 August 2009

Merdeka weekend

Dear All,

I bersiaran dari laptop lain ni u ols.. Hik! Siap ada dua laptop ngalahkan apa je. But it seems that there are things that can be done using this laptop. Soooo.. mana-mana yang boleh, aku akan guna lah laptop ni. Anyway, that's not important kan. Yang important, I can still bersiaran.

Since this is the first in ages since I last log in to my own blog, I have managed to clean up the URL's kat tepi blog ni. Mana-mana yang dah tak kasi orang baca blog dia, I dah tamatkan perkhidmatan URLnya di stesen ini. Mana-mana yang dah tukar URL, I dah tukar gak kat tepi ni. So hope that clear kan sikit bijik mata I yang yang lama sakit tengok benda-benda usang kat blog ni. The next thing I want to do is to change the banner. Tapi since takde gambo yang leh letak kat situ for the time being, so let it be le.

This weekend is going to be a long one. Fuhh! Lega! Merdeka! Yes, truly Merdeka!!! Hajat hati mulanya nak ulas sikit pasal merdeka, tapi since tak sempat, tak yah le. Cukup le aku katakan, aku merdeka sebab berjaya clean up my blog! Kekekekekeke..

Okaylah. Masa dah time.

Till then koreng, selamat menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Angah

Thursday, 27 August 2009

I am here again

Kali ni, aku cuba bersiaran menggunakan email yang free ni. Tengok apa lak kuar nanti. Kot le nak ada disclaimer bagai, kan? Oh.. harus ada iklan segala. Mamposlah! Tapi nak buat camana, this is the only way yang mampu.. huhuhuhuuu.. Email free ni pun, bukan all the time available. Kot kena tahan dek dinding api, apa pun tak celus. Hampeh.
 
Aku ingat lagi, last year punya Ramadhan, aku galak gak tulis pasal makanan, kan? Tahun ni, sejak dua menjak kena dinding api ni, mood nak tulis pun dah tak berapa banyak, so tak larat le nak cite pasal makanan. So far, aku tak penah lagi singgah pasar untuk beli makanan. Tu azam tu. Nak cuba kurangkan beli makanan. Kang dah terpegi kang, banyak yang terbeli. Tu yang malas tu.
 
Sahur pun, so far aku cuma bersahur sekali je. Tu pun masa kat umah Mak aku, last weekend. Hari keje kalu, tak kuasa aku nak layan. Nanti perut aku rasa sebu je sebab lepas sahur, lepas subuh, selalu aku tido semula mengkala menunggu waktu sesuai untuk bangun gi keje. Tapi since laki aku rajin lak nak bersahur, maka bersahur le dia sorang-sorang. Nasib le dapat bini gini.
 
Buka, kalau kat rumah, so far aku masak. Masak je le apa yang daya. Hari tu dah stock up some bahan mentah kat rumah tu. Cukuplah takat nak masak untuk berbuka sendiri-sendiri untuk beberapa hari ni. Kuih lak, kalau ada, ada le. Weekend lepas, masa kat umah Mak aku, aku dah mintak Mak aku buatkan karipap sadin. Aku bawak balik and simpan dalam freezer. Bila nak makan, baru goreng. Jimat gitu. Also, balance weekend lepas punya puding jagung ada lagi. So itulah makanan kitorang for the past few days.
 
Komen lain lak.. hal ehwal politik! Hik! Korang sedar tak BN tak penah menang any by-elections since kalah teruk (or what they consider menang majoriti mudah) election hari tu? No matter what they said or do kat main stream media, masih gak tak leh nak menang, kan? Nasiblah kan..
 
Lagi satu.. aku perasan.. anak menantu seseorang dulu, yang tetiba naik mendadak dalam dunia politik Mesia ni, dah tak berapa nak dengar suara dia, kan? Apa maknanya tu kan? Hik!
 
Okeh. Sekian sahaja siaran untuk kali ini. Pesanan untuk anak-anak reban: kurang-kurangkanlah berladanggggggggggggggggg di bulan yang mulia ni.. adalah lebih baik waktu itu diisi dengan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran... kekekekeke...
 
Bye!
 
Angah


Share your memories online with anyone you want anyone you want.

Wednesday, 19 August 2009

Ana fenat..

Ana sungguh fenat hari ini. Fenat otak, fenat emosi. Fenat.. (ni suma tersampuk tokeh reban punya ceramah ni!)

Ana nak tulis banyak2 pun tak berapa nak larat sbb guna BB ni kan. Lemau je. Tapi demi mengenangkan feminat ana yg menunggu update ana, ana update gaklah! Kekeke..

Ana benarnya setuju dgn bapak ayam tu yg dok suruh slow downkan time berkebun. *jeles* Dah nak puasa ni kan.. Maka lebihkanlah amal ibadah *mode tunduk bawah tangan genggam nasyid gitu* Hik!

Oklah sekian saje dari ana utk kali ini. Ana sudahi dengan:

1- ana ada jual kek oren utk raya. Sila order ye awal2 utk mengelakkan kempunan. Harga RM30 sebiji, berat slightly more than 1kg.

2- ana ada jual serunding; ikan RM40/kg, daging RM50/kg, ayam RM60/kg. Nak oder half kg pun boleh.

3- ana ada jual mini popia inti serunding ikan. Berat dlm 300gm per pack. 1pack RM9 tapi kalau beli 3pack RM25.

Nak oder, sila tinggalkan komen atau call ana.

Sekian.

Ana Angah
--------------------------
Sent using BlackBerry

_____________________________________________________

DISCLAIMER: This electronic mail (including any attachment(s) hereto) contains privileged, proprietary and confidential information and is only intended for the person(s) or entity to which it is addressed above. Please take notice that if you are not the intended addressee(s) nor the employee(s) or agent(s) for delivering this message to the said addressee(s) and have received this electronic mail in error, any use, distribution, dissemination or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Anyone who receives this message in error is requested to delete this electronic mail and any attachments and notify the sender immediately. E-mails cannot be guaranteed to be secure or error free. Whilst reasonable precautions have been taken to ensure that any attachment to this message has been swept for viruses, we accept no liability for any damage sustained as a result of such viruses, defect or error contained in any e-mail or attachment.

Thank you.

____________________________________________________


This e-mail message has been scanned for Viruses and Content and cleared by NetIQ MailMarshal

Friday, 14 August 2009

Test ni..

Let’s see if this works..

 

 

_____________________________________________________

DISCLAIMER: This electronic mail (including any attachment(s) hereto) contains privileged, proprietary and confidential information and is only intended for the person(s) or entity to which it is addressed above. Please take notice that if you are not the intended addressee(s) nor the employee(s) or agent(s) for delivering this message to the said addressee(s) and have received this electronic mail in error, any use, distribution, dissemination or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Anyone who receives this message in error is requested to delete this electronic mail and any attachments and notify the sender immediately. E-mails cannot be guaranteed to be secure or error free. Whilst reasonable precautions have been taken to ensure that any attachment to this message has been swept for viruses, we accept no liability for any damage sustained as a result of such viruses, defect or error contained in any e-mail or attachment.

Thank you.

____________________________________________________


This e-mail message has been scanned for Viruses and Content and cleared by NetIQ MailMarshal

Saturday, 8 August 2009

Update????

Dengan bangganya aku nak memaklumkan yang blog ini diupdate menggunakan ehem.. Blackberry.. ehem.. Tapi sebab saiz matters bila nak update ni kan, tak lalu aku nak update panjang2. So takat ni je le ye update di angin lalu. Hik!

Wednesday, 18 March 2009

Rahsia kebahagiaan rumahtangga

Kata orang, untuk hidup dalam rumahtangga yang bahagia, perlu ada keserasian di antara suami dan isteri. Kata orang lagi, punya banyak persamaan sesama pasangan boleh mengeratkan hubungan. Namun ada juga yang berpendapat, perbezaan yang nyata yang boleh mengeratkan hubungan. Entahlah. Yang penting bagi aku, suami dan isteri itu sendiri perlu tahu tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga.

Isteri: Babe, kita ada persamaan tak?
Suami: Ada. Gigi kita sama besar.

Sungguh. Kadang-kadang persamaan yang tidak tercapai dek akal itulah yang mengukuhkan dan membahagiakan rumahtangga.

Angah

Monday, 16 March 2009

Update!

1 - Aku memang dah lama tak tengok berita kul 8 tu. Bosan. Balik-balik politik yang macam main pondok-pondok. Buat aku darah tinggi. So, as the alternative, I am hooked to channel 702. Layan Oprah lagi bagus. Lagi educating. Lagi ada makna. Last few weeks, dia ada tunjuk pasal show Biggest Loser. Currently dah masuk 8th season kot kat US nun. Tapi, kat Mesia ni baru tunjuk season 1. Being obsessed with weight loss, harus le aku hooked to the show. It's shown daily on weekdays, at 7pm. Tapi last week, dah hujung-hujung, aku termiss. Geram le kan sebab aku nak tau sapa yang menang. Kat website Biggest Loser tu takde tunjuk pasal season 1 - 3. And nak dijadikan cerita, malam tadi, laki aku flip-flip channel, aku ternampak le schedule untuk Biggest Loser tu. Macam marathon gitu. Mula kul 10 malam sampai kul 3 pagi. Aiyo! Tapi, demi nak gak tau apa ending dia, aku layannnn! Sabo je le. Huhuhuhuhu.. kul 3 lebih baru tido. Siap mimpi lagi pasal Biggest Loser! I tell you lah kan obses ke tidak kalau dah gitu. Kekekekeeke.. Anyway, it's much much much better than watching the news, kan? Hik!

2 - Aku as usual busy tahap lumayan. What with normal work yang dah agak abnormal, and ditambah lak ISO Audit yang akan datang pada minggu depan. Both Wednesday and Thursday next week. This week, aku kena pulun make sure documents lengkap. Mana yang tak lengkap, kasi gak lengkap! Huhuhuhuuu.. Dah jadik specialty aku for the past few years dah now. So, selagi tak abih lagi audit ni, agak payah le ym aku nak bernyala yach! Doakan moga kali ni pun, audit will be smooth.. Amin.

3 - Oh, aku dah turun 3kg in total. Tak banyak, tapi takpelah. Aku redho. Pokok pangkalnya, aku tak keluarkan RM400 sebulan untuk kurus.. Huhuhuhuu.. Eat right, exercise right, inshaallah kurus tu.. Sabarrrr.. With that lost, aku dah di bawah 60kg semula.. barely, though!! But it's enough as a motivation.

Oklah. Dah abih idea. Till then.

Angah

Wednesday, 11 March 2009

The Second Year

12 Rabiulawal is our wedding anniversary, according to the Hijrah Calendar. So, last Monday was our second anniversary. End of this month will be the other anniversary. Happy Anniversary to us. Alhamdulillah.

As usual, berbonding berdua, berborak bedtime story..

Si isteri: Babe, kalau kita ditakdirkan kita memang takde anak, nak ambik anak angkat tak?

Si suami: Taknak lah.

Si isteri: Okeh. Tapi, kita kena ada banyak duitlah.. nanti nak kena upah orang jaga kita bila kita dah tak larat nanti.

Si suami: Yelah. Kita migrate nak?

Si isteri: Huh? Awat nak migrate? Nak ke mana?

Si suami: New York.

Si isteri: New York? Nape?

Si suami: Sana ada Joe. Kita leh upah Joe jaga kita. Joe kan jaga orang tua?

Aiyoyoyoyoyoyo..!! Lihatlah Joe! Betapa thotfulnya laki aku pada kau! Kekekekekeke...

Angah

Friday, 6 March 2009

Banner baru!!

Huhhuhuhuhuhuuuu.. banner baruuu.. Dasar bosan dengan banner lama le kan. Pastu, aku tengok blog orang lain dah ada yang berubah rupa, so agak bosan bila tengok blog aku masih di takuk lama. Biarlah entry lama tak berupdate, tapi tetap seronok tengok blog ada banner baru.

Nape aku lama tak update eh? Ntah.. takde idea pun ye. Tak tau apa nak update pun ye gak. Asik cite pasal berat, aku pun naik muak baca. Altogether, masih ala-ala maintain at 60kg. Nape 'ala-ala'.. sebab hari tu aku timbang ada macam kurang sikit dari 60kg but not quite sekilo. So ala-ala le. Takpelah. Dah tak labur duit kat HL, manman udah le. InshaAllah, I'll get there. Eat healthily, exercise regularly. Huhuhuhuuu.. Ni dah 4 hari tak exercise. Guano mu? Tengoklah.. malam ni akan aku gagahkan jugak diri ini.

Okeh. Tu je le. Keje makin interesting tapi tulah kan.. load dia yang tak tahan tu. Tak tercapai dek tangan gitu. Whatever it is, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Alhamdulillah.

Happy wiken, people.. and to anak-anak ayam yang akan bergathering, see you ols later, yach! InshaAllah.

Angah

Thursday, 26 February 2009

tak reti bahasa

rasa itu datang lagi
mengocak jiwa
mencipta resah

sungguh
aku despise rasa itu
mengapa mesti kau muncul lagi?

syoh!
pergi jauh-jauh
jangan berani datang lagi!

Angah

p/s - kekekeke.. matilah kalau pencinta bahasa baca ini tulisan..

Friday, 20 February 2009

Post PGL: A question

Benonya le kan, berapa ramai pompuan-pompuan yang Sultan Melaka syok kan, yang ended up syok kat Hang Tuah, and Hang Tuah layan gak eh?

1 - Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah aka Puteri Gunung Ledang
2 - Tun Kudu - kot tengok cite P Ramlee tu, yang Hang Tuah kasi makan sirih jampi nak kasi hilang syok kat Hang Tuah so that leh kawen dengan Sultan
3 - Melor - orang asli dalam cite P Ramlee tu gak

Tu yang aku ingat le kan. Kot le Hang Li Po pun syok gak kat Hang Tuah ke kan. Kot le ada yang lain lagi. Hensem sangatkah Hang Tuah tu? Charming? Gagah?

Aiyo! Moskel aku. Pastu, dia ofkos takkan amik pompuan tu selepas berflirt bagai, atas dasar kesetiaan pada Sultan. Right.

Angah

Wednesday, 18 February 2009

Patience, consistence... err..persistence?

Kekekekee.. dah macam kelas bahasa lak. Sumanya, salahkan si kembar di benua pulau tu! Dia yang tambah lagi satu katakunci. Amboi amboi amboiiiii..! Kekekeke.. Tapi betul le tu. Consistence tu terus-terusan. Persistance tu.. macam berusaha tetap berusaha tanpa kenal jemu gitu. Dak? Pushing myself to the limit, ofkos without hurting myself le kan. Kot dah injured kang, payah lak.

Semalam aku bererobik 20 min. Kot ikut hati, nak lama lagi. Tapi apakan daya, malas menguasai diri. Camana nak kurus, kan. Tak challenge diri lelebih. Ngengada je. Tapi takpe. 20 mins is still better than nothing. Kot ikut logik akal aku, sambil makan HL, buat lagi exercise, harus le turun kan berat ni? Tapi tulah.. Lemak kental. Sekental jiwa. Hampeh.

Tonight, aku akan menonton PGL. Masa first season dulu aku dah tengok. Tapi dengan sapa ntah. Kali ni, dengan laki aku. Dia yang tak penah masuk IB, nak masuk for the first time malam ni.

Esok, pagi-pagi buta, sebelum subuh, nak kena gi Kerteh. Naik Fireflyz. Flight kul 6.30 pagi. Bilal pun tak bangun tido lagi, aku udah kena kuar rumah. Balik petang esok, kul 6 lebih. Hari Jumaat masuk keje ala-ala pekerja berdedikasi.

Orait. Till then.

Angah

Tuesday, 17 February 2009

Progress

Yesterday, I had a discussion with dear hubby. Pasal lemak sifar dan hutang sifar. Hik! Azam tahun baru aku, yach.. or rather azam yang dah dipasang bertahun yang lalu..

Aku bentangkanlah kes aku. In order to achieve hutang sifar, belanja kena jimat cermat. In order to achieve lemak sifar, makanan lemak kena kurang, exercise kena lebih. In order to accomplish both, consistency kena ada. Sabar kena ada. Dan setelah difikirkan, we decided dah tanak beli dah HL. Abih stok, abih dah. Huhuhuhuuu!! Kepada sesapa yang nak tau setakat mana aku berjaya dengan HL, percayalah yang aku tidak ke mana-mana. Takat turun 2kg je hari tu. Tak kuasa aku nak layan.

Now, since the past couple of weeks, aku dah start exercise regularly. Regular lah tu.. kot ada, selang cuma sehari dua je. Pastu masih buat lagi. Yang buat aku bosan dengan HL, dah aku tambah exercise pun, tak nak turun gak berat. So, aku telah pangkah HL dari hidup aku. Aku rasa aku perlu go back to basics untuk lose weight - jaga makan, exercise. I've learned that before and I should practise what I've done before. Sabar itu katakunci. Consistency is the other. Pastu, it's about changing lifestyle, kan. Kot makan HL, mana nak change lifestyle. And, kalau pun aku turun weight tu sikit pun based on exercise and eating healthily, aku tak sakit hati. Sebab, I won't burn big hole in my pocket! Hik!

Tuuuu diaaaa azam!

Pastu, duit yang guna untuk beli HL, boleh aku bayar hutang, or save. Doesn't matter. Dari sponsor hidup Beckham (still lagi ke?), baik aku sponsor hidup sendiri.

*sungguh looking forward to life without HL!!*

Lagi satu kan.. lari topik ni.. sekarang aku tengah seronok bertani. Ye dek non! Akak bercucuk tanam kat balkoni akak tu! Dulu ada pokok hiasan je. Pastu akak dah letak pandan. Pastu ada letak pokok misai kucing. Pastu ada serai. Ni new addition, ada pokok cili dek nonnn!! Pokok cili tu, dulu akak beli benih je. Dalam 2 hengget je. Pastu akak semai le suma. Tak le expect banyak yang tumbuh. Sekali, tumbuh almost all kot! Now akak ada dalam 50 batang anak pokok cili! Kalau hidup mekar suma berbuah segala, boleh akak jadik tokeh cili kat internet lak! Hik!

Tak lama lagi, leh jadik taman herba lak rumah tu. Tapinya, tulah kan.. space limited gitu. Tatau camana nak letak pokok tu suma. Sungguh menghiburkan benonya tengok pokok-pokok tu hidup dari hari ke hari.

Okeh, tu je update. Sekian.

Angah

Tuesday, 10 February 2009

Battle continues

Long weekend is bad for diet! Hancus. Tapiiiiii.. aku still ingat untuk berexercise. Hik! Semangat masih utuh ni. Berbekal kata kunci 'sabarrrrrrr', aku telah berjaya mengawal diri dari menimbang untuk beberapa hari ni. Yelah.. takde kat umah! Kekekekeke..

I did one round of aerobic kat umah parents aku over the weekend, plus berfast walk sebanyak 7 round (2.8km) kat Kompleks Sukan Ampangan. Laki aku pun aku heret sama berfast walk. Okaylah tu kot. Hopefully, ada lah sikit fat yang burn. Hopefully, the amount of energy burned was more that the energy intake.

Hari ni, minggu ni, usaha juang akan diteruskan lagi. Aku perlu pupuk untuk jadikan exercise ni way of life semula. Huhuhuhuuuu... And, oh aku tak larattt nak teguk HL!! Huhuhuuu!! Tak suka, youuu!! Not my taste! Uhuk! Tapi tulah kan.. demi nak kurus, perjuangan harus diteruskan!

Perlukah aku ikut cara Wak lak makan pisang tiap pagi dengan air eh? Dah beberapa bulan dah, aku amalkan minum air kosong pagi lepas bangun tido, before buat apa pun hatta berus gigi sekalipun. Taik gigi tu yang ada enzim-enzim kesihatan kot. Tak tau mana aku amik petua tu, dan tak tau pun apa kesan kat badan aku. Cuma aku assume bagus jelah kan mulakan hari dengan air kosong. Tapi kot nak try pisang lak, kenalah abaikan air itu? Camno tu?

Demi untuk sihat dan kurus, aku akan terus tabah! Huhuhuhuuuuu.. *merana*

Angah

Friday, 6 February 2009

English Translation

Teaching Adam English words and the meanings.


Far maksudnya jauh. Ha, Adam tulis kat bawah far tu.. jauh.

Adam pun tulis..

jawo

Adeh.

Thursday, 5 February 2009

Takde makna

Aku naik scale lagi malam tadi.

Berat masih tak turun.

Cilakak.

Dan semalam aku tak aerobik lagi.

Frust.

Wednesday, 4 February 2009

Aerobik hari kedua

Setelah mendengar pandangan dari sohabat-sohabat *sila refer komen dalam entry sebelum ini*, aku telah berjaya tidak menaiki scale untuk dua hari ini! Tahniah untuk aku! Kekekekeke! Aiyoyoyoyo!! Geram, you know! Tengok scale tu, tapi takleh nak naik. Sabarrrr.. kan itu katakuncinya. So as of now, maintain le 60kg yach. Kot petang kang aku naik scale and ada perubahan, harus aku update.

Kan semalam aku tulis pasal aku buat aerobic. And again, aku telah membuat lagi aerobic malam semalam. Lepas masak dinner yang so high in fat (telur dadar, bendi goreng, ikan bilis campur bawang campur cili campur ikan masin goreng), aku telah bererobik seround sebelum dinner. Seround je, yach! Tak kuasa nak buat 3 round. Sambil buat tu, sambil le si Adam and Alia join sama. Entah apa-apa je le diorang tu kan. Pastu komplen tak lajulah, penatlah.. Ofkos lepas buat tu, lesu satu badan. Dah lesu tu, nefsu makan kureng. But then, still makan, yach! Dah masak, kannnn.. mesti le makan.

Hari ni, since bererobik dua hari lepas, bonts aku, kaki aku, terasa sakit. Rasa ketat je bonts tu. Boleh ke jadik macam bonts Tyra Banks ni eh? Kekekekekeke.. Tak pun, J Lo? Or Beyonce?? Owh! Kot nak sampai gitu, bukan aku je lesu, aku rasa laki aku pun naik lesu tengok aku bererobik. Dia ofkos penonton setia, yach! Nama dia nak angkat kaki join sama, tidak sekali. Baik le dia baring kat atas couch putih itu sambil bersantai menjamu mata.. owh ada ke benda yang nak dijamu, yach?

Well, ni mentara aku ada semangat nak buat aerobik. Kot esok lusa semangat dah hilang, aku dah tak cite pasal erobik, korang jangan le gatal bertanya, ye. Itu namanya, tahi hayam dah sejuk tu. And ofkos aku akan ada alasan yang macam-macam nape tak buat erobik. Alasan yang pasti, malas! Hik!

Pada sapa yang teringin nak amik HL tapi wonder dulu camana rasanya.. Meh sini aku describe. Sesungguhnya, di tekak aku, dia tidak le sesedap Milo ke, teh tarik ke, Nescafe ke.. tidak sama sekali. Tak jugak rasa macam hot choc kalau yang amik perisa choc macam aku ni. Bagi aku, ia cuma satu minuman yang aku harus teguk demi masa depan yang cemerlang. Rasa dia tak berapa nak best kat tekak aku ni. Kot ada choice, it's not my taste le kan. Tapi idak le aku muntah belilah minum tu. Idak le masam ke, pahit ke, payau ke. Idak. Taste dia tak sesuwei je. Ada le rasa choc tu, tapi idak le strong. Rasa macam minum air choc tapi tak manis, tak pahit, tak masam, tak payau. Pekat je. Pastu at times leh rasa macam kesat-kesat gitu of the serbuk untuk buat air tu. Kekekekeke.. camana tu description aku? Pokok pangkalnya, once kurus, I don't think I'll choose HL as a drink option le kan. Tapiiiiiiiiiiiiiiii.. *disclaimer* tatau le kot dah abih botol kedua ni nanti, aku syok lak kat HL ni. Macam candu lak kan.. Itu, tatau le kan.

Ni break time benonya. Pasni, bos nak jumpa. Bosan you! Tapi dah nama pun keje. Syukurlah ada keje, ada gaji. Ada orang takde keje. Ada orang ada keje takde gaji. So syukurrrr alhamdulillah aku ada keje ada gaji.

Oklah. Janji berupdate blog ni.

Angah

Tuesday, 3 February 2009

Dasar lemak tepu!

Givap! Kalau dah dasar lemak tepu lagi kental, memang payah nak susut tau! Nyampah! Eh tapi kan, baru sebotol abih.. hari ni baru nak masuk botol kedua. Terpaksa le bersabar. Bukan apa, masa first 4 days aku makan benda alah tu, berat aku turun 2kg. Terer je aku rasa. Sekali, lepas dah sekali timbang tu, timbang timbang lagi beberapa kali pastu, dah tak turun pun! Seskala pun tak turun, tau. Bukan kata nak turun 1kg, 200gram pun takmo! Geram tak?? Geram dek nonnnn.. Tapi takpe.. sabar. Jiwa mesti kental.. sekental lemak. Dah bayar lebih RM400 kan.. kenalah kental. Kalau takat RM100 boleh lagi givap terus. Tapi dah RM400 lebih.. so sabarrrr ialah katakuncinya!

Yelah, idak le aku strictly tak makan benda yang aku suka bila makan Herbalife ni. Makan tu tetap makan. Tapi, kuranglah kuantitinya. Itu perlu sebab I believe in changing the lifestyle. Diet ni is about makan makanan seimbang. Herbalife ni untuk membantu speed up the losing weight process. Tapi there's life after Herbalife. Tak hingin le aku telan Herbalife seumur hidup, kan. I miss the normal food. I miss living like a normal person.. a slim and slender normal person, that is. Tapinya, bila aku makan benda yang normal, takkan le tak nak turun, kan? Padahal, 2 main meals aku dah gantikan dengan makanan berkalori rendah. Air pun dah teguk tak hagak-hagak. So, what happened? Salahkan lemak tepu, yach!

And semalam, in my battle to lose weight, hati dah hangat, aku telah kobek-kobek balik CD aerobic yang dah lama aku tinggalkan. Ada tu, yang dah lama beli tapi tak penah on kan, boleh? So aku pun try le semalam. 3 sesi aku buat, you! Geram punya pasal. Tapi, ada sebab pun nape aku buat 3 sesi.. hik!

Semalam, aku telah dengan jayanya memasak pulut kuning! Kekekeke.. Selama idup, tak penah ada pengukus. Hence, tak penah le nak masak anything yang perlu dikukus. And hari tu, aku telah mengambil pengukus tinggalan arwah nek aku kat kampung tu. And aku telah berjaya masak pulut dengan ajaran secara oral over the phone je oleh Emak. Biasa tu aku belajar masak dengan arahan secara oral je. Dari zaman aku anak-anak lagi Emak dah train gitu. Time aku sekolah rendah lagi. Takde maid le katakan.. so aku perlu memasak untuk adik-adik. Dah ada basic, so Emak cuma order apa nak masak ikut tepon je. Dia call and bagitau apa nak masak and camana nak masak. Oh sungguh terer sekali perasan aku.

Anyway, bersuamikan orang Pilah, dia makan pulut kuning dengan sambal tumis bersantan. Kenalah aku ikut gaya dia. Lagipun, nak masak rendang tak cukup bahan. Malas. Sambal tumis gak sedap. Boh sikit petai. Yummy!

Ofkos lepas masak, takkan aku nak pandang je kan. Dah sah-sah aku pun hantu pulut!

Masa kukus pulut tu, aku dah buat aerobic seround. Pastu, buat lagi seround masa dah boh santan kat pulut tu. And malam tadi, mengenangkan pulut yang telah aku makan, terpaksa buat lagi seround! Tuuu diaaaa semangat, kan!

Hopefully semangat aerobic tu akan terus-terusan. Pagi ni dah sakit-sakit badan ni. Moga semangat tu tak terhenti kat sini je le. And, ofkos the big thing is, to see the improvement. Kot berat tak turun tapi badan jadik slim, takpe gak. Tapinya, knowing my body, patutnya aku akan lebih ringan jadinya. So, wajib tu turun berat badan ni!

Angah

Wednesday, 28 January 2009

A few points..

Hik! Ada update lagi! :) Bos tarak. Bos cuti raya. Wa happy gila! Rasa tenang di dalam dada. Rasa gumbira di dalam jiwa. Kalaulah cuti berkenaan bangsa Cina ni lagi kerap, lagi indah hidup aku ;)

1 - Lately ni, aku rasa blogging ni macam dah hambar je dah rasanya. Napa eh? Perlu ke aku tukar rupa blog aku ni untuk rasa meriah? Ke sebab aku dah lama nau mengabadikan diri dengan keje jadik blogging ni dah tak berapa attach dengan aku? Kenapa? Mengapa? Why??

2 - Sebagai pengguna Herbalife yang baru seminggu, aku telah berjaya melihat penurunan pada jarum penimbang. Hari Ahad malam timbang sebelum mula makan Isnin tu, and Jumaat malam timbang sebelum mula bercuti. Aku tak berapa nak expect ada penurunan. Yelah, baru 5 hari gitu. Tapi ada. Syukurrrr. Then, came wiken panjang. Balik lak umah parents aku. Makan lak tak berapa nak hingat. Hingat, tapi tak berapa. Herbalife pun herbalife gak. Tapi makan yang lain tetap makan. Balik KL, dengan dada yang berombak saspen, aku timbang semula. Syukurrr maintain! Hik! So tunggu lah lagi minggu depan dan seterusnya yach! Kat umah tu, ada sorang monitor. Kot aku nak langgar sikit tatacara je, dia heppp kan aku. So agak disiplin gak ah aku ni. Berapa penurunan? Tungguuuuuu..

3 - Last Friday, lepas keje, kitorang singgah Istana Budaya. Gi beli tiket PGL. Aku dah tengok, tapi laki aku tak penah tengok. Masuk IB pun tak penah dia tu. So, aku belanja le dia. Tiket yang murah cuma RM123.oo. Tu pun very the limited. Tu hari tu lah. Hari ni, tatau ada lagi ke tak.

4 - After that, kata laki aku, ada acara kat Laman Santai IB tu. Untuk Palestin. Dia baca kat Kosmo. So kitorang pun jengok le ke Laman Santai. Dah ada stage and gerai-gerai jual food, meja macam kat kedai mamak gitu, and seats untuk tengok ke stage. Kitorang pun, konon nak check it out lah. Tengok gerai food tu. Sedap je food dia and murah lak tu. And we decided to makan kat situ for dinnner. Lepas satu, satu food yang kitorang makan. Murah dek nonnn! Pastu, aku jumpa something yang aku dah lama tak makan. Sengkuang dengan paste merah pastu tabur kacang tanah hancur. Korang ingat kah makanan itu? Aku punyalah lama tak makan tu. Sampai dua keping aku beli! Besar lak tu. And murah.

5 - Makan punya makan, kitorang melepak sampai show mula. Majlis diklemasi sajak benonya anjuran Utusan group. Demimu Palestin. Ramai artis ada. Tak penah aku tengok diklemasi sajak secara pro ni. Takat kat sekolah dulu, ada le. Tak aku sangka best tengok orang-orang pro ni. Membara je rasa. Hos dia si Aznil tu. Yang lawak pun ada. David Teo si penerbit tu diklemasi sajak dengan bunyik pelat Cina gitu. In the end, kitorang dok situ sampai kul 11 lebih malam, dalam malam yang panas tak berangin langsung.

Sekian.

Angah

Friday, 23 January 2009

Bebelan manja

Lama dah aku tak membebel, kan? Rindu lak. So marilah baca bebelan aku untuk kesekian kalinya..

Gini. Aku nak bebel pasal arahan untuk penghuni flat untuk tidak menyidai baju kat luar rumah. Yelah, bagus gitu arahan gitu. Tapi, sebelum beri arahan, sudahkah dikaji alternatif yang ada untuk diorang ni? Dah penah jenguk rumah diorang ni? Penah tau saiz tempat sidai baju kat flat kos rendah? Tau? Ada lah dalam sedepa je lebar kawasan tu. Dah tu, orang yang dok kat umah kos rendah ni, rata-rata orang ramai anak or family besar. Kalau tak pun lah kan.. kawasan untuk sidai baju tu, se-line cuma muat nak letak kain batik selai. Pastu yang lain? Nak letak mana? Longgok dalam umah sampai kepam sebab nak tunggu yang disidai kering? Gilos.

Yang tambah aku bosan, Najib lak over nau nak execute the order. Dia ni dah buat study lum? Takat nak kasi cantik pemandangan, tapi tak amik pot pun camana orang ni suma nak resolve masalah, camno? Nak soh diorang ni sidai baju kat laman rumah dia ke? Lainlah rumah dia, kan. Laman lapang nak sidai baju. Belakang rumah luas kot tak leh sidai baju depan umah. Pikirlah sikit! Pastu macam besar sangatlah isu ni. Macam dah takde isu nak carik lagi dah? Aiyo! Lemau!

Dah tu, takkan nak soh diorang ni suma beli dryer kot? Capital cost lagi. Operational cost lagi. Maintenance cost lagi. Pastu, apa efek pada environment? Kan pembaziran of resources tu. Matahari nala panas kat Mesia ni. Anugerah Allah. Guna je lah kan. Lemah tul!

I tell you, kalau dah dekat election le kan, harus isu ni tak naik. Harus dia kata dia akan kaji balik plan tu. Tapi, yelah.. lama lagi kannnn nak election.. Bosan wa!

Lagi satu.. pasal pakai seat belt kat belakang. Aku agree totally dengan ruling tu. Demi keselamatan. Promote berbulan lepas. Siap bagitau bila nak execute. Okaylah gitu. Dok pung-pang sana, pung-pang sini kata nak saman kalau tak pakai. Okay. Sekali, bila dah execute, nak tarik balik lak saman. Sebab, ada percanggahan dalam undang-undang between pihak penguatkuasaan. Boleh??

Masa dok promote dulu, or even before then, tak cek ke undang-undang ni?? Undang-undang tulis sendiri-sendiri? Takyah go through AG office ke sapa ke ke? Lupa ke ada JPJ dengan Polis? Lupa nak cross check undang-undang masing-masing? Hapadaaa..! Ni bukan kali pertama nak execute undang-undang jalanraya. Dah lebih setengah abad merdeka pun, tak leh nak pikir? Hish!

Bosan aku tengok isu-isu remeh ni tau. Last year punya election results tu, tak dijadikan pengajaran. Learn about rakyat punya isu. Nama pun, 'Wakil Rakyat'. You are suppose to be hamba pada rakyat. Work with the rakyat, not against the rakyat. Kalau tak leh nak handle isu remeh ni, camana le nak diberi mandat untuk memerintah negara? Camana nak handle masalah kewangan? How?

Angah

Tuesday, 20 January 2009

Rindu? ;)

Ehem..

Ehem..

Ehemmmm...

Ehemmmmmmm...

Oh, baru clear sound.. hik!!

Korengggggg!! I ols masih ada yach! U ols nak tau, I ols hampir lupa I ols punya password tau! Kalau lupa, harus I ols kena buat blog baru! Auw!

Blog ini, sungguh lah tidak dilupakan. Though macam tak berapa nak tegar dah now ni disebabkan tingginya permintaan kerja dan kurangnya penawaran uwang, maka terpaksa le kurang tegar sikit menulis di sini. Walaubagaimanapun, I ols tetap lagi menulis di otak dan hati bila-bila ada benda yang rasanya nak ditulis. Tapi tulah kan.. tulis kat otak dan hati, sendiri baca sekali lalu jelah kan. Hampeh.

Oh udah mengarut gitu. Hish.

Aiyoyoyoyoyo! Line selalu tak clear tau nak update. Busy tu memang busy, tapi idak le langsung takde 5 minit ke 10 minit ke 15 minit ke nak hapdet. Tapi tulah kan. Kot line tak clear, camno? Takkan nak update sambil ada orang mendagu kat tepi cubicle ni kan? *mendagu as in meletakkan dagu di dinding cubicle yg tinggi sikit dari dada ni sambil bertanya sesuatu* Kosser!

In short, sekadar untuk aku mengingatinya, nenek aku passed away last 9th December at about 11pm. Al-Fatihah untuk dia. She was the last grandparent yang aku ada. Tu je pun yang important aku nak tulis kat sini. Yang lain, nan ado.

Then, oh ni yang excited ni.. U ols.. after suma benda *exaggarate, occayyy!* I ols try untuk kasi buang lemak berlebihan ni tapi tak jadik, so I ols telah join masyarakat Herbalife, u ols!! Owwhhh! Tak sangka sangat nak join tapi terpaksa lah. Penat dah bawak lemak-lemak especially kat bonts ni. Hish! Sesak! So, officially, semalam I ols dah mula makan. Efektif ke tidak, tatau lagi. Tapi, based on benda alah ni punya track record, kalau tak jadik, makanya I ols lah orang pertama yang leh complain. Jaga dia!

Timbang dan ukur dah dibuat semalam. Oh sungguh kencang figuranya. Yang paling kencang, ofkos bonts I ols! Sungguh Saloma sekali badan I ols! Kosser! Nanti, kot-kot dah kurus nanti, I ols kalau tak berapa nak segan as well as rasa nak riak, nanti I ols share eh. As of now, I ols gadis pemalu.. *berat 62kg dek nonnnnn!!!*

Okaylah.. tu je update pengubat rindu namanya. Till then, baiiiii... *lambai ratu*

Owh.. lupa.. To Serindit yang dah ada pasangan, Selamat Pengantin Baru! Seeee.. I ols tahu tau perkembangan dunia reban tu!! Hik!

Angah