Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 31 July 2008

Bandung - Pre-trip

Hari ni, aku asyik sangat surf carik info pasal Bandung. To be exact, Bandung shopping. Hik! Idak le aku carik pasal Tangkuban Parahu ke, Puncak ke hape ke. Tak penting. Tu suma, bonus je kalau pegi. Errr.. ada ke dalam itinerary? Mamposlah tak tau itinerary pun kan. Merasalah main redah je.

The main thing aku nak carik are kain untuk baju kurung and blouse. Tu, main thing. Yang aku idam-idamkan. Note yang aku carik kain untuk baju kurung, tau. Tapi, tu before aku surf image Bandung. Bila dah surf, aku macam ala-ala terpaksa ubah fikiran gini. Aku tengok kain-kain untuk kebaya, mengancam dek non!! Camana ni? Nak beli kain tu, body kena solid macam patung yang mempamerkan baju itu. Badan aku ni, memang solid.. tapi solid dengan saturated fat le kan. Bukan dengan otot. Camno?? Uwaaaa!! Mamposlah nak kasi kurus badan sebab nak shopping kain?? Gilos.

Anyway, aku dah target dah.. main tempat untuk aku shopping ialah di Pasar Baru. Ingat ye ahli jemaah rombongan.. Pasar Baru. Put that in mind. Pasar Baru. Kalau lupa, tatau lah kan. Mana tau tetiba hilang ingatan, kan. Payah. Tempat tu, aku baca ada yang kata 7 tingkat, ada yang kata 8 tingkat. Tak kisahlah kan.. yang pasti, bertingkat-tingkat. Aduyai.. camana ni nak decide either nak beli terus or nak tengok yang lain dulu? Kang beli terus, jumpa yang lagi murah, nyesal. Tapi kalau tak beli terus, pastu tak jumpa semula kedai tu, pun nyesal gak! Perlukah aku bawak post it notes kaler oren dan tampal kat pintu kedai so that aku kenal kedai tu bila aku pusing semula?? Oh dilema!! Parah gini.

Pastu, semestinya Bandung tu terkenal dengan Factory Outletnya kan.. Aku baca, Rumah Mode (or something like that le) is the best place to go to. Take note ye korang! Aku dah buat homework ni.. korang lak aku tugaskan mengingatkan nama-nama ini. Jangan tak pegi, tau! Ada macam-macam jenama, gitu. Tak kisahlah kalau dah out season ke kan.. Awak pun bukan sumanya Jennifer Aniston ke, Jennifer Lopez ke, Jennifer Garner ke nak kena uptodate dengan fashion, kan? Baju budak pun banyak. So sapa-sapa nak shopping baju raya anak-anak mentara sale kat Mesia ni, hold duluuuu. Carik dulu kat Bandung. Mana tau kot-kot korang boleh beraya dengan baju Ralph Lauren ke kan? Terer le tu kan!

Finally.. berapa mau dibawak ni weh?? Main thing: hotel, transportation, makan, tax untuk pulang nanti and ofkos sediakan spare untuk excess luggage! Sesapa yang rasa tanak shopping and leh tahan temptation, tak kisahlah kan. Kira ala-ala tenang je nanti tengok orang lain shopping, tak kisahlah kan. Aku? Oh tak tenang dah niiiiiiiiii...!!

Bandung, here I comeee!!

Oh, sambungan cite blue?? Lenkali leh tak? Otak aku dah dioccupy oleh Bandung je dah ni. Tak leh concentrate nak sambung cite blue tu. Sabar ye.. tahan kegersangan ittewwww... Hahahaha..

Angah

Wednesday, 30 July 2008

Kisah benar - Aku naik LRT

Di suatu petang yang panas, sedang manusia berasak-asak hendak menaiki LRT sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kenderaan awam walaupun boleh mati tidak bernafas di dalamnya, pandanganku tertumpu pada seorang gadis.

Gadis itu berkulit gelap. Gelap. Tetapi bukan kulitnya yang menarik perhatian aku. Potongan badannya boleh tahan. Tiada lebihan lemak di sana-sini, pada pandangan mata kasar aku. Cuma dia agak rendah sedikit daripada aku. Petite. Jeles aku! Dia memakai tshirt sendat menayangkan pusat, berlengan pendek yang hampir menayangkan ketiak dan membuka sedikit lurah dendamnya. Tetapi bukan juga baju itu yang menarik perhatian aku. Dia memakai jeans padat yang memegang erat setiap inci punggung dan kakinya. Amat padat. Sama padat seperti bajunya itu tadi. Dan sesungguhnya jeans ini yang menarik perhatian aku. Bukan pada punggungnya yang solid itu atau kakinya yang umpama tiada selulit itu. Tapi, pada kerendahan potongan (low cut?) seluar itu.

Pinggang seluar itu terletak betul-betul di atas aras rerambut yang ada di bawah sana. Terdapat alur seksi dari bawah pusat gadis itu hingga ke pinggang seluar itu. Dengan baju yang terletak atas dari pusat, dan dikombinasikan dengan potongan seluar itu, tidak boleh tidak titik tumpu mata aku hanyalah pada seluar itu. Kerana itulah aku kurang pasti bagaimanakan rupa gadis itu, apakah warna baju yang dipakai, bagaimanakah stail rambutnya, atau kasut apa yang dipakai.

Gadis itu menaiki LRT sama denganku. Ye, kepada sesiapa yang sudah beralih titik tumpu, kisah ini mengenai aku menaikit LRT. Kami berdua berdiri walau tidak dapat aku pastikan di mana dia berdiri. Aku sudah mula menyibukkan diri meneliti manusia yang lain. Tiada yang menarik.

Sampai di satu stesen, satu tempat duduk dikosongkan oleh penumpang yang turun dan aku melabuhkan punggungku di tempat duduk itu. Setelah aku membetulkan kedudukanku, barulah aku sedari yang gadis itu, kala itu, berdiri betul-betul di hadapanku. Kali ni, dia tidak perlu menarik perhatianku lagi kerana titik tumpu aku memang berada betul-betul di paras pinggang seluarnya.

Saat itu barulah otak aku pantas berfikir. Perlukah aku mengalihkan titik tumpuku? Perjalanan aku masih jauh lagi. Andainya aku mengalihkan titik tumpuku iaitu mengalihkan lirikan mataku ke arah kiri atau kananku sepanjang perjalanan itu, harus kero mata aku apabila aku sampai ke destinasi. Tetapi, andainya aku tidak berbuat sesuatu, aku takut dicap sebagai lesbian yang tertarik dengan apa yang dipamirkan oleh gadis itu. Sungguh aku serba salah.

Setelah aku fikirkan pilihan yang aku ada, aku mengambil keputusan untuk tidak mengalihkan titik tumpuku. Biarlah dicap lesbian sekalipun. Aku rela demi untuk tidak mengerokan mataku. Lagipun, apa salahnya aku menghargai kurniaan Tuhan itu, kan? Aku redha mendapat tempat duduk itu.

Ini kisah benar.

Angah

Tuesday, 29 July 2008

Majulah Sukan Untuk RM1m

Kita stop dulu kisah biru itu yach! Pada sesapa yang dok carik kaler biru kat entry bawah tu, silap le ye. Entry masih putih bersih. Biru yang ada cuma kena read between the lines je. Karekter masih terlalu muda untuk aku birukan, yach! Hahahahaha.. Walaupun aku tau cite aku tulis itu takkan ada pelajaran moral di dalamnya, tapi aku masih ada moral conscience. Hik! Tak tergamak aku membirukan mereka kala ini. Apa-apa pun, nantilah aku sambung kalau aku rajin and ada idea ye. Kalau takde, haruskah berkubur cite itu di Episod 1?? Hish.

Pastu, tima kasih dengan idea tuko nama tu ye. Sesungguhnya, nak mereka nama untuk karekter idak le mudah. Lately ni, aku rasa, novel banyak guna nama yang terlalu komersil. Nama yang aku rasa, diorang wish diorang dapat nama tu, tapi mak bapak diorang tak kasi nama tu. Instead, mak bapak kasi nama Tijah, Limah, Senah etc or Atan, Seman, Leman etc. So, sebab aku malas nak pikir nama lama, aku tibai je le apa yang datang ke otak aku, plus aku leh kembangkan karekter nama itu kelak (kot ada sambungan, that is!).

Err.. benonya aku nak tulis pasal kisah lain ni. Aku nak ngomel sikit. Lama dah tak ngomel. So about time yach!

Gini. Aku moskel dengan ahlil sukan kita yang tak leh nak compete kat international level. I am not talking about lari 100m, 200m, lompat tinggi, lompat jauh, renang, bolasepak, hoki etc. Tu memang dah pasti kita ada handicap. Orang kita pendek le, orang kita takde stamina le, orang kita tak cukup taktik le, orang kita corrupt le. Fine. Tu aku paham.

Yang aku tak paham ni, sukan macam boling, memanah, diving, sychronised swimming, gymnastics and the likes. Nape kita tak leh excel eh? To me, it's more about competing with yourselves, your abilities. Apa guna Majlis Sukan Negara le, sekolah sukan ke kalau kita still tak leh nak ke mana-mana with athletes kita? Bukan tugas diorang memastikan that we provide ahlil sukan kita dengan kelengkapan yang cukup, yang baik, jurulatih yang professional etc. Tak ke? Takat diving tu for example, aku rasa lengkap segala yang kita ada. Tapi still nape kita tak penah dapat emas dalam Olimpik eh?

Kalau bola tu, aku tak harap le kan. Ni malam, tatau berapa gol nak kena sumbat. Tapi, mana le tau kan.. kot-kot bawah coach sekarang ni, kita terer. It ain't over till it's over kan, kata orang. So, there's still hope. A faint one, I guess.

Ok dah. Tu je omelan buat masa ini. Sekian.

Angah

Monday, 28 July 2008

Episod 1

Awan mendung di luar sana. Hari pasti hujan, detik Amir di dalam hati. Sejuklah sikit suasana malam nanti yang telah hampir seminggu tidak ditaburi hujan. Tanah telah mulai kering. Tumbuhan hampir layu. Sama sahaja dengan jiwanya sejak ditinggalkan Tipah. Tapi, apalah sangat malam yang dingin itu tanpa Tipah di sisinya.

Tipah meninggalkannya setelah lari mengikut Mat Bangla yang kononnya lebih berwawasan daripadanya. Mat Bangla yang kerjanya menjaja kain dari rumah ke rumah itu berjaya mencuri hari Tipah. Sungguh tidak Amir sangka. Selama ini bila Tipah bercerita mengenai Mat Bangla, Amir sangka dia berprasangka buruk bila melihat muka Tipah ceria. Sungguh bahagia.
Takkan nak cemburu dengan Mat Bangla tu pulakkan, berdialog Amir di dalam hati untuk menyangkal rasa cemburu itu. Sangka Amir, mungkin kain-kain yang dijual oleh Mat Bangla memang cantik rekaannya dengan harga yang berpatutan. Mungkin itu sungguh menceriakan Tipah. Tambahan lagi, Mat Bangla itu selalu melupuskan hutang Tipah. Mungkin itu lebih membahagiakan Tipah. Takpelah, kalau Tipah bahagia, aku pun turut bahagia, sangka Amir lagi. Tidak disangka betapa dungunya dia bersangka baik semata.

Tipah itu gadis gilaan pemuda kampung. Tipah tidak berpendidikan tinggi. Cuma tamat sekolah rendah sahaja. Itu pun kerana Cikgu Leman, cikgu muda yang berasal dari bandar ditugaskan mengajar di kampung itu selalu memberi semangat kepadanya agar tidak berputus asa. Kalau diikutkan orang tuanya, tamat darjah tiga lagi mereka mahu memberhentikannya sekolah. Bagi mereka, Tipah tidak perlu ke sekolah lagi kalau setakat hendak tau membaca dan mengira. Setakat darjah tiga, Tipah telah berjaya membuktikan yang dia mampu membaca dan mengira. Itu sudah cukup untuk membantu mereka mengira hasil torehan getah yang akan dijual kepada Ah Seng. Mana perlu dy/dx segala. Mana perlu statistik. Mana perlu tahu teori relativiti. Itu suma untuk orang yang ingin ke bulan. Bagi mereka, tidak pernah terfikir untuk menghantar Tipah ke bulan. Cukuplah setakat muka Tipah dipuji cantik umpama bulan mengambang. Tapi kerana desakan Cikgu Leman, mereka akur. Bagi mereka, Cikgu Leman sungguh mengambil berat tentang hal ehwal pelajaran anaknya. Bertuah Tipah punya cikgu sebegitu. Cikgu Leman pula tentunya bahagia dengan keputusan orang tua Tipah itu. Dapatlah dia menatap wajah Tipah yang cantik (gila babi punya cantik!) dan membayangkan badan Tipah yang menuju alam remaja itu untuk selama Tipah di sekolah rendah. Tidak perlu dia menitip semangat untuk Tipah ke sekolah menengah kerana dia bukannya bertugas di sekolah menengah pun. Cukuplah untuk dia, bahagian dia. Dia puas.

Amir pula katanya lulusan luar negara. Katanya, Australia. Tapi mungkin juga Kanada. Entah mana satu yang betul, tak pasti. Yang pasti, selama lima tahun selepas tamat tingkatan lima, dia menghilangkan diri dari kampung. Selepas lima tahun, dia pulang semula ke kampung. Bila ditanya orang kampung kenapa tidak bekerja sahaja di bandar dengan pendapatan yang lumayan, jawabnya mudah sahaja. Dia ingin berbakti semula kepada kampungnya, tempat dia membesar. Kampung aman, katanya lagi. Jauh dari hiruk pikuk kota. Dia juga mula menggunakan beberapa perkataan orang putih dalam perbualan sehariannya. Andainya ada orang kampung yang meragui pemergiannya dulu, kini mereka percaya yang Amir benarnya telah pergi ke negeri orang putih.

Dia sebaya dengan Tipah. Semenjak kecil lagi dia selalu bersama dengan Tipah. Sementelah lagi rumah mereka selang sebuah. Tipah dan dia selalu berpasangan bermain pondok-pondok. Dia bapa, Tipah ibu. Anak jiran yang lain menjadi anak mereka. Kalau hendak ke mana-mana, Amir yang dicari Tipah untuk menemaninya. Begitu juga Amir. Mereka sering tidur sebantal, makan sepinggan, mandi sebilik air sebelum mereka mula bersekolah. Orang tua masing-masing telah menganggap mereka berdua seperti anak sendiri. Kalau Tipah tidur di rumah Amir, orang tua Tipah tidak akan kisah. Begitu juga sebaliknya. Namun semua berubah bila mereka mula bersekolah. Mula-mula mereka tidak faham mengapa mereka perlu dipisahkan. Seminggu mereka memberontak dengan orang tua mereka. Tapi takat mana pun rajuk seorang anak. Selepas seminggu, hilanglah rajuknya dan mereka akur dengan arahan orang tua masing-masing.

Sebenarnya Amir yang berjaya memujuk Tipah untuk menerima keadaan itu. Orang tua Amir telah menerangkan kepadanya tentang perbezaan yang sebenarnya ketara, tapi tidak berapa ketara bagi anak berumur 5 tahun. Setelah mendengar pujukan Tipah barulah reda rajuknya. Walaupun masih kabur dengan penerangan Amir, tapi kerana penerangan itu datangnya dari Amir, dia terima sahaja. Baginya, Amir sungguh bijak dan hensem. Setiap kali bersama Amir, setiap kali Amir berbicara, ada rasa yang melonjak-lonjak dalam hatinya, ada rasa senyum dalam hatinya. Walaupun tidak faham rasa itu, namun dia suka akan rasa itu. Tidak diketahuinya, Amir juga merasakan benda yang sama..


Angah - akan adakah sambungannya??? kekekekekee...

Friday, 25 July 2008

Sesak

Sesak aku gini. Baruuuu je aku mula try makan produk pengurusan (as in menguruskan badan, not management!), baruuuu je nak ingat nak cuba yang healthy produk ni, dahhhh datang satu produk lain. Aisehh! Leceh ah gini! Datang lak, menjelang bulan Ogos lak tu. Bulan Ogos, memang le bulan sesak tahap gaban.

Let's see.. bulan Ogos nak gi Bandung. Tu, WAJIB pakai duit kan. Shopping abis-abisan. Shopping tak hingat. Then, balik dari Bandung, roadtax/insurance kete mati. Duittt!! Ye, aku tau, leh claim. Tapinya, claim tu lepas bayar. So nak kena guna duit dulu. And kena tambah extra lagi. Bukan leh claim 100% pun. Takat RM625 je. Ye, aku bersyukur ada claim tu. Jangan ada lak kata aku tak bersyukur kan. Pastu, cukai pintu suma datang bulan Ogos. Dah sampai pun bilnya.

And now, aku baru dapat tau pasal produk ni lak. Ofkos, katanya produk yang TERbaik di pasaran le kan. And ofkos, katanya 'if you think it's expensive, think how expensive sickness is'. Adeh. Saiko tau!

Gimana ni? Aku memang nak try produk ni lah kan. Kot tak sesuwei, cukuplah takat itu je. But whatever it is, I am convinced that it's good. Yes, I am THAT gullible! Chet!

Oklah. Pejam mata je. Minggu depan aku rembat itu produk.

Arc, berapa nak bawak gi Bandung ni? RM2K cukup tak?? Kalau tak, aku nak carik lagi ni.. Hahahahahahaha..

Angah

Thursday, 24 July 2008

Battle ini

Sesungguhnya rasa macam achievement gitu bila aku berjaya meresistkan diri dari makan ayam goreng kampung, kuih-muih dan teh tarik untuk lunch tadi! Punyalah beberapa kali dah nak terorder teh tarik, punyalah payah nak decide not to eat ayam goreng kampung and punyalah payah nak control dari terbeli kuih. Fuhh!

Angah

Wednesday, 23 July 2008

Sighs

1. Saya baru sahaja terbuat air Milo sedangkan di dalam hati, terasa ingin minum Nescafe. Nak tak nak, terpaksa saya abihkan dulu semug Milo ni. Sigh.

2. Saya dalam proses berlawan dengan berat badan (weight battle?) semula. Sigh. Tak tau sudah kali ke berapa. Bosan dengan badan yang tak berapa nak comel ni. Buruk. Tapi tulah, nafsu makan mengalahkan nafsu kuda (huh?). Payah nak mengawalnya. Dasar. Sigh.

3. Saya sudah mula membaca sebuah novel pada hujung minggu yang lalu. Saya rasa, saya boleh lah tulis camtu. Idak le sesuatu yang saya tidak boleh lakukan. Cuma, kadang-kadang, saya ada terlalu banyak cerita yang hendak dilabuhkan dalam satu novel. Saya sungguh tamak. Tu pasal, haram satu novel pun lum kuar lagi. Sigh.

4. Saya ketandusan idea untuk mengupdate blog, kekeringan poket untuk bershopping (esok JCard day di MidV!!), kebosanan untuk bekerja. Apa nak jadik dengan saya? Sigh.

5. Saya sungguh rajin membuat kek sekarang ni. Tapi bukan chiskek ye hadek-hadek yang dok leleh airliur tu dok imagine chiskek! Bukan. Cuma kek coklat dan kek oren sahaja yang saya rajin buat. Itu pun sebab ramai yang minat dengan kek tersebut. Saya ingat, nak buat jualan untuk Hari Raya je. Tapi, takut malas lak nanti bila dah dapat order. Camno? Sigh.

Sekian.

Angah

Friday, 18 July 2008

rindu

duhai rinduku
tidak dijemput
tidak diundang
kau datang jua bertandang

pergilah rinduku
hilangkan dirimu
biarkan aku
teruskan hidupku

Angah

Thursday, 17 July 2008

The Royal Wedding

Huhuhuhuuu!! Syyyyy!! Jangan kasi tau si Put pasal entry ni tau.. dendiamm je tau.. dia tak kasi tulis dulu sebelum dia balik coti. Tapi apa kes le kan. Gua punya blog, gua punya pasal le kan. Tapi.. syyyyy!!! Matilah kalau dia tau..!! Kekekeekekeke..

It was indeed a royal wedding. Dah le yang kawen tu seorang Puteri, lokasi kejadian lak kat Bandar DiRaja Kuala Kangsar kan. Hence, it's a Royal Wedding. Kawen dengan commoner je. Sungguh le humble si puteri tu. Hik!

Aku memang sedari awal tidak bercadang nak konvoi dengan sesapa pun sebab tak leh nak janji kul berapa larat nak gerak. Maklum le, the night before tu baru sampai dari KK kan. Sampai pun, dah about 1 pagi gak kat rumah. By the time kitorang lelap, ntah kul berapa ntah.

So we decided to gerak leklek at about 10.30 am. Tu cuma decided je. Mandi-mandi pun dah dekat kul 10.30. Masa aku tengah mandi, aku dapat sms dari Arc. Nanya aku kat mana. Aku ingat, dia udah le sampai Ipoh ke kan.. sebab kononnya dia nak gerak kul 8 pagi. Sekali, rupanya kat Tg. Malim lagi. Hampeh. Idak le aku ni lambat bebeno.

Anyway, kitorang gerak aku 11ish kot. Tak ingat aku exactly kul berapa. Drive leklek gitu and arrived dalam kul 2 lebih kot. Among the taggers, akulah yang paling lambat. Dah tu, kedatangan siap disambut dek Afdzal dengan kameranya. Sempat pose lagi aku dengan lakiku kat jambatan nak masuk ke umah Put tu.

Oh, for those yang tak tau, ada anak sungai betul-betullll depan umah Put tu. Kena cross jambatan untuk ke umah Put. Hebat tak? And so, we have decided that the next gathering untuk camping, kita dah ada lokasi! Kekekekeke..

Ada nampak ka itu jambatan? Itu khemah? Ha, rumah Put belakang khemah tu. Jambatan tu, bawah dia sungai yang jerneh ayernya. Aduh. Sungguh mengancam. Bak kata Budak, Put patut sound awal-awal.. boleh dia bawak shorts bagai nak mandi gitu! Harus kah aku bawak swimming suit aku next time kalau ke rumah Put??

By the time aku sampai tu, aku nampak Budak, Arc, Yam, Coco, OB, Afdzal, Par dan ehem aka Aisyah (ni next in line kot..). Tu je kot taggers? Sori kalau aku missed out any names. Kitorang sampai, terus menuju ke meja makan dan makan dengan lahapnya sebab memang decided nak makan gitu. Lauk pun tidak kurang hebatnya. Tapi kata Budak, kitorang sampai lambat.. ada satu lauk tu.. macam sambal tapi tatau sambal ke tak. Lauk tu sedap gila. Dah abih masa kitorang sampai tu. Huhuhuhu! Rugi you!!

Lepas dah makan tu, sembang-sembang lagi kat meja tu. Then aku nampak di meja pengantin ada kek bagai. Aduh. Sungguh le mengancam kek tu. Macam memanggil-manggil gitu. Orang dah mula mengemas meja pengantin time tu. Since aku geram, aku pegi le ke meja tu nak amik kek tu. Tapi, tak dan sebab dah diambil orang bawak masuk ke dalam. Makanya, sempatlah aku gundikkan si Put untuk memintak kek itu! Hik! Dapat you! Siap ada baulu, ada kek, ada temikai bagai. Bagus gitu kami dilayan dek tuan rumah. Maklumlah, jauh tu datang dari KL!

Udah kenyang, udah sempat kepoh tengok pelamin, tengok jua bilik pengantin yang tak sound proof tu, kami decided untuk pulang. Ofkos lah kan.. takkan nak tunggu pengantin halau. Hik! Masa dah nak gerak tu le baru aku sempat bergambar.

Lihatlah gambar si pengantin ini.. sungguh sweet gitu. Disolekkan dek Bat. Tapi, yang penting, bukan gambo pengantin yang koreng kena fokuskan. Silalah jegilkan mata anda dah lihatlah gambar di belakang pengantin, exactly kat kanan pengantin lelaki itu. Nampakkah anda ada aku enterframe? Kekekeke.. Kitorang dak dok kat dalam sungai dah time tu. Bergambor dengan pengantin dah jadik secondary gitu.

Lihatlah kami kegembiraan di sungai yang tenang ini. Budak siap sengseng suar tu kan..

Dah tu baru le bergambo dengan pengantin. Taggers yang lain dah balik dah time ni.

After that, alang-alang dah ada kat Kuala, takkan le tak singgah kat bando tu kan. Makanya, pegi le kami menyinggah ke sana. Gambo di bawah merupakan pose seksi abang-abang.. Kekekeke! Jangan marah bang!!

Gambo gadis ayu lak.. Tengok le tu muka cik Yam.. sungguh le tak reti nak senyum. Hish!

And that was it. Aku mulanya ada plan nak menyinggah ke Cameron on the way back. Tapi hujan pakat turun dengan lebatnya. So tak jadik menyinggah, terusss pulang ke rumah.

To Puteri and Aznin.. Selamat Pengantin Baru. Moga kekal selamanya, bahagia selamanya. Amin.

Angah

Tuesday, 15 July 2008

Back to life, back to reality!



Aku baru masuk ofis hari ni after away for a week. Huhuhuhuuu..!!!

Isnin lepas, aku pegi Cherating. Ada keje kat Kemaman benonya, tapi aku stay kat Cherating. Aku dengan batu penimbangku, aka lakiku pegi petang Isnin at about 5 pm. Sampai Cherating about 3 hours later kot. Check in kat Legend Cherating and terus carik makan. Banyak kedai makan kat situ, so it's not a big problem pun nak makan.

The next day, kitorang breakfast leklek kat hotel tu, mentara tunggu time aku nak gi keje. At about 10.30 baru aku gerak gi keje. Then, cepat-cepat aku siapkan keje, and by noon dah siap. Lega. So I got the whole day to ourselves gitu.

Balik hotel, laki aku dah ready. Katanya, nak gi jalan-jalan ke Kuantan. Yelah, mula-mula ada gak plan nak ke KT, nak jengok sorang loyar buruk kat sana tu. Tapinya, si loyar tu belagak.. kata dia sibuk time petang. So kami pun takmo le ganggu kan. Makanya, pegi le kami ke Kuantan. Gi Kuantan pun takde arah tujuan. Saje je drive leklek makan angin. Had lunch kat tepi sungai kat bandar Kuantan tu sambil menikmati udara nyaman. Then, we drove back ke Cherating, boleh?? Tapi, on the way tu, sempat singgah Balok. Lakiku lah tu.. nak sangat tengok Balok lagi. Sentimental kan gitu. For those yang gi Balok hari tu, saje je nak kasi tau, yang orang putih yang dok bercaravan dekat dengan tempat kita camping itu hari, masih di situ!!! Punyalah lama diorang dok kat situ. Harus cinta sama itu pantai kot.

Petang tu, bila dah balik hotel, kitorang turun pool lak. Eh before that, masuk laut! Kata laki aku, macam honeymoon gitu. Hik! Memang pun. Bagi aku, it's better then the honeymoon yang usah diingat-ingat lagi gitu.. kekekekeke!! The beach was nice, so was the water. Suam sejuk gitu. Dah kesejukan di laut, berendam lak kat pool. Oh indah sekali!

The next morning, we had a lazy breakfast gitu. Since tak yah nak pegi keje, lagilah leklek sekali kitorang makan. Ada hati lagi nak masuk air tapi harus lah ingat.. sebab malam tu nak naik flight ke KK lak. Tok leh le nak syok-syok pastu nanti kepenatan.

At 11 something kitorang check out. Then drive carik lekor sikit, kopok sikit before driving home. Sampai KL at about 2 or so. Lek sekejap, pack barang untuk ke KK lak. The flight that night was at 9.15. Gitu plannya le.

We had adik ipar aku tolong drive ke LCCT. Kitorang sampai dalam pukul 8 gitu. Masa amik boarding pass, aku tengok orang tu circlekan kat boarding time at 9.20. Aku wonder jap. Aku tanya orang tu. Yelah, flight aku kan at 9.15. Nape boarding 9.20. Kata orang tu, "flight re-timed". Boleh gitu?? Ada such thing? Instead of kata flight delay, kata flight re-timed? Sabo je le. Dah alang-alang re-timed kan, aku dengan lakiku pegi le makan dulu kat restoran yang ada kat LCCT tu. Idak le banyak choice kan.. dah nama pun LCCT.

At about 9.20 kitorang boarding, and found out yang flight lum sampai lagi. Tentative flight arrival time was 9.45. Hampeh. Kat situ dah sesak dah. Rupanya, ada satu lagi flight ke Kuching yang dah delay. Sabo je le. Finally, kitorang gerak kul 10.30 malam.. huhuhuhuuu!! By the time sampai KK, dah kul 1 pagi gitu. Kat KK, kitorang stay kat bajet hotel je lah kan. Dah bayar sendiri, kenalah cekai-cekai je. Hik! Hotel tu kat kawasan Segama Complex. The cost of the hotel was RM80 semalam. Oklah tu bagi aku. Ada aircond, ada water heater, dah cukup dah. Yang lain, basic je.

Kat KK, we spent most of the time jalan-jalan carik makan. Hari Khamis tu, kitorang cuma jalan kat bandar je. Masuk Warisan Square, lepak-lepak kat situ sebab hujan lebat. Padahnya, kitorang shopping kat dalam FOS je. Macam le kat KL takde FOS kan! Dasar! Lepas tu, kitorang dok lepak minum kat satu cafe ni. Aku rasa, it was one of the best moments kot sebab masa tu laki aku borak banyak sangat pasal kisah dia. Laki aku ni, tak banyak nak sembang pasal hal dia. Kalau hal aku, selalu dia sibuk nak tu. So bila dia sembang pasal dia, aku rasa besttt sangat!

From there, kitorang dinner kat Pasar Filipin. Pasar tu ujud malam je. Siang, kawasan tu cuma big parking lot. Malam, tempat tu turn into tempat makan and pasar basah. Food was good and cheap especially seafood lah kan.

The next day, kitorang pegi pulau-pulau kat Taman Tuanku Abdul Rahman. It's a national park benonya. Tapi taman air. We went island hopping ke Pulau Sapi, Pulau Mamutik and Pulau Manukan. The cost dari jeti Jesselton Point kat KK was RM37 per person untuk pegi 3 pulau. Kalau nak pegi 2 pulau je, RM27 kot. Tak ingat aku. And kena bayar jetty fee RM6 per person. The trip to the island was fun as well. Tapi sebelum tu, aku dah boh sunblock lotion banyak-banyak lah kan. Kalau tak, harus rentung. Weather was good, water was good. Pulau-pulau tu sungguh lah cantik. Very clear water. And it's only about 15 minutes boat ride from KK. Entrance fee untuk ke pulau tu ialah RM3. Sekali je bayar and tunjuk je resit tu bila pegi pulau yang lain.

Among the three pulaus yang aku pegi tu, aku paling suka Mamutik. Sapi cantik, tapi tak besar sangat. Manukan cantik, tapi pantai dia ada banyak karang pecah. So sakit kaki kalau berjalan kaki ayam kat tepi pantai tu. Mamutik, perfect. Tapi kat Manukan, ada satu chalet cantik. Chalet tu made of kayu, macam hotel yang tak berapa indah yang aku dok kat Balok tu. Cumanya, hotel kat Manukan tu amat terjaga sekali. Yelah, harga pun indah gak lah kan. It belongs tu Sutera group, yang ada Sutera Harbour hotels tu. The price per night yang paling murah, is about RM500, inclusive of boat transfer to and fro Sutera Harbour. Sungguhlah aku bercita-cita untuk ke sana dan duduk di sana. Bila tu? Hik!

Laki aku siap imagine the taggers buat gathering kat pulau tu, sambil camping sebab time kitorang pegi tu, ada gak groups yang camping kat pulaus tu. Laki aku ni kekadang over excited dari aku bab-bab taggers ni. So ampunkanlah ye! Kekekekeke..

Petang tu kitorang seround lagi makan seafood. Then malam tu lepak-lepak kat Rainforest Cafe, dekat dengan hotel tempat kitorang dok tu. Ada live band. Kul 8 dah mula dah live band tu. We were there until 10.30 pm kot. It was nice too. Lepak, borak berdua.. no worries about the world. Oh indah sungguh!

The next day, the day we had to leave KK, kitorang spent kat bandar gak. Jalan-jalan buang masa. This trip, barang yang aku beli dari KK tu cuma ikan bilis, ikan kering, udang kering and buah salak. Ikan bilis murah ko! Cuma RM14 sekilo yang besar, yang dah berkopek and fresh. Kalau kat KL, haram le kan nak dapat. Kata Emak aku, RM28 sekilo ikan bilis kat sini. Pergghhh!! Udang kering yang besar and fresh lagi tu, dapat RM15 setengah kilo. Buah salak lak, aku dapat RM10 untuk 3 kilo. In the end, aku borong 4 kg ikan bilis, setengah kg udang kering, beberapa peket ikan masin and 3 kg buah salak. Hamik!

Flight balik was at 9.15 pm. Kali ni, flight on time. Sampai KL dalam 11.30 malam. The next day tu, nak ke KK lagi.. tapi kali ni, Kuala Kangsar lak. Tu, lain kali le ye aku cite. Sebab, tuan punya badan kat KK tu, dah mengharamkan sesapa blog pasal kawen dia sebelum dia balik coti. Sungguh hampeh. Tapi not to worry. Kot sempat, esok aku blog. Persetankan dia! Muahahahaha!!!

Kata laki aku, tahun depan nak gi KK lagi. Sungguh le KK tu indah. City dia tak berapa besar. Almost everywhere is walking distance je. And aku discover, dok kat area Segama tu is the best sebab it's somewhere in the middle of the city. Ofkos lagi best kalau dapat dok kat Le Meridien hotel kat situ le kan. Tapi sapa lak nak sponsor aku! Bajet hotel banyak kat KK tu, so not to worry. Bandar dia sungguh bersih. Food memang superb lah kan. Murah, banyak choice and senang nak dapat. Pastu, since KK ni kat tepi pantai, pemandangan memang indah. Nak gi ke pulau pun senang. Hatta ke Pulau Labuan pun senang. And kalau nak gi naik gunung pun, tak berapa jauh.. cuma dalam 2 jam perjalanan je dari KK. Best kan? Kot ada taggers yang nak bergather kat KK, aku rasa aku nak sangat pegi lah. Gegar KK gitu! Hik!

Oklah.. next entry lak. Nanti aku letak gambo, ye!

Angah

Thursday, 3 July 2008

Blackout

Mereka di ruangtamu rumah. Si isteri baru sahaja berjaya melelapkan matanya di atas sofa putih itu, seputih awan yang sarat dengan air. Mimpi baru sahaja ingat bertandang, baru sahaja ingin membawa si isteri ke dalam alam lain yang indah. Tiba-tiba, suasana malam itu menjadi gelap gelitap umpama kicap pekat. Dengan tiba-tiba juga si isteri terjaga. "Blackout, babe", beritahu si suami yang asalnya sedang menonton tv. Adeh. Tidak jadi tidur si isteri itu.

Teringat si isteri hendak menelefon TNB untuk melaporkan kejadian itu. Kala itu juga dia teringat akan kawannya di utara yang baru sahaja mengalami kejadian yang sama beberapa hari yang lalu. Terus dia tidak jadi untuk menelefon TNB kerana tidak mahu menjadi calon presiden taman tempat tinggalnya. Biarlah kawan itu sahaja yang glamer.

Maka sekonyong-konyongnya bangunlah si isteri itu bersama suaminya mengambil lilin. Itu sahajalah masa yang sesuai untuk membakar lilin-lilin yang selama ini hanya menjadi perhiasan di rumah. Si isteri memang tidak gentar sekiranya blackout terjadi. Dia tahu di mana lokasi lilin. Dan dia tau di mana lokasi lighter suaminya. Mungkin sekiranya si suami berhenti merokok, barulah dia perlu gentar ketika blackout.

Empat batang lilin dinyalakan. Tambah lagi sebatang untuk menerangi bilik air. Ah, romantik sekali. Di luar, bunyi motosikal menderum-derum. Mungkin, di kala blackout, harga minyak jatuh sedikit yang memungkinkan si perempit-perempit itu menekan minyak lebih-lebih. Biarkanlah mereka.

Dalam suasana yang romantik itu, si isteri berbisik kepada suaminya, "Babe.. orang dulu-dulu kan.. takde letrik kan.. so malam-malam diorang main babe..". Pujuk si isteri yang sudah tidak tahu apa yang boleh dibuat tika itu. Panas cuaca malam itu. Angin tidak langsung meminjamkan dirinya. Hanya kipas kertas menemani pasangan suami isteri itu. Juga ubat nyamuk. "Yelah.. tapi, rumah diorang, keliling pokok-pokok babe..". Hampeh sungguh jawapan si suami itu. Putus asa, si isteri terus merebahkan semula diri di atas sofa putih itu. Bertemankan kipas kertas. Mengharapkan elektrik muncul semula.

Angah

Wednesday, 2 July 2008

Aku dan pasukan beruniform

Ada orang paksa aku tulis pasal ni.

Dia dok tanya aku dulu, time sekolah, pasukan beruniform apa yang aku masuk. Setahu aku, aku idak le masuk pasukan beruniform yang really ada uniform tu. Seingat aku, aku cuma masuk brass band je kot. Kena masuk sebab co-curiculum ni dikira dalam PMK. Apa itu PMK? Hik! PMK ialah Purata Markah Keseluruhan. Or in english, it's GPA. Masa aku kat MRSM, that's what it's called. Kitorang dah guna dah GPA dulu lagi. MRSM kan ala-ala berkonsepkan kolej kat US nun.. So kalau tak amik co-curiculum, tak grad MRSM nanti. Ye, ada graduation bagai. Tak pun, kalau TPMK iaitu Timbunan Purata Markah Keseluruhan (kalau tak silap aku, itulah maksud T tu) bawah 2.0, kena ulang tingkatan tu. Kekekeke.. Jangan main-main. Malu dek non dok ulang dengan junior yang dah dibuli dulu. Hik!

Oh.. melalut sikit.. takpe.. kembali ke pasukan beruniform.

Aku masuk brass band sebab geng masuk le kan. Tapi, aku malas yang amat nak belajar notes lagu. Yelah, nak main alat muzik, kenalah hafal note lagu, kan. Pastu, kena belajar main alat muzik yang dipilih tu. Ramai geng aku berebut nak main side drum. Glamer kot. Side drum tu dok depan sekali tu.. yang buat drum roll gitu tu. Aku tak nak main side drum sebab ala-ala tak berapa nak reti guna stick tu. Aku kan kidal, so tangan kanan yang banyak digunakan tu, ala-ala kaku abih bagi aku. Takkan aku nak serongkan drum ke belah lain lak kan to accommodate pada kesesuaian tangan aku. Hancus le alignment brass band tu nanti! Nak main clarinet ke, saxaphone ke, trumpet ke etc, tu suma aku malas nak hafal notes kan. So, aku decided to main satu lagi drum. Besar sikit dari side drum, tapi bukan yang paling besar tu. Tenor drum kalau tak silap aku. Yang paling besar tu, yang orang letak kat depan perut tu, bass drum kot. Idak le aku bawak yang tu kan. Berat, you!

Tenor drum tu senang je main. Listen to the song, then bantai je. Ofkos bass drum lagi senang le kan. Tapi, gila tu nak bawak sambil marching dalam barisan. Respek siot kat sapa yang main tu!

Anyway, after a while dalam band tu, kitorang ala-ala kurang gemar dengan drum major kitorang tu. Dia lelaki yang agak lembut. So bila nak kasi command, ala-ala suara tak berapa nak kuar lah kan. Tegas pun tidak. Dah le in a march, brass band depan sekali. Tak macho langsung. Sekali tu, dia tak datang, and aku telah ambil alih kuasa. Rampas kuasa gitu lah kan. Sementara. Mula-mula takat bagi command je. Well, dah tentu suara aku lebih ganas dari mamat sorang tadi tu. Lama-lama, rampasan kuasa kekal. Terus aku jadik drum major.

For those yang tak tau apa itu drum major, drum major ialah the person yang lead the band. Yang pegang tongkat tu untuk dilambung-lambung. Aku, takat drum major yang pegang tongkat je. Lambung boleh, tapi tak tangkap de. Gila kau, berat tu tongkat tu. Ada gak cubaan untuk melambung dan menangkap. Tapi aku takat lambung je le ye.

Back to my earlier note pasal aku bukan masuk pasukan beruniform yang ada uniform ni kan.. Well, orang selalu maklum yang brass band ni, mesti ada uniform glamer gitu. Orang yang paksa aku blog pasal ni dok le ingat aku pakai skirt. Haram. Dah nama pun dok kat MRSM. Time aku dulu, MRSM tu, sikitttt je bawah dari sekolah agama, tau. Sikitttt je. Kot up sikit, harus dah sama level je dengan sekolah agama. So, harus le takde skirt bagai. Uniform pun dek non, takat t-shirt dengan track kot. Kekekekeke!! Low bajet, siot!! Yelah kan.. main pun cuma untuk hari sukan sekolah. Idak le bertanding mana-mana. Drum major yang selalunya glamer pun, ditugaskan kepada aku yang tak langsung glamer. Makanya, idak le glamer brass band kitorang tu.

Nonetheless, it was great fun.

Ha, orang tu.. puas hati aku dah blog pasal ni?? Apa lagi nak tau? Err.. tapi kan, kalau kau tak kasi idea, harus blog aku masih lagi kejung! Hik!

Angah