Tuuu diaaa aihhh!! Aku masih rajin menaip entry untuk bulan puasa ni. This is ofkos going to be the last entry for this Ramadhan. Aku ni, di penghujung Ramadhan, saspen je takut tak berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Apatah lagi bila Ramadhan yang dah nak berlalu beberapa jam je lagi ni, aku tak manfaatkan sepenuhnya. Entah apa yang ada dalam badan aku tahun ni, aku amat kurang beribadah as compare to the previous year. Banyak yang aku plan, tapi tak buat. Dasar setan tu dah memang sebati dalam badan kot? Entah. Apa pun, aku berharap sangat agar aku jumpa lagi Ramadhan tahun depan. Moga tahun depan, aku akan manfaatkan sepenuhnya bulan yang paling mulia antara semua bulan.. bulan yang penuh keberkatan ini. Amin.
As of now, KL dah hampir lengang. Semalam naik LRT pun orang dah tak berpusu-pusu lagi. Ada lah orangnya. Still kena berdiri lagi. Tapi tak perlu le berasak-asak nak masuk LRT tu. Ramai gak orang yang aku nampak naik LRT tu bawak beg besar-besar. Either nak balik kampung, or dah sampai kampung sebab kampung dia kat KL, kan. Traffic pun dah ok je. Semalam, siap aku terawal sampai ofis. Hari ni pun, aku kuar rumah kul 8 pagi, sampai ofis about 8.30. That's how much difference it makes le kan between jalan jem dengan tak jem kat KL ni.
Pasar Keramat dah mula sesak. Dah ada pun orang jual daging kat tepi jalan. Daun ketupat, lemang pun dah ramai orang yang menjual. Seronok aku rasa tengok tu suma.
And semalam, for the first time aku meround ke param. Bukan takat kat area rumah aku tu, kitorang pusing kat area Keramat gak, siap round lagi carik mana param yang ada. We bought nasi kerabu, kepak ayam, rendang, sambal tumis ikan bilis petai, samosa. Tu je kot. Tu pun, dah about RM25. Mahal le tu untuk makan berdua, kan. Tapi aku tak jumpa kuih tepung gomak yang aku nak. Huhuhuhuu.. Keinginan nak makan kuih tu cuma datang a few days ago. Tetiba rasa macam dah lama tak makan kuih tu. Tapinya, dah ujung bulan puasa kan.. orang meniaga pun dah kurang. Banyak spot meniaga yang dah kosong. Harus orang yang meniaga tu dah untung banyak dah tu.
Aku baca paper semalam, kata as of malam kelmarin, peniaga kat Jalan TAR dah turunkan harga barang. Kata sorang peniaga ni, lepas turunkan harga, dia takat amik untung RM10 or RM5 je sebab nak kasi lakukan jualan. And ada tulis lak, yang harga baju Melayu sebelum tu was RM180, lepas harga turun tu jadik RM70! Gilo punya banyak untung tuuuu!! Aiyok! Pastu sampin yang harga RM90 pun dah jadik RM30. Boleh? Tapi yelah kan.. space rental kat situ pun tatau berapa ribu lepas orang amik untung atas angin kan. So agak-agak logik gak lah. Aku rasa, teringin je nak check out the place malam ni. Tak penah aku ke sana di malam raya. Lagipun, tahun ni memang aku lum jejak ke sana lagi. Keinginan tu ada sikitlah. So, tengoklah ye malam kang.
Hari ni, aku akan bersama Mama nak masak kek. Laki aku dok tanya tak buat kek coklat ke kan. Memang nak buat. Semalam lagi nak buat. Tapi, semangat tak berapa nak datang. Tekak aku mula sakit, macam nak kena selsema. So bantai tido je le semalam. Hopefully later, I'll feel better and bolehlah masak beberapa ketul kek.. untuk Mama, untuk Emak dah ofkos untuk laki terchenta. Then, aku nak masak ketupat lak. Biarlah aku masak ketupat sendiri pun takpe. Tak berapa bermakna raya aku tanpa ketupat. Apa barang makan nasi impit segera di pagi raya, kan. Tak rock ah! Aku dah pesan kat laki aku untuk bagitau Mama tak yah masak nasi impit sebab aku nak masak ketupat. Laki aku siap tanya lagi reti ke aku nak masak ketupat. Well, anyam ketupat pun aku reti le. Inikan pulak rebus ketupat tu kan.. Hik! *riak*
Alrighty. Sekian sahajalah aku bersiaran sempena bulan Ramadhan tahun ini. Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir dan batin aku pohon, from the deepest of my heart. Halalkan segala, mana-mana yang patut. Moga kita dapat berjumpa secara live nanti di Hari Raya. Be safe, take care, beringat masa makan nanti.. jangan sampai jem perut tu. Hik! See you olssssssss!!
Salam,
Angah
2 comments:
salam lebaran...
from: ur silent reader
Salam aidil fitri.
semoga di bulan Syawal, semangat ko update blog setanding Ramadhan.
from: your loud reader.
Post a Comment