Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 29 August 2008

Boroi pregnant

Dalam kesesakan jalanraya yang disebabkan oleh penutupan jalan di sana-sini sempena raptai hari kemerdekaan, si suami bertanya kepada si isteri..

"Babe, Amy tu pregnant ke babe? Semalam I nampak dia pakai baju tu macam pregnanttt je". Itu bukan kali yang pertama si suami bertanyakan kepada si isteri soalan itu. Dia pernah bertanya soalan yang sama beberapa bulan lepas yang kalau pada logik akalnya, haruslah sekarang ini perut itu sudah lebih besar seandainya Amy yang bukan nama sebenar itu pregnant.

"Taklah babe. Dia boroi. Badan berisi sikit, pastu perut boroi. Mana ada pregnant. Kalau pregnant, harus dah lama Cik Wok bagi tau kita", jawab si isteri. Cik Wok juga bukan nama sebenar.

"Tu pasallah babe.. kalau naik LRT, kalau dapat tempat duduk, I serba salah bila ada pompuan yang agak-agak gemuk boroi berdiri depan I. Nak kasi tempat duduk, kang benonya dia tu takat boroi je kan.. harus dia offended. Tapi kalau tak kasi kang, entah-entah dia betul-betul pregnant. Tu pasal, I lebih rela berdiri dari duduk dalam LRT tu.. Tak yah dilema bagai", tambah si isteri.

Hik!

*The moral behind the story: Kalau pregnant and nak tempat duduk dalam LRT, silalah pakai baju pregnant yach! Kekekekeke..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan u olssss! Moga kita mendapat pahala yang berlipat ganda di bulan ini.. Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita! Aminnnn..

Thursday, 28 August 2008

The World of Datuks

"Kita kembali semula ke stadium badminton bersama pengulas sukan kita, Datuk R".

"Terima kasih Datuk K. Di gelanggang sekarang, Datuk L kelihatan sudah bersedia untuk beraksi.. bla.. bla.. bla.. Datuk L membuat servis yang pertama.. bla.. bla.. bla.. Datuk L berjaya menyambut hantaran yang agak kencang dari pihak lawan.. bla.. bla.. bla.. Kelihatan jurulatihnya, Datuk M begitu tenang di luar gelanggang. Mungkin dia pasti dengan kemampuan anak buahnya itu.."


Di luar gelanggang..

"Datuk S, you rasa, based on the performance Datuk L ni, sesuai tak kita up kan lagi bajet sukan kita?"

"I rasa sesuai kot Datuk J. Kalau nak, I boleh tolong lobi sikit sebab Tan Sri F tu, related gak dengan I. Bolehlah nanti you suggest buat stadium kat mana-mana ke, buat sekolah sukan kat mana-mana ceruk ke, import players dari mana negara pun.. Tapi, kalau dah dapat tu, janganlah lupa-lupakan I ye.."


Hik!

Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Jangan sue I ols, yach! Kekekekeke..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, u olsssss! Moga ada lah yang I ols kenal, yang akan dapat Datukship soon. Bukan datuk as in punya cucu yachhh! Tu punya datuk, I ols pun kenal.. Ramaiiiii.. Kekekekeke!!

Angah

Wednesday, 27 August 2008

Dear Diary, 27/08/08

It's raining cats and dogs outside and I am stuck in the office. Waiting for my poor darling who is currently stuck in KL, on his way to pick me up. Can't get out this building but not in the mood to continue working. It's pitched dark outside and I can't see anything out there from my little cubicle.

At times like this, when I should be happy to surf the net without any disturbance, I lack of things to surf. No idea what I should surf. No blog that interests me. No one to chat to. Bosan.

Angah

Tuesday, 26 August 2008

Bandung lagi??

Alkisahnya, pagi tadi before pegi keje, mengkala stop nak kuarkan duit kat ATM kat petrol stesen ni, aku pun beli le sekali paper. Selalunya, laki aku yang beli paper and aku cuma baca bila dah petang, dah balik keje je. Bila berita dah basi. Tapi tidak pagi tadi.

And, of all the beritas, takde berita yang lebih penting dari berita tentang tiket AirAsia!! Huhuhuhuuu!!! Yes! Suka I ols tau! Makanya, almost tercapai le cita-cita nak ke Bandung, kan?? And kali ni, tak susah lagi nak carik teman... kerna teman serumah/sebilik/sekatil sanggup pergi bersama setelah melihat hasil pemborongan aku tempohari dah setelah aku mewar-warkan keseronokan bershopping di sana! Hik!

And besides him, kawan dia and wife pun nak gi gak. Diorang ni memang ada motif kalau nak pegi pun. Si isteri ni ada bisnes. Salun kecantikan gitu. Pastu ada jual accessories wanita bagai. So nak gi Bandung nak melihat apa yang ada untuk dijual pun ye gak.

So pagi tadi, awal-awal lagi, mission aku ialah mencari tiket. Aku tengok, sorang RM220. Mahal sikit as compare to the one paid for previous trip. Yang dulu tu tak sampai RM190 pun. Tapi still murah, kan.

Checked the availabiliy, and aku dah booked untuk 6th May - 9th May 2009. Tuuu diaaa!! Kot ada Cik Wok yang nak join sama, silalah ye! Tapi since aku dengan lakiku nanti, harus tak samalah macam rombongan pompuan suma, kan.. Harus lebih kat laki, kan..

Besides that, aku paid for checked in bags. Pegi, each couple check in satu beg, balik each couple check in dua beg. Tatau le kalau bertambah nanti kan. Nasiblah. Bayar jelah kat sana.

Anyway, that's the plan. Masalah book awal-awal ni, anything can happen. So, bawak-bawak berharap je le yang everything will be smooth, takde apa-apa nak dihiccupkan. *Ampunnn! Tetiba aku teringat ISO aku punya audit! Nasib it should be some time in April! Fuhh!*

Alrighty. Sekian update untuk kali ni.

Angah

Monday, 25 August 2008

Domesticated Darling

Being married to the eldest of three sons is tough to begin with. All their lives, they have been pampered by the mother. Everything around the house is done by the mother to the point that they lack skills in handling household chores. I am not sure if the mother never expected the boys to do anything around the house, or she gave up asking, or she overprotects the boys and feels that they are incapable of doing things. Whatever it is, I know that they are spoilt.

Nonetheless, I am lucky enough that my husband is not the worst among the three. He could still attend to household chores, but he used to choose which he would do and which he wouldn't. Something that look close enough to difficult-to-do would be avoided by him.

On the other hand, I am used to do things on my own, around the house. Everything. Being single till my mid-thirties, I learned not to depend on anyone to get things done.

But things got to change when I got married. If I were to do everything on my own as I used to when I was single, then it defeats the purpose of being married. Marriage is about sharing, right?

And that includes household chores.

In the beginning, I used to eat my heart out, wondering how to tell him that he should share the chores with me. I didn't want to offend him and sounded like a control freak wife. But at the same time, I have to make him understand. Though at times I thought of going for strikes and leave things unattended around the house, but the thought of having a messy house stopped that. After all, it's my house.

Anyway, after a lot of trying to make him understand, I can now say that I am proud to have him as my housemate. He does a lot of things around the house now, much more than I do to the extend that some things are purely his territories. For example, laundry. That's his expertise. I wouldn't do any laundry anymore. He won't allow me. He does it from picking up the clothes that need to be laundered, sorting them out according to colour/white and God knows what, flip them inside out or whatever, the type of detergent to use, the softener, the bleaches if any, the order of putting detergent/softener/bleach, determine the cycle needed for each laundry, drying them up, up to folded them all! The only thing that I do is ironing them. According to him, watching me doing the laundry will send shivers down his spine. I do it the shortcut way. Whatever. I am fine with it.

He can also cook simple meals for both of us. And those simple meals include sambal ikan bilis. From someone who messed up the kitchen, to someone that I trust with my kitchen.. that's a huge leap. He knows how to clean up the kitchen after using it, wipe whatever necessary, wash up the dishes and stack them up when they are dried up. Isn't it awesome?

I told him that I am so proud of him, proud of his achievement. 17 months of being married, he has achieved a lot. In response, he said that it's not truly an achievement as he is a slow learner. To me, that's not the case. I know of some people whose husbands are still hopeless around the house even after a number of years living together. So what he has achieved is truly wonderful.

My Darling Babe, I love you!! Muahhh!

Angah

Thursday, 21 August 2008

Gelek si isteri

Di atas sofa putih di ruang tamu rumah, sepasang suami isteri sedang bersantai. Si isteri sedang membaca suratkhabar dan si suami sedang menonton tv.

"Diorang ni, nak kensel konsert Avril Lavigne lak kan. Kot tanak kasi, dari awal-awal lagi, toksah le kasi buat. Senang. Setel", kata si isteri.

"Yelah. Kang kot kasi buat kang, tak aci lah. Hari tu Inul punya konsert kena kensel. Tak fair le Avril lepas tapi Inul tak lepas", hujah si suami.

"Tapi, Avril takde gelek le babe. Lain le Inul", tambah si isteri.

"Eh tapi betullah.. gelek Inul tu menaikkan nafsu", si suami memberikan info tambahan.

Si isteri terus meletakkan suratkhabar.

"Ye ke babe?", soal si isteri.

"Iyelah", jawab suami cool tanpa mengetahui arah tuju soalan si isteri.

"Menaikkan nafsu you gak?", soal si isteri lagi.

"Iyelah", si suami menjawab masih cool.

"Kalau I gelek, kan babe, agaknya menaikkan nafsu tak?", soal si isteri lagi.

"Errr... kena kasi I fikir dulu boleh tak?", si suami menjawab serba salah kerana tahu dia telah terperangkap sambil terus menukar topik kepada kisah Olimpik Beijing.

Kekekekekeke...

Checkmate.

Angah

Wednesday, 20 August 2008

Petani moden

I am a bit under the weather since the trip to Kemaman. Sakit tekak dan batuk since then. Sakit tekak dah kurang, tapi batuk still ada (no Po, I am not complaining.. I am merely stating the fact!). Semalam aku dah jumpa doktor sebab tak tahan nau and as expected, adalah ubat batuk, antibiotik, ubat sakit tekak. Makan ubat tu ok je bagi aku, cuma tak tahan efek lepas makan ubat tu. The dizziness. Aku dapat MC for yesterday, tapi takkan nak MC beberapa hari untuk makan ubat batuk, kan? Melampau.

Tapi, lepas dapat MC semalam, aku idak le balik rumah dan berehat. Hajat hati nak gak sebab the day before tu, by noon kepala aku sakit gila sebab batuk rasa macam tertarik-tarik urat leher sampai ke otak. Tapi semalam, nekad je. Berdoa gitu tak sakit. Sebabnya... laki aku dah plan nak ke MAHA dengan sorang kawan dia and aku ada rasa nak ikut sama. Boleh? Ku gagahkan jua lah badan ini!

Aku tak penah gi MAHA before this. So nak tengok what's really there. Lebih-lebih lagi sejak dua menjak aku bercita-cita nak jadik petani ni, lagi le interested to know what's offered there. Laki aku dah pegi dah hari tu dengan another friend. So he sort of know where to go and what to see kat MAHA tu. Dia nak gak aku pegi sebab whatever we plan to do, we have to agree together, kan. So might as well aku tengok sendiri.

And off we went. We reached there before 10 am kot, or about that. Orang dah mula ramai. The 3 of us, tiap sorang bawak payung. Panas weh tempat tu. Padang rumput yang luas, kan.

The first tempat yang kitorang singgah, yang aku interested in as well was booth vanilla. Bukan booth jual vanilla esen or jual aiskrim vanilla yach! Ni booth on pokok vanilla. Orang yang jaga booth tu, seorang yang dalam lingkungan late 50 kot. Sempoi je. Pakai tshirt dengan slack, berkopiah, berjanggut bagai. Aku ingat dia seorang pakcik yang ada ladang vanilla ni. Tuu diaa underestimate orang! Idak le aku ingat dia lekeh, cuma aku imagine dia ni cuma pengusaha yang berjaya. Sekali, bila dia explain kat chart yang ada kat booth tu, dia speaking London! Tuu diaaa aihhh! Mula dah aku impress. Later bila assistant dia bagi dia punya kad, errr.. Dr... ada PhD! Adehhh! Siap selamba je kitorang bertiga panggil dia pakcik le, abang le, encik le but Doctor! Sabo je le. Tapi aku rasa dia biasa dipanggil gitu kot. Dia pun tak introduce diri dia, kan. Sapa soh. Laki aku yang mesra alam tu siap salam pegang-pegang bahu dia lagi! Laki aku kannnn! Cuma takde interest nak jadik politician je. Kalau ada, harus aku dah jadik Datin dah sekarang! Hik! Eh? Lari topik? Kekekekeke..

Ok, back to vanilla. Vanilla ni ialah sejenis orkid, minus the cekadak yang ada pada orkid. According to the pakcik, tanaman ni asal dia Mexico. Penjajah dah bawak ke a few places and landed in Indonesia back in 18XX. Err.. tak ingat yach tahunnya to be exact. And since then Indonesia dah tanam vanilla ni. Diorang ni, tak sumanya tanam secara besar-besaran. Yang ramainya takat tanam belakang rumah je. Tapi sebab banyak yang ditanam, maka it becomes a big industry kat sana. And, vanilla ni baru nak masuk Malaysia ni last couple of years. Kata pakcik tu lagi, pokok vanilla ni rahmat untuk orang-orang miskin untuk menanamnya due to kekurangcekadakannya. Kos tak tinggi.

It takes 3 years before pokok tu boleh menghasilkan bunga and buah vanilla. And due to that, aku decided to beli anak pokok kat dia later on time nak balik nanti. Yelah, idak le kuasa aku nak bawak anak pokok tu sambil merayap, kan. We decided to let Abah aku grow kan pokok tu, cantaskan untuk buat anak, then let them grow dalam polybag je dulu or kat keliling rumah dulu. Pastu, baru fikir mana nak alih, or carik tanah yang lebih sesuai untuk menuai hasil. Kata laki aku lak, kita boleh gak jual anak tu nanti kat sapa-sapa yang berminat. Tuu diaaa! Enterprenaur berfikir gitu! I like!

After that, kitorang pusing lagi tempat lain. Another interesting place was tempat orang buat makanan ternakan. Ni lagi satu keje senang, and ada demand. Demand sedia ada. Tanam jagung, jangka masa dari tanam sampai matang dalam 60 hari, then leh dapat hasil dah. The easiest way is contract farming. Sediakan tanah, tanam, then ada orang yang akan kutip hasil tu. Tak yah nak fikir nak process ke, tak laku ke etc. Tapi yang tak bagusnya, jagung tak leh banyak kena air. Hujan lebat is not good for them. Tu yang payah tu. Tapi cost tak tinggi. So, that's something yang kitorang think about.

Yang bestnya, kitorang borak dengan pengusaha jagung ni. Dia provider contract farming ni. On the contrary to pakcik vanilla, pengusaha ni budak muda, you!! Owh sungguh comel! Usia dalam mid 20s sahaja pada pandangan aku. With good height, with sweet face, with kulit sawo matang yang dibakar cahaya mentari (akibat keje kerasss and aku imagine dia ni benarnya agak cerah orangnya), with sweet smile.. Owh! Sungguh aku suka! Kalau aku in my early 20s, baru lepas grad, harus aku terussss jadik penanam jagung sebab nak selalu bersama dengan si adik ni!! Kekekeke! Boleh gitu? Harusss aku jadik penanam jagung yang berjaya, sebab nak impress kan adik ni! Owh God! Aku dok imagine sambil borak-borak tu, yang adik ni bukan seorang yang kutu.. seorang muda yang berwawasan. Mungkin education tak seberapa, tapi punya wawasan! Owh! Pastu aku wonder.. adik ni penah masuk paper mana-mana untuk promote what he does tak.. Pastu rasa macam nak soh orang tv ke, paper ke interview dia, boleh?? Owhhh!! Kekekeke.. bawak bertenang yach! Itu cuma kata-kata dari seorang kakak yang punya wawasan! Owh, dia ada sorang kawan yang comel gak. Tapi agak rendah sedikit dari dia, so kurang taste akak. Tapi comel, you! Hahahahaha!! Owh sudahhh!!

Ehem. Kembali ke topik asal.

Other than that, the rest kitorang kurang berminat. And banyak orang jual makanan kat situ. Produk tanaman. Produk haiwan. Yelah, dah nama pun MAHA, kan. Tapi ada gak orang jual kain baju raya. Tu, aku tak tau apa relevennya lah kannnn..

At about 4, baru kitorang lunch kat situ and then beli pokok vanilla dua batang, and balik.

Oh, pada yang tak tau pasal aku nak jadik petani.. Memang aku dah lama interested nak jadik petani ni. Bosan keje dengan orang dah. Kalau aku carik keje lain pun, it'll be the same thing gak. Makan gaji, usaha camana pun, still the same thing tiap bulan. Pastu kena layan politik ofis. Bosan. I know, I am just talking for myself. Ramai lagi yang suka makan gaji. Masing-masing punya pilihan le kan. Kot suma nak jadik petani, sapa lak nak jadik pengilang, kan.

Now, laki aku tengah usha tanah yang sesuai, projek yang sesuai, modal. Kot kena gayanya, inshaAllah, aku akan tinggalkan dunia korporat ni untuk berkecimpung dalam dunia lain, selagi ada kudrat ini. Aminnnn..

Angah

Friday, 15 August 2008

Cherating/Chendor

Udah-udah lah tu pasal Bandung, kan. Now, back to reality. Keje. And a part of that is pergi outstation. Kalau dah jadik orang minyak kat Mesia ni, tempat lain takde nak outstation. Kalau tak Kerteh, Miri, Labuan, KK, yards kat Pasir Gudang or somewhere else.. tu je kot? Aku tak rasa ada tempat lain lagi. Nasib tak kena gi offshore je. Sungguh le dari dulu lagi aku melarikan diri dari perlu ke offshore. Tak sanggup aku. Hik!

And so, kemarin aku gi Kemaman. Though Kemaman tu bukan Kerteh, tapi Kemaman tu ada bonded port tempat orang minyak melabuhkan barang-barang dan orang-orang untuk ke offshore Kerteh. So Kemaman tu salah satu gak tempat yang perlu dikunjungi. Macam gempak je bunyinya.

Keje sikit kat Kemaman tu. Lebihnya, travel nak ke sana. Dulu ada flight direct Subang-Kerteh. Sekarang, dah takde. Kena fly via Kuantan, the closest kalau nak ke Kemaman. Taken into consideration the time untuk kuar rumah, tunggu kat airport, fly, drive lagi ke Kemaman, I'd rather drive dari KL ni. Lebih kurang je. And lebih-lebih lagi, bila ada batu penimbang yang rajin melapangkan diri dia ikut aku outstation ni. Bahagia aku!

We stayed in Cherating. Orang sibuk nak gi Cherating for holiday, aku dapat gi Cherating for work and leisure. Bagus gitu, kan. Tapi sure tak best kalau kena gi sendiri. Last time aku pegi, sempat berendam kat laut dan pool. Tapi kali ni tak dan. Yang dan, cuma merayap melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Petang Rabu tu, lepas keje, aku ajak laki aku gi Pantai Chendor. Aku tak tau pun pasal pantai ni sebelum ni, tapi aku perasan on the way back from work petang tu. Dah penah lepak Cherating, so good kalau tengok tempat lain. It's just about 10 minutes drive kot dari Cherating tu and it's at the border of Pahang/Ganu.

Oh sungguh le cantik pantai itu. Aku suka amat pantai yang tak berapa busy ni. Tenang.

Andai aku punya bakat
Pasti sudah terlakar di kanvas
Replika karya alam
Ciptaan Maha Esa

Di langit petang yang masih biru
Bulan mengambang hampir penuh
Di ufuk sana di hujung laut
Jaluran jingga mentari terlihat halus

Pasir pantai diukir hakisan ombak surut
Dihiasi si anak-anak ketam
Berlari-larian menuju ke lubang halus
Yang dikelilingi bintil-bintil pasir
Yang dilarik tapak larian mereka

Namun kerana aku tak punya bakat
Aku punya kamera untuk merakamkan semua
Tapi aku pasrah
Kamera aku tertinggal di ofis
Dasarrrrrrrrrr!!

Oh sungguh bosan tau, bila ada suasana yang cantik, tapi kamera takde. Hampeh. Nak buat camana, pasrah jelah.

Kitorang melepak kat Pantai Chendor tu. Dok tengok nelayan tepi pantai dok tarik pukat apantah. Ada lah satu dua kedai jual minuman, makanan, tapi idak le ada kedai jual kain baju, kan kot-kot sapa dok ingat nak shopping! Kekekeke..

From there, we headed north. Saje drive melihat suasana. Laki aku tu udah lama tak ke belah sana. So takat nak tengok-tengok gitu je. Sempat round bandar Kemaman seround. Impress laki aku tengok bandar tu macam besar je. Err.. idak le besar, tapi complete lah kan.

Malam tu, laki aku kata nak try makan western kat satu restoran yang kitorang penah nampak dulu kat Pantai Cherating. And of we went. Nama takmo kalah. Food dia Italian. Memang limited ah dia punya menu. Sekali, adehhhh.. Hampeh!

In the menu, ada 3 jenis pizza, 3 jenis pasta and chicken chop kot. Pastu ada sikit menu asian. Bila tanya kari apa yang diorang dok letak dalam menu asian tu, diorang jawab kata kari bukan yang biasa tu.. ehem.. kari tin gitu. Yang pasta lak, aku try carbonara. Sos krim carbonara tu, made of mushroom soup, occayyy! Pastu, diorang dadukan fish cake kot. Then taruh spagetti. And that's carbonara spaghetti?? The price was RM17 kot! Sabo je le. Laki aku makan chicken chop. Aku, order carbonara tu pastu makan beberapa suap je. Air lak, teh yang macam omputih minum tu. Teh kosong, boh sendiri fresh milk, boh sendiri sugar. Yang tu aku ok. Tapi boleh takde limau ke, hape ke. Yang ada cuma tea, coffee, orange juice, watermelon juice and pineapple juice. Perghh! We paid RM37 for food yang ntah apa-apa.

Aku nak je marah, tapi takkan nak marah laki aku, kan? Aku tau dia yang pilih, tapi aku gak yang soh dia pilih. So marah sendiri-sendiri, boleh?? Kosser. Ada customer tu, aku rasa pure Italian kot. Kalau aku, malu siot nak meniaga gitu kat orang Itali. Tapi diorang ni selamba je. Rasa macam nak soh Restaurant Makeover buat makeover je kat kedai tu! Hish! Tapi the fact that kedai tu masih ada since the last month aku tengok, maknanya ada le kan customers dia? Tak tau le dah bukak berapa lama, tapi strongly not recommended le kedai tu.

And sebab aku lapo, aku ajak laki aku patah balik ke Pantai Chendor. Aku nak makan sotong celup tepung kat situ. Dulu, time aku rajin kena ke Kerteh, aku suka makan sotong celup tepung kat Meraga Beris punya stop. Sotong besar. Sedap. Sekarang dah lama aku tak ke Kerteh, so tak dapat le rasa.

Mentara tunggu sotong siap, kitorang dihidangkan dengan karaoke, boleh? Tak ramai orang kat pantai tu malam-malam. Ada lah dalam 5 table je. Yang datang pun, orang-orang situ gak. Ramainya, lelaki. Tapi, ada gak yang bawak anak bini. Budak-budak leh dok lari-lari, main-main lagi kat pasir tu. Sungguh tenang. Karaoke lak, rock kapak, you! Not bad gak suara penyanyi tu.

After that, kitorang balik hotel je.

Esoknya, lepas aku gi keje, singgah kat kedai kopok yang banyak kat tepi-tepi jalan. Beli untuk diri sendiri, family and kiriman orang. In total, aku spend slightly more than RM100 kat kedai tu je.

After that, balik hotel, check out, and balik KL.

Oh now, aku tengah tak berapa nak ada suara. Tak tau mana dapat sakit tekak ni. Mula-mula sakit sikit, then semalam suara macam itik nila, hari ni pun sama gak. Hish! Payah nak berkata-kata.

Oklah. Till then. Bye!

Angah

Monday, 11 August 2008

Bandung - Info stroberi


Aku bersiaran lagi dengan kisah di Bandung. Rasanya, ini dah last dah. Aku saje asingkan dari entry lain, sebab gambo tu ada cerita tersendiri..
Patutlah dulu, Siti dok kata Datuk K suka kasi dia stroberi, and dia lak suka stroberi. Rupanya, ada khasiat stroberi yang aku tak tau. Tapi Datuk K tau, kot?? Hik! Untuk details, sila klik gambo kasi beso, ye! Enlarge lagi kalau still tak leh baca!
Enjoy!! Kekekeke..
Angah Ratna Sari

Bandung - Ole-ole

Dah puas cite pasal shopping, refer below untuk some of the hasils. Aku tak amik suma gambo barang yang aku beli.

Ni, 2 0f 4 jeans yang aku beli untuk aku. Lagi 2, dah pakai sewaktu gambo ini diambil.

Telekung yang aku beli for Rp150,000 (RM54.60) sepasang.

Close up of the telekung punya sulam.

Rp150,000 (RM54.60) sepasang, baju kurung moden.

Rp150,000 (RM54.60) sepasang, baju kurung moden.

Rp150,000 (RM54.60) sepasang, baju kurung moden.

Close up of baju atas. Corak kat leher baju.

Rp150,000 (RM54.60) sepasang, baju kurung moden.

Close up of baju atas. Corak kat leher.

Rp110,000 (RM40.04) sepasang, baju kurung moden, beli hari Isnin! Hik!
Kain jarang, bersulam. Tatau apa material. Rp300,000 (RM109.20) untuk 4 meter. Tatau mana mau pegi pakai baju ni nanti, tapi nak gak ada kain ni.

Kain cotton linen. Rp100,000 (RM36.40) untuk 4 meter.

Koleksi. Tatau bila nak hantar tailor.


Angah Ratna Sari

Bandung - Terakhir

Walaupun dah agak basi, tapi perlu aku abihkan gak cite Bandung ni..

The last day tu, kitorang memang tak plan nak ke mana-mana. Takutlah kan, kot stuck dalam traffic jam, mampos tak balik Mesia. Dah le esok tu masuk keje, kan.

Pagi tu, lepas breakfast and tunggu teksi yang dah dibook the day before, kitorang gi jalan ke kedai kat sebelah hotel tu. Amanda, nama kedai tu. Jual brownies kukus and a few other items. Itu one of the local delicacies kot. Aku tak beli apa pun sebab duit cuma ada Rp200,000 je dalam tangan setelah diasingkan untuk tax nanti. Duit tu lah nanti akan digunakan, kalau ada excess luggage.

From there, sebab masih awal lagi, kitorang jalan lak tengok FO kat jalan tu. Kitorang berlima je yang tinggal. Yang empat lagi dah gerak dah sebab flight diorang awal sejam. FO pun tak bukak lagi time tu, tau! Yang ada, satu tu, tapi jual kasut and henbeg. Takat tengok-tengok je le.

Then balik hotel, check out and at that time teksi pun dah sampai. The journey was smooth. Oh, kali ni, naik dua teksi. Gilo le kan kot boleh naik satu teksi je! Kekekeke!

Sampai airport, masih awal lagi. Airport tu kecik je. Only passengers je boleh masuk ke dalam. Tu pun, yang dah time punya passengers. Yang lum time, kena tunggu kat luar. Kat luar tu, cuma ada satu je kedai yang jual kek, brownies etc. Kitorang usha gak kedai tu, tapi tak berani nak beli apa-apa lagi. Suma kena tunggu dah masuk dalam, dah timbang barang and check in dulu.


Bila dah masuk, dapat timbang barang, suma pakat syukur. Aku cuma ada 10.6kg kot. Hand luggage aku cuma 5kg je. So in total, aku boleh check in both bags kalau aku nak. Limah pun ringan je beg dia. Arc dengan Yam pun sama. Ehem.. Poii.. 21kg yach!! Kekekeke! Ofkos juara, kan! And, nasib baik le dapat kawan macam kitorang ni. Boleh dia tumpang barang time nak check in.

Mula-mula, ingat nak check in as a group, berlima. Tapi, tak dibenarkan dek Air Asia. So yang boleh cuma aku dengan Arc sebab kitorang beli tiket together. Yang lain, check in asing-asing. So what we did was cukupkan timbangan masing-masing. Aku dengan Arc, jadikan total 30kg. Amik le beg Limah masuk dengan kitorang. Then Yam dengan Limah make sure diorang totalkan masing-masing at 15kg each. So dapat le Poii menumpang so that dia tak yah bayar excess luggage.

After that, bayar lak tax apantah dia panggil kat sana. Rp60,000 sorang. Aku dah asingkan Rp100,000. So total aku ada balance lagi Rp240,000 untuk diselesaikan kat situ gak.

Dah check in, kitorang kuar semula and beli kek lapis, brownies and apantah lagi kat kedai luar tu. Settle duit.

The flight was delayed for about an hour kot. And we reached KL at about 4.30pm.

Laki aku dah tunggu kat luar. Anne pun ada sama sebab dia perlu pindahkan barang dia ke beg dia semula yang dia tinggalkan kat umah aku hari tu. Then, we parted our ways.

It's good to be back, but surely kalau ada rezeki, ada umur, aku nak ke Bandung lagi!



Angah Ratna Sari

Friday, 8 August 2008

Bandung - Ketiga

Oh, aku sudah penat menulis. Tapi, kalau aku tak tulis panjang-panjang, I'd miss a lot of things about this trip. It will be my reference later on. Yelah, kan ada hati lagi nak ke Bandung. Kalau boleh, tiap tahun perlu ada trip ke sana. Boleh? Tapi, aku rasa next time perlu ajak laki gak lah.. *ada maknaaaa..* Hik!


Tangkuban Parahu

Ok, the third day was dedicated untuk ke Tangkuban Parahu/Puncak. Kononnya. That was before the discovery of Bandung as the shopping heaven. Honestly, I don't know if Tangkabun Parahu tu is also called Puncak, or there's somewhere else yang dipanggil Puncak. Mamposlah tak tau, kan! Nampak nau tak fokus.

For those yang plan nak pegi ke sana, silalah pergi pada weekdays. Jalan akan jem pada hujung minggu. Dan disebabkan naik bukit, maka jenuh le menunda orang nanti. Pegi weekdays, tenang je. Perjalanan was about 40 minutes kot (pun kes tak fokus, so tak tau!).

Pagi tu, mula-mula ada hati tanak breakfast kat hotel. Kononnya nak gerak seawal mungkin. Awal pegi, awal balik, awal leh shopping. Gitu le kekdahnya. Hik! Tapi aku rasa rugilah kan kalau tak breakfast. So we had an early breakfast. Kul 8 pagi gerak dari hotel. Malam tu, Makcik buat arrangement for the transporation. The cost is about Rp500,000 (RM182.00) in total termasuk parking, entrance fee etc., kalau tak silap aku. Basically, it's how you bargain le kan.

Before that, stop dulu kat money changer. Ada yang terpaksa tukar duit sebab dah berhabisan for the first 2 days, termasuk aku! Pada yang tak tau, diorang ni bagi different rate for different denomination. The bigger denomination, the higher the rate. Kot kasi RM10 untuk 5 keping, jumlahnya akan kurang dari kasi RM50 sekeping. So take note of that, yach!

Perjalanan was okay bagi aku, tapi ada gak yang mabuk. Sian ye sapa-sapa yang mabuk tu. Tapinya, once jejak kat Tangkuban Parahu tu, nampak kedai tempat nak shopping, ilang suma mabuk, I tell you! Kekekekekeke!!

The place is nice, tapi kitorang idak le went hiking, turun tengok kawah yang boleh rebus telur abang tu.. eh, telur ayam! Suma pakat syok shopping, tak syok tengok donia. Aku beli tshirt selai kat situ, Rp20,000 (RM7.28) selai. Oklah tu. Quality kain pun bagus sekali. Suka aku.


A few hours gak spent kat situ. Then, we took a different route down. Supir tu bawak kitorang ke tempat stroberi. Patut le macam terer je dia ke sana.. rupanya kampung dia, boleh?? Ada le cousin dia le, jiran cousin dia le yang kitorang jumpa kat sana. Then, we headed down to Bandung. Along the way, banyak nursery pokok. Banyak bunga lawa-lawa gitu.

Ada buah pelik yang aku nampak. At first dari dalam van tu, aku nampak macam bentuk kepala babi. Sungguh! Terpaksa suruh supir tu berenti sebab aku nak gak identify buah apa tu. Rupanya, nama buah tu, kantung susu!! Err.. no wonder le kan! Buah tu tidak boleh dimakan, yach! Cuma untuk pameran sahaja.. (as in kantung susu lah kan??!!)




Bandung semula

Sampai Bandung, kitorang singgah makan kat Sari Sunda. Again, makan jenis yang sama tu lah.

After that, we headed to Pasar Baru. Aku mulanya tanak pegi lagi ke Pasar Baru tu. Bukan apa.. aku tak tahan sesak kat luar pasar tu. Sesak otak aku. Tapi kat dalam tu sukalah kan. And aku cuma nak satuuuuuuuuu je telekung. Kalau tak beli, aku akan nyesal sebab telekung kat sana cantik-cantik dah murah-murah. Jauh lebih murah dari apa yang aku leh dapat kat sini. So nak tak nak, pegi gak sekali lagi ke Pasar Baru tu. Before that, aku, Arc, Yam and Limah dah plan nak soh supir tu tunggu kitorang jap, aku grab telekung cepat-cepat, settle, then bawak kitorang ke Rumah Mode tanpa ada extra charge. He agreed. Syukur. Poii masa tu aku rasa masih berbelah bagi whether nak ikut aku or nak ikut Anne, Norma, Nora and Makcik. Tapi sebab aku rasa Limah takkan tahan dok lama kat Pasar Baru lagi, so Poii pun ikutlah kitorang! Kekekeke! Yelah, Limah tu godmother dia kat sana, kan!


Arc teman aku masuk pasar. Terus tuju ke tempat telekung tu. Instead of beli satu, aku beli dua sebab kenangkan adik aku. Pastu, si Arc lak, leh gi gatal nanya orang kat kedai belakang kedai telekung tu, harga kain baju kurung yang macam aku dah beli lima pasang tu. Kalau semalam, which was hari Ahad, aku beli at Rp150,000 (RM54.60) sepasang, hari tu which was hari Isnin, harga dah jadik Rp110,000 (RM40.04) sepasang, boleh???? Aduhhhhhh!! Nyesal tau beli hari Ahad. Tapi nak gak marah Arc sebab kalau dia tak gatal tanya, aku tak rasa rugi! Uwaaa! Sabo je le. Nak buat camana kan.. so next time, ingat - nak ke Pasar Baru, JANGAN pegi wiken!

Tapi, aku grab gak le sepasang. Sebab dia oren. And sebab sakit hati. Boleh gitu? Sakit hati, beli lagi? Hadoi!

From Pasar Baru, we headed to Rumah Mode. Kali ni, memang kitorang decided nak tenang-tenang je. Takmo rush-rush dah. Dah tau apa yang nak dibeli, kan. Dah tau apa yang ada dalam tu, kan. So, lek ah. Aku tak tau le kot Poii masa tu terketar menahan rasa, kan! Kekekekeke! Kitoran lepak minum dulu kat Java Bean Cafe tu, diserve dek adik manis hari tu gak yang masih ingat order kami hari tu, boleh?? Cayolah dik!


Kat Rumah Mode tu, aku beli lagi selai lagi jeans Tommy Hilfiger untuk aku, selai Guess jeans untuk adik aku at Rp89,900 (RM32.7236). Tak lama kitorang kat situ and we decided to cari gak Heritage! Tuuu diaaa aihhhh! Tak lengkap lagi tu sebab tak jumpa Heritage, boleh?? Gigih tak gigih le katakan.


Kali ni, we decided to take a cab. Tanya dulu supir tu tau dak mana Heritage. Tau, katanya. Since kitorang berlima, kena le naik dua teksi, kan. Tapi, Poii dengan bangganya suggest nak naik satu teksi. Alah, Indon, kan? Can do, what. Lagipun, malam semalam, kitorang nampak ada lima lelaki dok kat seat belakang dalam satu teksi tu. Kalau diorang boleh, harus kitorang boleh kan? Ehem.

Supir tu cuak gak nak kasi kitorang naik, tapi kasi gak. Limah ofkos dok depan. Poii, Yam, aku, Arc. Camana kitorang duduk?? Kekekekeke! Dengan penuh kesempitan. Aku dok menyerong, sebelah bontot atas seat, sebelah atas peha Arc, boleh?? Hahahahaha! Imagine!

Nasib baik sampai gak ke Heritage tu. Gumbira amats le kan berjaya sampai. Kat situ, aku shopping baju untuk anak buah aku. Cantik, murah. Tu pun, lama gak spend kat situ.

From there, kitorang balik je ke hotel. And then we went for dinner berlima kat tempat mula-mula kitorang lunch hari tu. Sungguh tenang rasanya bila dah dapat apa yang diinginkan.


Angah Ratna Sari

Wednesday, 6 August 2008

Bandung - Kedua

Kata laki aku, "You ni amik gambar, macam kasi cukup syarat je kan? Tu je?". Sabo je le. Sungguh le aku baru perasan yang aku tak banyak gambo nak tunjuk. Sikit bebeno yang aku amik. Nape entah malas nau nak kuarkan kamera and amik gambo. Ada orang, tiap sudut leh amik gambo and buat cerita, kan? Hish! Rugi.

Oh, sambung cerita hari kedua lak..


Menjejaki Pasar Baru

Di pagi yang dingin, udah bangun. Bandung ni, awal sejam dari kita. Tapi benonya, kalau ikut putaran matahari, Bandung macam kita je benonya. So, kul 6.30 pagi dia, dah cerah macam 7.30 pagi kat sini. And kul 6.30 petang, dah macam 7.30 malam gitu. Weather wise, nice. Macam spring or autumn punya cuaca. Dalam 27C. Sejuk tapi idak le sejuk amats sampai perlu pakai jeket bagai. Ke sebab aku ada banyak lemak? Entah. And kering kat sana. So bawak-bawak le lip balm kalau sesapa senang dapat bibir pecah gitu. Aik? Melalut? Hish.

Morning, breakfast kat hotel je. Hotel ni memang hebat. Cuma 2 bintang je, tapi servis mantap. Contohnya, kalau nak iron baju, tak leh iron sendiri. Kasi diorang ironkan. Hantar dalam dua lai baju, dua lai tudung gitu, cuma Rp10,000 je (RM3.64). Tak ke murah tu? Breakfast dia ada nasi goreng, mi goreng, bubur, roti putih and pastry sejenis, coffee, tea. Oklah tu kan? Mana nak dapat kat Mesia gini. Pastu, hotel tu, ada 30 channel tv, boleh? Channel Astro dan channel tempatan. So, usah risau yak.. Tak miss de CSI, House segala, if you want to watch them. Apa lagi eh? Oh bilik air bersih. And rata-rata kat Bandung ni, toliet atau dipanggil kamar kecil, memang bersih gila. Aku respek ah diorang ni. Tempat cekai pun, toilet bersih gila. Apatah lagi tempat kelas kan. Tak macam kat KLCC kita tu.. tu pun hancing gak at times. Pastu ada kesan orang squat kat jamban, kan? Kat sana, bersih. Aku impress. Melalut lagi? Hish.

Ok, lepas breakfast, aku tak ingat kul berapa kitorang gerak ke Pasar Baru. Naik apa ye ke sana? Angkutan kot. Hilang ingatan jap aku. Sampai Pasar Baru, kedai pun tak berapa nak bukak lagi, boleh?? Lum kul 9 pagi rasanya time kitorang sampai tu. Gilos. Mula-mula, janji nak jumpa semula kul 12 le. Aku suggest kul 1. Ada lak yang dok rasa lama nau tu. Aleh-aleh, tak cukup waktu! Hamik kau!

We walked separately. So idak le so berbondong, kan. Tapi aku, Arc, Yam, Limah dan Poii almost always together. Err.. Poii aku selalu tinggalkan. Hahahaha! Dia tu, kena tulis satu entry pasal dia dah shoppingnya tu. Tak padan dengan kebuyungan dia. Orang lain dah gi dunia lain, dia masih lagi dok kat satu kedai tu. Kot boleh, tuan punya kedai pun dia nak beli!

Aku, Arc and Yam dok layan tingkat 2 je or lantai 2, kata orang sana. Tu pun dah berjam-jam. Pasar tu, macam Pasar Siti Khadijah kot, tapi besar lagi. Aku rasa mungkin 4 or 5 times or even bigger in terms of the floor size as compare to Pasar Siti Khadijah. Siap ada escalator, lif bagai. Maklumlah, 7 tingkat kan. Ke 8 tingkat? Tak sure ah. Aku takat sempat jengok lantai 3 je. Tu pun dah time. Kata Limah, Poii ajak dia sampai gi lantai 7. Tu pun, Limah terpaksa menggunakan kuasa veto dia untuk ajak Poii turun. Kalau ikutkan, si Poii tu, sipar jepun pun dia nak beli. Katanya, takde kat Mesia sipar tu. Aku kata, kalau dia beli gak, aku nak soh dia ikat kat leher buat rantai itu sipar! Haiyo!

At about 1, aku, Arc and Yam berkejaran nak kuar dari situ. Dah janji kan? So harus tepati. Tapi, kitorang sesat kat dalam tu, tak jumpa jalan kuar. Kitorang turun guna lif. Ada tulis tingkat 1, then ada D1, D2. Harus tak tau apa tu D1 and D2. So kitorang gi le tingkat 1. Sekali, satu signboard kuar pun takde. Orang punya le ramai. Hari Ahad le katakan. Sesak! Nak nangis pun ada aku rasa. Nasib bertiga. Kalau sorang, harus panik gila aku. Tu kalau ada terbakar, harus aku mati rentung. Hish. Bahaya.

Oh lupa nak bagitau apa aku beli.. Aku borong, 6 pasang kain set baju kurung moden, Rp150,000 tiap pasang. Hamik. Berapa tu in RM? RM54.60 tiap sepasang yach! Ni kain yang jenis ada sulam and ada yang bunga timbul gitu. Then aku beli telekung untuk both mothers, and baju untuk ke masjid gitu untuk both fathers. Moga-moga, time diorang solat tu, diorang ingat le kat anak diorang ni kan. Amin. Telekung tu, I tell you, rugi kalau tak beli. Sepasang telekung yang aku beli tu, harganya Rp150,000. Bunga sulam-sulam lagi. Kat sini, harus ratus ringgit tu. Nanti aku amik gambo le ye. Cantik! Di mata aku le. Di mata orang lain, tatau le kan. Tapinya, Arc pun borong 4 telekung tu. So, harus le cantik gilos! Ahak! Tu je le benonya aku beli kat Pasar Baru pada hari itu. Fulus abih dah. Sengkek.

Aku kuar, aku nampak masing-masing dah bermuhasabah diri kat tepi tangga. Merenung nasib, duit dah habis and money changer tak bukak di hari Ahad! Sabo je le. Ada gak tempat kat Pasar Baru tu accept Ringgit. Ada gak accept credit card. So pandai-pandai le tanya, ye.

Masa kat tangga tu, mentara tunggu Anne and Makcik yang tak sedar diri di dalam tu, aku tengok Poii juara. Orang lain beli beg ala-ala plastik kain kat tangga Pasar Baru tu, saiz sederhana je. Poii punya, ala-ala saiz orang nak meniaga kat Pasar Malam, boleh?? Oh man I am not exaggerating! Kena dua orang bawak beg tu, boleh? Takat jinjing, memang tak larat nak angkat. Kena sorang sangkut kat sebelah bahu, sorang lagi sangkut kat sebelah bahu. Hadoilah mak haiii!! Oppsss.. aku tak terlibat dalam sesi mengangkat yach! Aku punya pun udah hampir labuh tangan membawanya! Hahahaha! Puaslah ditarbiah si Poii ni supaya ingat takut excess luggage. Tapi Poii sungguh tenang. Amat yakin dengan kemampuan Air Asia itu. Hik!

From there, we went back to the hotel. Tatau bikin apa ntah. Oh, letak barang, lah kan. Kasi lega sikit lutut tu. Pastu, dok usah sapa-sapa ada duit lebih yang nak didulukan, kasi pinjam! Hahahaha! Aku, haruslah si peminjam. Nasib le yang tukang pinjam tu bukan AhLong, kan.



Olahraga ke Heritage

Then, sambung lagi perjalanan. Kali ni, plannya nak ukur Jalan Dago, nak banci FO kat situ, and nak ke Heritage. Yelah, kan kata orang kat kedai semalam tu, bisa olahraga! So harus le nak olahraga, kan. Plus, masa balik dari mana ntah, kitorang nampak Heritage tu kat tepi jalan. Masing-masing confident yang Heritage tu terletak di Jalan Dago. Confident, I tell you. No one doubted it. No one said that there's a turn. Including me. Little did we know that jalan tu nampak serupa je lah kan. Sewel.

So, kali ni, aku, Arc, Yam berjalan. Ingatkan Poii dah givap tanak jalan lagi dah. Tapi tak. Semangat dia utuh. Okey. So Limah yang dah berjanji setia dari awal nak tolong Poii angkat barang, ikut le Poii. First place, we stopped at Victoria. Nama je Victoria. Idak le jual VS punya barang. Usah tertipu yach. Barangnya ok bagi aku. Aku rembat selai blouse untuk aku, dua lai blouse untuk dua sisters aku. Blouse tu, kat Pasar Baru dalam Rp100,000 (RM36.40) selai tapi kat situ Rp119,000 (Rm43.316) selai. Oklah tu sebab kat Pasar Baru takde tempat nak try baju tu. So tak confident je aku nak beli sebab badan ni solid, kan! Baju adik-adik aku Rp89,000 selai. Sila convert sendiri yach kalau mau. Kasi train sikit minda itu! Hahahahaa..

Then, gerak ke outlet apantah lagi namanya. Tujuan tetap satu - nak ke Heritage. Lepas satu, satu FO yang kitorang lalui, tapi still tak sampai ke Heritage gak. Still confident yang Heritage is located satu jalan dengan hotel tu. Tapi at that time, cuma tinggal aku, Arc and Yam je. Aku yakin dan pasti Poii dan Limah dah stop ikut kitorang. Sebabnya, masa tu dah masuk acara olahraga dah. Betul le kata orang kat kedai makan semalam tu.. bisa olahraga nak ke sana. Ala-ala acara 5km jalan kaki gitu, kalau ikut tarif Olimpik kot!! Kekekekeke!! Jauh gila kitorang jalan. Dah tu, tak jumpa lak tu mana Heritage tu! Hampeh.

Kitorang masuk satu kedai ni, tanya mana Heritage. Kata orang tu, ada dua lagi traffic light, then amik kiri. Gila. Kena naik angkutan lah kan nampaknya. Kaki aku memang dah longgar gila. Waktu dah gelap lak tu. Dah kul 8 malam kot time tu. And, kitorang tak lunch pun yach! Hahahaha..! Gila punya semangat le nak shopping.

Maka naik lak angkutan. Tanya supir tu dulu, tau tak Heritage. Dia kata, tau. Kitorang pun naik. Aleh-aleh, dah lepas dua traffic light, tak nampak pun bayang Heritage. Tanya semula supir tu, dia kata, ingatkan kitorang nak ke 'Epet-epet' ke hape ke! Kekekekeke! Hampehhhhh!! Aduyaiii! Aku mati-mati le harap dah dapat sampai Heritage, kan.

Disebabkan cuak, kitorang soh je supir tu stopkan kitorang. Bayar le Rp1,000 sorang. Olahraga bersambung semula. Hahahaha! Menapak semula ke belakang, dengan harapan nampak le Heritage. Kot-kot le miss kan. Hampeh. Penat toksah cakap le kan. Dah givap, kitorang stop makan kat KFC kat tepi jalan tu. Tuhan je tau rasa kaki masing-masing. Kot time tu ada tukang urut bergerak, harus masing-masing urut dan-dan tu gak.

Dengan keadaan yang lapar dan penat gila, kitorang mengimaginekan KFC macam kat Mesia. Ayam, siap ada mashed potato dan coleslaw dan bun. Rupanya, silap. Yang diorang ada, ayam, bergedil. And a few other items, boleh? Yam amik dua ketul ayam dengan nasi kepal (iaitu nasi yang dah dikepal dibungkus dalam kertas macam bungkus burger tu), aku dengan Arc lak amik apantah ayamnya macam kebab gitu, tapi ada nasi and sayur. Lapar le katakan. Tambah lagi dua ketul ayam. Ehem.. lapar. Tak lunch, kan.

After that baru ada tenaga sikit. Tapi apakan daya, kaki dah tak larat sungguh. Makanya, kitorang decided to stop and shop kat satu FO ni. DSE kot nama dia. Aku tak berapa pasti. Kat dalam tu, kepenatan kan, aku banyak duduk dari tengok barang. The good thing about FO kat sana tu, suma ada banyak benches or chairs for you to sit bila penat. Tapi, dalam pada duduk tu, still ada hati nak tengok barang, boleh?? Aku sempat wish so that barang tu leh sampai ke aku! Pastu, rak tu leh ada roda so that aku leh tarik je rak tu kat aku untuk melihat barang! Sabo je le. In the end, Yam kena jadik rak bergerak aku! Kekekekeke.. Bukan le all the time, kan Yam? Bila agak-agak aku dah tak larat langsung and Yam ada kat situ je. Aku baik benonya. Hik!

From DSE, kitorang balik ke bilik naik angkutan. Kaki punya rasa, toksah cakap le kan. Denyut, siot!!


Ibuk, capek, urut

Aku balik bilik, lepak sat, pastu terlelap. Then, ntah kul berapa ntah, ada call ke bilik tu. Aku jawab. Lelaki. Aku tak ingat apa orang tu cakap in full. Yang pasti, aku dengar dia kata, "ibuk-ibuk... capek-capek.. urut..". Lain details, tak penting. Aku dalam pisat tu, jawab tanak. Pastu tak terpikir sangat apa pun. The next day, bila aku tanya diorang dari bilik lain, takde lak orang tu call, boleh?? Aku dok le ingat orang yang call tu, dari reception. Tahu kitorang penat, tu pasal call tanya pasal urut. And aku assume suma dapat call tu. Rupanya tak. Huh? Abih, sapa tu? Dia siap soh bagitau kalau nak, so tu yang aku assume orang hotel tu. Sabo je le.

Ok dah. Abih hari kedua. Aduyaii.. penat ni nak tulis lagi..


Angah Ratna Sari

Bandung - Pertama

Preparation

Petang sebelum bertolak, aku masih tak tukar duit lagi, boleh? Entah apa punya sebab pun aku tak tau. Orang lain bukan main awal lagi tukar. Aku, pakat tunggu lepas keje, leklek makan-makan dengan laki sebab nak meninggalkan dia selama 4 hari kan.. so nak kasi lebing each aler puas-puas, then baru nak gi tukar duit. Ke Masjid India gitu, sebab kononnya nak dapat rate murah. Sekali pegi, udah malam sik. Kedai udah mau tutup. Tak sempat nak compare dengan kedai lain, makanya dapat le aku rate Rp100 untuk RM3.64. Ye? Entah. Aku rasa gitu ah. Aku tukar RM1,001 dapat Rp2,750,000. Yes! Dapat jadik jutawan! Mamposlah penat nak kira kan.. dalam tengah blur gitu, dapat lak duit berkepok.. dia kasi aku Rp50,000 katanya 55 keping. Katanya betul kiraan tu. Aku main caya je. Nasib betul. Oh, memang aku ingin tukar RM1,000 je tapi kata orang tu, kasi RM1,001 untuk genapkan. Aku dengan jujur ikut je. Nasib orang tu jujur.

Maka malam tu, bermulalah calculator otak untu memahamkan pertukaran wang yang asing bangat tu. Aku tau, henfon tak canggih aku, ada function untuk tukar exchange rate automatically. You just need to set the rate, and bila nak tau tukaran just key in the figure, and then just choose if you want to know the rate in domestic or foreign currency. Mudah sekali! Enggak perlu calculator besar, aku terhegeh-hegeh membuat mental arithmetik pun. Oh sungguh happy aku jadinya!

Malam tu, aku tak sudi nak ngepack barang. Tak tau apa nak bawak. Maklumlah, nak gi shopping kan.. so tak perlu bawak banyak-banyak barang. Sebab tak leh nak decide apa nak bawak, aku pun tido tanpa pack barang pun. Tido dalam kul 10.30 malam kot tapi terjaga kul 11.30 malam. Susah hati tak pack barang, kan. Maka sekonyong-konyongnya, bangunlah aku untuk pack barang. Setel kul 12.30. Pastu tido balik, tapi aku set jam kul 4.30 pagi sebab nak amik Anne nanti kul 5.30 pagi kat Corus Hotel. Dia turun KL naik bas yang turun kat hotel tu. Idak le jauh dari rumah aku benonya.


Pemergian

At about 5 am kot, aku sms Anne nanya dia kat mana. Katanya dah sampai. Sabo je le minah tu, dah sampai tapi dok dendiam. Aku bagitau dia dalam 20 min gitu aku sampai. At about 5.30 gak kot baru aku sampai and tuu diaaaaa.. Anne punya beg macam orang nak pegi haji! Kekekeke! Sebesau-besau beg! Jenis briefcase lak tu. Hadoilah kan.

Balik rumah aku, aku sempat lelap sat. Anne dok lepak dalam spare room aku. Kul 7 lebih aku mula bersiap and kuar rumah at about 8.45. Sabo je le. Agak-agak waktu kecemasan gak lah time tu. Takut gak kena tinggal flight, kan. Flight kul 10.55 am. Kena ada sana before 10 gitu. Perjalanan dalam sejam dari rumah aku. Adeh. Panik, siot!! Before that, Anne decided to pinjam beg aku untuk menggantikan beg dia yang maha besar tu. Hik!

Thank God we arrived there tak le lambat sangat. Budak-budak yang lain pun baru nak check in. Budak lain adalah Arc, Yam, Limah, Poii, Nora dan Norma. Flight was on time and we landed safely at Bandung Airport at about kul 11.55 am waktu sana.. Flight 2 jam, dan waktu sana lambat sejam dari Mesia.


Hotel Royal Dago

First destination, hotel. Royal Dago di Jalan Dago. Ongkosnya cuma Rp40,000 seteksi. Aku, Yam and Arc satu teksi. Sampai kat satu traffic light ni, time aku tengah sembang dengan diorang, tetiba aku perasan ada kelibat orang kat tingkap kanan kete. Aku telah terkejut, maka terjerit dan terpeluk Yam yang dok kat belah kanan aku. Kot boleh terloncat, harus dah aku terloncat. Mampos. Sungguh tidak aku sengajakan, tu pasal 'ter'. Gamaknya pemintak sedekah tu pun terkejut tengok aku terjerit, lalu dia berlalu. Hahahaha! Haram aku tak tau whether dia tu lelaki ke, pompuan ke, muda ke, tua ke.. Nasib le.

Sampai hotel, yang lain dah sampai dah. Aku sekali lagi terkejut kerana terlihat Poii ada suaminya di situ. Tapi idak le sampai terjerit. Over le pulak kan kalau terjerit. Rupanya, Poii udah ada plan nak dating, tapi tak bagitau kitorang. Patut le kat imigresen kat airport lagi dia dah dok kalut sebab henfon tak dapat siaran. Rupanya, udah ada mambang tunggu kat hotel! Dasarrr!! Disebabkan bilik hotel lum ready, kitorang decided untuk pegi makan je dulu.

Orang kat hotel tu bagitau about that makan place. Just at the corner of traffic light near the hotel. Restoran nasi padang. Yelah, dah kat sana kan.. nasi padang jelah. Nama kedai tu Pondok Kapau. Maka berbondonglah kitorang berjalan dan melintas jalan. Nak melintas tu agak-agak kering hati gaklah bila tengok kereta tu kan. Kat restoran tu, diorang serve suma lauk punya stail gitu. Stail sana, lah kan. Mana tak nak makan, jangan usik. Time tu, suma dah kebulur, kan. Makan tak hingat orang belakang punya staillah gitu. Eh.. aku ingat kot.. ingat.. Hik! Alah, share kan lauknya. Kitorang memang dah kutip duit awal-awal, so whether makan sikit ke, banyak ke, sama je bayarannya. In all, makan 10 orang (aku rasa laki Poii pun join sama kot masa tu.. ke takde? Entah.), dalam RM7 sorang. Harga sebenar, sila refer ke Puan Arc, si Bendahari Kehormat kitorang, yach! Aku cuma tukang convert price je.

Selepas makan tu, sempat le Limah borak dengan tuan punya kedai tu yang rambutnya ala-ala ibu Megawati tu. Tanya pasal FO le kan.. Aku takde time diorang bertanya dengan ibuk tu. Tapi yan aku gather, Heritage, salah satu FO yang kononnya famous, terletak dia Jalan Riau. Bisa olahraga dari tempat kitorang tu. Hahahahaha! Take note yach! Bisa olahraga sahaja untuk ke sana. Camana olahraga tu? Akan aku bagitau nanti! Hahahahaha..

Lepas tu, balik hotel and amik bilik masing-masing. Bilik tak besar sangat. Ada dua katil, yang pada pandangan mata kasarku, udah penuh bilik. Tapi, ikut orang Indon punya ukuran, bisa muat satu lagi katil. Yelah, kitorang pun book sebilik 3 orang, kan. Aku dok sebilik dengan Yam dan Anne. Yam amik katil extra tu. Oh sungguh terer orang Indon ni kan. Bilik yang aku rasa sempit tadi, boleh gak dia masukkan lagi satu katil. Pastu, tilam kitorang empuk sekali. Bilik pun aircond sejuk sekali. Water heater pun bagus sekali. Pendek kata, sungguh puashati. Harganya? Tanya Puan Limah, yach! Tapi kalau tak silap dalam RM130 sorang, bergantung pada exchangenya. Dalam Rupiah, aku tak tau.


Rumah Mode

Lepas dapat bilik, suma pakat nak kuar somewhere. Aku, harus nak pegi Rumah Mode atau Pasar Baru. Yelah, kan itu tempat tujuan utama aku, kan? Idak le ada any particular brand yang aku nak carik tapi since dah jadik jutawan, no point dok lepak simpan duit, kan? Kenalah kasi kurang uang tu. Kata diorang ni, Pasar Baru tutup awal. So, aku punya option cuma Rumah Mode. Walaupun kat Jalan Dago tu ada lagi a few FO, tapi aku enggak mau. Aku mau visit Rumah Mode dulu sebelum ke rumah lain. And so there we went.

Aku, Arc, Yam, Limah dan Sempoii berempat bersepakat nak naik angkutan. Saje ah kan. Kata guard kat hotel tu, kalau jalan ke hujung jalan, pastu turn right, leh naik angkutan and bayar cuma Rp2,000 sorang or RM0.728 (tuu diaaaa siap 3 digit selepas titik perpuluhan tu!!). Tapi sebab kitorang kaya, kitorang decided to chartered je satu angkutan. Budak yang lain naik teksi, Rp25,000 or RM9.10 seteksi. So we decided, kot kita bayar Rp30,000 (RM10.92), harus ok je. And naik le angkutan. Untuk definisi angkutan, sila refer ke blog Puan Poii. Pastu, untuk lawak antara Arc dan pak supir angkutan tu pun, sila refer ke blog Poii. Cuma tak leh nak describe muka Arc je masa tu. Hahahahahaha.. Beriya berjanji setia dengan pak supir tu.

Sampai Rumah Mode, kami kehausan. Terus tuju ke Java Bean Cafe kat luar Rumah Mode tu. Cantik tempatnya. Indah suasana. Cantik jugak adik yang serve kitorang tu. Hik!

Dah tenang rasa perut, barulah kitorang masuk ke Rumah Mode. Waduhhh! Mula-mula, aku tak berapa nak reti shopping kat situ. Tak tau apa nak belilah katakan. Duit banyak, kan. Tak tau mana nak mula. Sekali, aku sampai kat area jeans pompuan. Aku bajet, takde le kot saiz aku or yang sesuwei dengan susuk tubuh aku yang proportion ni. Sekali kau, ada! Bukan satu je yang aku amik, tapi tiga!! TIGA u ols!!! Harganya? Oh.. Yang satu tu brand Loft, Rp 69,900 (RM25.4436) and lagi dua tu brand Tommy Hilfiger Rp119,900 (RM43.6436). Haruslah amik, kan?? Toksah pikir panjang. Dalam poket ada lebih 2 juta, kan?? Hish! Apalah sangat takat ratus ribu gitu!

Pastu, aku tengok lak jeans lelaki. Mula-mula tengok brand DKNY. Takde saiz. Laki aku kan comel, so payah nak carik saiz kat sana. Sekali jumpa Burberry. Ada saiz. Harganya cuma Rp169,900 (RM61.8463). Takkan tak amik, kan? Kat Mesia ni, jeans apa je yang dapat harga gitu, kan?? Amikkk!!

Lepas tu, takde lagi yang menarik untuk aku beli kat situ. Penat berpusing, penat telek, tapi takde lagi yang berkenan di hati. Yelah, baju yang ada, jenis yang melekat padat sendat gitu kan. Fesyen gitu kan. Aku lak jenis badan padu. Mana nak sesuwei! Hampeh.

Dah sudah tu, aku kuar. Nampak Nora dengan Norma dah dok kat luar. Pastu yang lain-lain pun join. Yang paling lambat kuar, Arc. Tapi still on time lah. Tapiiii, dia tak beli apa-apa pun, boleh?? Haiyoooo!!! Dasarrrr tatau apa! Entah apa yang dibeleknya, diteleknya, haram tak beli apa. Sabo jelah. Apa-apa pun, aku bahagia dengan pembelian aku.

Pastu, tunggulah kat tepi jalan dalam gerimis menunggu pak supir yang dah berjanji setia nak pikap kitorang. Hampeh. Dekat sejam tunggu, tak muncul gak. Terus gi makan kat area situ. Restoran Sangkuriang kot. Food nasi padang gak lah. Tapi jenis order lauk apa nak and diorang masak. Oklah makanan kat situ. Idak le aku teringat-ingat lauknya lepas tu. Sedap, tapi biasa je. Overrated kot. I've tasted better. Cuma ada live band kat situ. Ada pompuan nyanyi, ada beberapa pemuzik. Itu kot kasi tempat tu lively. Tapi bising ah kan. Total price, setelah dibahagi sembilan, lebih kurang RM15 seorang. Harga sebenar, sila refer ke Puan Arc.


From there, naik apa eh balik? Angkutan kot. Entah berapa entah kena. Rp35,000 kot. Kitorang soh Limah negotiate ke Rp30,000. Limah kan ala-ala rupa kaki pukul. Sekali, nak bayar, diorang amik Rp35,000. Bagi Rp50,000 kot, and pulang tak cukup gitu. Dasar!! Dengan diorang ni, we learned that we have to give exact change. Jangan kasi lebih. Harus ditelan. Limah awal-awal lagi dah kena pau Rp10,000 by driver teksi yang bawak dia dari airport ke hotel. So, berhati-hatilah jangan sampai kena pau.

Balik bilik, masing-masing gila tengok hasil. And aku pastu, doze off je lah kan.. Tunggu hari kedua lak. Tak sabar nak ke Pasar Baru!

Angah Ratna Sari