Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 29 February 2008

Catatan 29 Februari 2008

Hari ni, 29 Februari 2008. Sungguh menarik tarikh itu. Jadi saya merasakan yang saya perlu menulis sesuatu di blog ini sempena tarikh hari ini yang datang hanya sekali dalam masa 4 tahun. Akan tetapi, malangnya, tiada apa yang ingin saya tuliskan. Sob. Sob. Sob. Saya ketandusan idea yang indah untuk ditulis.

Oh, saya tahu. Saya sudah tahu. Saya ingin mewarwarkan bahawasanya semalam saya telah berjaya membuat penempahan tiket kapalterbang ala bas ke Kota Bharu untuk perjalanan pada bulan April nanti. Perjalanan umpama rombongan Cik Kiah. Tiga generasi akan bergandingan berjalan dengan riang-rianya sambil mendukung anak-anak kecil di bandar Kota Bharu. Sungguh saya tidak sabar menantikan harinya itu!

Tahun ini umpama tahun melawat dalam negeri untuk saya. Pada pertengahan Januari lalu, saya telah pergi ke Kota Kinabalu dan Labuan. Sama seperti ke Kota Bharu nanti, saya telah menempah tiket kapalterbang ala bas pada bulan September tahun lepas untuk perjalanan tersebut. Suami saya sungguh gembira dengan lawatan tersebut hingga beliau ingin pergi lagi ke negeri di bawah bayu itu. Katanya, tidak puas dengan lawatan itu kerana dia tidak berkesempatan untuk melawat spesis haiwan yang kononnya hampir sama dengan manusia iaitu orang utan. Bezanya, orang utan tidak boleh mengundi, merempit, mencarut, membeli rokok dan sebagainya.

Oleh kerana itu, apabila syarikat kapalterbang ala bas itu membuat promosi baru-baru ini dengan tambang hanya RM5 ke Kota Kinabalu, saya telah membelinya lagi untuk penerbangan pada bulan Julai nanti. Wah, lama lagi saya perlu menunggu sebelum boleh berjumpa dengan orang utan.

Akan tetapi, sebelum itu, saya telah cuba menggoda suami saya untuk pergi bercuti ke negara jiran kita, Indonesia dengan tiket penerbangan promosi itu. Saya terlalu ingin ke bandaraya Jakarta yang penuh sesak dengan manusia itu. Kata seseorang yang saya dengar di radio tempohari, kesesakan bandaraya adalah tanda kemajuan. Itulah sebabnya Kuala Lumpur sesak. Begitu juga India. Sungguh maju negara itu tiada tandingan sekiranya kesesakan adalah lambang kemajuan. Oh, saya terpesong seketika dari cerita asal saya. Salahkan orang di radio itu.

Sebenarnya, saya terlalu ingin ke Jakarta kerana saya mendengarkan cerita tukang jahit saya yang mengatakan sulaman tangan ke atas baju kurung yang dihasilkan oleh orang Jakarta amat halus dan murah jika dibandingkan dengan harga di sini. Saya amat teruja mendengar cerita itu dan ingin sekali pergi melihatnya sendiri sambil memborong. Tetapi suami saya tidak bersetuju. Dia sungguh sombong. Dia sungguh berlagak. Saya ingin merajuk dengan kesombongan dan keberlagakan suami saya itu, tapi saya letakkan tepi dulu rajuk itu. Kata saya di dalam hati, tidak apa.. saya akan pastikan yang saya mendapat teman untuk menemani saya ke Jakarta.

Keesokan harinya, ketika saya melawat tag yang telah lama saya tidak lawati dan mengutarakan semangat saya ingin ke Jakarta kepada teman setia di tag iaitu Cik Wok Ipoh, Cik Wok Ipoh memberitahu yang sebenarnya dia bersama beberapa Cik Wok yang lain iaitu Cik Wok Bangi, Cik Wok Singapura, Cik Wok Malaysia-Singapura, Cik Wok Kajang dan entah siapa lagi telah membuat perancangan untuk ke Bandung. Wah! Saya teruja mendengarnya. Walaupun saya tidak diajak dalam perancangan asal, tapi saya telah mengajakkan diri saya sendiri dan terus menyibukkan diri untuk menempah tiket ke Bandung. Saya sungguh gembira tidak terhingga. Walaupun saya tidak berjaya ke Jakarta, tapi saya tetap akan ke negara jiran kita yang maju itu nanti pada bulan Ogos nanti. Oh, silap penyataan saya di atas tadi.. tahun ini bukan sahaja tahun melawat dalam negeri, tetapi juga tahun melawat negara jiran. Maafkan kesilapan saya tadi.

Saya hanya memberitahu suami saya akan perancangan tersebut setelah tiket dibeli. Dia tidak ada apa-apa perasaan kerana sememangnya dia yang tidak mahu pergi. Tetapi sebab mungkin dia cemburu, dia menyuruh saya membeli tiket ke Kota Kinabalu yang telah saya ceritakan di perenggan atas, dan perjalanan ke Kota Kinabalu hendaklah dibuat sebelum perjalanan saya ke Bandung. Saya tidak tahu apa tujuannya menyuruh saya berbuat begitu. Andaian saya, mungkin kerana dia cemburu. Tetapi mungkin juga dia ingin saya bazirkan duit saya di Kota Kinabalu dahulu, makanya kuranglah duit yang akan saya bazirkan di Bandung nanti. Oh dasar sungguh!

Dan kelmarin, ketika bersembang dengan Cik Wok Labuan, dia telah memberitahu saya tentang promosi tambang murah lagi oleh syarikat penerbangan yang sama. Kali ini, lebih murah dan tarikh penerbangan adalah lebih awal dari promosi yang sebelumnya. Oh dasar sungguh amat sangat tidak terperi! Saya terus ke lawan web syarikat tersebut dan mencari tambang ke Kota Bharu. Saya memang sudah lama ingin menghabiskan wang saya di Pasar Siti Khadijah itu tapi belum kesampaian.

Akhirnya, semalam saya telah berjaya membeli tiket tersebut, bersama tiket untuk lapan orang yang lain. Mereka adalah suami saya, emak saya, bapa saya, adik saya, suami adik saya, anak adik saya, dan dua orang anak adik saya yang tidak akan turut serta di dalam rombongan ini kerana ketika itu dia akan menjalani sesi berpantang. Dasar sungguh pos anak cara begini. Sekarang, saya perlu memikirkan pengangkutan darat ketika di sana. Kata suami saya, mungkin menyewa van adalah jalan yang terbaik kerana dia tidak sanggup untuk berkonvoi beberapa kereta. Oh.

Untuk rujukan saya di masa hadapan, di sini saya ingin menuliskan kerugian yang saya telah alami:
Tiket pergi balik KL - KK: RM 150.00
Tiket pergi balik KL - Bandung: RM 187.10
Tiket pergi balik KL - KB: RM 89.58

Perasaan saya: Tiada harga!!! (eeerrr.. kata orang putih, priceless..)

Sekian catatan saya untuk 29 Februari 2008.

Angah

Thursday, 28 February 2008

Nape blog aku bersawang

Rasanya dah lama bebeno aku tak update ni. Aku macam dah lost touch dengan dunia blog, dunia chat, dunia cyber! Uwaaaaaaaaaaa!! Tulah jadinya bila sibuk dengan hal ehwal duniawi ni. Tapi nak buat camana.. bukan aku suka nau jadik sibuk-sibuk gini, tapi terpaksa. Aku dah rindu nak bersosial dengan taggers. Rasa macam aku dah dilupai dah.. sob.. sob.. sob..

Keje tengah melambak ni. Aku penah mention dulu, ada orang berenti, tapi company tak hire orang baru. Makanya, lambakkan on sapa yang ada. Semalam, aku dah rasa nak breakdown. Aku cakap kat bos atas aku. Bos aku pun lebih kurang je situation dengan aku. Dia kata kat aku, buat je le apa yang mampu.. kalau tak performed, and bos tanya, kata le overloaded. Dah itu kenyataannya kan. Lega gak le aku dengar, but still.. responsibility is still responsibility kan.

Mamat yang berenti dulu post dia Safety Manager, for the Group. Dia, cuma ada satu je job function - jadik Safety Manager. Bila dia berenti, bos semi-besar, besar dari bos aku.. mari kita namakan dia En. R, dengan selamba je letak role tu atas batu jemala aku. Macam cilakak. Increment takde, elaun takde, apa pun takde but extra work. Boleh? Tak ke bijak namanya tu kan.. ni namanya ekonomi! Syial sangat.

Bukan aku tak leh take the job. Boleh. No hal. TAPI, kasi le extra pay. Ini takkkk.. gaji tetap gitu. Mana letak logik, aku tatau. Sudahnya, rebeh bahu aku nak pikul suma keje. Pastu, yang macam syialnya, En. R ni expect aku take the role 100%, top notch gitu. Padahal, masa mamat tu handover keje dia, En. R ni ada sama dengan aku. Mamat tu sikit pun tak kasi tau apa-apa nak kena follow up ke apa ke. Yang dia kasi tau, cuma softcopies of documents ada kat mana and files ada kat mana. Kata dia, suma ada kat situ. Aleh-aleh, bila dia dah berenti En. R ni expect aku tau segala. Memang syial! Pastu semalam ada hati kata, "I am surprise le nape you tak tau..", boleh?? Training pun takde, hape pun takde, pastu nak surprise?? Padahal, dia tu, Safety Chairman kat ofis ni. Bukan ke dia yang patut tau? Oh penat aku menyumpah dalam hati!

Safety Manager tu lak, dulu bukan buat keje sorang-sorang.. dia ada Consultant yang datang tolong dia. Leh comprehend tak camana, sorang punya role, tambah dengan Consultant, tapi bila dia berenti, aku yang dah ada role sendiri, not forgetting being the ISO QMR, kena lak amik job Safety Manager.. Consultant tu masih ada, tapi oh God itu Consultant sungguh le menyakitkan jiwa aku. And I am not alone here. Bak kata sorang colleague aku, "Mamat tu, dia kasi presentation, dia sendiri ngantuk dengan presentation dia!".. kekekekeke... Leh imagine tak how bosan can a person be??

Honestly, kalau aku diberi the role as permanent Safety Manager pun aku sanggup. Tapi, remove other responsibility dari baru jemala aku. So that I can focus. Time tu, kalau aku tak perform, nak surprise ke, nak disappoint ke, then I can take it. Lagipun, aku rasa ada future untuk Safety Manager or Safety Consultant sekarang ni. Leh buat big money gitu. In demand. Tapi tulah kan.. sekarang ni aku macam suku masak je.

Pastu, ISO Surveillance Audit will take place on the 14 - 15/4. Sibuk lagi aku dengan audit ni. Macam-macam nak kena buat kan.. mana nak kena fabricate lagi. Rasa macam mau pecah otak mikir.. terus rasa nak mengularrrrrrrrrrrrrrrrrr... muahahahaahahahaha!!

Sekian kisah nape blog aku bersawang..

Angah

Tuesday, 19 February 2008

Wedding of the Taggers

Sesungguhnya, bait-bait lagu Saloma ni, sesuweiiiii sangat untuk wedding Alangz dan Zure.. kekekekeke..

hidup mestilah rukun
SABAR PALING PERLU
cinta setiap hari
senyum mesti selalu..

Well, by now ramai dah update le kan alkisah wedding Alangz. Cuma tuan punya badan je yang lum update lagi. Haruslah tunggu update dari diorang later. Tapi sekarang, ni aku punya update..

The day before the wedding, aku sebagai tukang buat hantaran masih dok kalut dengan hantaran. Idak le kalut apa.. cuma ada hantaran yang lum siap lagi kan.. Buah lum gubah lagi sebab dah pasti tak leh gubah buah awal-awal. Kang tak fresh lak kan. Kek pun tak leh amik awal-awal.. takut kang dah tak fresh or dah tinggal sebahagian je lak kan.. the rest kena ngap lak dengan tukang gubah! Kekekekeke..

So petang tu, balik keje, aku dah assistant a.k.a. lakiku pegi kedai kek. Tengok kek tu, ada nak kena adjust sikit. Mataku ini ada yang tak berkenan. Kena lak tunggu jap orang kedai tu adjust. Settle, baru balik umah. On the way, singgah beli buah. Tatau buah apa nak beli. Kalau ikut aku, nak je aku beli suma buah-buahan hijau, ikut tema. Lain dari yang lain le kan. Tapinya, takut tak meriah lak rupa gubahan tu bila siap. So aku campur le sikit oren kasi naik seri sikit. The rest, buah-buahan hijau je. Siap beli, balik rumah, buat apa yang patut and mula menggubah.

Mama nak datang nengok aku buat hantaran tu. Dia suka nak tengok benda-benda gitu. Lepas Maghrib, dia datang dengan adik ipar aku. Laki aku lak time tu nak siap-siap main futsal. Kena lah aku layan gubahan tu dengan Mama. Ok je dia.. idak le mengganggu. Dalam kul 11 gak kot baru siap aku menggubah. By then, Mama dengan adik ipar aku balik dah. About kul 10 diorang balik.

Dalam pada tu, Zure lak sms kasi tau diorang punya ETA kul 11.40 pm. At about 11 lakiku balik main futsal, then siap-siap and at about 12 midnight kitorang gerak dari umah. Sampai Pusat Belia Antarabangsa kat Cheras tu, tempat Zure and family bertenggek (sungguh le aku lupa apa term orang guna) at about 12.20 kot. Zure and family masih lagi lum berapa settle down kat situ. Diorang dah sampai, tapi maklum le rombongan Cik Kiah gitu kan.. ramai.. so idak le mudah nak diatur susun tempat tido segala. Aku paham bebeno le kan.

Masa on the way tu, kitorang perasan yang ada laluan ditutup and laluan didivertkan. Hancuslah map yang Alangz kasi dalam kad dia. Biasalah kan jalan kat KL ni. Hari ni camni, esok lum tentu lagikan. Nasib baik the route yang kitorang pilih tu takde masalah.

Sampai sana, aku pas suma barang yang ada. Ada 8 dulang sumanya. Tapi, satu tu, dulang yang patutnya diisi dengan wajik, masih kosong sebab wajik ada dengan Zure. Aku dah siapkan gubahan dia, cuma empty gitulah. Nekad je benonya beli bekas tu. Kalau tak muat le wajik tu, tatau le aku nak kata apa. Habis unload, kitorang balik.

The next day, kul 8 pagi gerak ke Petaling Street untuk amik sirih junjung Valentine. Kekekeke! Sabo je le kan nama itu sirih! From there, kitorang gerak balik umah hantar itu sirih, then gi breakfast and basuh kete yang maha suci tu. Haiyo lah sangat! Hampun kotor amat itu kete. Tatau berapa bulan tak basuh tu.

Lepas tu, balik umah, siap-siap and at about 11 kitorang gerak ke Pusat Belia tu. Kata Alangz, pengantin akan bersiap kul 10 pagi, and nak gerak dari Pusat Belia tu dalam kul 12.30. Just nice jelah kalau kitorang gerak kul 11. Dalam kul 11.30 gitu, aku dah nak sampai dah kat Pusat Belia tu, tapi lum lagi sampai. Tapi sempat wonder.. Alangz takde pun call aku.. dia tak saspen ke takut sirih junjung tak sampai ke kan.. ke confident yang aku akan pasti deliver? Sabo tak speku aku? Yelah, aku saspen lebih part-part function orang ni kan.. Tanak le kasi malu sama orang.

Sampai sana before 12 lagi. Aku call Alangz and rupanya dia masih 'roaming around'. Banyak hal nak disettlekan katanya. Dia kata dia akan sampai dalam kul 12 gitu. And, dulang tempat nak letak hantaran pun masih dengan dia. Adeh! Aku pun call lak Zure tanya pasal wajik. Benonya, bukan tak leh terus pegi bilik tempat diorang bersiap. Tapikan Dek Non, Pusat Belia tu tinggi.. and takde lif!! Kosser le aku nak naik turun kan! Tapi sebab aku ni penggubah berdedikasi, and nak pastikan everything is perfect, aku naik gak ke bilik tu sebab Zure kata wajik tu macam tak leh masuk dalam bekas tu. Aku tinggalkan je sirih junjung dengan lakiku kat bawah tu. Biar dia tunggu Alangz sampai. Dia pun malas nak naik gak.

Kat bilik tu, I took a look at the wajik. Memang le wajik yang diorang dah prepare dalam bungkusan kecik from Kelantan tu, a bit big to fit into the bekas yang aku sediakan. Tapi, memegang kepada prinsip 'kita yang buat dia, bukan dia buat kita', aku bega-begakan wajik tu, and ofkos muat masuk dalam bekas. Puashati aku. After that, Alangz pun sampai dengan lakiku bersama dulang-dulang and aku pun mulalah menyusun suma hantaran atas dulang.

Then, baru photographer diorang ni sampai. Rupanya, dia stuck dalam jem. Dia dari Ampang, and bertolak lebih awal dari kitorang, tapi kitorang yang sampai dulu. Simply because dia salah amik jalan. Bukan dia sesat, tapi salah pilih jalan. Too badlah kan kat KL ni. Mana orang buat jalanlah, mana Hindraf buat pasallah, mana roadblocklah, mana orang nak gi rumah orang kawenlah.. Sabo je le kan pokok pangkalnya.

Alangz and Zure siap bersiap (apa punya ayat ni?) at about 12.30. Patutnya, just nice le kan untuk bergerak dari situ. Check out time kul 1 gitu. Gitu gini segala, konvoi mula gerak kul 1.30. Aku tak sure ada berapa kete yang berkonvoi tapi yang pasti ada satu bas sama dalam konvoi tu. We had to take an alternative route sebab nak mengelakkan jem.

The event that took place between 1.30, sampai pengantin tiba ke rumah untuk berarak iaitu kul 3, tak dapek den nak ungkaikan kek sini.. kekekekekekeke.. Yang pasti, banyak hati yang perlu disabarkan. Blame it on the pembangunan (sebab ada jalan diverted kan..), on Hindraf, on petang Sabtu's traffic, etc yach! Kekekeke..

Lepas pengantin sampai, bersanding le pulak kan. Aku tukar jawatan, jadik pengapit pulak. Dok le tunggu orang tepung tawar pengantin. Perut dah berkeroncong dah masa tu. Yelah, dah lepas kul 3 kan. Bukan aku je lapar, pengantin pun sama lapar! Sian aku dengan pengantin tu. Nasib aku dah makan something pagi tu. Kalau dok simpan perut sebab harap nak makan nasi minyak, harus le macam puasa lak aku jadinya hari tu.

Abih sesi sanding, sesi makan. Dok kat high table kan, idak le makan dengan lahapnya. Lauk lak jauh kan. Aku ni ala-ala ayu gak sebab nak jaga majlis orang. Kalau tak, aku tibai je. Abih makan, baru aku gi melepak dengan taggers. Ramai yang ada, tapi tatau le kot-kot aku miss sesapa yang dah balik awal. Ada khemah khas untuk kitorang kan. Kata Alangz, khemah yang dia organisekan untuk taggers, dekat area lebih strategik. Siap dia set kan webcam lagi. Tapi yelah kan.. majlis gini, ramai yang involved kan.. so payah le nak carik sapa yang aleh itu khemah (walaupun kalau aku, harus aku carik sampai akar umbi, sapa yang pandai-pandai alehkan! Kekekeke.. *evil*). Sabo..

Then, sesi goss sikit-sikit, sesi gambo banyak-banyak, diikuti dengan ngeteh session kat Tesco Ampang. By the time nak ke Tesco Ampang, siang-siang lagi laki aku dah rejek untuk berkonvoi! Hahahahaha!! Sendiri carik le mana itu Tesco. Nasib takde yang sesat kan. Ramai gak yang join ngeteh tu. Yang tak bestnya, bila dah ramai gitu, dok meja panjang, tak dapat le nak join segala goss. Takat mana sempat mana dapat je lah kan.

We left Tesco kul berapa entah. As usual, bila berjumpa, kemeriahan tu tetap ada!!! Muahhh olsss!!

Oh, aku takde gambo hantaran tu or any of gambo masa kat wedding tu. Tak bawak kamera pun. Aku berharap gambo official dari wedding photographer je ni untuk tayang gubahan hantaran tu. Bila dia dah pas ke Alangz nanti, boleh le aku mintak kat Alangz and tayang-tayangkan kat sini.. Sapa-sapa yang pastu teringin nak tempah gubahan hantaran, pandai-pandai le contact aku yach!

Angah

Saturday, 16 February 2008

Khas buat Alangz & Zure

*Entry ni akan dok kat atas sampai the wedding day. Sila refer bawah entry ni untuk entry yang lain*



Dah nak kawennnn dah Alangz dengan Zure ni kan.. Rasa macam kejappp je masa berlalu. Since aku rasa wedding aku macam masih baru je, and probably the latest among the taggers, meh le aku share sikit pengalaman aku. Bukan apa, untuk panduan korang je kan.. Mana yang elok, ikut. Mana yang tak elok, letak jauh-jauh untuk korang kerling-kerling buat renungan yach!

Weeks towards the wedding aku tu, macam-macam jadik. Though we didn't go through the phase of bertunang, tapi dugaan tetap ada. Aku dah nak give up dah masa tu.. kosser aku nak kawen dah.. Tapi, aku amik nasihat orang yang berpengalaman. Kata orang, time kita nak kawen ni, setan suma tak suka. Nak bina masjidlah katakan, kan. So macam-macam dugaan yang akan timbul. Rasanya, most of us lalui dugaan masing-masing, samada besar atau kecik je beza dia. Dengan pasangan sendirilah, dengan family masing-masing lah, dengan majlis tu sendiri lah, dengan last minit punya campurtangan lah.. Pendek kata, kalau tak sabar, leh berperang lah masa nak kawen tu! Kekekekeke.. So, bawak-bawak bersabar ye koreng!!

Anyway, alhamdulillah selamat kitorang bernikah. Sian gak laki aku kena dera dengan kadhi time nak nikah tu. Tapi, dah kadhi tu jenis camtu. Benonya, dia nak kasi ilang gabra pun ada kot. Tapi tambah gabra jadinya laki aku tu kot.

Lepas nikah, lagi besar challenge dia aku rasa. Macam aku, though aku macam belangkas je dengan lakiku itu before nikah, tapi tu suma physical je. Hati kitorang rasanya tak le berapa terikat masa tu. Cinta tu masih belum berapa nak hadir. Honeymoon was so plain bagi aku. Tu suma transition phase. Honestly, aku rasa aku dengan lakiku tu bercinta lepas kawen.

Then masuk bab tinggal serumah. Ni baru real punya challenge.

Aku dah ada rumah before kawen, well equipped. Samalah macam kau tu Alangz. So, he moved into my house. A few times aku kena ingatkan diri aku, aku kena stop referring the house as 'my house'. It's 'our house'. And everything else inside the house pun. Aku nak dia treat rumah tu and segala yang ada dalam rumah tu, as his. Payah tu. Both, untuk dia and aku. Untuk dia, mungkin it's the responsibility kot. Selama ni, dok dengan parents je. Tak yah dia nak amik tau hal ehwal kebajikan rumah. Tapi bila dah ada rumah sendiri, suma nak kena buat sendiri. Dari hal yang remeh ke hal yang besar. And bagi aku, nak release the responsibility tu kat dia. Selama ni, aku buat suma benda sendiri. Tak yah nak harap sesapa, and pantas je. Tapi, kalau aku keep on doing it, sampai bila nak game kan? So kenalah sikit-sikit harap kat dia.

Harap kat dia pun, satu hal gak. Selama ni, I am used to do things 'my way'. Though it's not necessarily be the only way, tapi since that's what I am used to, so aku expect dia buat gitu gak. Aku lupa yang there are other ways of doing things kan. So I learned to accept benda-benda gitu. Mana-mana yang tak kena tu, kena saling tegur menegur. Tapi nak carik the 'right way' of menegur tu pun, amik masa untuk aku. Takut silap cakap, kang dia kecik hati. Tapi kalau tak cakap, aku makan hati.

Anyway, it took months before kitorang leh settled down.. baru boleh jalan betul-betul, idak le 'terjingkit-jingkit' jalan sebab takut terpijak kaki masing-masing. After a few months baru leh rasa comfortable with each other around, baru rasa that I can handle problems rather than rasa nak lari jauh-jauh. Hahahahaha! Sungguh! Selalu tu aku rasa nak lari jauh-jauh.. Jauh dari perkahwinan ini. Tapi, sabarrrrrr... Berbaloi gaklah bersabar tu.

Oklah.. tu je le yang aku leh kongsi dengan korang. Perjalanan aku pun baru bermula. So tok leh cakap banyak-banyak sangat. But on the other hand, mungkin sebab perjalanan aku baru bermula, tu yang boleh share dengan korang pengalaman aku, kan. Anyway, buat korang dari aku dan lakiku:



SELAMAT PENGANTIN BARU

MOGA JODOH KORANG KEKAL BAHAGIA DUNIA DAH AKHIRAT

AMIN..



Angah

Friday, 15 February 2008

Februari lalu

Setahun telah berlalu.. Februari muncul kembali.. dengan kehangatan (hati) semalam..

Some people, can forgive and forget.
Some people, can forgive but can't forget.
Some people, can't forgive and forget.
Don't know if anyone can't forgive but can forget.

Aku, tergolong dalam golongan yang can forgive but can't forget. Once beaten, twice shy. Sekali aku terkena, selamanya aku ingat, selagi ingatan tak ilang, selagi hayat dikandung badan.

Setahun yang lalu, peristiwa itu terjadi. Mungkin Tuhan nak tunjuk. Selama ini, aku senang nak percaya bulat-bulat kat orang. Tapi peristiwa itu mengajar aku untuk lebih hati-hati, untuk berwaspada. Sayang orang boleh sepenuh jiwa, tapi waspada perlu ada. Sayang is one thing, waspada is another. Simply because, the one who can hurt you most is the one you love most.

Peristiwa itu banyak gak affect relationship aku. Buat aku menilai banyak benda. Buat aku berfikir dalam tentang segalanya. 'What ifs' aku terlalu banyak. Keraguan toksah cite le kan. Kata orang, jangan bersangka buruk, sebab takut benda tu jadik doa. Tapi, kena waspada. Yelah.. cakap senang kan. Bila sendiri rasa, baru sentap sendiri.

Apa-apa pun, aku percaya tiap benda tu ada hikmah dia kan. Tuhan tau apa yang terbaik untuk kita. So just bear with Him.

Buat masa ni, aku bahagia. Bahagia ada turun dan naik. Biasalah tu. Nak kata hari-hari cinta, idak le. Tipu tu. Tapi most of the days, cintaaaa..! Bila nak sampai tahap hari-hari cinta, tatau. Slowly lah kot..

Doa aku, moga hari-hari yang mendatang, bahagia akan bertambah dalam rahmat dan redhoNya.

Amin.

Angah

Thursday, 14 February 2008

Sirih junjung Valentine

One of the things yang akan ada dalam hantaran tu nanti will be sirih junjung. Semalam masa borak-borak dengan lakiku pasal bila nak gi order sirih tu kat Petaling Street, baru aku tersedar yang hari ni ialah Hari Valentine. Not that I am celebrating it, tapinya, aku yakin dan pasti harga bunga akan jadik lebih mahal. Mampos. Tapi nak buat camana kan. Too bad le kan sapa-sapa yang kawen time-time Valentine ni, and memerlukan fresh flowers in their deco! Bad bad decision!

Anyway, pagi tadi aku jengok kejap ke Petaling Street. Manusia punya le ramai kat kedai bunga tu. Sikit lagi nak macam pasar ikan. Aku pun bagitau le yang aku nak order sirih junjung. Plan nak amik esok petang. Dia kasi aku album untuk dibelek-belek. Gambo samples lah.

Last time, masa adik ipar aku tunang, aku dealt dengan tokeh kedai kot.. orang yang reti menggubah. Dia takde kasi aku tengok samples gambo apa pun. Aku pilih bunga, kasi tau berapa harga aku nak bayar, and walla siap je. Cantik je. Tapi this time, aku dealt dengan salesgirl dia kot. Tak leh nak tanya banyak-banyak sebab dia macam tatau nak kasi suggestion. Takat aku tunjuk gambo dalam album je. Tanya berapa banyak bunga guna pun dia tatau. Dulu, bunga ros untuk sirih junjung adik ipar aku tu, aku rasa ada dalam 20 kuntum kot and the cost is RM50. Siap ada bunga sundal malam lagi. Yang aku tengok dalam gambo tu, ada kot dalam 10 kuntum ros, tapi harga macam sama je. Aku tanya ada berapa kuntum, and dia dok kira apa yang kelihatan dalam gambar which was like 6 kuntum je! Sabo je le. Give up aku. Terus aku tak amik yang dalam gambo tu and amik yang lain.

Once decided, masa dia nak bukak bil, dia kata kat aku, yang harga tulis kat gambo tu tak leh guna.. kena guna harga 'hari ni'! Perghhh! Hampeh tau. Aku kata, aku nak amik esok petang pun guna price hari ni ka. Dia kata ye sebab mungkin masih guna stok bunga untuk hari ni. Diorang ada satu lagi kontena bunga ke hape ke yang lom unload lagi. Sabo je le kan. So aku tanya dia, hari Sabtu kalau amik, berapa harga. Dia kata, boleh dapat harga yang dalam gambo tu. Makanya, aku decided to amik bunga tu Sabtu pagi. Lantak le. Subuh alam hari Sabtu, harga udah murah. Boleh??

Kejam sungguh Valentine ni tau!

Angah

Tuesday, 12 February 2008

Projek Hantaran

Di suatu hari yang hening, out of the blue, dia ym aku. Dia ni takkan ym aku kalau takde apa-apa hal de. Setelah 'sengih-sengih' di sebalik ym, malu-malu nak cakap, baru dia expressed kan apa dia nak. Disebabkan aku tak simpan archive ym, so idak le aku ada exact perbualan kitorang.. but whatever it is, basically macam bawah ni le..

Dia: Angah, kau ingat tak dulu kau penah cakap, kalau aku kawen dengan Alangz, kau nak tolong buatkan hantaran?

Aku: Ha.. (Ooooo.. kata aku dalam hati.. Ni le benonya sebab dia sengih-sengih gitu kan.. nak mintak tolong benonya..)

Aku tak ingat apa lagi conversation kitorang, tapi yang pasti memang aku agree le nak buatkan hantaran untuk dia. Hantaran daripada dia untuk suami dia. Sapa lagi kalau bukan dari Zure untuk Alangz le kan.

That conversation took place many many moons ago. Masa diorang dah ada tarikh and probably tengah dok sibuk wonder pasal logistic majlis tu. Berbangga aku dalam pada sibuk pelbagai tu, diorang ingat nama aku! Ahak! They planned tanak bertukar hantaran masa majlis kat umah Zure tu. Kat majlis rumah Zure, hantaran cuma dari Alangz. Nanti bila Zure bertandang ke KL baru ada hantaran dari Zure. So logik jelah kalau buat hantaran dari Zure untuk Alangz, kat KL je.

Pastu, aku lak sibuk. Maha sibuk dengan urusan duniawi aku. Tak dapat nak curik masa untuk menjengah kedai barang hantaran pun, untuk usha apa-apa pun. Duit untuk beli barang dah lama dah Zure bagi aku. Takut gak kalau aku terguna kan. And finally, last weekend aku baru berkesempatan untuk ke kedai. Aku dok imagine nak buat le gubahan tu time coti panjang raya hari tu.

Hari Khamis first raya tu, dengan bisul di tempat yang sama seperti yang lepas iaitu di bontot (oh dasar sangat ini bisul kan!), dengan jalan terdencot-dencot ala-ala time nak Gegar Ria 2007 hari tu, aku ke kedai barang hantaran kat K4 Wangsa Maju. Kedai tu bukak, tapi tak banyak barang yang menarik kat situ. So tak beli apa pun.

Then on Friday second raya tu, aku dengan hubby pegi ke Semua House. Semangat nak membeli ni. Plan kitorang lepas tu nak balik ke Seremban terus and aku semangat nak buat kat Seremban. At least kalau tak larat sebab bisul tu, boleh le Emak tolong. Aleh-aleh, sampai sana, kedai tutup! Setan tul! Aku tau le kedai tu Cina yang punya, tapi yang aku moskel tu, branch dia kat K4 tu bukak lak! Sebab branch kat K4 tu bukak le aku yakin gitu yang kedai kat Semua House tu bukak. Hampeh. Makanya, pulang le aku ke Seremban dengan barang hantaran diorang ni dok dalam kete aku. Kosser le pulak aku nak jenguk Nilai 3 dengan bisul ni. Kosser!

Finally, petang semalam, bisul pun dah abih and aku dah boleh lari-lari Watson Nyambek, aku dengan hubby aku pun pegi le lagi ke Semua House. One thing sekarang ni lepas dah kawen, aku macam rasa tak best kalau nak beli barang tanpa Encik Laki itu. Bukan le dia tu high taste (sebab kalau high taste, idak le dia kawen dengan aku, kan? Ahak!), and bukan le aku selalu setuju dengan apa dia punya suggestion, tapi his thoughts aku tetap pakai. Kekadang nyampah gak bila dia tak setuju dengan aku, and wish dia tak mengganggu decision aku, tapi still aku nakkk gak dia ada. Nakkk gak tanya dia. Nape eh?

So semalam, kitorang berpusing le kat beberapa kedai kat situ. Dah tau dah kedai mana nak pegi pun and dah tau apa nak carik. By now, laki aku tu dah paham certain terms yang aku guna.. hahahaha.. Dah leh jadik assistant gitu. Pendek kata, kalau aku tak leh pegi kedai tu, aku leh bagitau kat dia apa nak beli and dia leh beli le.

Dalam masa memilih-milih tu, laki aku kata yang dia teringat time kitorang dulu. Kejap je dah dekat setahun kitorang kawen. Memang pun Februari last year kitorang tengah sakan busy dengan wedding kitorang. Mana yang busy lah kan. Pastu sakit lagi siap masuk spital, pastu 'peristiwa itu' lagi. It all happened in Februari last year. Sungguh bermakna Februari ni.

Masa memilih-milih tu jugak, aku nampak laki aku senyum sorang-sorang. Aku tanya nape. Kata laki aku, dia terpikir, though he might not agree dengan apa yang aku choose, tapi dia rasa kalau aku dah pilih benda tu, in the end bila aku dah gubah, it will look good. So dia rasa dia tanak komen on apa yang aku nak beli. Ye ke? Entah..

Anyway, abih shopping, balik umah, aku sakit kepala. Bantai tido seround. Bangun dah kul 8 lebih. Buat apa yang patut, then mula buat hantaran tu. Laki aku soh je aku sambung tido, tapi mata aku ni dah tak leh nak tido. Dok berangan pasal hantaran tu. Harus le aktif je otak aku ni, so mana naknya tido. Adalah lebih baik aku bangun and buat hantaran tu.

Sekonyong-konyongnya, aku bangun and buat hantaran tu. Leka aku layan benda tu. Macam kelas seni gitu lah. Main gam, main gunting, main reben. Sedar tak sedar, dah kul 12 malam. Mata tengah celik lagi tu and aku continue lagi. Sampai kul 1 pagi. Abih settle 4 hantaran. Ada lagi a few yang tak leh nak buat semalam.. kena tunggu last minute gitu. Puas hati aku tengok hantaran tu dah dok dendiam atas katil dalam bilik guest aku. Hiks! Seronok! Aku yang vain ni, puas le asik dok telek hasil kerjatangan sendiri. Rasa aku, indah dah tu.. kekekekeke.. Perasan sendiri le kan gitu.

Hari ni, ada lagi yang nak aku beli and gubah. Ada yang aku tak puas hati semalam tu. Ada yang tak kena di mata aku dengan some things. So idak le aku leh buat-buat puas kan. Kena gak merayap petang kang carik something else. Aku lak yang seronok over, ngalahkan family pengantin! Kekekekeke!!

Ok. Tu je update kali ini, pasal hantaran budak berdua tu.

Oh untuk Fara, Hamid dan Lydia - CONGRATULATIONS ON THE NEW ARRIVAL!!

Angah

Monday, 4 February 2008

Jalan-jalan ke Sabah

Aku udah kembali. Tapi masih bernafas dalam lumpur. Masuk ofis hari ni, takde mood mau keje. Mood cuti je ada. Tak sabar nak tunggu cuti lagi hari Khamis ni. It has been hectic, the past few weeks. Aku suka je, cuma tak suka bila tengok ofis, back to routine work, plus the new responsibilities. Nanti later aku story. But now, aku nak cakap yang aku sedih pasal Loloq pergi. To me, he is one of the greatest Malay lyricist. A genius. Though I don't know him personally, tapi aku rasa, based on the sad faces of his friends yang mengiringi pemergian dia, I bet that he is one hell of a human being.

kaulah satu-satunya
di antara berjuta
insan teristimewa

patah tak tumbuh lagi
hilang belum berganti
kerana kau tersendiri

Moga Loloq aman di sana. Al Fatihah.

Now back to story mory idup aku.

Aku tak sempat lagi cite pasal aku ke Sabah hari tu. That was back in mid January. Pegi 16/1, balik 20/1. Aku pegi dengan lakiku je berdua. Sampai KK on the 16th tu, dah tengahari. Kitorang bantai tido je. Lepak kat bilik. Bilik tu ok je. Kitorang dok budget punya tempat. Dapatlah RM80 semalam. Tempat tu ofkos le tak macam hotel berbintang-bintang. Macam rumah ayam pun ada gak. Tapi since aku ada laki aku, and bilik tu bersih je, ada aircond and air panas, aku ok je. Malam baru meronda berjalan kaki. Redah je le kan. Then the next day, satu kali lagi round KK. Abih suma shopping centre kitorang masuk. Jalan dari satu hujung ke satu hujung bandar tu. Shopping sakan barang-barang imitation as well as food. Memang food heaven gitu.

Then on the third day, kitorang sewa kete, pegi Kundasang. Sewa Kancil je. The published rate yang kitorang dapat from rental cars companies suma RM 100 for a Kancil. Tapi, laki aku gamaknya tergerak hati nak tanya kat orang kat hotel tu pasal kete sewa, so kitorang dapat le contact name. Sewa Kancil cuma RM70 je sehari. Okay sangat untuk aku berdua. Before pegi tu, aku tergerak hati nak ajak laki aku ke Tourism Malaysia, mintak direction untuk ke Kundasang. Thank God kitorang buat tu. Kalau tak, harus sesat barat tak sampai ke Kundasang gamaknya. Road signs memang takde le I tell you! Kalau locals, sampai le kot. Tapi kalau orang luar, harus tak jumpa jalan. It's about 2 hours to get to Kundasang from KK.

Sampai Kundasang, kitorang lepak jap menghirup Nescafe.. hahahahahahaha.. menghirup udara segar le dek non, sambil menghirup Nescafe. Kitorang lepak kat ada satu lodge nearby town Kundasang. To those yang nak ke Kundasang, nak tinggal tempat murah-murah, aku rasa no hal je sebab banyak lodge along the way ke sana. Cuma diorang ni suma takde dalam internet je. So tak leh nak carik info pasal tempat diorang ni kalau tak kenal orang kat sana. Tempat kitorang menghirup Nescafe tu, rate dia less than RM100 per night je. Kalau tak silap aku, RM90 kot kalau weekend and RM65 kalau weekdays.

Then, kitorang singgah Kinabalu Park. That's one of the places orang pegi kalau nak mendaki Gunung Kinabalu. Tapi kitorang tak mendaki le kan. Takat lepak kat situ je. Situ pun ada tempat menginap gak. Malangnya, masa kitorang sampai Park tu, hujan turun mencurah-curah. So tak leh nak explore Park tu. Lama nau tunggu, kitorang pun blah. Takat pusing dalam kete je.

From there, kitorang pusing ke Karambunai on the way back to KK. Kitorang nampak Karambunai dalam map tu, and we have to detour from our way kalau nak ke sana. Tu yang kitorang pegi gak masa balik tu. Nak gak tengok the infamous Nexus Karambunai Resort kan. Tak stay kat situ pun takpe, janji sampai sana. Memang le gah tempat tu. Omputih je yang ramai kat situ. Locals, aku rasa macam aku je kot. Tumpang amik gambo, udah le. Hiks! Pantai dia idak le cantik amats. Cantik lagi pantai kat Pulau Tioman ke, or pulau-pulau kat Langkawi tu. Aku noticed, pantai kat KK tu jenis berlumpur. No doubt nampak bersih je pasir dia, tapi bila kena air laut, jadi macam berlumpur. Tatau aku nak describe le.

Then from Karambunai, we headed back to KK. Since minyak Kancil yang kitorang isi penuh tu masih berbaki lebih dari suku, kitorang pegi lak ke Tanjung Aru. Tanjung Aru ni is at the other end of KK gitu. Dekat airport. Nak jengok pantai dia gak. Sama gak macam Karambunai punya pantai. Cantik, tapi berlumpur. Tapi apa-apa pun, better than Port Dickson ah aku rasa.

From Tanjung Aru, balik ke KK semula. Tatau mana dah nak pegi nak abihkan minyak. Menyesal isik penuh tau! Tapi takpe le. Takat RM46 je isi penuh tangki pun. Sampai KK, kitorang wonder nape banyak lak kete senja tu. Rupanya, it's Friday night. Harus le ramai orang kat bandar. Pastu, ada lak flea market le, pasar malam le malam tu. Happening, u ols!! Teruja I ols. Laki I ols pun teruja tau!! Kitorang hantar kete tu, balik bilik jap letak barang, then kuar semula merayap.

The next day, tengahari kitorang naik feri ke Labuan lak. Feri ada 2 kali je sehari from KK to Labuan. Satu kul 8.30 pagi, satu kul 1.30 pagi. Kitorang dah beli tiket on the second day kitorang kat KK lagi. Takut tiket abih kan. Nasib le beli awal. Idak le kena beratur beramai-ramai. We took the 1.30 feri. Sian Mak Hayam Labuan yang ingatkan kitorang sampai sana awal tau. Yelah, nak jumpa dia, tapi tak sanggup meninggalkan KK gitu! Kekekekekeke! Laki aku lak kata, tak puas sebab tak dapat pegi Sepilok sebab nak tengok orang utan. Boleh? Aku pun tak puas sebab tak dapat tengok pokok Rafflesia idamanku itu. Kata lakiku, kitorang kena pegi KK every 3 months kot sebab macam best sangat lepak KK tu. Sungguh mendamaikan!

The ferry ride ke Labuan took about 3 hours. Nasib aku tak mabuk laut. Laut pun tak bergelora sangat hari tu. So tahan le perut aku. Aku layan baca buku je. Abih buku tu, aku pun sampai Labuan. Tunggu Mak Hayam Labuan menjemput kami laki bini..

Iza sampai, bawak kitorang check in hotel. Aku dah pesan carikan yang murah-murah sebab kami ni cheapskate, tapi dia carik gak yang mahal. Yang lebih seratus tau. Tapi takpelah. Dah dia bersusah payah kan, takkan nak marah lak. Pastu, dia bawak kitorang pusing-pusing kat situ-situ, sementara menunggukan laki dia abih keje dan bersiap untuk pegi makan malam. Nasib baik tak lama nau menunggu sebab perut aku udah amat berkeroncong masa tu.

Kitorang makan seafood malam tu. Oh sungguh heaven. Aku suka amats ketam dia. Walaupun terdemut-demut aku mengopek ketam tu, tapi aku sungguh menikmati makanan itu. Lepas orang lain dah abih makan, aku masih tabah lagi makan. Santak amats perut aku malam tu, tapi puas. Nasib tak kena carik senduk buruk nak korek perut tau! Kalau tak, naya je lah.. tatau mana nak carik senduk buruk kat Labuan tu.

The next day, Iza amik kitorang, and pegi breakfast. Makan soto di tepi pantai nan indah. Sungguh nyaman sekali. Kata laki aku, soto tu lagi sedap dari soto Wak Lemon! Kekekekeke! So Iza, toksah le sedih kalau tak dapat rasa soto Wak Lemon tu. Cuma yang kurengnya, Wak Lemon tu boh ayam banyak tapi soto Labuan tu kureng sikit ayam dia. Tapi tu je le. Aku suka cili dia. Oh sedap sekali!!! Nasib tak leh tapau itu cili. Kalau boleh, nak je aku tapaukan.

Pastu, baru Iza bawak pusing pulau. Sempat kitorang nampak umah Zaidee yang umpama umah orang kaya di tepi pantai yang indah itu. Sempat nampak bapak Zaidee kot dari kejauhan di luar rumah. Tapi sebab Zaidee takde, idak le kitorang nak gi rapat-rapat ke umah tu kan. Takut lak kena bersembang dengan bapak dia, satu keje lak mak dia nak masakkan untuk kitorang!

Then, kitorang check out dari hotel, pusing-pusing sikit lagi Labuan, and pegi airport. Time to end the vacation. Sungguh bosan! Huhuhuhuhuhuuu!!!

Eh? Udah panjang ya entry ni? So lain entry je le aku cite pasal keje ye.. That can wait! Ok, udah...

Angah