Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 8 September 2008

The last few days..

Khamis lepas, aku buka kat Le Meridien. Ada orang soh aku update on the food kat sana. So, review aku ialah.. ok je le for the price of RM89++. I've had better deal for that kind of price, aku rasa. Idak le food dia mengecewakan, tapi selection dia kureng. Apa pun, syukurlah kan atas rezeki Tuhan tu.

Hari Jumaat, aku tak gi ofis. Mim alif lam sin. Lepak kat umah, buat tatau. Boleh? Kekekeke.. Takde benda pun yang dibuatnya. Dasar lepak abis-abisan. Cuma dah petang tu je pegi Jusco jap. Window shopping and cari barang untuk masak buka. Laki aku nak makan asam pedas, so carik le ingredients yang agak over sikit. Siap daun kesum, siap sawi jeruk. Bunga kantan je takde. Kalau ada, harus harum baunya masakan ittewww.

Dah balik rumah, semangat nak masak. Menu adalah.. masak asam ikan merah, goreng bak choy, goreng ayam. Settle. Before that, aku sembang dengan Alin.. dok wonder.. mencabar gak nak masak asam di bulan puasa tanpa leh rasa, kan. Dah le masaknya sesekali. Nak bajet rasa tu agak payah. Ni pulak di bulan puasa. Hik! Anyway, buat je le kan. At least, that's the plan.

Mula-mula, aku cuci ayam dulu. Beli ayam sekor kat Jusco tu, and dah soh diorang kerat kecik-kecik. Aku kalau cuci ayam, habis suma lemak and kulit aku buang. Kulit yang tak terbuang cuma kat area kepak je. Merasalah suma makan ayam yang sihat gitu!

Sekali, dah siap cuci ayam kat sinki tu, air kat sinki takmo turun! Sudah! Ni dah macam about a year ago punya hal dah ni. Air clogged kat drain pipe and tak leh nak turun.. so air yang patutnya kuar tu, melimpah masuk semula ke dalam sebab dah takde jalan lain nak kuar, kan. And, I am not talking about air sinki yang drained out dari rumah aku sahaja yach! Ni air orang rumah tingkat atas gak! Uwaaaa! Ni lah payahnya dok kat apartment tauuu!!! Haiyo!! Bosannnn!! Baik-baik nak masak, dah jadik satu hal lak banjir kat dapur dengan air sisa sinki! Aiyooooo!!

So, abaikan jelah hal memasak buat seketika, and bergotong-royong laki bini ni mengemas dapur yang banjir dengan air kotor lak. Tengah lap tu, ada lagi air orang atas masuk. Adehhh! Aku dah tension masa tu. Kalau ikut laki aku, nak tunggu hari esok untuk ngadu kat management apartment. Tapi kalau ikut aku, nak tunggu sampai esok, harus air orang masak untuk buka, air cucian lepas buka, air orang masak untuk sahur and air orang cuci untuk sahur masuk suma. Idak le aku nak buat keje ngelap tu suma pagi buta, malam buta dibulan puasa ni kannn..

Aku pun, call je lah plumbers yang nombor diorang banyak diorang tampal kat tangga apartment tu. Mula-mula, aku call le yang Melayu. Logiknya, sorang pun tak sanggup nak buat, kan.. dah nak buka. As the last option, aku call je le plumber Cina. Dia ingat nak datang esok paginya. Tapi aku kata, kalau tunggu esok, harus banyak problem aku. So dia pun agree and datang.

Sementara dok nunggu dia datang, aku lepak je le. Masak nasi je. Tatau nak buka apa. Roti ada le. Sambal goreng ada. Jadilah kot.

Aku call plumber tu dalam kul 6.15 and dia sampai dalam kul 6.45. Oklah tu. Laki aku pun sama tolong orang tu buat keje simply because laki aku paham apa masalah yang sebenar sebab dia tolong the plumber buat keje masa the first kejadian tahun lepas. Aku, start goreng ayam yang dah dibasuh tadi. Jadi le kot makan nasi dengan ayam goreng kot tak sempat masak yang lain, kan.

Sempat habis goreng ayam, sempat gak aku nyambilkan goreng sayur. So sayur dengan ayam tu hampir sama time siap dia. Dua-dua siap before buka. Kata Alin, tercapai cita-cita Angah nak masak asam, dapat rasa! Rasain loe! Kekekeke! Tulah kan.. kata-kata itu satu doa. Doa di bulan puasa ni, hebat sikit power dia. Cash gitu aku dapat! Hik!

Masak asam tu memang tak sempat siap before buka pun. So dapat le aku rasa masakan tu before dihidangkan. Alah, nak hidangkan pun, takde orang yang nak makan. Alin je le sorang dok ratah ayam. Laki dia dok tolong laki aku and the plumber gak. Aku paskan je le air kat diorang tu untuk berbuka. Tak stop pun untuk buka. Yelah, masing-masing bau longkang. Takkan nak stop pastu sambung kot.

Aku rasa, dah dekat kul 8 kot baru kitorang really duduk and makan malam tu. Takpelah buka lambat sikit janji suma siap.

Hari Sabtu pun hari lepak abih gak. Punyalah banyak benda yang plan nak buat, tapi tak buat pun. Yang jadik cuma plan nak buka puasa kat The Loaf je. Terbayang pasta kat sana yang enak tu. Before puasa hari tu kitorang pegi, diorang tutup for private function. So hari Sabtu tu, aku call dulu to make sure ada tempat untuk kitorang. And at about 6.30 kitorang gerak ke Pavillion. Sampai sana dalam 6.40 gitu. Punyalah kannn.. kalau tak jem kat KL ni, suma tempat dekatttt je jadinya. Kalau jem, makan 2 jam pun boleh! Food was good. Kitorang masing-masing order sejenis pasta each, and we had mixed mushrooms for entree. Sedap! Nanti leh buat sendiri je mushroom tu aku rasa.

Hari Ahad punnn hari lepak abih! Adeh. Punyalah malas. Kata laki aku, aku macam koala bear, dia macam polar bear, boleh?? Kekekeke! Hibernate gila! Cuaca baekkk punya lak tu. So memang le tak mampu nak kuar gi mana-mana. Dah tu, mak mentua ajak buka kat umah. Apalagi kan.. tak yah nak mikir nak masak apa or nak makan apa untuk buka. Kitorang takat singgah Giant beli tembikai, and singgah kat gerai air tebu sebab adik ipar kirim air tebu. Masih tidak ke pasar juadah, yach.

Sampai rumah mentua, mak mentua aku masih bergelumang di dapur. Banyak lagi benda yang berapa nak setel untuk berbuka. Katanya dia masak dari kul 5. Anak menantu yang baik ni gerak dari umah kul 6 gitu! Kekekeke.. Tapinya, dia masak, pajeri yang agak remeh tu, bergedil yang agak remeh tu, kuah sampai 2 jenis, pastu buat kueh gulung lagi.. Padan le lama. Tu tak masuk lauk lain untuk pak mentua lak. Pak mentua aku ni, diet conscious. So lain food dia. Makanya aku pun kena step in le tolong dia. Idak le banyak lagi nak buat pun. Tapi aku jadik penat tengok benda yang dia buat tu. Dia dah le tak berapa nak larat. And nak makan pun bukan ramai, tapi tulah kan.. semangat masak tu tinggi lak. Anyway, sempat le siap suma untuk buka.

Huh? Aku masih lagi cite pasal food? Kekekeke.. Yelah.. sungguh tak buat apa pun sepanjang beberapa hari. Tudung yang nak beli, tak beli lagi. Kuih yang nak beli, tak beli lagi. Sampin yang nak beli, tak beli lagi. Hampeh. Padahal boleh buat tu suma in the past few days, kan? Hish!

Oh.. benonya, aku tulis pasal aku buka kat mana ni, untuk ingatkan aku.. Dulu aku selalu rasa macam tak berapa banyak hari benonya aku buka kat umah, tapi tak ingat kat mana aku buka. So in summary, for the last 7 days puasa, aku buka kat: 1 - Semban, 2 - umah mentua, 3 - umah, 4 - Le Meridien, 5 - umah, 6 - The Loaf, 7 - umah mentua. There you go! Cuma 2 hari je kat umah so far! Hik!

Alrighty. Till then!

Angah

3 comments:

Anonymous said...

kuih beli ngah??? tak ingatkah tepung ittewwww????

arc

Hazelsyd said...

Ngah,

8. mai bukak posa kat umah aku nih laks

hehehehehe

Fara said...

seb baik le aku baca entry ko ni lepas sahur .. so idak le aku leleh bila mentioned all those foods .. ekekek ...

so, bila asam pedas? jemput la aku .. bukan jemput masak eh.. jemput makan sajorks!