Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 11 September 2008

Another day

Sudah sepertiga Ramadhan dah kan.. Amal aku, amatttttt le kurang untuk tahun ni. Tatau nape malas menyelubungi diri. Over sangat malasnya. Banyak cita-cita dah impian aku untuk Ramadhan tak aku buat. Camno tu? Hish!

Minggu ni, sahur pun udah lacking gitu. Hari Isnin, makan sebelum tido. Hari Selasa, laki aku sahur sesorang. Awal-awal lagi aku dah mintak mahap sebab tanak bangun sahur. Dia ok je. Dia bangun, dia prepare food sendiri, dia makan sendiri-sendiri. Isteri mithali ni, tido. Semalam pun sama, makan sebelum tido. Apasal buruk nau perangai gak eh, tatau. And pagi ni, perut aku dilanda angin hebat. Dari malam tadi benonya. Senak semacam. Nak kata makan banyak, tak gak. Pikir punya pikir, baru ingat yang aku minum Nescafe semug masa buka. Adeh. Sensitif tul perut aku dengan teh dan kopi bulan puasa ni tau.

Menu buka puasa semalam.. Aku masak ayam masak tomato, sayur campur goreng and telur dadar. Resepi aku, as usual sempoi gila le kan. Tapi bak kata laki aku, takpe.. janji menepati citarasa. Kira oklah tu. The day before, buka kat umah mentua je. So idak le masak apa-apa.

Pada sesapa yang nak masak ayam masak tomato cara aku, meh aku ajar.. kekeekeke.. mari belajar memasak lak kekdahnya, kan..

1) Goreng ayam yang dah dipotong kecik. Jangan tanya potong 8 ke 16 ke hape ke. Aku tatau. Aku tau, potong kecik je.

2) Pastu, tumis bawang.

3) Masukkan cili sos sikit, tomato sos banyak. Ye le, nama pun masak tomato, kan! Kekekeke.. Masukkan air nak kasi berkuah sikit. Kalau tak, pekat sangat lak sos tu nanti.

4) Masukkan bawang besar yang dipotong round tu.. apa ke nama potong tu ntah. Masukkan jugak buah tomato yang dah dipotong-potong, kalau nak. Masukkan kacang pis yang dalam tin tu, kalau nak. Kasi le cantik sikit, kannnn.. Presentation penting! Hik!

5) Masukkan garam sikit.

6) Masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata.

Setel.

Ok tak resepi aku? Tu masak tomato. Masak kicap lagi simple, kan? Kekekeke.. So, sapa-sapa yang agak tak reti nak masak, or tak cukup bahan, or baru nak belajar masak, silalah copy itu resepi. Pastu, pandai-pandai adjust yach!

Benonya, semalam nak buat ayam masak merah. Tapi, masing-masing kat umah tu pakat sakit mulut tak leh makan pedas. Tu yang jadik ayam masak tomato je kekdahnya.

Hari ni, aku nak carik resepi puding lak. Abah aku mintak nak makan puding lak wiken ni bila aku balik Semban. Tatau lagi puding apa, janji puding.

Angah

1 comment:

Unknown said...

aku ada resepi puding caramel ngah. ko nk?mak aku kata aku wat sedap. ha ha ha.