Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 31 October 2007

Ini alasanku - buat seseorang..

Cite Gegar dah, cite lepas Gegar pun dah.. ni aku nak cite, pre-Gegar punya cite. The preparation or rather a small part on the preparation..

Alkisahnya, sebelum Gegar, di waktu Joe sibuk harrass orang untuk sponsor Gegar, aku pun dok le mintak seseorang kat pantai timur tu untuk sponsor something. Masa tu bulan puasa kan, and aku teringinnnnnnn nak makan kopok. Kopok ikan pedas sira gula tu. Tatau korang tau ke tak apa aku cakap, tapi takpe. Yang penting aku tau apa aku cakap! Ahak! So, aku mintak le orang tu sponsor kopok pun jadiklah. Basically, the thought counts, kan? And orang tu agree. Yippieee!! *lompat bintang* Ok, abih satu cite.

Then, si Delinn yang maha sibuk untuk Gegar ni, di lorong belakang mintak aku tanyakan orang itu gak, kalau-kalau orang itu boleh tuliskan satu sajak untuk dibaca masa Gegar tu. Sajak pendek je yang dimintak. Tapi in the end, lepas diskas-diskas, it turned out to be one full sajak yang aku mintak. Orang tu pun agree. Yippieee!! *lompat bintang lagik* Ok, abih satu cite. Tapi ni dah dua permintaan kan..

Pastu, orang tu pulak, dalam pada dah diberi assignment, teringin lak nak enterframe untuk Gegar tu. Dia teringin nak rakam lagu dia main gitar unplugged untuk aku mainkan masa Gegar. Best kan? So aku pun teruja. And paksa orang tu buat walaupun orang tu ada hati tak nak buat. Then orang tu agree gak. Yippiee!!! *dan sekali lagi lompat bintang* Ok, abih satu cite. Ni dah masuk tiga benda dah ni kan dari orang itteewww..

Kopok tu sampai sebelum cuti raya. So settle satu hutang. Then, seminggu lepas raya and aku naik keje, sajak and lagu unplugged yang dirakam sampai ke email aku. So settle segala hutang orang itu dengan aku. Happy aku. Harus dia pun happy.

Sekali..

Beberapa hari sebelum Gegar, or rather seminggu sebelum Gegar, aku dilanda bisul. Bila kena bisul tu, duduk tak senang, tido tak lena jadinya. Simply because of the location of the bisul! Huhuhuhu!! Bila dah dok tak senang, aku pun amik le MC.. tak tahan meks! Tak tahan aku dok seharian depan laptop kat ofis tu. Aku cuti hari Khamis and Jumaat before Gegar. Rabu tu aku balik keje tanpa bawak laptop pun. Sakit kaki nak tampung badan aku hangkut laptop. Aku tau aku ada banyak benda untuk Gegar aku tak buat lagi and aku memerlukan laptop tu. Tapi, kalau ada laptop tu pun, aku tak leh buat keje gak sebab aku tak leh nak duduk steady depan laptop tu. But still, it didn't stop otak aku berpusing memikirkan pasal tugasan aku yang tak siap. Aku still pegi carik barang-barang yang aku perlukan walaupun bisul and jalan dencot-dencot. Dalam pada dencot tu, sambil berjalan kat shopping centre, ada gak orang nak approach aku nak jual apa benda ntah. Nak je aku lempang sekor-sekor sebab bisul tu buat hati aku hangat je.

Hari Khamis petang, aku ajak laki aku drive aku ke ofis untuk amik laptop. Dok dalam kete tu pun, bisa je aku rasa. Dok senget je. Pastu, bila laki aku terlanggar potholes yang maha banyak kat KL ni or langgar bumper, aku rasa nak lepuk-lepuk je laki aku. Airmata leh meleleh kesakitan. Oh lupa aku nak bagitau.. bisul tu lebih besar dari duit syiling 50 sen..

Sampai ofis, aku mintak tolong colleague aku bawakkan laptop aku turun, and aku tunggu je dalam kete untuk dia paskan laptop tu. Lega dah ada laptop but still.. aku takde printer nak print apa yang aku perlu buat! Camno tu?? Nak gi cc aku tak sanggup sebab yang aku nak print nanti banyak cekadak.. so malas le nak buat kat cc.

Aku perlu buat Aturcara Majlis yang diletakkan atas meja untuk malam tu. Kalau korang perasan Aturcara Majlis yang atas meja korang malam tu, itulah hasil kerja aku. Ingatkan mula-mula dah nak tulis tangan je kan. Dah give up. Tapi tak sanggup lak aku buat gitu selagi daya. Maklum le, tulis tangan macam tulisan doktor..

Pagi Jumaat tu, bisul pecah. Happy sungguh aku!! Aku dah ingatkan bentan ke sebab dah seminggu dah tu sakit bisul and bisul tanak pecah. Masa bangun tido tu, berdenyut-denyut rasa kaki ini. Sekali tengok bisul dah pecah. Tapi bisul ni, bila dah pecah, kena kasi tekan lagi kasi kuar suma nanah and darah tu kan. Hadoi la sakit! Aku buat gak. Sambil tu, dok le cuba duduk depan laptop. Fikir gak camana nak buatkan Aturcara Majlis tu. Fikir gak camana aku nak printkan sajak yang orang tu dah buat tu. Fikir gak camana aku nak paskan lagu unplugged yang dah dirakam tu, pada sesapa yang patut untuk diperdengarkan pada yang datang malam Gegar tu. Aku dok ingat nak lepak kat ofis sesapa lepas keje tu. Aku teringat kat Fara yang selalu lepak kat ofis sampai larut malam. And, syukur dia leh kasi aku tumpang buat keje kat ofis dia.

Siang tu, aku anyam sikit ketupat besar untuk letak kat board depan tempat korang bergambar tu. Kalau korang perasan (kalau le kan orang perasan!), ada 8 ketupat besar kat situ.. ketupat tu aku yang anyam.. Baru aku tau, sorang pun AJK lain tak reti nak anyam ketupat!! Sabo je le!!

Malam tu, lepas maghrib, aku gi ofis Fara. Masih berdencot lagi. Sakit masih ada, plus luka tu melekat-lekat kat benda yang aku gunakan untuk tampal bisul tu. Hadoi lah sakit!! And, aku gumbira aku dapat buat Aturcara Majlis tu dengan jayanya!! Tapi, tu je le yang aku berjaya buat. By the time siap, dah dekat kul 11 malam kot. Kenalah pulang kan.. takkan aku nak soh Fara dok teman aku kat ofis dia sampai midnight!

Then balik umah, aku sambung buat ketupat lagi, and tido kul berapa entah tak hingat. Laki aku dah tido awal lagi dah sebab dia pun tak reti anyam ketupat.

Esoknya, on Saturday, pagi dah kuar sarapan, then carik ranting untuk hiasan atas stage. Siap dengan kapak kuar carik ranting tu. Sarat kete aku dengan ranting. Bukan besau nau ranting tu, tapi penuh le kete kan.. Then, rilek jap kat umah before siap untuk ke hotel at about 1.30 kot. Aku siap iron baju dulu takut kalut nanti petang.

Masa kat hotel tu, time AJKs buat benda-benda lain, aku masih anyam ketupat lagi. And aku ingat yang sajak untuk dibaca itu tak diprint lagi. Aku ingat. Tapi aku takde kudrat nak usahakan untuk print sajak tu. Somehow, mungkin aku tak usaha lebih kot nak printkan sajak tu. Entah. Yang lagu-lagu unplugged tu, lagilah kan.. aku tatau camana nak pas kat orang yang berkenaan. Lagipun, sistem audio suma disetupkan a bit later. And aku pasti, kalau aku kasi lagu unplugged tu nanti, harus aku mengkalutkan orang lain.

Makanya, malam tu, aku cuma berjaya deliverkan kopok tu je :( Aku teringat kat orang tu, and harus orang tu marah kat aku, tapi aku takde daya nak buat lebih-lebih. Blame it on the bisul, satu. Tapi at the same time.. harus aku kena usaha lebih lagi le kan kalau nak buat gak. Also, suma tu last minute tu kan..

Then Gegar..

After Gegar, aku wonder nape orang tu punya ym tak on pun. Selalu, memang orang tu punya ym tak on pun sebab dia selalu bersembunyi di balik tabir. Tapi, dia tegur gak aku. Dia muncul gak sesekali untuk buat lawak-lawak dia. Tapi kali ni dia diam je. Aku moskel. Aku moskel sebab aku rasa orang tu macam tabah je menahan rasa nak share keexcitedan Gegar tu dengan aku walaupun dia tak pegi Gegar tu *matilah statement perasan*. Harus merajuk tu, rasa aku dalam hati. Then, suddenly semalam dia tegur aku! Kezut gak meks kan. Dia tegur aku!!!

Mula-mula, aku tak paham apa dia kata kat ym tu. Ialah, orang pandai buat sajak le katakan.. harus ayat pusing-pusing gitu. Pastu dia soh aku pegi ke site ni. Site yang aku pegi, tapi jarang-jarang aku pegi. So aku pun pegi. Dalam ym tu, dia ada mention pasal seorang penyajak terkenal komen kat sajak dia tu. Dia sikit punya excited. Aku tak simpan archive ym, so tak leh aku nak letak kat sini apa perbualan kitorang tu. Tapi yang pasti, bila aku tengok komen itu, aku pun terjerit keexcitedan!! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Aku TAU itu penyajak!! Aku sungguh admire itu penyajak!! Sekali, penyajak tu komen sikit punya baik kat sajak orang tu!!! Gila punya best, siot!!!

Eerrr... tapi kan.. tapi.. korang tau tak.. sajak yang dikomen dek penyajak terkenal tu, adalah sajak yang menyatakan kekecewaan orang itu sebab aku macam tak hargai usaha dia? Merajuk, dek nonnnn!!! Merajuk!!! Uwaaaaaaaaaaaaa!! Aku telah mengecewakan dia gitu le kan. Tapinya, dalam rajuk tu, bila dapat komen penyajak tu, dah tatau mana nak letak rajuk tu.. Nak continue merajuk, kang takde sapa dia nak share keexcitedan dia, kan? So nak tanak, telan jelah rajuk tu buat masa itu. And, since aku tau salah aku, huhuhuhuhu.. berbakul ampun dan maaf aku pohon!! Ya ampunnnn!!

BUT, at the same time, kalau aku dah baca sajak kau tu Po, harus le kau tak buat sajak Sekali Aku Terasa ni kan? And kalau kau tak buat Sajak Aku Terasa ni, entah-entah Pyanhabib tak komen kat sajak kau kan?? Kekekekekekekeke!!

Anyway, di bawah ni, aku kepilkan bersama sajak rajuk si Po itu.. Ampun dah mahap aku pohon sekali lagi Po. Pasni, kalau kau nak merajuk gak lagi dengan aku, aku piat-piat kau!! Jangan nak ngengada nak merajuk dengan aku.. Gi buang rajuk kau tu jauh-jauh. Gi merajuk dengan buaya ke, dengan biawak ke, dengan burung apa ke.. tapi jangan gatal-gatal nak merajuk dengan aku! Ahak!


Sekali Aku Terasa
...

Sekali aku terasa
Jangan sesekali kau cuba mengetuk
pintu kamarku yang sengaja tidak ku buka

Sekali aku terasa
Jangan sesekali kau cuba mengintai
di balik tirai yang sengaja aku labuhkan ke lantai

Sekali aku terasa
seluruh duniaku bagai tiada suara
dan panggilanmu hanyalah angin yang berdesir di kaca jendela

Sekali aku terluka
selama-lamanya ia
menghiris di dalam jiwa

~Po.


Hutang aku pada kau dah settle kan Po? We are even? Hiks! :)

Angah

1 comment:

Anonymous said...

ha ha ha ha

Batuk-batuk aku baca entry ko nih...lawak.

Even!

Tapi tu lah kan..Pyanhabib dude! Pyanhabib!