WE DID IT!!!!! Yeahhhhhhhhhhh!!! *senyum lebau-lebau*
Finally, something yang dipreparekan berbulan yang lalu, berakhir sudah. Berakhir ke? The event itself dah berakhir, tapi the moments captured in our hearts last forever kot kalau idak for a long long time. It was one hell of a night, thanks to ALL yang datang! Tak kiralah yang menyumbangkan tenaga, atau cuma yang menghadirkan diri sahaja pada malam semalam. Yang penting, tanpa semua, we won't have what we had last night.
The crowd was great!! Everybody sporting abih. It's great to see the same old faces, as well as those new faces. Yang dah lama kenal tu, toksah cite le kan busy abih borak. Yang baru kenal pun, I bet tak rasa tercicir. We tried to make everyone feel at home last night, and hopefully it works. Hopefully, we managed to mendekatkan yang jauh..
Majlis mula lambat sikit malam tu. Not because we intended to. Tapi sebab nak tunggu yang lambat tu, so that takde yang rasa tertinggal. Kesian kat yang dah datang awal, but we made them stay outside. I hope takde yang rasa tension dok kat luar lama-lama le ye. Dok kat dalam pun, no point gak.. kitorang kat dalam masih tengah kalut dengan connection internet. Payah nak set up kan the system. Tu suma kena tanya yang pakar.. Tuan-Alang and Coco. They both worked hard to set up the system. Later on ada gak yang membantu diorang, tapi tulah kan.. benda-benda ni tak leh banyak sangat tangan yang membantu. Takut lain lak jadinya. To those yang tak dapat nak nonton kitorang secara live semalam, too bad lah kan. But jangan bersedih hati.. we had the help from husband Ila untuk amikkan gambar video, as well as Alangz. Aku tak pasti ada tak orang lain yang tolong dengan video tu.. kalau ada, thanks to them as well. Yang aku tau, Fara tolong sumbangkan video cam dia kasi pinjam untuk digunakan malam tu.
We started masuk ke dewan tu untuk set up suma at about 2 pm. Buat le apa-apa yang patut. Ingatkan kitorang nak buat rehearsal sikit at about 6pm. Tapi, tak dan nak buat apa pun rehearsal. Jalan jem gila petang tu, so logistically, banyak yang tergendala. Tu jugak yang menyebabkan ramai orang sangkut tu. Dengan hujan lagi.. Last-last, aku, Wak, Delinn, Coco and Tuan Alang berbriefing je le. Aku dah sejuk-sejuk dah masa tu keseraman. Yelah.. kalut kan. Lain le sorang tu yang pro.. *jeling Wak*
At about 8.30 kot kitorang baru mula, baru kasi orang masuk dewan. I don't know. It could be later. Tapi, aku suka tengok suma muka happy je, takde yang muka hangin. At least aku tak rasa bersalah buat diorang tunggu kat luar. AJKs berbaris kat pintu masuk, to greet yang hadir. Macam sambut tamu datang umah le kan.. Then baru majlis bermula.
Disebabkan main idea is to have a get-together, so idak le banyak acara yang diaturkan. Ada takde pun, Budak plan nak main gitar dengan Dee. Si Dee lak, dah tau nak main gitar malam tu, ala-ala pro, datang macam tamu.. Setengah jam before acara nak mula, baru nak sampai! Sabo je le. Dia dok expect gitar laki aku yang dia nak pinjam tu dah tune cantekk punya, dia expect sekali dia petik gitar dengan Budak, it will be macam pro gitu.. boleh?? Nasib baik le diorang ni semi-pro.. so menjadik gak le petikan gitar diorang tu. Ditambah lak ada backup-backup suara sumbang yang menyumbangkan suara.. ok le kan! Macam band orang kawen gitu lah.. Kekekeke!! Great job, guys!!
Makanan malam tu was ok kot. Aku tok leh nak komen banyak-banyak sebab aku cuma makan lemang sepotong, rendang sikit, and air banyak aku minum. Selera tak berapa mari malam tu. Tapi yang lain aku tengok, selera je.. other than Sempoii yang dok jaga calory intake, ofkos. Ahak!
Banyak benda yang tak terbuat gak malam tu. Benonya, aku ada mintak Po tulis satu sajak untuk dibacakan malam tu. Tapi, malang sekali, tak dan nak baca sajak Po tu. Ampun dan maaf aku pohon pada Po. I made you do a lot of things, kan Po!! Tapi satu pun aku tak gunakan. Sori again. Also, aku tak dan nak bacakan senarai nama penyumbang hadiah kitorang malam tu. Tapi, aku pasti, korang dah tau sapa penyumbang hadiah based on the list kat dalam blog Delinn yang Delinn dah dok publishkan lama dulu. What we did last night was to make sure that no one went home empty handed. Walau sekecil mana pun hadiah yang korang dapat, I hope you guys know that the thought counts in getting the gifts to you. Sumbangan datang dari those yang tak dapat menghadirkan diri semalam as well as those yang hadir semalam. Aku bangga sangat le dengan the spirit yang kita ada!!
The party ended almost midnight. Masa tu baru rasa kaki lenguh le, badan penat le, mata letih le.. macam-macam! Kitorang kemas barang-barang, buat post-mortem sikit of the event, then left tak hingat pukul berapa. Kul 1 pagi ada kot.
Dalam pada kita bergembira semalam, there's some not too great happening to some of us. Tuan-Alang's mother kena stroke a few days before Gegar tu. Tapi, despite worrying about his mom, dia sanggup mencurahkan tenaga dia untuk memastikan program kita berjalan lancar. Aku terharu sangat benonya. Mana nak risaukan pasal commitment yang dia dah bagi pada Gegar, mana nak kisahkan mak dia. So, aku harap, kita sama-sama dapat mendoakan moga his mother cepat sembuh. Also, time tengah busy nak siapkan dewan tu semalam, Puteri dapat call dari kampung yang opah dia sakit. She came earlier, but had to leave before the party started. Aku tak tau apa cite opah dia sekarang, tapi apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk diorang. Then, aku dengar gak yang masa Sempoii on the way ke Gegar, kete dia accident. Aku pasti dia tak apa-apa sebab dia sakan je senyum simpul masa Gegar tu.. especially bila dah dapat hadiah yang best-best! But then, I know.. accident tu tetap sesuatu yang hassle kan.. so hopefully sumanya settle segera le ye Poii!
Ok, aku dah tak tau nak tulis apa dah ni. Idea tak nak flow dah. Jem otak. Aku pasti yang lain-lain akan tulis lagi. Ni cukup le untuk brief those yang jauh di mata, tapi dekat di hati kitorang.. And, to end this, aku letakkan sajak yang Po karang untuk malam Gegar kita, yang sepatutnya dibaca tapi tak terbaca.. I hope you don't mind, Po. Kalau you mind, nanti aku take it off, ye!!
Siapa sangka
…
Siapa sangka
Orang kita sudah sampai di angkasa
Impian menjadi cita-cita
Sejarah kini sudah ditempa
Siapa sangka
Orang kita sudah berada di mana-mana
Seluruh pelusuk benua
Tiada garis memisahkan dunia
Hanyalah titik-titik halus di atas peta
Siapa sangka
Tiada jarak masa membataskan kita
Hanya matahari dan bulan di atas sana
Membezakan ketika
Siapa sangka
Kau dan aku akan menjadi mesra
Walau kita tak pernah bersama
Hanya bersua di alam cyber
Siapa sangka
Huruf-huruf berganti suara
Riak emosi bertukar cerita
Kadang-kala mengundang airmata
Kadang-kala mencuit ceria
Siapa sangka
Kita mampu sehati sejiwa
Kita korbankan segala yang berbeza
Kita satukan dalam gelak ketawa
Siapa sangka
Ikatan persahabatan tercipta
Kita lemparkan segala prasangka
Semangat yang ada
Kita julang bersama
Semoga sinarnya menyala
sampai bila-bila
Siapa sangka
Nama-nama asing yang tertera
Pada kaca-kaca monitor
Kali ini bersua muka
Kini hadir di depan mata
Siapa sangka
Kita…
Yang bermula dari ruang bual bicara
Kini menjadi saudara
Kini menjadi sahabat dunia
~Po
Oh, btw, bisul aku dah baikkkkkkkkkk!!! Alhamdulillah!! The day before Gegar, bisul tu pecah! Setelah seminggu menderita berbisul, aku kini boleh duduk macam orang sihat, tak macam OKU! Meks happy!! Meks happy!! Meks syukurrrr!!
Ok, dah.
Angah, signing off..
Co-Emcee, Gegar Ria 2007
5 comments:
bravo bravo (tepuk2 tangan 2 minit)
kekekke.. lawak lah hang dgn wak jadi mc malam tu..tahniah sekali lagi pada semua ajk yg terlibat serta mereka yg turut serta dtg dan menyumbangkan hadiah(yaaay dpt adiah h.p )
sajak PO tu memang la bagus kalau di baca ...
best lah korang nih :-)
Congratulations!! You all did a GOOD job
Sajak tu menarik sangat. Hope all of you had fun.
~arena
Terima kasih untuk semua AJK yang berkerja keras untuk menjayakan Majlis...
majlis yg santai tapi signifikan
bravo angah & gang
az
Post a Comment