Tahukah korang bahawa, malam Gegar tu, ada Black Sabbath concert kat Singapore? Well, harus le ramai korang tatau kan kecuali yang hardcore fans.. Tapi aku kena gak kasi tau.. Sebab, si Babe aku tu, merupakan seorang peminat kumpulan rock itteww. Meks cuma penah dengar je nama kumpulan tu, tapi tatau apa pun pasal kumpulan tu. So idak le bergegar hati meks bila tau yang diorang nak buat konsert ke hape ke kan. Sekali, ada sorang kutu sudah sound sama laki meks ajak tengok itu konsert. Laki meks udah gegar masa tu. Bukan gegar as in Gegar Ria, tapi gegar as in sudah goyah itu hati. Sebelah sudah janji dengan meks nak gi Gegar, sebelah sudah mau tonton itu Black Sabbath. Meks lak, hanya bersabar.. pasrah je le kan. Tapi, sebab komitmen Babe meks yang maha tinggi itu kepada Gegar, dia terpaksa pasrah dah redho je tak dapat gi tengok kutu-kutu rock beraksi di pentas Singapore tu. Takat dengar cite je le dari kekawan dia lepas konsert tu. Kul 1 pagi leh kasi review gitu, boleh? Anyway, I am glad that he enjoyed Gegar. Kalau tak, harus aku rasa guilty.
Ok, abih sesi tahukah anda. Sambung semula dengan cite lain.
Semalam, macam yang Delinn dah laporkan *pantas gila minah tu melaporkan*, kitorang berkonvoi ke umah Nini. Babe amik aku kat ofis, then kitorang amik Delinn kat ofis dia, and bergerak seperjalanan dengan Elf and anak-anak dia. Kira konvoi dua keretalah from area ofis kitorang tu. Janji jumpa kat McD Equine Park tu. Janji dalam kul 7, kalau tak silap aku. Kitorang sampai dalam kul 6.30 or 6.45.. aku tak sure. Aku call Nini masa dah sampai tu. Makcik tu panik. Dia lum mandi lagi masa tu, dek non!! Kekekekeke!! Nasib baik aku call, tak serbu terus. Kalau tak, harus bersin-bersin aku nanti.. Ahak!
Then sorang-sorang yang berjanji setia sampai tepat pada waktu. Aku tak ingat turutan, tapi yang ada ialah Serindit dan Murai.. eh tak, aweknya.. then ada Kong solo, Deo dan Kuntumnya. Yang takde lagi masa tu ialah Yam. Aku tatau dia punya timezone mana dia ikut, or dia ada daylight savings punya time ke, tapi yang pasti, kul 7 time kitorang nak gerak tu, time tu le dia masih di ofis. Ada hati lagi nak kata "bukan nak pegi lepas solat maghrib ke?", boleh?? Kalau info tu yang dikasi tau, nape orang lain leh ada kat McD tu awal lagi before maghrib?? Kosser! Tapi sebab kesian tanak dia meroyan sesorang kat McD tu kan, terpaksa le tunggu dia sampai. Nasib baik tak kena gastrik tunggu dia! Ahak!
Lepas Yam sampai, kitorang gerak le berenam kete ke umah Nini with kitorang lead the way. Rumah tu dekat je dengan McD tu. And tak susah pun nak carik sebab direction yang Nini bagi kat aku tu lengkap, bukan macam direction yang aku dapat untuk ke umah ME hari tu *jeling tajam kat Yam*
Sampai je umah Nini, terus terkam food. Tanpa disuruh. Aku selalu buat gitu bila gi umah orang time raya ni. Dah pastinya aku dijemput untuk makan, kan. Ada kuih muih, ada laksa, ada nasi impit, ada rendang, ada kuah kacang. Kenyang meks makan suma!
Since pegi umah orang tu awal kan, harus kena balik awal gak. Takut kang tuan rumah soh bayar sewa sekali.. kekekekeke!! Idak le. Nini idak le begitu. That was 8 something baru. Malam masih muda. Babe tanya aku nak gi mana lagi.. and we proposed ke umah Arc/Budak lak. Lantak le kan orang ajak ke tak. Nak raya gitu! Aku tau Arc/Budak ada program marhaban (selawat?) dari rumah ke rumah malam tu untuk komuniti jiran tetangga dia. Tapi aku nak gak sibuk-sibuk. Aku call Arc and minah tu masih sibuk membeli belah untuk malam tu. Tapi, aku tetap dialu-alukan untuk datang. Macam le aku heran benonya kalau dia tak alu-alukan pun kan? Still nakkkkk gak raya!! Kekekekeke! Arc pesan, soh sampai before 9. Tatau nape, tapi we should be able to get there before 9.
On the way tu, aku call Delinn. Saje nak kasi mek tu tensi sebab aku nak ke umah Arc, kan. Kekekekeke! Mek tu, kononnya gerak awal sikit dari kitorang.. atas alasan nak study. Alasan, occayy!! *jeling Yam dengan Delinn* Since dia dah kasi alasan nak study, aku idak le ajak dia ke umah Arc. Tanak le ganggu penstudyan dia, kan! Harus tensi dia! Hahahahahaha.. Nasibbbb..
The way ke sana, jangan tanya aku. Babe aku tu somehow tau jalan ceruk rantau ulu mana pun aku rasa. Aku dok dendiam tak amik pot pun. We reached rumah diorang at about 8.50 kot. Arc tak siap lagi, tengah dok sibuk nak hidang food. Aku ingatkan ada menu yong tau foo ke. Rupanya menu udah bertukar ke roti cicah kari daging. Sedap dek nonnnn!!! Tapi masa tu aku tak rasa lagi, cuma takat tengok je kari tu.
Aku lak, sampai-sampai, sempat tumpang mandi lagi kat umah diorang. Babe aku, before jemput aku, sempat balik rumah dulu untuk siap-siap, and packkan sikit baju untuk aku just in case aku nak melepak mana-mana.. sian dia tengok aku lepak mana-mana dengan baju kurung. So, alang-alang dah ada baju tukar tu, aku pun mandi and tukar baju. Santai.
Lepas tu baru le tolong Arc sikit-sikit. Yang lebih, aku tolong makan je. Kekekekeke! Masa orang datang, aku dok nyorok bilik bibik dia tu. Aku kan pemalu! Lepas dah settle, baru kitorang makan-makan. Memang le sedap kari itu, and aku baru tau yang Budak yang masak!! Very der class, Budak!! Tak sangka I ols yang u ols pandai masak camtu sekali tau! Harus leh meniaga ni..
Sambil makan, sambil borak, sambil main game henfon tak canggih aku tu. Tatau nape le.. aku rasa kitorang dah terasuk dengan game bodoh tu tau. Lepas tu, siap Arc tapaukan kari dengan roti untuk kitorang. Tepon gak Delinn sebab Delinn ada pesan soh tapaukan food untuk dia dari umah Arc. Tapi sebab masa tu dia dah nak tido *sebab study le tu ngantuk jadiknya!*, takde le aku tapaukan untuk dia. Arc lak sempat tapaukan 3 bijik mangga untuk kitorang *jeling Iza* Then kitorang balik. Time tu dah kul berapa dah eh? Harus le dah kul 1 pagi!
Gambo nanti aku upload.. dah jadik macam Delinn lak aku ni asik nak kena upload gambo. Bukan sebab aku yang rajin nak buat, tapi Babe aku dah tersampuk hangin DQ tu, so dia pun sama gila amik gambo. Pastu, soh aku cepat-cepat upload! Tertekan meks! Tertekan!! Kekekekeke!
Angah
3 comments:
ekekekekekek
betulle. Aku rasa wan dah tersampuk hahahahaha
DeLinn
sedap wooo..roti cicah kari..
muehehehehe aku soh ko dtg cepat takut Budak nak kuar join marhaban...alih2 dia nak tunggu ko gak...hehehehehe
arc
Post a Comment