Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 11 October 2007

Menjelang Syawal

Aku rasa, tahun ni punya mood raya memang kureng kot. Aku rasa camtu, adik aku pun rasa camtu. Pastu, aku rasa, ramai gak orang punya rasa yang sama. Pagi tadi aku tengok paper, cite pasal peniaga kuih kat Chokit kata kuih kurang mendapat sambutan.. buyer tak ramai. Nape eh? Moskel lak aku. Tahun ni raya jatuh pada date yang tak sesuai ke? Ke bulan yang tak sesuai? Gamaknya kalau raya jatuh pada ujung bulan ke, or ujung tahun ke, lain kot rasa dia?

Malam semalam, aku telah melakukan aktiviti riadah redah orang ramai kat Jalan TAR mencarik tudung. Tuu diaaa!! Dalam pada tak berapa nak pegi ke sana, aku telah pegi gak dengan Alin and Nuar. An ada hal, so dia tak ikut. Before that, the night before, kitorang dah pegi ke Jusco. Alin nak carik kasut raya. Memang dah patut ganti pun kasut dia tu.. kasut yang jenis pakai satu sampai lunyai tu. Then, nak carik baju raya. Baju raya sepasang pun takde lagi. Baju anak-anak pun baru je beli weekend hari tu. Punya le tak semangat nak raya. Kena lak dia tengah mabuk-mabuk tu. Lagi le tak selera nak merayap, kan. Kat Jusco, dapat le beli sepasang kasut. Idak le yang paling berkenan, tapi itu yang paling ok compare dengan yang lain, so dia amik je le. Baju tak dapat pun.

Semalam lak, mula-mula ke Carrefour. Carik baju raya kat gerai-gerai dalam building tu. Aku nak carik tudung benonya. Takde benda lain yang nak dicarik. Puas aku pusing, tak jumpa yang menarik. Alin berjaya dapat sepasang baju kurung. Lega gak dia. Pastu, aku ajak diorang gi jengok pasar malam dekat kawasan umah tu.. kot dapat tudung kat pasar malam tu, tak yah le nak gi Jalan TAR. Pasar malam tu dah nak tutup dah masa tu, tapi gerai jual tudung masih ada yang bukak. Belek punya belek, dapat le dua lai. Since tak cukup lagi, kena le gerak ke Jalan TAR dengan hati yang saspen takut jem gilak.

Alhamdulillah, aku rasa kitorang ni memang ada rezeki parking le. Masa kat Jusco pun senang dapat parking, kat Carrefour dengan pasar malam pun sama, and kat Jalan TAR pun sama. Ada je orang nak kuar, or ada je parking yang kosong. Syukur sangat tau! Jalan TAR tu sesak dengan kete, tapi it's a moving traffic.

Orang lak, ramai.. as expected. Tapi, idak le berasak-asak. Aku suka le kan.. senang nak pilih tudung ku itewww.. Tak tau le kalau orang dah mula balik kampung hence tak ramai orang nak shopping lagi. Tapi, seingat aku, orang shopping kat Jalan TAR untuk raya, sampai ke minit terakhir Ramadhan. Tu seingat aku. Tak tau le kalau my memory fails me dah. Anyway, aku berjaya membeli suma tudung yang aku perlukan!! Yippieee!! Eerrr.. alhamdulillah.

Hari ni, nak kena siapkan biskut almond london before balik Semban. Hari tu dah buat, dah bakar, cuma tak celup coklat je lagi sebab kacang untuk tabur atas tu takde stok, boleh?? Tergendala keje buat kuih tu. Semalam baru aku dapat beli kacang tabur tu, and hari ni lepas balik keje baru nak sambung.

Baju pun tak pack lagi ni. Aku ingat, nak balik esok je. Tapi, laki aku plannya nak balik malam ni lepas buka or the latest lepas sahur. Dia malas nak drive during daytime. Takut jem. Takpe le. Aku ikut je. No hal.

This will be the first raya aku sebagai isteri orang. Penat aku memikirkan yang aku perlu berbonding-bonding dengan family laki aku yang ramai tu. Aku ni ala-ala anti-sosial benonya. Tak reti nak mula bergaul dengan orang. Selama ni, aku cuma membontoti parents aku gi jalan-jalan raya. Tak yah nak pikir apa nak borak, or sapa aku nak tegur. Dok je menyelit dengan adik beradik ku yang lain. Takat senyum-senyum gitu, no hal punya. Kalau ikut aku, tak kuasa aku nak kenal sorang-sorang family member. Tapi sebab ada reputation laki yang aku kena jaga, aku terpaksa meramahkan diri di Hari Raya nanti. Wish me luck, people!

Oklah. Sekian saja aku bersiaran before raya. Inshaallah, I am taking a break from work until 19th October. Ahak. Bukan nak beraya sakan pun.. cuma nak rehat-rehat je. Till then, take care people. Be safe!

Angah

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Mohon maaf salah dan silap.
Zure

Mama Rock said...

angah, hope your first experience of beraya as isteri orang was great, insyaAllah.