People, I am backkkkkkkk!!
Idak le excited benonya.. when I am back, maknanya dah nak kena back to work gak le tu. Ish! Kena mula memotivatekan diri untuk keje semula ni. Ada a few more days untuk merilekkan diri before keje. Bosan gak. Kalau cuti tu, kejap je rasa dah abih. Tapi kalau time keje tu, lama le pulak aku rasa nak sampai seminggu. Entah le.
This rasa jugak, dengan rasminya aku berjaya beraya sebagai isteri orang, menantu orang. Ahak!
Aku balik Seremban subuh alam hari Jumaat. Mulanya, macam laki aku kata nak balik lepas buka hari Khamis tu. Aleh-aleh, dia kata, dia mentioned balik 'lambat-lambat sikit' and not exactly lepas buka. Sabo je le kan. Aku malas nak kata sangat. Buka malam tu kat umah mentua setelah berpenat lelah menyiapkan kuih almond london. Lepas buka, balik umah.. ingatkan nak pack. Punya le aku malas nak pack, I tell you. Aku bantai layan mata, tido. Laki aku dok kemas baju dia, barang dia and aku tido. Tido pun, tak berapa lena sebab otak aku tau yang aku tak pack lagi, tak Isyak pun lagi time tu. Makanya, at about 2 am, aku bangun.. solat, kemas barang. Segala macam barang le aku angkut. Then at about 3.30 am aku gerak laki aku. Aku set nak gerak ke Seremban at about 4 am sebab nak sahur kat Seremban. Kena kasi buffer sikit kat laki aku tu untuk golek-golek atas katil before bangaun. Before that, aku dah siap pesan kat Alin yang balik awal sikit, soh bagitau Emak untuk masak extra untuk kitorang for sahur.
At about 4 am kitorang gerak meninggalkan KL. Yippieee sebab nak cuti le kan. Masa kat highway tu, laki aku mentioned pasal teringin nak sahur nasi lemak kat Nilai punya stop. Tapi takat cakap je. Takde pun kitorang stop though aku tak kisah benonya pun kalau nak stop. Then, tak lama pastu Emak call tanya kitorang kat mana. Masa tu dah kul 4.30 am dah. Aku kata kat Nilai, and laki aku soh pesan kat Emak tolong buat telor dadar. Sekali Emak kata, memang dah ada telor dadar sebab Emak buat nasi lemak untuk sahur! Boleh?? Ya Allah! Rasa macam miracle sangat! Syukur sangat. Tak tau itu rezeki Ramadhan ke apa. Tersebut je, and benda tu ada.. And, seingat aku, tak penah sekali pun Emak masak nasi lemak untuk sahur. Entah apa mimpi agaknya Emak buat nasi lemak tu.
Sampai Seremban at slightly past 5 am. Bergegas kitorang makan sebab takut lajak. Padahal, macam banyak masa lagi tu kan. Dasar sangat gelojoh! Ahak!
Lepas makan, sambil tunggu nak Subuh tu, kitorang anyam ketupat. Aku memang suka menganyam ketupat ni. Tak banyak sangat pun yang dianyam. Then Subuh, then aku sambung tido.
Pagi tu, tolong Emak masak sikit-sikit, then lepak je lebih. Abah lak petang tu mula sibuk dengan jiran belakang rumah, bakar lemang. Tak penah-penah bakar lemang pun. Tapi sebab jiran tu ajak, Abah ikut je. Kitorang suka makan lemang gak, so bagus le tu kan. Malam tu, selalunya, macam dah jadik tradisi kitorang, malam raya kitorang akan buka dengan ketupat je. Yelah, sebab lauk suma dah siap, kan. So that's the best solution je. Tak yah penat-penat lagi nak masak lauk lain. Tapi, bila dah berlaki, and laki aku ni seorang yang kena makan nasi sebab kalau tak dia tak kenyang, kena gak le masak nasi sikit untuk buka.
Awal malam tu, hujan lebat. Lemang lum masak lagi, so terpaksa mengangkut lemang tu bawak masuk umah. Aku tak join le kan hal-hal ehwal lemang tu suma sebab tak tahan asap. Yang aku tau cuma makan je!
Malam tu, Anuar nak gi bank. Aku pun nak gak kuar. Mulanya, ingat nak ke Ampangan je. Tapi, punya le ramai umat manusia kat Ampangan tu! Kalah Jalan TAR gayanya! Suma nak shopping last minute le kot. Terus tak jadik nak gi Ampangan and divert terus ke bandar Seremban. Settle hal ehwal bank, kitorang balik. By that time, lemang udah masak. Ahak!
Angah
No comments:
Post a Comment