Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Sunday, 7 October 2007

Kepulangan yang dinanti

Tuu diaaaa!! Subuh alam aku update ini blog!! Kekekekeke! Mata dah nak katup, tapi aku update gak sebab mood tengah ada. Plus, kalau aku tunggu later, harus lambat le nanti aku update.

Alkisah, sebelum Dee balik Mesia, aku yang berdebar, kecut perut bagai. Tatau nape. Excited sangat, aku rasa. It's like, finally, a long lost friend is coming home, boleh? Padahal, tak penah lost pun kan.. Tapi, itu le rasanya. Macam aku lak yang balik Mesia. Entah-entah, si Dee ni cool je kan.

Awalnya, memang aku ingat nak buat banner untuk menyambut kepulangan Dee kat airport. Saje je lah kan. Tak cukup gempak le jadik ahlil reban ayam tu kalau tak buat benda-benda karut camni kan.. Aku dah ada idea camana nak buat itu banner, cuma masa tu agak tight sebab the whole day Saturday aku ada macam-macam benda nak kena buat. Finally, it was about 10pm when I actually had the chance to make the banner! Well, sebab itu je waktu yang ada, kena le buat apa yang termampu.

Ni meks tengah bersila membuat banner ni. Konon nak buat lebih-lebih creative, tapi takde cukup alatulis nak digunakan.

Buat takat guna marker hitam je, on a white manila card. Jadik le. Kang over kang, cuak gak takut Dee lari menyorokkan muka! Ahak!

At slightly later than 11pm, aku dengan An gerak meninggalkan umah. Dee kata dia touch down kul 11.45 pm. Based on my experience, ada le kot dalam 30 to 45 minutes before passengers yang turun kat KLIA tu boleh memunculkan diri kat pintu keluar tu. So, bajet aku, kalau dalam kul 12.15 sampai pun, harus Dee tak kuar lagi.

Aku pegi amik Delinn dulu, then we headed to KLIA. I was told that Arc, Budak, Yam, Limah and hubby dah gerak dari umah Arc/Budak. Siap konvoi tu nak ke KLIA! Kalah nak jemput orang balik haji ke kekdahnya! Ahak!

Sampai kat KLIA, tengok kat notice board tu, flight Dee landed at 12.06 am. Tu dah delay sikit dah tu from the original plan kan. Aku, An and Delinn sampai dalam kul 12.20. Harus le Dee tak kuar lagi. Orang yang menunggu pun tak le ramai sangat time tu. Dapat le kitorang posisi yang strategik untuk bergayut dan meletakkan banner itteww! Kekekekeke! Nampak tak hasil banner itu? Besau tu nama Zaidee. Kalau tak nampak gak, tatau le.

In the meantime, kitorang suma dok imagine camana rupa Dee. No doubt dah penah tengok kat webcam before, tapi in real life tok leh pasti yang kitorang tau camana rupa dia. Aku ingat gak le rupa Dee tu kan.. bulat-bulat rupa dia, mata sepet, pakai spec, rambut pendek lurus and setinggi aku. Tapinya, still takut gak kot-kot le Dee buat apa-apa perubahan pada diri dia kan. Yelah, mana le tau kan. Anything can happen!

Makanya, puas le kitorang merenung sorang-sorang yang kuar, as well as prediction kitorang of how Dee will look like. Siap leh imagine yang Dee benonya dah sampai and dia lak surprisekan kitorang dari belakang. Sabo je le.

Sesungguhnya, penantian itu sesuatu yang mendebarkan.. Kekekekeke!! Gilos tau!

Setelah puas menunggu, jejaka yang dinanti muncul. Sahih le, the moment we saw him, we knew it was him! Pastu, something yang tak penah dibuat orang telah terjadi.. Si Dee, upon seeing the banner, siap buat terkejut tau! Over tau! Macam surprise gitu. Pastu, let stop kat tengah-tengah tu, kuarkan camera dia dari dalam beg, and amik gambar kitorang instead, boleh?? Aiyo!! Aku lak termalu time tu! Kekekekekeke!! Orang lain, orang yang menunggu yang amik gambo orang yang sampai. Ni, both pun amik gambo. Dasar sangat! Ahak!

Pastu baru dia tolak troli ke luar. Nasib tak busy laluan tu. Kalau tak, harus jem kejap kat laluan kuar, macam artis kuar dari flight!

Lepas Dee kuar, bukan reti nak proceed terus ke mana-mana. Leh sembang kat situ je. It's impressive gak le yang Dee leh kenal sorang-sorang yang datang tu. Bagus ah memori dia. Tapi kalau dia tak kenal, harus ada yang meroyan kan! Ahak!

From there, kitorang gi carik 'kopi mahal'. Ok, stress on the word 'mahal' ye hadek-hadek! Kekekeke! Bukan selalu Dee balik KL kan. So bila balik sesekali ni, harus le perlu diketuk gitu. Maka berbondonglah kitorang gerak mencarik kopi mahal. But before that, cuba gak kot-kot leh check in kan Dee untuk dia punya connecting flight ke Labuan. Unfortunately, counter check in cuma akan dibuka pada pukul 4 pagi. Hampeh. Makanya, kena le bawak beg Dee ke hulu ke hilir in the mean time. And the first destination was ke tempat kopi mahal.

Benonya, takde banyak choice untuk minum pun kat KLIA tu. And, whatever it is, suma benda pun mahal. So we lepak at a cafe at the departure area for a few hours.

Sambil tu, Yam kuarkan kek birthday Dee. It was a day earlier, tapi kalau tak buat time tu, bila lagi kan. Kosser le pulak ke Labuan semata-mata nak soh Dee tiup lilin and potong kek kan! Ahak! Siap nyanyi bagai le kat situ. Takde heran pun kat orang lain. Alah, sebab tak ramai orang kan kat airport time tu. Cuba ramai orang.. eerrr.. harus buat gak kot! Kekekeke!

I can't remember berapa lama lepak kat cafe tu. Sejam lebih ada kot. After that, we decided to take Dee to pusing-pusing Putrajaya. Kasi dia melawat sikit tanahair terchenta ini. Kalau tak time tu, bila lagi, kan. Nanti dia dah nak ke Wilayah Persekutuan Labuan.. tak dan nak tengok Wilayah Persekutuan Putrajaya kan.

Dengan An sebagai tourguide, and Delinn sebagai assitant tour guide, 3 kereta ronda Putrajaya subuh alam tadi. Di waktu orang berqiamullail di malam-malam akhir Ramadhan, kitorang meronda Putrajaya! Sabo je le! Ni suma, salah Dee.. sapa soh dia balik Mesia di malam-malam akhir Ramadhan kan.. Ahak!

Tapinya pun, besides Dee, ada gak orang lain dalam rombongan itu yang lum really penah tengok Putrajaya in totality. So dapat gak le tumpang sekaki kan..

From tour of Putrajaya, we headed to Kedai Mamak somewhere near rumah Delinn for sahur. Dah kul 4 pagi dah masa tu rasanya. Mata dah kelat. Makan, dengan sungguh berselera sekali. Almost 5, we headed home from the kedai. Dee ikut Arc/Budak balik ke rumah diorang, aku hantar Delinn pulang and then headed home.

Now, mata aku kelat, and aku perlu tido. Tapi, walaupun penat, I am glad that I took the time to meet up with Dee!! Personally, he is exactly macam dalam tag tu.. ceria, peramah, suka gelak etc. Penat je Yam wonder whether Dee reti cakap Melayu ke tak! Kekekekeke!

Dee, WELCOME HOME!!! See you again kat Gegar nanti ya!!

Ok, itu sahaja update pantas aku. Now, aku nak tido now.. zzzzzzz...

Angah

4 comments:

NANI SHAHABUDIN said...

aku baca sambil tersenyum nih

JoeBangla said...

tapi kan anne, masa aku baca tadi, aku jadi sedih. terus aku offline for a few hours :-)

Anonymous said...

bila Joe balik nanti sure sambutan lagi grand.. sesuai dgn title bapak ayam :)

Anonymous said...

hihihi joe... tak usahla bersedih, giliran ko akan tiba.. but aku rasa maybe ko tak nak bg tau bila nanti kan.. emmm enjoy baca cite angah ni rasa mcm join aja....
- first time bg komen kat umah-
jijo