Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 29 October 2007

Beraya ke Hulu Yam

Aku tau, bahang Gegar masih terasa. Tapi, kalau aku tak tulis ni, kang tak tau lak bila nak tulis sebab bahang Gegar akan terasa lamaaaaaa sangat kan.. Harus le entry yang lain-lain takkan relevant kalau nak diikutkan! So, kena gak aku tulis entry ni while it's still fresh in my memory.

Balik Gegar tu, aku dengan darling singgah kedai tomyam, boleh? Dengan darling aku tu lengkap berbaju Melayu tanpa songket pada pukul 1 pagi, ada kat kedai tomyam, beli nasi. Gi tapau nasi, tomyam and nasi goreng. Darling aku dah mula nak kena gastrik. Harus orang moskel nape dia ni pakai baju macam orang beraya, tapi still beli makanan. Lantak. Aku tak tau salah apa dia makan, or tak makan properly ke masa Gegar tu, wallahualam. So dalam kul 1 lebih pagi tu, kitorang berdua makan nasi. Lepas makan, baru aku dapat sms Delinn kata diorang nak melepak kat mamak near the hotel. Adeh. Tak larat aku nak patah balik ke hotel tu kan. Aku dah pikir nak tido je dah. Tapi, dalam pada pikir nak tido tu, aku tak berapa lena.. sebab memikirkan yang kitorang nak gi umah Mak Ety the next day tu.. takut terlajak tido, harus tak pegi nanti.

Mak Ety ni, dah ajak nak berbbq kat umah dia lama dah dulu. And, dah sebut-sebut nak buat bbq time Dee balik nanti. So memang le kena gak masuk kalendar kan jemputan Mak Ety ni. Tak boleh tidak, kena gak datang. Unless ada sesuatu yang tak diplan menggaggu, kena gak memunculkan diri. Tu yang kena gak gagah datang.

Bangun pagi, for breakfast, aku makan lempeng je and laki aku abihkan nasi yang tapau semalam. Then berjanji setia dengan Delinn nak jumpa kul berapa. Lepas breakfast, An layan tido semula sebab perut tak sedap. Aku buat keje rumah sikit, then siap-siap untuk gi umah Mak Ety. Kejut An soh siap.. tapi tulah kan.. dah dia tak berapa nak sihat, malas aku nak paksa dia cepat-cepat siap. Biarlah dia took his own sweet time. In the mean time, aku set dengan Dee nak ajak dia tido umah aku. Dari dulu aku dah ajak dia tido umah aku, tapi dia nak lepak dengan adik dia.. so tokleh nak cakap banyak le kan. Sian lak adik dia tak dapat bermesraan dengan abang terchenta nanti kalau Dee dah lepak umah aku. Tapi that morning, Yam lak kasi idea soh ajak Dee lepak umah aku. Sebab, semalam nak gi umah Mak Ety, pastu malam ni nak gi umah Limah. Sian le pulak adik Dee nak ulang alik hantar Dee. And Dee agreed to the suggestion.

We planned to meet kat Giant Batu Caves, konvoi ramai-ramai. Delinn, Yam, Shima, Anne, Fara and family dari hotel bodoh tu, Dee and adik dia dari Kota Kemuning and aku and An. Sumanya, rupanya, pakat-pakat nak tunggu aku dengan An sebab tak yakin dengan plan yang dah diberi dek Yam. Sabo je le. Plan nak jumpa kul 2.30, tapi disebabkan masalah perut An tu, kitorang sampai kul 2.45 kat Giant tu. Lambat, sorry.. but not too bad kan korang? Lambat 15 minit je kan? Hiks!

Along the way tu, aku soh Dee enjoy the scenery, sebab aku tau jalan tu penuh dengan hutan belantara, gunung-ganang, empangan, sungai dan air terjun. Kekekekekeke! Dah nama tempat pun 'Hulu Yam'.. harus le hulu kan. Tok leh le salahkan sesapa. Cuma kata Dee, dia rasa macam masuk hutan Jurassic Park je.. boleh? Cuak takut aku salah bawak le tu.. Harus. Tapi, aku trust driver aku tu.. Tak sesat de. Cuma, dah masuk dalam kawasan perumahan Mak Ety tu, aku lost direction. Well, map berpenghujung di situ, and kat map tu takde address. Yang ada, cuma nombor fon sahaja ye! So, tok leh salahkan meks berpusing tanpa arah kat situ. Salahkan tukang kasi info.. kekekekekeke! Tapi takpe le.. idak le sesat barat. Not bad. Kena stop somewhere, Apak lak datang amik kitorang. Kitorang suma 4 kerete benonya yang konvoi tu. Meriah dek non!!!

Sampai umah Mak Ety, terussss le kitorang buat macam rumah sendiri, tanpa disuruh. Bukak bekas kuih sendiri, amik food sendiri, tuang air sendiri, gi dapur cari benda sendiri.. Pendek kata, memang macam rumah sendiri le kan! Perut lak memang kebulur.. memang reserve untuk gi umah Mak Ety gitu. So, mula-mula riuh.. then tiba-tiba senyap sumanya.. Bagai dilanda garuda, boleh?? Sebab suma pakat sumbat mulut dengan food! Dasar sangat tau!!! Tak lama lepas kitorang sampai, Arc, Budak and anak-anak sampai and join in the fun.

Food banyak.. selain dari kuih raya, ada lemang, nasi impit, nasi minyak and all the lauks. Pastu ada bbq lak. Fuhhh!! Memang rezeki le kan! Makan sampai santak, I tell you!!

Later, Kong and family lak sampai.. then Coco. Surprisingly, Coco datang sorang tau. And, berjaya jumpa rumah Mak Ety, on her own, with direction from us. Not badlah kan. Ok sangat tu.

Takat kitorang sembang apa, toksah tanya le kan. I guess, among us, memang cerita tak penah putus. Ada je cerita nak diceritakan, lepas satu, satu.

Then, it's time to go. Fara and family gerak dulu. Then, Arc, Budak and anak-anak gerak. So Delinn, Yam, Anne and Shima pun nak gerak sama. Harus aku pun nak gerak sama. Sekali, bila dah kuar rumah, An pasang satu rokok, sambung sembang kat luar rumah. Sabo je le. Yang lain-lain blah, tinggal aku, An, Dee, Kong and family, Coco. Then Kong join bakar rokok lagi. Sambung lagi sembang. Dah ada jejak bertapak kot kat luar umah Mak Ety. Dee sempat snapped beberapa keping gambo pokok yang ada kat luar rumah Mak Ety tu untuk kenang-kenangan di hari tua.. kekekekekeke..

Finally, setelah puas berokokan, kitorang gerak at about 7pm. Aku, An and Dee headed ke rumah.

Nanti aku cite lak pasal Dee di umah aku. Ahak!

To Mak Ety and Apak, thanks for having us there!!! Harapnya Mak Ety dengan Apak tak serik dengan kitorang ni. We should have visited you guys lama dulu lagi kan??? Tapi takpe, there's always tomorrow, inshaAllah.

Angah

No comments: