Semalam aku teringat-ingat nak call tailor aku nak tanya whether baju raya yang aku tempah dah siap ke belum. Aku hantar a couple of weeks before puasa, kalau tak silap aku. Dalam 7 lai, plus selai baju Emak. Baju MIL dia nak tempah sendiri, so idak le aku tolong tempahkan. Aku pesan kat tailor tu, yang penting kena siap, selai je baju aku and baju Emak. The rest can wait. Sebabnya, yang lain tu bukannya untuk raya sangat pun. More for baju keje je. Dah lama beno rasanya aku tak buat baju keje yang baru *"lama" adalah satu perkara yang subjektif, occayy!!*. Ahak! Lagipun, nak amik suma memang tak tertanggung aku nak bayar upahnya yang berharga RM40 sepasang. Meks sengkek occayy!!
Dalam pada aku yang teringat-ingat, tailor aku lak call aku malam semalam sewaktu aku menunggu panggilan kekasih hati. Bagitau aku, baju aku suma dah siap but one. Adoi! Efficient gitu tau! Tapinya, since aku ni regular customer dia, aku telah meminta untuk membayar sikit dulu. Tak larat meks nak bayar suma tau time-time kritikal ni. Tailor tu jawab, "Kurang duit raya aku. Nyesal aku siapkan baju kau dulu, nyah. Kalau aku tau, aku siapkan dulu baju orang lain! Hahahahaha!". Evil sungguh tailor itu. Keji. Muahahahahaha! Well, dapat customer evil kan, kena le dia evil gak. Nak buat camana..
Now ni, kena plan bila lak nak amik baju-baju itu semua *excited dah over occayyy.. tak sabar nak tengok itu baju-baju and nak try baju walaupun suma hanyalah baju kurung pesak yang ukuran tak penah berubah since bertahun yang lalu!* And lepas amik, ada satu lagi hurdle yang perlu ditempuh.. nak carik tudung yang sesuwei.
Alkisah nak carik tudung, bukan perkara yang mudah untuk aku. Aku cacat sikit when it comes to tudung. Ye, kena admit sebelum orang lain kutuk aku! Kekekeke!! Aku akan bawak kain tu or in this case baju yang dah siap tu, untuk mencarik tudung yang sesuai. Satu beg penuh dengan baju and bila sampai kedai tudung, akan aku punggah keluar baju-baju itu. Tugas tukang jual tudung tu pulak ialah mencarik tudung yang sesuai. Sesuai di sini hadek-hadek, membawa maksud ada warna dalam baju tu, yang matching habis dengan warna tudung iteww. Warna yang matching itu selalunya adalah warna bunga pada baju itu, ataupun something kat baju tu yang aku rasakan sesuai. Ye, yang aku rasakan sesuai.. bukan tukang jual tu! Sebab kalau ikut tukang jual tu, sesuai memanjang je kan.. Harus le sebab nak kasi laku tudung dia. Kosser.
Pastu, jenis tudung lak kan.. Aku cuma carik tudung bawal je untuk baju bunga-bunga. Kalau sesapa tak paham maksud tudung bawal, abaikan je le ye. Then kalau baju plain, aku akan carik tudung yang bunga-bunga dari jenis kain chiffon and nothing else. At least at the moment le. Tak pun, aku carik tudung bawal, tapi kaler kena matching dengan warna baju tu.
Ofkos, dalam pada susah nak carik kaler yang sesuai, harga pun kena sesuai gak, as in murah ye hadek-hadek. Selalunya, warna yang pelik-pelik ni cuma ada jenis bawal yang mahal je. Tak paham aku. Tak sanggup aku spend untuk tudung RM80! Gilos?? Baju pun baru RM20 sepasang and kalau campur jahit baru RM60 in total. Tak sanggup aku bayar untuk tudung RM80 walaupun kecur je tengok sulam kat tudung tu. Aiyo! Ada sekali tu, dah puas aku pusing Jalan TAR (where else kalau nak carik tudung kan!), cuma ada satuuuuuuu je kedai yang jual tudung bawal with kaler yang aku carik. Tapi, it's a very plain tudung. Takde sejurai sulam pun, takde sebijik batu pun. Macam, beli kain ela, potong empat segi and jahit tepi. Tapi, since that's the best that I could find, aku beli gak and puashati. Over, kan?
Tu pasal, aku jarang sangat beli tudung kalau aku tak bawak baju yang aku perlukan tudung itu. And, aku takkan pakai baju tu kalau aku takde tudung yang matching. Walaupun dah lama ada baju tu, selagi takde tudung yang sesuai, maka dok le baju tu diam-diam. Harus kena zakat kalau baju tu dibuat dari emas tau!
Adik aku yang selalu teman aku beli tudung, and tuduh aku gila tiap kali aku nak beli tudung. Kekekeke! Kalau aku ajak teman carik tudung je, dua-dua tu macam nak meroyan nak reject invitation aku. Suma tau betapa kering air badan nanti jadinya. Tapi tu dulu le, time diorang takde anak yang perlu diheret. Sekarang, bila diorang dah ada anak, aku pegi le jadik gila sorang-sorang bila takde orang nak teman. Takpe, janji puas.
Malam tadi, masa borak dengan kekasih hati, aku mentioned yang aku nak kuar bawak anak-anak Alin jalan-jalan lepas buka, lepas solat segala. Si kekasih hati ni tanya aku, nak bawak ke Jalan TAR ke. Harus le tidak, kan. Tu kes bunuh diri tu kalau buat camtu. Aku kata, ke Jalan TAR adalah tugas dia untuk bawak aku! Hiks! Nak nangis gamaknya dia dengar! Kekekeke!! Well, bini sorang kan.. Lakiku pun itu sorang je kan. Bila lagi nak aku dera kalau tak time-time musim perayaan ni. Ahak! Siap merayu kata tak payah le pegi tahun ni. Dah tu, kalau tak pegi, camana cite dengan tudung untuk baju aku yang 7 lai tu kan?? Kekekekeke! Harus ke aku pandang je baju-baju itewww di Hari Raya nanti?? Ish!
Oh, tapi ada gak baju yang aku pakai walaupun takde tudung matching. Baju t-shirt gitu. Kalau t-shirt, aku tak heran tudung dia. Aku ada beberapa lai tudung yang aku dengan adik-adik aku panggil 'tudung kebanyakan'. Kira, tudung tu will fit in any baju le. Tak kisah baju *t-shirt sahaja* apa pun. Ha, itu tudung, sudah ada dalam koleksi kitorang for ages. Adik-adik aku punya tudung tu dari zaman diorang mula pakai tudung something in the early 90s kot. Jenis kain cotton yang tak yah gosok punya tu. Lepas basuh, pakai je. Tak komot pun. Kitorang ada beberapa lai tudung tu, and itulah tudung yang paling aku sayang. Ahak!
Ok dah. Enough of cite kecacatan aku. Kosser cite banyak-banyak sangat. Kang tak pasal-pasal kang aku leh apply untuk OKU parking spot lak! Daaaaa...
Angah
2 comments:
kalo i penjual tudung tu....sah i tanak jual kat U, suh u pegi cari kedai lain. byk songeh...hehehehe
I pon dah gi tempah my baju rayee :D
hehehehe.. unfortunately coco, diorang sukaaaa nak jual kat i tau! i tanak tudung tu pun, diorang sibukkkkkkkk nak gak soh beli! kekekeke..
bagus dah tempah baju raya. esok2 bila ada function, boleh pakai! ahak! berguna tau baju kurung/raya banyak2 ni :P
Post a Comment