Kisah semalam.. |
From rumah ME, aku and hubby bawak Dee balik rumah kitorang. Dee nampak macam penat amat gitu. Dari rumah ME dah macam tu.. asik menguap tak hingat punya. So, dengan perut kenyang tu, we decided to head home je instead of singgah mana-mana. We thought of going out later le kot after resting for a while.. maybe dalam kul 10 ke kan..
Sekali sampai rumah.. lepas Dee letak barang, aku kasi paper hari tu untuk dibaca. Kitorang pun lum baca paper lagi. On lak tv, and tengok news. Sambil baca paper, sambil beri komen, sambil tengok tv. Then laki aku buatkan air. Ye, laki aku.. bukan aku. Ahak! And angkatkan kuih raya. Si Dee ni, mula-mula dok atas sofaku yang serba putih tu.. Sekali bila An dah bawak kuar kuih raya, dia pun turun dari sofa and dok atas lantai. Takut kotorkan sofa, katanya. Adeh. Sabo je le. Macam le cover sofa tu jenis yang tak leh nak bukak and basuh. Siap tepuk-tepuk lagi kasi turun abuk from the sofa kot ada le kot! Aku tak sampai hati tengok Dee dok atas lantai, aku pun amikkan sofa cover and kasi dia buat alas. It's just a throw je, tapi memang untuk sofa tulah. Dee pun, bukan main lagi dia bentang throw tu, tuck every corner of it gitu. Macam nak pastikan tiada kawasan putih yang tidak tercover, boleh? Details gitu mamat sorang ni tau!! Pastu baru dia dok semula atas sofa tu.
Aku sambung semula baca paper. Then aku tengok dia dah lentok je sambil baca paper and tengok tv tu. Macam ultraman yang dah menyala lampu merah. Aku amikkan lak dua bijik bantal. Aku paham sangat rasa dok kat atas sofa yang empuk ittewwww.. tak leh dok lelama, kena gak baring-baring!!! Same thing happened to Dee gak. Ahak! Terus dia landing. And tak lama lepas tu, daripada mula-mula borak sambil komen paper and news, dia dah diam. Aku jeling, dia dah tido dengan masih memakai spec. Harus terang mimpi dia masa tu. Nak gerakkan dia soh masuk dalam bilik, aku tak sampai hati. So aku biarkan je le.
Later, in about an hour or so, aku lak nak masuk tido. Before that, aku dah letakkan selimut atas katil dalam bilik and pasangkan ubat nyamuk kat hall tu. Just in case Dee nak masuk bilik tido, dah ada selimut dalam bilik and just in case dia tido terus kat luar tu, takde le nyamuk nak serang dia sebab tido tanpa selimut. An soh aku biarkan je sliding door tu terbukak.. kasi sejuk sikit, katanya. Nak selimutkan dia, takut dia rimas berselimut. Nak tambahkan kelajuan kipas, takut tersejuk lak malam tu. So aku biarkan jelah the way it was. Pandai-pandai le Dee adjust nanti. Aku pesan kat laki aku, kalau Dee terjaga before dia tido, ajak le Dee kuar kalau dia nak. Then aku tido.
Paginya, semalam, masa aku bangun, Dee dah bangun. I told him yang Wan akan hantar aku gi keje.. he could either stay home or ikut.. it's up to him. Then aku gi siap-siap. Bila dah siap and aku kuar, Dee baru kuar bilik air and bagitau aku soh tunggu dia sebab dia nak ikut. Comel je masa tu aku rasa sebab dia macam sorang anak yang takut kena tinggal dengan mak dia.. kekekekekeke!! Lawak le kau Dee! Wan pun lum siap lagi masa tu tau! Then, we hit the road and Dee mrasalah layan jem pagi Isnin di kotaraya metropolitan tu kan. Sempat aku tunjukkan mana ofis Alangz, ofis Elf, ofis Deo and Delinn on the way to work. That shows le kan betapa ramai ADUN kawasan setempat kan! Ahak!
Lepas dah drop aku kat ofis, Dee and An pegi makan then balik umah. Tengahari tu, we went for ayam goleks. Yelah, kena gak kasi Dee rasa itu ayam gols yang selama ini digembar-gemburkan kat tag and blogs kan. Dah macam tradition lak kena kasi tiap tag members yang tak penah rasa ayam gols tu, untuk rasa gak ayam gols tu. Macam dah jadik venue gathering wajib lak aku rasa. Harus le kalau tukang jual tu decided to tutup kedai, aku antara yang akan sedih gila sebab banyak sangat memori bersama teman-teman seperjuangan kat situ.. *emo lak dah!!* Kali ni, yang berjaya menghadirkan diri ialan aku, An, Dee, Delinn, Budak, Arc, Fara, Alangz, Tuan-Alang and Elf. Sempoii sempat sms Delinn kata dia dilupakan! Hiks! Sori ah Poii.. sekarang ni, kalau ada apa-apa gathering suma kena refer kat tag je le kot.. suma dah tak hingat dah nak contact sorang-sorang.. sapa interested to join, just join in je.. sapa yang tak cek tag, mahap je le..
After that, An and Dee hantar aku balik ke ofis, and they headed to Nilai. Bukan Nilai 3 ye hadek-hadek! Dee lum nak kawen lagi untuk shopping barang kawen kat Nilai tu. Tapi dia ada kawan yang dia nak jumpa kat sana. Laki aku pun free je semalam benonya. Memang dah mendedicatekan masa dia untuk Dee. Terharu aku sebenarnya.. Aku yang kenal Dee, and dia yang sanggup tolong aku entertain Dee tanpa banyak soal. Tu yang aku sayang beno kat An tu. Dee lak, siap rasa guilty sebab took An punya time. Sabo je le Dee. I am sure you'll do the same kalau kitorang gi Canada tu, so likewise. Aku call An at about 5.30 pm just to make sure dia kat mana.. aku tunggu diorang jemput aku kan. So kalau diorang lambat lagi, aku still boleh buat keje kat ofis tu. Tapi Dee lak rasa guilty bila aku call tu. Sungguh le berhemah tau Dee ni.. Anak teruna sapa le ni kan!! Kekekekekeke..
Diorang sampai ofis aku at about 5.40 pm kot. Then we headed home. Layan lak jem petang. Sampai rumah, aku bukak laptop, nak layan bajet Gegar. Nak balance kan accounts, nak settle hutang mana-mana yang tak settle lagi. Then amik Delinn kat LRT stesen kat umah aku tu while menunggu masa nak ke umah Limah lak. Delinn ni dah lama nau teringin nak datang umah aku, tapi takde kesempatan. So semalam tu macam kesempatan yang datang le. Malangnya, umah aku was in a mess. Mrasalah lah kau, Delinn! Suma mess tu dah menggunung since Gegar hari tu le. Blame it on Gegar lah kan! Hiks!
At about 8.45 kot baru kitorang gerak dari umah aku ke umah Limah. Ramai dah yang ada kat umah Limah masa tu.. ada Arc, Budak and anak-anak, Alangz, Coco, Yam, Fara, Puteri. Lepas makan-makan, kitorang tengok sikit video yang Alangz amik. Tak dan nak tengok banyak pun. Yelah, ada orang lain kat umah Limah tu kan.. kang kitorang buat rumah Limah macam umah ME hari tu, sengsara lak orang lain! Kekekekeke.. so tunggu je le orang lain reda sikit baru leh tayang video tu. Nanti korang tengok sendiri le video tu bila dah siap, ye.
Time tu, Puteri tanya kalau-kalau dia leh bagi ucapan dia sebab she missed it masa Gegar. Ofkos boleh, kan. Ditambah lak ramai 'nasi tambah' kat umah Limah tu.. harus le boleh saje. Puteri konon malu, so backup yang ada ni suma tak malu-malu belaka. Tapi dalam pada malu Puteri tu, sempat touch-up lagi, boleh?? Siap nak berbedak bagai. Kekekekekeke!! Yelah, sesekali nak masuk tv kan..
After that, kitorang gerak balik. Tu pun, Yam sempat meroyan sebab dia dah nak kena balik sangat, tapi tunggu Delinn yang masih lum nak berapa balik lagi. Sian aku tengok. Kekekeke!! Tulah kan.. nasib... nasib kau kena bawak si DQ tu kan Yam! *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Aku dengan An nak kena hantar Dee ke Kota Kemuning rumah adik dia. Pakat konvoi dengan Fara halfway gitu sebab sian dia nak balik Kapar yang jauh nun di sana.. beribu batu tu. Takut le apa-apa jadik kat mak buyung tu along the way kan. Then, masa tunggu Fara drive kete dia ke tempat kitorang, aku dapat call dari Fara kata kete dia tak leh start. Boleh? Nasib le kitorang ada lagi masa tu. Maka datang le kitorang beramai-ramai to the rescue. Macam champion je tau.
Kete tu tak berapa nak crank. Harus le saspek utama, bateri le kan. Ada lak orang kat situ yang tanya Fara kot-kot kete tu ada minyak ke tak. Well, logik le soalan tu and aku saspen je kalau Fara kata entah ke. Instead, dengan confidentnya dia jawab minyak penuh.. tapi tatau lak kalau minyak hitam takde. Boleh?? Haiyo!!! Tapi sebab ramai masa tu, tak le saspen sangat. Try nak jump start kete dia, tapi tak jumpa jumper kat dalam kete dia walaupun dia tau dia ada itu jumper. Aku call Limah kot-kot le dia ada jumper, tapi dia takde. Dia lak soh laki dia turun tolong kitorang. Then Fara call laki dia, and confirmed yang diorang sepatutnya ada jumper dalam kete tu. Korek lagi sekali kete tu, and jumpa itu jumper. Bertolak lak kete tu sebab nak kasi space untuk pasang jumper kat bateri kete tu. Exercise abang-abang tu suma di malam hari tau!! Try le jump start. Mula-mula tak nak gak idup itu enjin. After a few tries, nak lak idup itu enjin. Legaaaaa dek non!!!
Thank God le kan that we thought of berkonvoi together. Kalau tak, harus le Fara dah kena mintak tolong Limah dengan laki dia je malam tu sebab yang lain dah pulang. Then An soh aku naik kete dengan Fara, and dia dengan Dee naik kete kitorang, and we'll go to Kapar together then baru hantar Dee ke Kota Kemuning. Kasi teman Fara and just to make sure that Fara sampai rumah dengan selamatnya. Saspen gak kalau kete dia meragam lagi along the way kan.. kat sapa lak dia nak mengadu nanti. Hiks! Aku ok je, and so we headed ke Kapar instead of parted halfway through. Mrasalah Dee ke Kapar malam tu!
From Kapar, baru kitorang ke Kota Kemuning. Tunggu adik Dee kat McD kat sana. Sempat minum-minum makan-makan lite-lite seround kat McD tu sambil borak-borak before we parted ways and headed home.
By the time sampai umah, it was 2 am and mata aku dah segar bugar. An, semangat soh aku update blog, boleh? Soh aku upload gambo, boleh? Aku pun cuba gak buat, tapi blogspot buat hal.. so tak leh update and upload. Yes, dia semangat memberi support kepada aku berblog sebab dia kata dia suka tengok aku bersosial dengan korang. Sungguh le aku sayang laki aku tu!! Dia yang sibuk amikkan gambo and siap terkilan sebab ada a few things yang dia rasa dia patut amik tapi tak amik.. macam gambo Dee tido and gambo aku petik mangga kat Kapar. Ahak! Lupa nak cakap.. aku tak pulang dengan tangan kosong dari umah Fara tu.. or rather umah mak mentua Fara. Sempat aku petik mangga muda. Kasi dua bijik kat Dee, aku amik dua bijik. Jadilah kan. Buat kenangan.
Mrasalah baca kisah semalam ku yang panjang!! :D
Angah
3 comments:
pandai ko menjaga baby zaidee yg dahagakan belaian kasih sayang tuh ngah wakakakakak larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
fuhhh!!! mmg full coverage!
btw, thanks a lot to u and ur darling An atas keperihatinan u ols .. kalau ler boleh, bukan sekadar 4 bijik mangga jek, ngan pokok2 nak aku cabutkan suh korang bwk balik ...
:-)
woii mana boleh petik mangga malam2. pokok tgh tido la dol wahahahaaahhahaah.
kalo aku pi sana sanggup ke ko layan aku sebagaimana ko layan dee??
Post a Comment