Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 25 November 2011

Pregnant ke?

Ini dilema semasa. Bukan, bukan aku yang pregnant. Kalau aku yang pregnant, title tu akan lebih dramatic rupanya. Ini kisah orang lain.

Aku punya staf pompuan yang ramai dari staf lelaki. Staf pompuan 5 orang, staf lelaki 1 orang. Yang pompuan ni, ada 2 orang yang tengah dalam musim mengawan dan berhasil. Yang bos dia..ish malas nak crite. Sekarang ni, sorang tengah dalam cuti bersalin. Awal bulan 12 nanti masuklah semula ke ofis. Sebelum tu, ada sorang ni yang baru balik cuti bersalin awal tahun ni. Lepas dia masuk ofis, dia pas baton kat sorang lagi. Pendek kata, dah beberapa tahun ni, aku sentiasa kekurangan staf. Aku pun sedia maklum lah kan. Sebelum cuti bersalin tu pun, staf aku ni asik cuti gak sebab mengandung. Tak boleh lah aku nak kata apa-apa. Dah bahagian masing-masing.. Ada orang mengandung takde masalah. Ada orang mengandung seribu satu masalah. Ada orang tak mengandung pun banyak masalah. Jadik redho jelah.

Tapi itu bukan dilema semasa. Tu pembuka crite.

Ini dilema semasa. Staf yang bersalin awal tahun hari tu, fizikalnya "kelihatan" seperti mengandung. Masa lepas bersalin hari tu, aku pahamlah. Sebab tak semua orang perutnya terus meleper selepas bersalin macam sesetengah artis Hollywood atau watak-watak dalam drama Melayu. Tapi setelah beberapa bulan, sekarang kelihatan perut dia tu seakan makin membesar. Pakai baju pun yang jenis cerut di bawah tetek dan kembang di atas perut yang lebih menampakkan kebesaran perut itu. Adakah dia mengandung lagi?

Ini dilema semasa. Macamana nak tanya orang, samada dia mengandung atau cuma buncit? Kalau orang yang aku biasa bertepuk bertampar, takde masalah itu. Tapi untuk orang yang aku takde bertempuk bertampar atau bercuit, bagaimanakah cara yang terbaik untuk bertanya tanpa menyinggung perasaan orang itu? Gila ah.

Ini dilema semasa. Dilema ini jugak aku alami kalau aku naik tren. Kalau yang berdiri depan aku tu perempuan, fizikalnya "kelihatan" mengandung, aku tak tau samada nak bagi tempat duduk aku aku tak. Kalau aku bagi and dia sebenarnya buncit, harus dia tersinggung tapi gembira sebab dapat tempat duduk dan aku yang penat kena berdiri tak pasal-pasal. Kalau aku tak bagi and dia sebenarnya pregnant, harus dia tersinggung dan aku terus rasa bersalah.

Jadi di sini aku rasa, kalau orang yang fizikalnya "kelihatan" mengandung, aku nak cadangkan supaya kalau berdiri dalam tren, janganlah berdiri dekat dengan tempat duduk. Nanti orang yang duduk tu rasa serba salah. Berdirilah dekat dengan pintu. Atau mana-mana pun. Kalau nak berdiri dekat dengan tempat duduk, berdirilah dekat lelaki. Sebab kalau lelaki tu bagi tempat duduk dia, itu dia "lelaki budiman".

Ini dilema semasa.

Angah

4 comments:

DeLinn said...

dilema sungguh aku membacanya kekekeke

Anonymous said...

hahhaha part main pas baton tu yg tak tahan tu..hahahha adehh pas kat ko je lah Ngah..biar sama2 dlm pantang..hahahhahah

Ahkak Limah

aliyahaznin said...

Kahkahkahkah aku ms pegnen baru ni ada budak ty kuat2 dlm lrt " kak, pegnen kan????" MUJorrrr mg pegnen!!!

Arena said...

Kak ngah,

Aku pon kena hati2 sebab takut dituduh pregnant sebelum waktunya. Dem, ada org tanya aku pregnant ker sebelum ni. Pastu bila aku cakap, takdelah lemak je tuh.. Semua org cam tergamam sebab dia tanya kuat2 depan orang dan aku pon jawab kuat2 jugak. Hahahaha. Yang anehnya hari yg sama gak, but a bit later org tu jugak tanya, eh you pegi gym ke, nampak kurus sikit. Ko paham tak kak? Psiko ke minah tu? Aku terblurr skejap sampai aku blah sambil tak jawab. Patutnya aku jawab je kan, bukan ko ker yang kata aku gemok macam pregnant pagi tadi? Hahahaha.