Di suatu petang yang panas, sedang manusia berasak-asak hendak menaiki LRT sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kenderaan awam walaupun boleh mati tidak bernafas di dalamnya, pandanganku tertumpu pada seorang gadis.
Gadis itu berkulit gelap. Gelap. Tetapi bukan kulitnya yang menarik perhatian aku. Potongan badannya boleh tahan. Tiada lebihan lemak di sana-sini, pada pandangan mata kasar aku. Cuma dia agak rendah sedikit daripada aku. Petite. Jeles aku! Dia memakai tshirt sendat menayangkan pusat, berlengan pendek yang hampir menayangkan ketiak dan membuka sedikit lurah dendamnya. Tetapi bukan juga baju itu yang menarik perhatian aku. Dia memakai jeans padat yang memegang erat setiap inci punggung dan kakinya. Amat padat. Sama padat seperti bajunya itu tadi. Dan sesungguhnya jeans ini yang menarik perhatian aku. Bukan pada punggungnya yang solid itu atau kakinya yang umpama tiada selulit itu. Tapi, pada kerendahan potongan (low cut?) seluar itu.
Pinggang seluar itu terletak betul-betul di atas aras rerambut yang ada di bawah sana. Terdapat alur seksi dari bawah pusat gadis itu hingga ke pinggang seluar itu. Dengan baju yang terletak atas dari pusat, dan dikombinasikan dengan potongan seluar itu, tidak boleh tidak titik tumpu mata aku hanyalah pada seluar itu. Kerana itulah aku kurang pasti bagaimanakan rupa gadis itu, apakah warna baju yang dipakai, bagaimanakah stail rambutnya, atau kasut apa yang dipakai.
Gadis itu menaiki LRT sama denganku. Ye, kepada sesiapa yang sudah beralih titik tumpu, kisah ini mengenai aku menaikit LRT. Kami berdua berdiri walau tidak dapat aku pastikan di mana dia berdiri. Aku sudah mula menyibukkan diri meneliti manusia yang lain. Tiada yang menarik.
Sampai di satu stesen, satu tempat duduk dikosongkan oleh penumpang yang turun dan aku melabuhkan punggungku di tempat duduk itu. Setelah aku membetulkan kedudukanku, barulah aku sedari yang gadis itu, kala itu, berdiri betul-betul di hadapanku. Kali ni, dia tidak perlu menarik perhatianku lagi kerana titik tumpu aku memang berada betul-betul di paras pinggang seluarnya.
Saat itu barulah otak aku pantas berfikir. Perlukah aku mengalihkan titik tumpuku? Perjalanan aku masih jauh lagi. Andainya aku mengalihkan titik tumpuku iaitu mengalihkan lirikan mataku ke arah kiri atau kananku sepanjang perjalanan itu, harus kero mata aku apabila aku sampai ke destinasi. Tetapi, andainya aku tidak berbuat sesuatu, aku takut dicap sebagai lesbian yang tertarik dengan apa yang dipamirkan oleh gadis itu. Sungguh aku serba salah.
Setelah aku fikirkan pilihan yang aku ada, aku mengambil keputusan untuk tidak mengalihkan titik tumpuku. Biarlah dicap lesbian sekalipun. Aku rela demi untuk tidak mengerokan mataku. Lagipun, apa salahnya aku menghargai kurniaan Tuhan itu, kan? Aku redha mendapat tempat duduk itu.
Ini kisah benar.
Angah
9 comments:
wooooooo best la ngah kalau aku dapat tempat duduk tuh wakakakakaka
ish ish ish .. ini kalau cikgu leman yg duduk situ, harus dia rela LRT stuck 24 jam pon ...
sesungguhnyer ramai 'cikgu leman' dalam dunia ini ...
kan budak?
wakakkakaka!!!!
gilala ko! wakakaka
ko memang blue talented aaa ngah.
u have my respect.
...syooh..go away wild imaginations!
Musim episod biru nih....
Wahahaha..
adakah pompuan yg ko berdepan ni sesuai dgn watak tipah rekaan kau tu? alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, bila nak sambung siri 2 ni
- noname-
org kata pandang pertama tu rejeki..yg kedua sampai ke beratus kali tu dah maksiat tu..tapi tak sure lak kalau pandangan pertama tapi stuck kat situ berjam2..hihihi
kau nak pinjam mata dak? meh aku pinjamkan mata aku...
Ngah..adakah itu imej Tipah yg ko cari...apakata ko buat judul novel ko tu LRT= Lurah Rasa Tipah !?...
(tak mo tulis nama)
Post a Comment