Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 23 July 2008

Sighs

1. Saya baru sahaja terbuat air Milo sedangkan di dalam hati, terasa ingin minum Nescafe. Nak tak nak, terpaksa saya abihkan dulu semug Milo ni. Sigh.

2. Saya dalam proses berlawan dengan berat badan (weight battle?) semula. Sigh. Tak tau sudah kali ke berapa. Bosan dengan badan yang tak berapa nak comel ni. Buruk. Tapi tulah, nafsu makan mengalahkan nafsu kuda (huh?). Payah nak mengawalnya. Dasar. Sigh.

3. Saya sudah mula membaca sebuah novel pada hujung minggu yang lalu. Saya rasa, saya boleh lah tulis camtu. Idak le sesuatu yang saya tidak boleh lakukan. Cuma, kadang-kadang, saya ada terlalu banyak cerita yang hendak dilabuhkan dalam satu novel. Saya sungguh tamak. Tu pasal, haram satu novel pun lum kuar lagi. Sigh.

4. Saya ketandusan idea untuk mengupdate blog, kekeringan poket untuk bershopping (esok JCard day di MidV!!), kebosanan untuk bekerja. Apa nak jadik dengan saya? Sigh.

5. Saya sungguh rajin membuat kek sekarang ni. Tapi bukan chiskek ye hadek-hadek yang dok leleh airliur tu dok imagine chiskek! Bukan. Cuma kek coklat dan kek oren sahaja yang saya rajin buat. Itu pun sebab ramai yang minat dengan kek tersebut. Saya ingat, nak buat jualan untuk Hari Raya je. Tapi, takut malas lak nanti bila dah dapat order. Camno? Sigh.

Sekian.

Angah

3 comments:

DeLinn said...

sedap ke kek coklat ko tu? ehem, leh rasa? kekekeke

Nani Shahabudin said...

cam ni la angah...
meh promot blog aku ni..

http://mysquarespace.blogspot.com

Anonymous said...

sigh..kalau ikut kamus oxford fajar adalah - keluhan/mengeluh.

tak baik mengesigh ngah.

rezeki tak masuk.