Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 28 July 2008

Episod 1

Awan mendung di luar sana. Hari pasti hujan, detik Amir di dalam hati. Sejuklah sikit suasana malam nanti yang telah hampir seminggu tidak ditaburi hujan. Tanah telah mulai kering. Tumbuhan hampir layu. Sama sahaja dengan jiwanya sejak ditinggalkan Tipah. Tapi, apalah sangat malam yang dingin itu tanpa Tipah di sisinya.

Tipah meninggalkannya setelah lari mengikut Mat Bangla yang kononnya lebih berwawasan daripadanya. Mat Bangla yang kerjanya menjaja kain dari rumah ke rumah itu berjaya mencuri hari Tipah. Sungguh tidak Amir sangka. Selama ini bila Tipah bercerita mengenai Mat Bangla, Amir sangka dia berprasangka buruk bila melihat muka Tipah ceria. Sungguh bahagia.
Takkan nak cemburu dengan Mat Bangla tu pulakkan, berdialog Amir di dalam hati untuk menyangkal rasa cemburu itu. Sangka Amir, mungkin kain-kain yang dijual oleh Mat Bangla memang cantik rekaannya dengan harga yang berpatutan. Mungkin itu sungguh menceriakan Tipah. Tambahan lagi, Mat Bangla itu selalu melupuskan hutang Tipah. Mungkin itu lebih membahagiakan Tipah. Takpelah, kalau Tipah bahagia, aku pun turut bahagia, sangka Amir lagi. Tidak disangka betapa dungunya dia bersangka baik semata.

Tipah itu gadis gilaan pemuda kampung. Tipah tidak berpendidikan tinggi. Cuma tamat sekolah rendah sahaja. Itu pun kerana Cikgu Leman, cikgu muda yang berasal dari bandar ditugaskan mengajar di kampung itu selalu memberi semangat kepadanya agar tidak berputus asa. Kalau diikutkan orang tuanya, tamat darjah tiga lagi mereka mahu memberhentikannya sekolah. Bagi mereka, Tipah tidak perlu ke sekolah lagi kalau setakat hendak tau membaca dan mengira. Setakat darjah tiga, Tipah telah berjaya membuktikan yang dia mampu membaca dan mengira. Itu sudah cukup untuk membantu mereka mengira hasil torehan getah yang akan dijual kepada Ah Seng. Mana perlu dy/dx segala. Mana perlu statistik. Mana perlu tahu teori relativiti. Itu suma untuk orang yang ingin ke bulan. Bagi mereka, tidak pernah terfikir untuk menghantar Tipah ke bulan. Cukuplah setakat muka Tipah dipuji cantik umpama bulan mengambang. Tapi kerana desakan Cikgu Leman, mereka akur. Bagi mereka, Cikgu Leman sungguh mengambil berat tentang hal ehwal pelajaran anaknya. Bertuah Tipah punya cikgu sebegitu. Cikgu Leman pula tentunya bahagia dengan keputusan orang tua Tipah itu. Dapatlah dia menatap wajah Tipah yang cantik (gila babi punya cantik!) dan membayangkan badan Tipah yang menuju alam remaja itu untuk selama Tipah di sekolah rendah. Tidak perlu dia menitip semangat untuk Tipah ke sekolah menengah kerana dia bukannya bertugas di sekolah menengah pun. Cukuplah untuk dia, bahagian dia. Dia puas.

Amir pula katanya lulusan luar negara. Katanya, Australia. Tapi mungkin juga Kanada. Entah mana satu yang betul, tak pasti. Yang pasti, selama lima tahun selepas tamat tingkatan lima, dia menghilangkan diri dari kampung. Selepas lima tahun, dia pulang semula ke kampung. Bila ditanya orang kampung kenapa tidak bekerja sahaja di bandar dengan pendapatan yang lumayan, jawabnya mudah sahaja. Dia ingin berbakti semula kepada kampungnya, tempat dia membesar. Kampung aman, katanya lagi. Jauh dari hiruk pikuk kota. Dia juga mula menggunakan beberapa perkataan orang putih dalam perbualan sehariannya. Andainya ada orang kampung yang meragui pemergiannya dulu, kini mereka percaya yang Amir benarnya telah pergi ke negeri orang putih.

Dia sebaya dengan Tipah. Semenjak kecil lagi dia selalu bersama dengan Tipah. Sementelah lagi rumah mereka selang sebuah. Tipah dan dia selalu berpasangan bermain pondok-pondok. Dia bapa, Tipah ibu. Anak jiran yang lain menjadi anak mereka. Kalau hendak ke mana-mana, Amir yang dicari Tipah untuk menemaninya. Begitu juga Amir. Mereka sering tidur sebantal, makan sepinggan, mandi sebilik air sebelum mereka mula bersekolah. Orang tua masing-masing telah menganggap mereka berdua seperti anak sendiri. Kalau Tipah tidur di rumah Amir, orang tua Tipah tidak akan kisah. Begitu juga sebaliknya. Namun semua berubah bila mereka mula bersekolah. Mula-mula mereka tidak faham mengapa mereka perlu dipisahkan. Seminggu mereka memberontak dengan orang tua mereka. Tapi takat mana pun rajuk seorang anak. Selepas seminggu, hilanglah rajuknya dan mereka akur dengan arahan orang tua masing-masing.

Sebenarnya Amir yang berjaya memujuk Tipah untuk menerima keadaan itu. Orang tua Amir telah menerangkan kepadanya tentang perbezaan yang sebenarnya ketara, tapi tidak berapa ketara bagi anak berumur 5 tahun. Setelah mendengar pujukan Tipah barulah reda rajuknya. Walaupun masih kabur dengan penerangan Amir, tapi kerana penerangan itu datangnya dari Amir, dia terima sahaja. Baginya, Amir sungguh bijak dan hensem. Setiap kali bersama Amir, setiap kali Amir berbicara, ada rasa yang melonjak-lonjak dalam hatinya, ada rasa senyum dalam hatinya. Walaupun tidak faham rasa itu, namun dia suka akan rasa itu. Tidak diketahuinya, Amir juga merasakan benda yang sama..


Angah - akan adakah sambungannya??? kekekekekee...

22 comments:

Anonymous said...

(gila bagi punya cantik!) ---> ni petikan mana nih....hahahahahah

bila nak kuar ayat gersang nihh oopss

arc

Fara said...

kahkahkah!!!

apa nih, kot ye pon nak potong, kasik la habis citer flashback tuh ...

oleh kerana dah start, maka wajib le ko teruskan novel nih ye dek non.. jgn nk simpan wat pekasam plak

erk.. mana blue nyer??? wakkakakakakKAKAKAKA!!! alaaahhhh lambat ke lagi nyer??? ahaksss

Angah said...

arc, fara.. sabarrr.. hahaaha.. zaman anak-anak maaa.. tok leh blue terang-terang. jarang-jarang je kasi.. kang jadik pedofil lak. mampos aku!! kekekeke

Fara said...

aku seram le ngan cikgu Leman .. ishh mana bleh profession cikgu gatal2 mcm tuh wakkakakaka .... mcm mana dia leh lepas interview??? wakakakka!!!

K i a H R o N g G e n G said...

wakahkah...fara cam ne leh lepas intebiew cikgu.

Angah said...

hahaha.. aku nak elaborate cikgu leman, tapi tak leh.. hahahhaahah.. matilah org tanak hantar anak gi sekolah, kan?? kekekeke.. so, agak2 sendirilah ye!

Anonymous said...

ok.

Genre penulisan yang tak lah terlalu membosankan kalau ianya mengikut jalan cerita yang kau janjikan dulu. Blue.

"Tidak diketahuinya, Amir juga merasakan benda yang sama.."

Tak sabar aku nak tahu..apa benda yang dirasakan oleh Amir.

weh..amir nama anak aku..ko jangan laaaa

DeLinn said...

aku pun tunggu part tulisan kaler biru ni. mana???? mana??? hahahaahahah

aku akan sentiasa harrass ko kalo tadak sambungan kekekekeke

Anonymous said...

yay, yang di nantikan dah tunggu, wahh ada cite guru, best ni, dah le ada 1 guru kena tangkap di kelantan ek, ratu mak nyah katanya.. opsss

-ojij-

Notmyblogg said...

weh next time boleh tak ko tolong boldkan font ko kat part-part yang biru je so takyah la aku beria baca semua jalan citer..wakakakaka **mati le peminat citer biru**

Anonymous said...

Best baca komen korangni...novel ngah tu aku tunggu part2 yg mcm TA cakap tu,baru baca!!hehhehe...Tapi pasal nama Tipah?!Jenab lagi best kot!hehhee..
(tak mo tulis nama)

Anonymous said...

aku rasa la watak tipah ni mcm sofea jane gitu dalam isteri ,perempuan dan dot dot, skandal dgn mat bangla nak langsai utang... opss
bila nak hapdet ni..opsss terlebih sudah
-ojij again-

Notmyblogg said...

Ya rabbi malu aku nengok kelaku korang ni semua... gersang amat ...wakakaka

Anonymous said...

TA...yg ko sampai 2X komen kt sini tu?ehh? aku ni kira komen jugak ke?..hhehehe...sah2...semua nak tunggu part2 "penting" tu..ngahh apa jadi dgn tipah ngah weiii...
(tak mo tulis nama)

DeLinn said...

*mode masih menunggu sambungannya... sekali dengan kaler-kaler warna-warni dia skali*

Angah said...

hokeh!! nanti aku kalerkan mana2 yg biru lite2, mana yg biru pekat.. bold lagi, hokeh?? kekekeke.. dasarrr gersang sorang2!

Anonymous said...

Aku baru baca...hehehhehe syok ni.. gamaknye tiap2 ari aku datang sini...wkakakakkaka ade cerita BIRU mata hitam ku...wkakakakaka

Tolong cepat sikit boleh tak..tak sabar rasanye...


Ahaka Limah

Anonymous said...

opss... sini kena komen 2x ke???

Ahkak Limah

Anonymous said...

hehe sewel laa korang ni... aku bukan gelak baca telenovela angah , aku gelak baca komen sewel korang tu ekekekee...


Minah karipap geseng.. geseng bukan gersang ok...

AuntieYan said...

Salam Angah...Wah!dah nak jadi penulis novel pulak....ok apa??..

* tunggu seterusnya....(mat bangla tu, tentu lebih hensem dari Amir)

Anonymous said...

alamak dah 3 kali komen ni, macam kena tukar nama
amir- deo
mat bangla - joe
tipah - hazlina

(tak mo tulis nama)

Anonymous said...

tajuk Novel nya ngah?

Tipah menipu

ketipuan tipah


az