Mereka di ruangtamu rumah. Si isteri baru sahaja berjaya melelapkan matanya di atas sofa putih itu, seputih awan yang sarat dengan air. Mimpi baru sahaja ingat bertandang, baru sahaja ingin membawa si isteri ke dalam alam lain yang indah. Tiba-tiba, suasana malam itu menjadi gelap gelitap umpama kicap pekat. Dengan tiba-tiba juga si isteri terjaga. "Blackout, babe", beritahu si suami yang asalnya sedang menonton tv. Adeh. Tidak jadi tidur si isteri itu.
Teringat si isteri hendak menelefon TNB untuk melaporkan kejadian itu. Kala itu juga dia teringat akan kawannya di utara yang baru sahaja mengalami kejadian yang sama beberapa hari yang lalu. Terus dia tidak jadi untuk menelefon TNB kerana tidak mahu menjadi calon presiden taman tempat tinggalnya. Biarlah kawan itu sahaja yang glamer.
Maka sekonyong-konyongnya bangunlah si isteri itu bersama suaminya mengambil lilin. Itu sahajalah masa yang sesuai untuk membakar lilin-lilin yang selama ini hanya menjadi perhiasan di rumah. Si isteri memang tidak gentar sekiranya blackout terjadi. Dia tahu di mana lokasi lilin. Dan dia tau di mana lokasi lighter suaminya. Mungkin sekiranya si suami berhenti merokok, barulah dia perlu gentar ketika blackout.
Empat batang lilin dinyalakan. Tambah lagi sebatang untuk menerangi bilik air. Ah, romantik sekali. Di luar, bunyi motosikal menderum-derum. Mungkin, di kala blackout, harga minyak jatuh sedikit yang memungkinkan si perempit-perempit itu menekan minyak lebih-lebih. Biarkanlah mereka.
Dalam suasana yang romantik itu, si isteri berbisik kepada suaminya, "Babe.. orang dulu-dulu kan.. takde letrik kan.. so malam-malam diorang main babe..". Pujuk si isteri yang sudah tidak tahu apa yang boleh dibuat tika itu. Panas cuaca malam itu. Angin tidak langsung meminjamkan dirinya. Hanya kipas kertas menemani pasangan suami isteri itu. Juga ubat nyamuk. "Yelah.. tapi, rumah diorang, keliling pokok-pokok babe..". Hampeh sungguh jawapan si suami itu. Putus asa, si isteri terus merebahkan semula diri di atas sofa putih itu. Bertemankan kipas kertas. Mengharapkan elektrik muncul semula.
Angah
11 comments:
hahahahaah ko memang lawak angah hahahahahaha
nasib la yeeeeeeee
umah ko tak cukup pokok eh hehehehe
itu baru main sampai berpeluh
"...Malam itu menjadi gelap gelita umpama kicap pekat!" hahahha...ngah ko ingat kicap tamim ke?hahahha lawak!!
(rupanya ngah ko meroyan di dalam ya...lariiiiikkk!)
(aku tak mo tulis nama)
wakakaka, lawak lah entry hang angah, leh buat nobel ni.. kan nak buat nobel ala-ala campuq 18 sx,
amboi anne.. berpeluh2 tak selesa tau... opsssssssssss terlebih sudah..
-ojij-
indahnya ayatmu tika blackout.
kekekekeke ingat gak ko kat aku haahahahahah
ha ha
ngah..
i like this one.
ko memang ada talent menulis biru.
potong stim ke?? hohhohohoho
tpkan boleh kurus ok. mcm ko pi jogging gak main time panas tu muahahahahah
ngah,
dulu kalau malam pekat..org dulu2 main sep2 tom2... tapi org sekarang..blackout..semua cari ali bistro..
saba ya ngah..cuba lagi dia waktu blackout yg lain..wkakakakkaka
Ahkak Limah
Angah,
Tetiba wendu lak kat ko ngah.
banyak kalori burn time blek out tu...huhuhu
Post a Comment