Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 15 July 2008

Back to life, back to reality!



Aku baru masuk ofis hari ni after away for a week. Huhuhuhuuu..!!!

Isnin lepas, aku pegi Cherating. Ada keje kat Kemaman benonya, tapi aku stay kat Cherating. Aku dengan batu penimbangku, aka lakiku pegi petang Isnin at about 5 pm. Sampai Cherating about 3 hours later kot. Check in kat Legend Cherating and terus carik makan. Banyak kedai makan kat situ, so it's not a big problem pun nak makan.

The next day, kitorang breakfast leklek kat hotel tu, mentara tunggu time aku nak gi keje. At about 10.30 baru aku gerak gi keje. Then, cepat-cepat aku siapkan keje, and by noon dah siap. Lega. So I got the whole day to ourselves gitu.

Balik hotel, laki aku dah ready. Katanya, nak gi jalan-jalan ke Kuantan. Yelah, mula-mula ada gak plan nak ke KT, nak jengok sorang loyar buruk kat sana tu. Tapinya, si loyar tu belagak.. kata dia sibuk time petang. So kami pun takmo le ganggu kan. Makanya, pegi le kami ke Kuantan. Gi Kuantan pun takde arah tujuan. Saje je drive leklek makan angin. Had lunch kat tepi sungai kat bandar Kuantan tu sambil menikmati udara nyaman. Then, we drove back ke Cherating, boleh?? Tapi, on the way tu, sempat singgah Balok. Lakiku lah tu.. nak sangat tengok Balok lagi. Sentimental kan gitu. For those yang gi Balok hari tu, saje je nak kasi tau, yang orang putih yang dok bercaravan dekat dengan tempat kita camping itu hari, masih di situ!!! Punyalah lama diorang dok kat situ. Harus cinta sama itu pantai kot.

Petang tu, bila dah balik hotel, kitorang turun pool lak. Eh before that, masuk laut! Kata laki aku, macam honeymoon gitu. Hik! Memang pun. Bagi aku, it's better then the honeymoon yang usah diingat-ingat lagi gitu.. kekekekeke!! The beach was nice, so was the water. Suam sejuk gitu. Dah kesejukan di laut, berendam lak kat pool. Oh indah sekali!

The next morning, we had a lazy breakfast gitu. Since tak yah nak pegi keje, lagilah leklek sekali kitorang makan. Ada hati lagi nak masuk air tapi harus lah ingat.. sebab malam tu nak naik flight ke KK lak. Tok leh le nak syok-syok pastu nanti kepenatan.

At 11 something kitorang check out. Then drive carik lekor sikit, kopok sikit before driving home. Sampai KL at about 2 or so. Lek sekejap, pack barang untuk ke KK lak. The flight that night was at 9.15. Gitu plannya le.

We had adik ipar aku tolong drive ke LCCT. Kitorang sampai dalam pukul 8 gitu. Masa amik boarding pass, aku tengok orang tu circlekan kat boarding time at 9.20. Aku wonder jap. Aku tanya orang tu. Yelah, flight aku kan at 9.15. Nape boarding 9.20. Kata orang tu, "flight re-timed". Boleh gitu?? Ada such thing? Instead of kata flight delay, kata flight re-timed? Sabo je le. Dah alang-alang re-timed kan, aku dengan lakiku pegi le makan dulu kat restoran yang ada kat LCCT tu. Idak le banyak choice kan.. dah nama pun LCCT.

At about 9.20 kitorang boarding, and found out yang flight lum sampai lagi. Tentative flight arrival time was 9.45. Hampeh. Kat situ dah sesak dah. Rupanya, ada satu lagi flight ke Kuching yang dah delay. Sabo je le. Finally, kitorang gerak kul 10.30 malam.. huhuhuhuuu!! By the time sampai KK, dah kul 1 pagi gitu. Kat KK, kitorang stay kat bajet hotel je lah kan. Dah bayar sendiri, kenalah cekai-cekai je. Hik! Hotel tu kat kawasan Segama Complex. The cost of the hotel was RM80 semalam. Oklah tu bagi aku. Ada aircond, ada water heater, dah cukup dah. Yang lain, basic je.

Kat KK, we spent most of the time jalan-jalan carik makan. Hari Khamis tu, kitorang cuma jalan kat bandar je. Masuk Warisan Square, lepak-lepak kat situ sebab hujan lebat. Padahnya, kitorang shopping kat dalam FOS je. Macam le kat KL takde FOS kan! Dasar! Lepas tu, kitorang dok lepak minum kat satu cafe ni. Aku rasa, it was one of the best moments kot sebab masa tu laki aku borak banyak sangat pasal kisah dia. Laki aku ni, tak banyak nak sembang pasal hal dia. Kalau hal aku, selalu dia sibuk nak tu. So bila dia sembang pasal dia, aku rasa besttt sangat!

From there, kitorang dinner kat Pasar Filipin. Pasar tu ujud malam je. Siang, kawasan tu cuma big parking lot. Malam, tempat tu turn into tempat makan and pasar basah. Food was good and cheap especially seafood lah kan.

The next day, kitorang pegi pulau-pulau kat Taman Tuanku Abdul Rahman. It's a national park benonya. Tapi taman air. We went island hopping ke Pulau Sapi, Pulau Mamutik and Pulau Manukan. The cost dari jeti Jesselton Point kat KK was RM37 per person untuk pegi 3 pulau. Kalau nak pegi 2 pulau je, RM27 kot. Tak ingat aku. And kena bayar jetty fee RM6 per person. The trip to the island was fun as well. Tapi sebelum tu, aku dah boh sunblock lotion banyak-banyak lah kan. Kalau tak, harus rentung. Weather was good, water was good. Pulau-pulau tu sungguh lah cantik. Very clear water. And it's only about 15 minutes boat ride from KK. Entrance fee untuk ke pulau tu ialah RM3. Sekali je bayar and tunjuk je resit tu bila pegi pulau yang lain.

Among the three pulaus yang aku pegi tu, aku paling suka Mamutik. Sapi cantik, tapi tak besar sangat. Manukan cantik, tapi pantai dia ada banyak karang pecah. So sakit kaki kalau berjalan kaki ayam kat tepi pantai tu. Mamutik, perfect. Tapi kat Manukan, ada satu chalet cantik. Chalet tu made of kayu, macam hotel yang tak berapa indah yang aku dok kat Balok tu. Cumanya, hotel kat Manukan tu amat terjaga sekali. Yelah, harga pun indah gak lah kan. It belongs tu Sutera group, yang ada Sutera Harbour hotels tu. The price per night yang paling murah, is about RM500, inclusive of boat transfer to and fro Sutera Harbour. Sungguhlah aku bercita-cita untuk ke sana dan duduk di sana. Bila tu? Hik!

Laki aku siap imagine the taggers buat gathering kat pulau tu, sambil camping sebab time kitorang pegi tu, ada gak groups yang camping kat pulaus tu. Laki aku ni kekadang over excited dari aku bab-bab taggers ni. So ampunkanlah ye! Kekekekeke..

Petang tu kitorang seround lagi makan seafood. Then malam tu lepak-lepak kat Rainforest Cafe, dekat dengan hotel tempat kitorang dok tu. Ada live band. Kul 8 dah mula dah live band tu. We were there until 10.30 pm kot. It was nice too. Lepak, borak berdua.. no worries about the world. Oh indah sungguh!

The next day, the day we had to leave KK, kitorang spent kat bandar gak. Jalan-jalan buang masa. This trip, barang yang aku beli dari KK tu cuma ikan bilis, ikan kering, udang kering and buah salak. Ikan bilis murah ko! Cuma RM14 sekilo yang besar, yang dah berkopek and fresh. Kalau kat KL, haram le kan nak dapat. Kata Emak aku, RM28 sekilo ikan bilis kat sini. Pergghhh!! Udang kering yang besar and fresh lagi tu, dapat RM15 setengah kilo. Buah salak lak, aku dapat RM10 untuk 3 kilo. In the end, aku borong 4 kg ikan bilis, setengah kg udang kering, beberapa peket ikan masin and 3 kg buah salak. Hamik!

Flight balik was at 9.15 pm. Kali ni, flight on time. Sampai KL dalam 11.30 malam. The next day tu, nak ke KK lagi.. tapi kali ni, Kuala Kangsar lak. Tu, lain kali le ye aku cite. Sebab, tuan punya badan kat KK tu, dah mengharamkan sesapa blog pasal kawen dia sebelum dia balik coti. Sungguh hampeh. Tapi not to worry. Kot sempat, esok aku blog. Persetankan dia! Muahahahaha!!!

Kata laki aku, tahun depan nak gi KK lagi. Sungguh le KK tu indah. City dia tak berapa besar. Almost everywhere is walking distance je. And aku discover, dok kat area Segama tu is the best sebab it's somewhere in the middle of the city. Ofkos lagi best kalau dapat dok kat Le Meridien hotel kat situ le kan. Tapi sapa lak nak sponsor aku! Bajet hotel banyak kat KK tu, so not to worry. Bandar dia sungguh bersih. Food memang superb lah kan. Murah, banyak choice and senang nak dapat. Pastu, since KK ni kat tepi pantai, pemandangan memang indah. Nak gi ke pulau pun senang. Hatta ke Pulau Labuan pun senang. And kalau nak gi naik gunung pun, tak berapa jauh.. cuma dalam 2 jam perjalanan je dari KK. Best kan? Kot ada taggers yang nak bergather kat KK, aku rasa aku nak sangat pegi lah. Gegar KK gitu! Hik!

Oklah.. next entry lak. Nanti aku letak gambo, ye!

Angah

5 comments:

Anonymous said...

Yaaa ampunnn...holiday lagik korang ni....aku gak yg tak pegi holiday lagik....mengapaaa???

p/s angah...ada land line tak...payah aku nak get thru 012 ni...

Anonymous said...

Kak,
aku jua nak ke KK tu.. bilalah agaknya leh drag ed ke sana..

~arena

Anonymous said...

Tapinya, si loyar tu belagak.. kata dia sibuk time petang. So kami pun takmo le ganggu kan.

alasanggggg...

AppleB said...

woohh... dah pegi kah. aku ingat lambat lagi nk pegi. aiseh bz beno mek neh sampai tak hengat dah org tu nk ke kk lagik hhohoohohho

Alinlai said...

wah berjalan sakan :) kalau hints awal2 bleh la jadi paparazzi kat segama tu ke ke ke... apa2 pun datang sekali sekala enjoylah duduk lama2 rasanya tak kot kwang kwang kwang... layannnnnnnn!!!