Ada orang paksa aku tulis pasal ni.
Dia dok tanya aku dulu, time sekolah, pasukan beruniform apa yang aku masuk. Setahu aku, aku idak le masuk pasukan beruniform yang really ada uniform tu. Seingat aku, aku cuma masuk brass band je kot. Kena masuk sebab co-curiculum ni dikira dalam PMK. Apa itu PMK? Hik! PMK ialah Purata Markah Keseluruhan. Or in english, it's GPA. Masa aku kat MRSM, that's what it's called. Kitorang dah guna dah GPA dulu lagi. MRSM kan ala-ala berkonsepkan kolej kat US nun.. So kalau tak amik co-curiculum, tak grad MRSM nanti. Ye, ada graduation bagai. Tak pun, kalau TPMK iaitu Timbunan Purata Markah Keseluruhan (kalau tak silap aku, itulah maksud T tu) bawah 2.0, kena ulang tingkatan tu. Kekekeke.. Jangan main-main. Malu dek non dok ulang dengan junior yang dah dibuli dulu. Hik!
Oh.. melalut sikit.. takpe.. kembali ke pasukan beruniform.
Aku masuk brass band sebab geng masuk le kan. Tapi, aku malas yang amat nak belajar notes lagu. Yelah, nak main alat muzik, kenalah hafal note lagu, kan. Pastu, kena belajar main alat muzik yang dipilih tu. Ramai geng aku berebut nak main side drum. Glamer kot. Side drum tu dok depan sekali tu.. yang buat drum roll gitu tu. Aku tak nak main side drum sebab ala-ala tak berapa nak reti guna stick tu. Aku kan kidal, so tangan kanan yang banyak digunakan tu, ala-ala kaku abih bagi aku. Takkan aku nak serongkan drum ke belah lain lak kan to accommodate pada kesesuaian tangan aku. Hancus le alignment brass band tu nanti! Nak main clarinet ke, saxaphone ke, trumpet ke etc, tu suma aku malas nak hafal notes kan. So, aku decided to main satu lagi drum. Besar sikit dari side drum, tapi bukan yang paling besar tu. Tenor drum kalau tak silap aku. Yang paling besar tu, yang orang letak kat depan perut tu, bass drum kot. Idak le aku bawak yang tu kan. Berat, you!
Tenor drum tu senang je main. Listen to the song, then bantai je. Ofkos bass drum lagi senang le kan. Tapi, gila tu nak bawak sambil marching dalam barisan. Respek siot kat sapa yang main tu!
Anyway, after a while dalam band tu, kitorang ala-ala kurang gemar dengan drum major kitorang tu. Dia lelaki yang agak lembut. So bila nak kasi command, ala-ala suara tak berapa nak kuar lah kan. Tegas pun tidak. Dah le in a march, brass band depan sekali. Tak macho langsung. Sekali tu, dia tak datang, and aku telah ambil alih kuasa. Rampas kuasa gitu lah kan. Sementara. Mula-mula takat bagi command je. Well, dah tentu suara aku lebih ganas dari mamat sorang tadi tu. Lama-lama, rampasan kuasa kekal. Terus aku jadik drum major.
For those yang tak tau apa itu drum major, drum major ialah the person yang lead the band. Yang pegang tongkat tu untuk dilambung-lambung. Aku, takat drum major yang pegang tongkat je. Lambung boleh, tapi tak tangkap de. Gila kau, berat tu tongkat tu. Ada gak cubaan untuk melambung dan menangkap. Tapi aku takat lambung je le ye.
Back to my earlier note pasal aku bukan masuk pasukan beruniform yang ada uniform ni kan.. Well, orang selalu maklum yang brass band ni, mesti ada uniform glamer gitu. Orang yang paksa aku blog pasal ni dok le ingat aku pakai skirt. Haram. Dah nama pun dok kat MRSM. Time aku dulu, MRSM tu, sikitttt je bawah dari sekolah agama, tau. Sikitttt je. Kot up sikit, harus dah sama level je dengan sekolah agama. So, harus le takde skirt bagai. Uniform pun dek non, takat t-shirt dengan track kot. Kekekekeke!! Low bajet, siot!! Yelah kan.. main pun cuma untuk hari sukan sekolah. Idak le bertanding mana-mana. Drum major yang selalunya glamer pun, ditugaskan kepada aku yang tak langsung glamer. Makanya, idak le glamer brass band kitorang tu.
Nonetheless, it was great fun.
Ha, orang tu.. puas hati aku dah blog pasal ni?? Apa lagi nak tau? Err.. tapi kan, kalau kau tak kasi idea, harus blog aku masih lagi kejung! Hik!
Angah
5 comments:
ko mrsm jugak eh :)
mana eh?
udah baca ke cerita hikayat Cik Delinn kite.. ade byk part tuh hehehe jenuh membacanya panjang siuttt
Angah,
Kita dulu drum major lelaki macho sahaja, hingga jadik rebutan dan idaman anak2 gadis ketika itu..hehehe..
Memang lambung2 bagai, pusing2, nampak smart gila time tuh..hahaha
Aku ingat lagi ada sorang drum major tu dulu..
ehem..
hang perempuan.. drum majorette la ngah..
sempoi la angah punye peralihan kuasa..
mesti former DM tu lari2 balik dorm terus nanges... cian dia..
ko SSBJ ke ngah?
Sekolah Serba Bajet Murah?
ha ha ha
..tak leh aku bayangkan angah jadi drum major/majorette/whatever tuh...
Ngah...sekrg ko main instrument apa???...
(mmm...bila angah mula bukak citer hari ini dlm sejarah ala tawarikh ni...gayanya entri jiwangg jer ler...)
(sini pun aku tak mo tulis nama)
Post a Comment