Kali ni, aku cuba bersiaran menggunakan email yang free ni. Tengok apa lak kuar nanti. Kot le nak ada disclaimer bagai, kan? Oh.. harus ada iklan segala. Mamposlah! Tapi nak buat camana, this is the only way yang mampu.. huhuhuhuuu.. Email free ni pun, bukan all the time available. Kot kena tahan dek dinding api, apa pun tak celus. Hampeh.
Aku ingat lagi, last year punya Ramadhan, aku galak gak tulis pasal makanan, kan? Tahun ni, sejak dua menjak kena dinding api ni, mood nak tulis pun dah tak berapa banyak, so tak larat le nak cite pasal makanan. So far, aku tak penah lagi singgah pasar untuk beli makanan. Tu azam tu. Nak cuba kurangkan beli makanan. Kang dah terpegi kang, banyak yang terbeli. Tu yang malas tu.
Sahur pun, so far aku cuma bersahur sekali je. Tu pun masa kat umah Mak aku, last weekend. Hari keje kalu, tak kuasa aku nak layan. Nanti perut aku rasa sebu je sebab lepas sahur, lepas subuh, selalu aku tido semula mengkala menunggu waktu sesuai untuk bangun gi keje. Tapi since laki aku rajin lak nak bersahur, maka bersahur le dia sorang-sorang. Nasib le dapat bini gini.
Buka, kalau kat rumah, so far aku masak. Masak je le apa yang daya. Hari tu dah stock up some bahan mentah kat rumah tu. Cukuplah takat nak masak untuk berbuka sendiri-sendiri untuk beberapa hari ni. Kuih lak, kalau ada, ada le. Weekend lepas, masa kat umah Mak aku, aku dah mintak Mak aku buatkan karipap sadin. Aku bawak balik and simpan dalam freezer. Bila nak makan, baru goreng. Jimat gitu. Also, balance weekend lepas punya puding jagung ada lagi. So itulah makanan kitorang for the past few days.
Komen lain lak.. hal ehwal politik! Hik! Korang sedar tak BN tak penah menang any by-elections since kalah teruk (or what they consider menang majoriti mudah) election hari tu? No matter what they said or do kat main stream media, masih gak tak leh nak menang, kan? Nasiblah kan..
Lagi satu.. aku perasan.. anak menantu seseorang dulu, yang tetiba naik mendadak dalam dunia politik Mesia ni, dah tak berapa nak dengar suara dia, kan? Apa maknanya tu kan? Hik!
Okeh. Sekian sahaja siaran untuk kali ini. Pesanan untuk anak-anak reban: kurang-kurangkanlah berladanggggggggggggggggg di bulan yang mulia ni.. adalah lebih baik waktu itu diisi dengan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran... kekekekeke...
Bye!
Angah
Share your memories online with anyone you want anyone you want.
3 comments:
Ngah, pesanan tuh untuk Limah sama DeLinn aje kan? Aku dah lama berhentinya, ekekekkeke larikkkkkkkkkkkkkkk
Angah,
Kalau ko nak tau, si Joe la dalangnya yang membuatkan kitaorang lepak kebun every day. Dia ngah... dia!
lepak ke kebun tu takpe.. tapi sambil2 tadarus. boleh je. imagine dok kat pondok dalam kebun yg indah sambil membacakan ayat2 suci alquran. tanaman dengar pun rasa nak membiakkk je.. sejukk je.. sambil2 tu, bertazkirah pulak. dapattttt pahala sikit. idak gitu?
kekekekeke...
angah
Post a Comment