Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 17 February 2009

Progress

Yesterday, I had a discussion with dear hubby. Pasal lemak sifar dan hutang sifar. Hik! Azam tahun baru aku, yach.. or rather azam yang dah dipasang bertahun yang lalu..

Aku bentangkanlah kes aku. In order to achieve hutang sifar, belanja kena jimat cermat. In order to achieve lemak sifar, makanan lemak kena kurang, exercise kena lebih. In order to accomplish both, consistency kena ada. Sabar kena ada. Dan setelah difikirkan, we decided dah tanak beli dah HL. Abih stok, abih dah. Huhuhuhuuu!! Kepada sesapa yang nak tau setakat mana aku berjaya dengan HL, percayalah yang aku tidak ke mana-mana. Takat turun 2kg je hari tu. Tak kuasa aku nak layan.

Now, since the past couple of weeks, aku dah start exercise regularly. Regular lah tu.. kot ada, selang cuma sehari dua je. Pastu masih buat lagi. Yang buat aku bosan dengan HL, dah aku tambah exercise pun, tak nak turun gak berat. So, aku telah pangkah HL dari hidup aku. Aku rasa aku perlu go back to basics untuk lose weight - jaga makan, exercise. I've learned that before and I should practise what I've done before. Sabar itu katakunci. Consistency is the other. Pastu, it's about changing lifestyle, kan. Kot makan HL, mana nak change lifestyle. And, kalau pun aku turun weight tu sikit pun based on exercise and eating healthily, aku tak sakit hati. Sebab, I won't burn big hole in my pocket! Hik!

Tuuuu diaaaa azam!

Pastu, duit yang guna untuk beli HL, boleh aku bayar hutang, or save. Doesn't matter. Dari sponsor hidup Beckham (still lagi ke?), baik aku sponsor hidup sendiri.

*sungguh looking forward to life without HL!!*

Lagi satu kan.. lari topik ni.. sekarang aku tengah seronok bertani. Ye dek non! Akak bercucuk tanam kat balkoni akak tu! Dulu ada pokok hiasan je. Pastu akak dah letak pandan. Pastu ada letak pokok misai kucing. Pastu ada serai. Ni new addition, ada pokok cili dek nonnn!! Pokok cili tu, dulu akak beli benih je. Dalam 2 hengget je. Pastu akak semai le suma. Tak le expect banyak yang tumbuh. Sekali, tumbuh almost all kot! Now akak ada dalam 50 batang anak pokok cili! Kalau hidup mekar suma berbuah segala, boleh akak jadik tokeh cili kat internet lak! Hik!

Tak lama lagi, leh jadik taman herba lak rumah tu. Tapinya, tulah kan.. space limited gitu. Tatau camana nak letak pokok tu suma. Sungguh menghiburkan benonya tengok pokok-pokok tu hidup dari hari ke hari.

Okeh, tu je update. Sekian.

Angah

6 comments:

Anonymous said...

fuhhhh lega aku angah dah stop HL

arc

AppleB said...

aku dah kata toksah la minum HL tu. buat perabis duit je hahahahahaahahha

Angah said...

kekekeke.. ada yang lega????

iyelahhhh.. aku tauuuu.. buat perabih duit jeeeee.. hik!

Anonymous said...

aku pun arc...fuhhh lega beb...hahahha kalau tak setiap kali aku bca entry..aku terbayangkan bijik mata dia..hehhhehhehe

ahakak Limah

Hazelsyd said...

Angah,

aku nak tambah satu lagi kata kunci..selain sabar, consistent.. kena ada persistence as well.. erkk persistent and consistent tu lain kan? *matilahh dah macam kelas bahsa inggeris laks kekekek*

neway, mmg betui la ngah.. aku rasa still the best way is exercise and control food intake..mesti jalan nyer.. cuma..tu lah kena ada 3 katakuncinyer *dah aku pepandai cakap 3 katakunci laks nih kan heheheh*

apa2 pon, wishing u all the best.. walaupon aku nak gaks reduce weight..tp aku nih takdok consistent and persistent.. yg ada hanya sabar ajer, mana ada jalan????!! hahahahah

all the best! make sure the next time aku jumpa ko, dah ala-ala slim dah ko eks hehehe *pressure sket*

Anonymous said...

Hi Angah,

Cuba try beberapa petua nih:
1) stop terus dari makan nasi sebagai makanan wajib...but gantikan dengan mee sup, bihun sup, roti, pasta, etc..tapi kene kurangkan bahan2 masak yang berminyak n tinggi lemak la.

2) make sure makan malam before 6.00 or 5hrs before go to sleep

3) minum air kosong 3liter per day..untuk permulaan...lepas dah biasa...tambah kan lagi...stop minum at 08.30pm supaya tak berkejar ke toilet masa tgh sedap tido.

4) gunakan 1 sudu kecil minyak masak kalau nak menumis, buat scrambled egg ke, etc.

5) dapatkan jadual paras fat yang kita blh ambil daily dari nutritionist sebab jadual tu blh bantu kita plan daily intake kita.

Ok...semua step kat atas i dah ikut n dalam sebulan i manage to kurangkan berat from 52kg to 47kg.

So, sekarang ni i dalam process nak tambah pengambilan air kosong from 3liter to 3.5 liter per day untuk kurangkan lagi lemak yang di flush out.