Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 28 January 2009

A few points..

Hik! Ada update lagi! :) Bos tarak. Bos cuti raya. Wa happy gila! Rasa tenang di dalam dada. Rasa gumbira di dalam jiwa. Kalaulah cuti berkenaan bangsa Cina ni lagi kerap, lagi indah hidup aku ;)

1 - Lately ni, aku rasa blogging ni macam dah hambar je dah rasanya. Napa eh? Perlu ke aku tukar rupa blog aku ni untuk rasa meriah? Ke sebab aku dah lama nau mengabadikan diri dengan keje jadik blogging ni dah tak berapa attach dengan aku? Kenapa? Mengapa? Why??

2 - Sebagai pengguna Herbalife yang baru seminggu, aku telah berjaya melihat penurunan pada jarum penimbang. Hari Ahad malam timbang sebelum mula makan Isnin tu, and Jumaat malam timbang sebelum mula bercuti. Aku tak berapa nak expect ada penurunan. Yelah, baru 5 hari gitu. Tapi ada. Syukurrrr. Then, came wiken panjang. Balik lak umah parents aku. Makan lak tak berapa nak hingat. Hingat, tapi tak berapa. Herbalife pun herbalife gak. Tapi makan yang lain tetap makan. Balik KL, dengan dada yang berombak saspen, aku timbang semula. Syukurrr maintain! Hik! So tunggu lah lagi minggu depan dan seterusnya yach! Kat umah tu, ada sorang monitor. Kot aku nak langgar sikit tatacara je, dia heppp kan aku. So agak disiplin gak ah aku ni. Berapa penurunan? Tungguuuuuu..

3 - Last Friday, lepas keje, kitorang singgah Istana Budaya. Gi beli tiket PGL. Aku dah tengok, tapi laki aku tak penah tengok. Masuk IB pun tak penah dia tu. So, aku belanja le dia. Tiket yang murah cuma RM123.oo. Tu pun very the limited. Tu hari tu lah. Hari ni, tatau ada lagi ke tak.

4 - After that, kata laki aku, ada acara kat Laman Santai IB tu. Untuk Palestin. Dia baca kat Kosmo. So kitorang pun jengok le ke Laman Santai. Dah ada stage and gerai-gerai jual food, meja macam kat kedai mamak gitu, and seats untuk tengok ke stage. Kitorang pun, konon nak check it out lah. Tengok gerai food tu. Sedap je food dia and murah lak tu. And we decided to makan kat situ for dinnner. Lepas satu, satu food yang kitorang makan. Murah dek nonnn! Pastu, aku jumpa something yang aku dah lama tak makan. Sengkuang dengan paste merah pastu tabur kacang tanah hancur. Korang ingat kah makanan itu? Aku punyalah lama tak makan tu. Sampai dua keping aku beli! Besar lak tu. And murah.

5 - Makan punya makan, kitorang melepak sampai show mula. Majlis diklemasi sajak benonya anjuran Utusan group. Demimu Palestin. Ramai artis ada. Tak penah aku tengok diklemasi sajak secara pro ni. Takat kat sekolah dulu, ada le. Tak aku sangka best tengok orang-orang pro ni. Membara je rasa. Hos dia si Aznil tu. Yang lawak pun ada. David Teo si penerbit tu diklemasi sajak dengan bunyik pelat Cina gitu. In the end, kitorang dok situ sampai kul 11 lebih malam, dalam malam yang panas tak berangin langsung.

Sekian.

Angah

5 comments:

Alinlai said...

alahai sedapnya sengkuang tu... dulu masa sekolah suka beli makan masa rehat ;)

Fara said...

sengkuang tu, everyday aku beli kat depan opis aku, sekeping singgit ... sedao dan menyegarkannn ... :D
paste merah tuh actually sos plum...

eh, ko rajin update, aku plak malas update dah .. huhuhu!

Anonymous said...

Salam Ngah,

Kalau nak makan sengkuang camgitu gi lah ke Taman Tasik Permaisuri, dkt Bandar Tun Razak, Cheras memang meriah jualan disitu diwaktu petang, cuma nya tak pasti sgt kesedapan dan keenakan nya.

Yang Hanum Kesidang

Moi said...

bukan malaysia je ada problem cam gini. diorang build building tak tengok compass ke apa, arah mana matahari terbit.. but then i guess, malaysia punya problem sidai baju ni belum di address efficiently kot... as usual, buat dulu, pikir masalah kendian... keep on the complaints I guess, sometimes complaints could mature the country. IMHOlahhhhh...

aliyahaznin said...

selamat berherba life! haha! kasi tau aku progress yach!