Givap! Kalau dah dasar lemak tepu lagi kental, memang payah nak susut tau! Nyampah! Eh tapi kan, baru sebotol abih.. hari ni baru nak masuk botol kedua. Terpaksa le bersabar. Bukan apa, masa first 4 days aku makan benda alah tu, berat aku turun 2kg. Terer je aku rasa. Sekali, lepas dah sekali timbang tu, timbang timbang lagi beberapa kali pastu, dah tak turun pun! Seskala pun tak turun, tau. Bukan kata nak turun 1kg, 200gram pun takmo! Geram tak?? Geram dek nonnnn.. Tapi takpe.. sabar. Jiwa mesti kental.. sekental lemak. Dah bayar lebih RM400 kan.. kenalah kental. Kalau takat RM100 boleh lagi givap terus. Tapi dah RM400 lebih.. so sabarrrr ialah katakuncinya!
Yelah, idak le aku strictly tak makan benda yang aku suka bila makan Herbalife ni. Makan tu tetap makan. Tapi, kuranglah kuantitinya. Itu perlu sebab I believe in changing the lifestyle. Diet ni is about makan makanan seimbang. Herbalife ni untuk membantu speed up the losing weight process. Tapi there's life after Herbalife. Tak hingin le aku telan Herbalife seumur hidup, kan. I miss the normal food. I miss living like a normal person.. a slim and slender normal person, that is. Tapinya, bila aku makan benda yang normal, takkan le tak nak turun, kan? Padahal, 2 main meals aku dah gantikan dengan makanan berkalori rendah. Air pun dah teguk tak hagak-hagak. So, what happened? Salahkan lemak tepu, yach!
And semalam, in my battle to lose weight, hati dah hangat, aku telah kobek-kobek balik CD aerobic yang dah lama aku tinggalkan. Ada tu, yang dah lama beli tapi tak penah on kan, boleh? So aku pun try le semalam. 3 sesi aku buat, you! Geram punya pasal. Tapi, ada sebab pun nape aku buat 3 sesi.. hik!
Semalam, aku telah dengan jayanya memasak pulut kuning! Kekekeke.. Selama idup, tak penah ada pengukus. Hence, tak penah le nak masak anything yang perlu dikukus. And hari tu, aku telah mengambil pengukus tinggalan arwah nek aku kat kampung tu. And aku telah berjaya masak pulut dengan ajaran secara oral over the phone je oleh Emak. Biasa tu aku belajar masak dengan arahan secara oral je. Dari zaman aku anak-anak lagi Emak dah train gitu. Time aku sekolah rendah lagi. Takde maid le katakan.. so aku perlu memasak untuk adik-adik. Dah ada basic, so Emak cuma order apa nak masak ikut tepon je. Dia call and bagitau apa nak masak and camana nak masak. Oh sungguh terer sekali perasan aku.
Anyway, bersuamikan orang Pilah, dia makan pulut kuning dengan sambal tumis bersantan. Kenalah aku ikut gaya dia. Lagipun, nak masak rendang tak cukup bahan. Malas. Sambal tumis gak sedap. Boh sikit petai. Yummy!
Ofkos lepas masak, takkan aku nak pandang je kan. Dah sah-sah aku pun hantu pulut!
Masa kukus pulut tu, aku dah buat aerobic seround. Pastu, buat lagi seround masa dah boh santan kat pulut tu. And malam tadi, mengenangkan pulut yang telah aku makan, terpaksa buat lagi seround! Tuuu diaaaa semangat, kan!
Hopefully semangat aerobic tu akan terus-terusan. Pagi ni dah sakit-sakit badan ni. Moga semangat tu tak terhenti kat sini je le. And, ofkos the big thing is, to see the improvement. Kot berat tak turun tapi badan jadik slim, takpe gak. Tapinya, knowing my body, patutnya aku akan lebih ringan jadinya. So, wajib tu turun berat badan ni!
Angah
11 comments:
angah,
hati kena kental, telinga kena tebal...mata lak jgn gatal hari2 nk tengok penimbang...hahaha!!
aku ari tu turun 4kg je, pastu stopppppp...pastu aku tak minum dah, tp badan aku shrink dgn sendirinya....sehinggalah aku pegnen dannnnnnnn kini aku ialah 60++ kilogram!!!
-puan put, bekas pengguna HL-
hahahaahahahah lawak giler lak aku baca. ye betul kata put, yg ko gatal2 timbang selalu tu buat pe? timbang la sebulan sekali.
lagi satu, masak pulut, aerobik 1 sesi, masuk santan, up 2 sesi, kalo katakan aku turun kl dan ajak makan steak kat chilies?? aerobik sepanjang malam?? opsss tu ada optional lain kan? hahahahahaha
anyway, u go angah. ko ingat kan aku penah cakap, ko tu bahan eksperimen aku! kekekekekeekkeke
opss lagi satu, rendang tu, cuba ko belajar dr joe, sebab dia kata dia masak rendang sedap giler ari tu kekekeke
chow!
go angah go!! *aper yg go tatau!* kekekeke ISO kot?? hahahah ampunnn!
hahahahahahaha!!
ooooo ko jd tikus putih lin ker?? pastikan jgn gagal, aku nk tengok lin lak sengsara dgn HL...tp dia dah ok skang ni sejak rajin melantak oat...hahahahaha..mcm tak caya je lin mkn oat!!
aku rasa sangat terseksaaaa bila kena makan oats. haram tak sedap, tapi telannnnnnn jugak. hampeh!
ohh put, aku tak ambik la HL tu, sen kurengggg laaa, sen melaju kat tpt lain kekdahnya.
skang ni aku sengsara sebab tak boleh nak melantak lebih2 mcm dulu kekekeke
korang ingat nih tag ke?
angah..sila sorok alat penimbang ko tuh. kang jadi mcm put meroyan atas penimbang. lepas tu bebel2 kat aku haahahahahahaha.
pehtu jgn makan pulut. byk angin itu barang. bahaya ok.
gud luck bebeh.
- bekas pengguna HL gak tp secara suka suki -
Po,
ooo ni bukan tag ek? hahaha!
-raja ema-
laaaaa mati2 aku ingatkan tag!
-awek jamal abdilah-
angah, BERUSAHALAH!!!
~gemar juga makan pulut. makan camtu aje pon sodapppp... hehehe.. ~
Post a Comment