Setelah mendengar pandangan dari sohabat-sohabat *sila refer komen dalam entry sebelum ini*, aku telah berjaya tidak menaiki scale untuk dua hari ini! Tahniah untuk aku! Kekekekeke! Aiyoyoyoyo!! Geram, you know! Tengok scale tu, tapi takleh nak naik. Sabarrrr.. kan itu katakuncinya. So as of now, maintain le 60kg yach. Kot petang kang aku naik scale and ada perubahan, harus aku update.
Kan semalam aku tulis pasal aku buat aerobic. And again, aku telah membuat lagi aerobic malam semalam. Lepas masak dinner yang so high in fat (telur dadar, bendi goreng, ikan bilis campur bawang campur cili campur ikan masin goreng), aku telah bererobik seround sebelum dinner. Seround je, yach! Tak kuasa nak buat 3 round. Sambil buat tu, sambil le si Adam and Alia join sama. Entah apa-apa je le diorang tu kan. Pastu komplen tak lajulah, penatlah.. Ofkos lepas buat tu, lesu satu badan. Dah lesu tu, nefsu makan kureng. But then, still makan, yach! Dah masak, kannnn.. mesti le makan.
Hari ni, since bererobik dua hari lepas, bonts aku, kaki aku, terasa sakit. Rasa ketat je bonts tu. Boleh ke jadik macam bonts Tyra Banks ni eh? Kekekekekeke.. Tak pun, J Lo? Or Beyonce?? Owh! Kot nak sampai gitu, bukan aku je lesu, aku rasa laki aku pun naik lesu tengok aku bererobik. Dia ofkos penonton setia, yach! Nama dia nak angkat kaki join sama, tidak sekali. Baik le dia baring kat atas couch putih itu sambil bersantai menjamu mata.. owh ada ke benda yang nak dijamu, yach?
Well, ni mentara aku ada semangat nak buat aerobik. Kot esok lusa semangat dah hilang, aku dah tak cite pasal erobik, korang jangan le gatal bertanya, ye. Itu namanya, tahi hayam dah sejuk tu. And ofkos aku akan ada alasan yang macam-macam nape tak buat erobik. Alasan yang pasti, malas! Hik!
Pada sapa yang teringin nak amik HL tapi wonder dulu camana rasanya.. Meh sini aku describe. Sesungguhnya, di tekak aku, dia tidak le sesedap Milo ke, teh tarik ke, Nescafe ke.. tidak sama sekali. Tak jugak rasa macam hot choc kalau yang amik perisa choc macam aku ni. Bagi aku, ia cuma satu minuman yang aku harus teguk demi masa depan yang cemerlang. Rasa dia tak berapa nak best kat tekak aku ni. Kot ada choice, it's not my taste le kan. Tapi idak le aku muntah belilah minum tu. Idak le masam ke, pahit ke, payau ke. Idak. Taste dia tak sesuwei je. Ada le rasa choc tu, tapi idak le strong. Rasa macam minum air choc tapi tak manis, tak pahit, tak masam, tak payau. Pekat je. Pastu at times leh rasa macam kesat-kesat gitu of the serbuk untuk buat air tu. Kekekekeke.. camana tu description aku? Pokok pangkalnya, once kurus, I don't think I'll choose HL as a drink option le kan. Tapiiiiiiiiiiiiiiii.. *disclaimer* tatau le kot dah abih botol kedua ni nanti, aku syok lak kat HL ni. Macam candu lak kan.. Itu, tatau le kan.
Ni break time benonya. Pasni, bos nak jumpa. Bosan you! Tapi dah nama pun keje. Syukurlah ada keje, ada gaji. Ada orang takde keje. Ada orang ada keje takde gaji. So syukurrrr alhamdulillah aku ada keje ada gaji.
Oklah. Janji berupdate blog ni.
Angah
3 comments:
Ngah,ko taruklah gambar2 vonts ko, so bolehlah kitaorang menilaikan vonts ko tuh macam vonts Tyra banks ker, vonts J Lo ker, vonts Beyonce ker. Atau macam vonts Oprah ker ekekekekkee
sungguh EVIL tau kalau vonts oprah!!! kekekeeke.. cilakak lu!
hii angah..
just nak share blog ni
http://meandherbalife.blogspot.com/
http://aniszherbalife.blogspot.com/
Post a Comment