Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 6 August 2008

Bandung - Pertama

Preparation

Petang sebelum bertolak, aku masih tak tukar duit lagi, boleh? Entah apa punya sebab pun aku tak tau. Orang lain bukan main awal lagi tukar. Aku, pakat tunggu lepas keje, leklek makan-makan dengan laki sebab nak meninggalkan dia selama 4 hari kan.. so nak kasi lebing each aler puas-puas, then baru nak gi tukar duit. Ke Masjid India gitu, sebab kononnya nak dapat rate murah. Sekali pegi, udah malam sik. Kedai udah mau tutup. Tak sempat nak compare dengan kedai lain, makanya dapat le aku rate Rp100 untuk RM3.64. Ye? Entah. Aku rasa gitu ah. Aku tukar RM1,001 dapat Rp2,750,000. Yes! Dapat jadik jutawan! Mamposlah penat nak kira kan.. dalam tengah blur gitu, dapat lak duit berkepok.. dia kasi aku Rp50,000 katanya 55 keping. Katanya betul kiraan tu. Aku main caya je. Nasib betul. Oh, memang aku ingin tukar RM1,000 je tapi kata orang tu, kasi RM1,001 untuk genapkan. Aku dengan jujur ikut je. Nasib orang tu jujur.

Maka malam tu, bermulalah calculator otak untu memahamkan pertukaran wang yang asing bangat tu. Aku tau, henfon tak canggih aku, ada function untuk tukar exchange rate automatically. You just need to set the rate, and bila nak tau tukaran just key in the figure, and then just choose if you want to know the rate in domestic or foreign currency. Mudah sekali! Enggak perlu calculator besar, aku terhegeh-hegeh membuat mental arithmetik pun. Oh sungguh happy aku jadinya!

Malam tu, aku tak sudi nak ngepack barang. Tak tau apa nak bawak. Maklumlah, nak gi shopping kan.. so tak perlu bawak banyak-banyak barang. Sebab tak leh nak decide apa nak bawak, aku pun tido tanpa pack barang pun. Tido dalam kul 10.30 malam kot tapi terjaga kul 11.30 malam. Susah hati tak pack barang, kan. Maka sekonyong-konyongnya, bangunlah aku untuk pack barang. Setel kul 12.30. Pastu tido balik, tapi aku set jam kul 4.30 pagi sebab nak amik Anne nanti kul 5.30 pagi kat Corus Hotel. Dia turun KL naik bas yang turun kat hotel tu. Idak le jauh dari rumah aku benonya.


Pemergian

At about 5 am kot, aku sms Anne nanya dia kat mana. Katanya dah sampai. Sabo je le minah tu, dah sampai tapi dok dendiam. Aku bagitau dia dalam 20 min gitu aku sampai. At about 5.30 gak kot baru aku sampai and tuu diaaaaa.. Anne punya beg macam orang nak pegi haji! Kekekeke! Sebesau-besau beg! Jenis briefcase lak tu. Hadoilah kan.

Balik rumah aku, aku sempat lelap sat. Anne dok lepak dalam spare room aku. Kul 7 lebih aku mula bersiap and kuar rumah at about 8.45. Sabo je le. Agak-agak waktu kecemasan gak lah time tu. Takut gak kena tinggal flight, kan. Flight kul 10.55 am. Kena ada sana before 10 gitu. Perjalanan dalam sejam dari rumah aku. Adeh. Panik, siot!! Before that, Anne decided to pinjam beg aku untuk menggantikan beg dia yang maha besar tu. Hik!

Thank God we arrived there tak le lambat sangat. Budak-budak yang lain pun baru nak check in. Budak lain adalah Arc, Yam, Limah, Poii, Nora dan Norma. Flight was on time and we landed safely at Bandung Airport at about kul 11.55 am waktu sana.. Flight 2 jam, dan waktu sana lambat sejam dari Mesia.


Hotel Royal Dago

First destination, hotel. Royal Dago di Jalan Dago. Ongkosnya cuma Rp40,000 seteksi. Aku, Yam and Arc satu teksi. Sampai kat satu traffic light ni, time aku tengah sembang dengan diorang, tetiba aku perasan ada kelibat orang kat tingkap kanan kete. Aku telah terkejut, maka terjerit dan terpeluk Yam yang dok kat belah kanan aku. Kot boleh terloncat, harus dah aku terloncat. Mampos. Sungguh tidak aku sengajakan, tu pasal 'ter'. Gamaknya pemintak sedekah tu pun terkejut tengok aku terjerit, lalu dia berlalu. Hahahaha! Haram aku tak tau whether dia tu lelaki ke, pompuan ke, muda ke, tua ke.. Nasib le.

Sampai hotel, yang lain dah sampai dah. Aku sekali lagi terkejut kerana terlihat Poii ada suaminya di situ. Tapi idak le sampai terjerit. Over le pulak kan kalau terjerit. Rupanya, Poii udah ada plan nak dating, tapi tak bagitau kitorang. Patut le kat imigresen kat airport lagi dia dah dok kalut sebab henfon tak dapat siaran. Rupanya, udah ada mambang tunggu kat hotel! Dasarrr!! Disebabkan bilik hotel lum ready, kitorang decided untuk pegi makan je dulu.

Orang kat hotel tu bagitau about that makan place. Just at the corner of traffic light near the hotel. Restoran nasi padang. Yelah, dah kat sana kan.. nasi padang jelah. Nama kedai tu Pondok Kapau. Maka berbondonglah kitorang berjalan dan melintas jalan. Nak melintas tu agak-agak kering hati gaklah bila tengok kereta tu kan. Kat restoran tu, diorang serve suma lauk punya stail gitu. Stail sana, lah kan. Mana tak nak makan, jangan usik. Time tu, suma dah kebulur, kan. Makan tak hingat orang belakang punya staillah gitu. Eh.. aku ingat kot.. ingat.. Hik! Alah, share kan lauknya. Kitorang memang dah kutip duit awal-awal, so whether makan sikit ke, banyak ke, sama je bayarannya. In all, makan 10 orang (aku rasa laki Poii pun join sama kot masa tu.. ke takde? Entah.), dalam RM7 sorang. Harga sebenar, sila refer ke Puan Arc, si Bendahari Kehormat kitorang, yach! Aku cuma tukang convert price je.

Selepas makan tu, sempat le Limah borak dengan tuan punya kedai tu yang rambutnya ala-ala ibu Megawati tu. Tanya pasal FO le kan.. Aku takde time diorang bertanya dengan ibuk tu. Tapi yan aku gather, Heritage, salah satu FO yang kononnya famous, terletak dia Jalan Riau. Bisa olahraga dari tempat kitorang tu. Hahahahaha! Take note yach! Bisa olahraga sahaja untuk ke sana. Camana olahraga tu? Akan aku bagitau nanti! Hahahahaha..

Lepas tu, balik hotel and amik bilik masing-masing. Bilik tak besar sangat. Ada dua katil, yang pada pandangan mata kasarku, udah penuh bilik. Tapi, ikut orang Indon punya ukuran, bisa muat satu lagi katil. Yelah, kitorang pun book sebilik 3 orang, kan. Aku dok sebilik dengan Yam dan Anne. Yam amik katil extra tu. Oh sungguh terer orang Indon ni kan. Bilik yang aku rasa sempit tadi, boleh gak dia masukkan lagi satu katil. Pastu, tilam kitorang empuk sekali. Bilik pun aircond sejuk sekali. Water heater pun bagus sekali. Pendek kata, sungguh puashati. Harganya? Tanya Puan Limah, yach! Tapi kalau tak silap dalam RM130 sorang, bergantung pada exchangenya. Dalam Rupiah, aku tak tau.


Rumah Mode

Lepas dapat bilik, suma pakat nak kuar somewhere. Aku, harus nak pegi Rumah Mode atau Pasar Baru. Yelah, kan itu tempat tujuan utama aku, kan? Idak le ada any particular brand yang aku nak carik tapi since dah jadik jutawan, no point dok lepak simpan duit, kan? Kenalah kasi kurang uang tu. Kata diorang ni, Pasar Baru tutup awal. So, aku punya option cuma Rumah Mode. Walaupun kat Jalan Dago tu ada lagi a few FO, tapi aku enggak mau. Aku mau visit Rumah Mode dulu sebelum ke rumah lain. And so there we went.

Aku, Arc, Yam, Limah dan Sempoii berempat bersepakat nak naik angkutan. Saje ah kan. Kata guard kat hotel tu, kalau jalan ke hujung jalan, pastu turn right, leh naik angkutan and bayar cuma Rp2,000 sorang or RM0.728 (tuu diaaaa siap 3 digit selepas titik perpuluhan tu!!). Tapi sebab kitorang kaya, kitorang decided to chartered je satu angkutan. Budak yang lain naik teksi, Rp25,000 or RM9.10 seteksi. So we decided, kot kita bayar Rp30,000 (RM10.92), harus ok je. And naik le angkutan. Untuk definisi angkutan, sila refer ke blog Puan Poii. Pastu, untuk lawak antara Arc dan pak supir angkutan tu pun, sila refer ke blog Poii. Cuma tak leh nak describe muka Arc je masa tu. Hahahahahaha.. Beriya berjanji setia dengan pak supir tu.

Sampai Rumah Mode, kami kehausan. Terus tuju ke Java Bean Cafe kat luar Rumah Mode tu. Cantik tempatnya. Indah suasana. Cantik jugak adik yang serve kitorang tu. Hik!

Dah tenang rasa perut, barulah kitorang masuk ke Rumah Mode. Waduhhh! Mula-mula, aku tak berapa nak reti shopping kat situ. Tak tau apa nak belilah katakan. Duit banyak, kan. Tak tau mana nak mula. Sekali, aku sampai kat area jeans pompuan. Aku bajet, takde le kot saiz aku or yang sesuwei dengan susuk tubuh aku yang proportion ni. Sekali kau, ada! Bukan satu je yang aku amik, tapi tiga!! TIGA u ols!!! Harganya? Oh.. Yang satu tu brand Loft, Rp 69,900 (RM25.4436) and lagi dua tu brand Tommy Hilfiger Rp119,900 (RM43.6436). Haruslah amik, kan?? Toksah pikir panjang. Dalam poket ada lebih 2 juta, kan?? Hish! Apalah sangat takat ratus ribu gitu!

Pastu, aku tengok lak jeans lelaki. Mula-mula tengok brand DKNY. Takde saiz. Laki aku kan comel, so payah nak carik saiz kat sana. Sekali jumpa Burberry. Ada saiz. Harganya cuma Rp169,900 (RM61.8463). Takkan tak amik, kan? Kat Mesia ni, jeans apa je yang dapat harga gitu, kan?? Amikkk!!

Lepas tu, takde lagi yang menarik untuk aku beli kat situ. Penat berpusing, penat telek, tapi takde lagi yang berkenan di hati. Yelah, baju yang ada, jenis yang melekat padat sendat gitu kan. Fesyen gitu kan. Aku lak jenis badan padu. Mana nak sesuwei! Hampeh.

Dah sudah tu, aku kuar. Nampak Nora dengan Norma dah dok kat luar. Pastu yang lain-lain pun join. Yang paling lambat kuar, Arc. Tapi still on time lah. Tapiiii, dia tak beli apa-apa pun, boleh?? Haiyoooo!!! Dasarrrr tatau apa! Entah apa yang dibeleknya, diteleknya, haram tak beli apa. Sabo jelah. Apa-apa pun, aku bahagia dengan pembelian aku.

Pastu, tunggulah kat tepi jalan dalam gerimis menunggu pak supir yang dah berjanji setia nak pikap kitorang. Hampeh. Dekat sejam tunggu, tak muncul gak. Terus gi makan kat area situ. Restoran Sangkuriang kot. Food nasi padang gak lah. Tapi jenis order lauk apa nak and diorang masak. Oklah makanan kat situ. Idak le aku teringat-ingat lauknya lepas tu. Sedap, tapi biasa je. Overrated kot. I've tasted better. Cuma ada live band kat situ. Ada pompuan nyanyi, ada beberapa pemuzik. Itu kot kasi tempat tu lively. Tapi bising ah kan. Total price, setelah dibahagi sembilan, lebih kurang RM15 seorang. Harga sebenar, sila refer ke Puan Arc.


From there, naik apa eh balik? Angkutan kot. Entah berapa entah kena. Rp35,000 kot. Kitorang soh Limah negotiate ke Rp30,000. Limah kan ala-ala rupa kaki pukul. Sekali, nak bayar, diorang amik Rp35,000. Bagi Rp50,000 kot, and pulang tak cukup gitu. Dasar!! Dengan diorang ni, we learned that we have to give exact change. Jangan kasi lebih. Harus ditelan. Limah awal-awal lagi dah kena pau Rp10,000 by driver teksi yang bawak dia dari airport ke hotel. So, berhati-hatilah jangan sampai kena pau.

Balik bilik, masing-masing gila tengok hasil. And aku pastu, doze off je lah kan.. Tunggu hari kedua lak. Tak sabar nak ke Pasar Baru!

Angah Ratna Sari

2 comments:

DeLinn said...

kekekekekekekekeke

Anonymous said...

tudia aiahh panjangnya hari pertama....
angah aku dah dapat 2 kad utk hang dan wan dari mal ety ni, so nak pergi tak sabtu ni PFM Picc putrajaya? 2 kad lagi utk limah, 2 utk ima dan 2 utk aku la... hihihi
-ojij-