Udah-udah lah tu pasal Bandung, kan. Now, back to reality. Keje. And a part of that is pergi outstation. Kalau dah jadik orang minyak kat Mesia ni, tempat lain takde nak outstation. Kalau tak Kerteh, Miri, Labuan, KK, yards kat Pasir Gudang or somewhere else.. tu je kot? Aku tak rasa ada tempat lain lagi. Nasib tak kena gi offshore je. Sungguh le dari dulu lagi aku melarikan diri dari perlu ke offshore. Tak sanggup aku. Hik!
And so, kemarin aku gi Kemaman. Though Kemaman tu bukan Kerteh, tapi Kemaman tu ada bonded port tempat orang minyak melabuhkan barang-barang dan orang-orang untuk ke offshore Kerteh. So Kemaman tu salah satu gak tempat yang perlu dikunjungi. Macam gempak je bunyinya.
Keje sikit kat Kemaman tu. Lebihnya, travel nak ke sana. Dulu ada flight direct Subang-Kerteh. Sekarang, dah takde. Kena fly via Kuantan, the closest kalau nak ke Kemaman. Taken into consideration the time untuk kuar rumah, tunggu kat airport, fly, drive lagi ke Kemaman, I'd rather drive dari KL ni. Lebih kurang je. And lebih-lebih lagi, bila ada batu penimbang yang rajin melapangkan diri dia ikut aku outstation ni. Bahagia aku!
We stayed in Cherating. Orang sibuk nak gi Cherating for holiday, aku dapat gi Cherating for work and leisure. Bagus gitu, kan. Tapi sure tak best kalau kena gi sendiri. Last time aku pegi, sempat berendam kat laut dan pool. Tapi kali ni tak dan. Yang dan, cuma merayap melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Petang Rabu tu, lepas keje, aku ajak laki aku gi Pantai Chendor. Aku tak tau pun pasal pantai ni sebelum ni, tapi aku perasan on the way back from work petang tu. Dah penah lepak Cherating, so good kalau tengok tempat lain. It's just about 10 minutes drive kot dari Cherating tu and it's at the border of Pahang/Ganu.
Oh sungguh le cantik pantai itu. Aku suka amat pantai yang tak berapa busy ni. Tenang.
Andai aku punya bakat
Pasti sudah terlakar di kanvas
Replika karya alam
Ciptaan Maha Esa
Di langit petang yang masih biru
Bulan mengambang hampir penuh
Di ufuk sana di hujung laut
Jaluran jingga mentari terlihat halus
Pasir pantai diukir hakisan ombak surut
Dihiasi si anak-anak ketam
Berlari-larian menuju ke lubang halus
Yang dikelilingi bintil-bintil pasir
Yang dilarik tapak larian mereka
Namun kerana aku tak punya bakat
Aku punya kamera untuk merakamkan semua
Tapi aku pasrah
Kamera aku tertinggal di ofis
Dasarrrrrrrrrr!!
Oh sungguh bosan tau, bila ada suasana yang cantik, tapi kamera takde. Hampeh. Nak buat camana, pasrah jelah.
Kitorang melepak kat Pantai Chendor tu. Dok tengok nelayan tepi pantai dok tarik pukat apantah. Ada lah satu dua kedai jual minuman, makanan, tapi idak le ada kedai jual kain baju, kan kot-kot sapa dok ingat nak shopping! Kekekeke..
From there, we headed north. Saje drive melihat suasana. Laki aku tu udah lama tak ke belah sana. So takat nak tengok-tengok gitu je. Sempat round bandar Kemaman seround. Impress laki aku tengok bandar tu macam besar je. Err.. idak le besar, tapi complete lah kan.
Malam tu, laki aku kata nak try makan western kat satu restoran yang kitorang penah nampak dulu kat Pantai Cherating. And of we went. Nama takmo kalah. Food dia Italian. Memang limited ah dia punya menu. Sekali, adehhhh.. Hampeh!
In the menu, ada 3 jenis pizza, 3 jenis pasta and chicken chop kot. Pastu ada sikit menu asian. Bila tanya kari apa yang diorang dok letak dalam menu asian tu, diorang jawab kata kari bukan yang biasa tu.. ehem.. kari tin gitu. Yang pasta lak, aku try carbonara. Sos krim carbonara tu, made of mushroom soup, occayyy! Pastu, diorang dadukan fish cake kot. Then taruh spagetti. And that's carbonara spaghetti?? The price was RM17 kot! Sabo je le. Laki aku makan chicken chop. Aku, order carbonara tu pastu makan beberapa suap je. Air lak, teh yang macam omputih minum tu. Teh kosong, boh sendiri fresh milk, boh sendiri sugar. Yang tu aku ok. Tapi boleh takde limau ke, hape ke. Yang ada cuma tea, coffee, orange juice, watermelon juice and pineapple juice. Perghh! We paid RM37 for food yang ntah apa-apa.
Aku nak je marah, tapi takkan nak marah laki aku, kan? Aku tau dia yang pilih, tapi aku gak yang soh dia pilih. So marah sendiri-sendiri, boleh?? Kosser. Ada customer tu, aku rasa pure Italian kot. Kalau aku, malu siot nak meniaga gitu kat orang Itali. Tapi diorang ni selamba je. Rasa macam nak soh Restaurant Makeover buat makeover je kat kedai tu! Hish! Tapi the fact that kedai tu masih ada since the last month aku tengok, maknanya ada le kan customers dia? Tak tau le dah bukak berapa lama, tapi strongly not recommended le kedai tu.
And sebab aku lapo, aku ajak laki aku patah balik ke Pantai Chendor. Aku nak makan sotong celup tepung kat situ. Dulu, time aku rajin kena ke Kerteh, aku suka makan sotong celup tepung kat Meraga Beris punya stop. Sotong besar. Sedap. Sekarang dah lama aku tak ke Kerteh, so tak dapat le rasa.
Mentara tunggu sotong siap, kitorang dihidangkan dengan karaoke, boleh? Tak ramai orang kat pantai tu malam-malam. Ada lah dalam 5 table je. Yang datang pun, orang-orang situ gak. Ramainya, lelaki. Tapi, ada gak yang bawak anak bini. Budak-budak leh dok lari-lari, main-main lagi kat pasir tu. Sungguh tenang. Karaoke lak, rock kapak, you! Not bad gak suara penyanyi tu.
After that, kitorang balik hotel je.
Esoknya, lepas aku gi keje, singgah kat kedai kopok yang banyak kat tepi-tepi jalan. Beli untuk diri sendiri, family and kiriman orang. In total, aku spend slightly more than RM100 kat kedai tu je.
After that, balik hotel, check out, and balik KL.
Oh now, aku tengah tak berapa nak ada suara. Tak tau mana dapat sakit tekak ni. Mula-mula sakit sikit, then semalam suara macam itik nila, hari ni pun sama gak. Hish! Payah nak berkata-kata.
Oklah. Till then. Bye!
Angah
5 comments:
BEST NYER ....
Angah!
Baca entry ko nih buatkan aku tersedar, dah laaaaaamaaaaaaaa aku tak melepak melihat keindahan dan ketenangan laut!. Urghhh, best siot dapat lepak tepi laut macam ko buat tu.
Hmm... kena plan gak gini nih!
Ngah!!
Terujaa aaa kat ittew kopok lekor uhukk!!
ko tulis besar besar nama restoran tuh supaya kita org takakan ikut jejak langkah ko lagi wakakakakak
ko..kalau tak komplen sekali..tak buleh ke?
dasar blogger.
Post a Comment