Oh, sambung cerita hari kedua lak..
Menjejaki Pasar Baru
Di pagi yang dingin, udah bangun. Bandung ni, awal sejam dari kita. Tapi benonya, kalau ikut putaran matahari, Bandung macam kita je benonya. So, kul 6.30 pagi dia, dah cerah macam 7.30 pagi kat sini. And kul 6.30 petang, dah macam 7.30 malam gitu. Weather wise, nice. Macam spring or autumn punya cuaca. Dalam 27C. Sejuk tapi idak le sejuk amats sampai perlu pakai jeket bagai. Ke sebab aku ada banyak lemak? Entah. And kering kat sana. So bawak-bawak le lip balm kalau sesapa senang dapat bibir pecah gitu. Aik? Melalut? Hish.
Morning, breakfast kat hotel je. Hotel ni memang hebat. Cuma 2 bintang je, tapi servis mantap. Contohnya, kalau nak iron baju, tak leh iron sendiri. Kasi diorang ironkan. Hantar dalam dua lai baju, dua lai tudung gitu, cuma Rp10,000 je (RM3.64). Tak ke murah tu? Breakfast dia ada nasi goreng, mi goreng, bubur, roti putih and pastry sejenis, coffee, tea. Oklah tu kan? Mana nak dapat kat Mesia gini. Pastu, hotel tu, ada 30 channel tv, boleh? Channel Astro dan channel tempatan. So, usah risau yak.. Tak miss de CSI, House segala, if you want to watch them. Apa lagi eh? Oh bilik air bersih. And rata-rata kat Bandung ni, toliet atau dipanggil kamar kecil, memang bersih gila. Aku respek ah diorang ni. Tempat cekai pun, toilet bersih gila. Apatah lagi tempat kelas kan. Tak macam kat KLCC kita tu.. tu pun hancing gak at times. Pastu ada kesan orang squat kat jamban, kan? Kat sana, bersih. Aku impress. Melalut lagi? Hish.
Ok, lepas breakfast, aku tak ingat kul berapa kitorang gerak ke Pasar Baru. Naik apa ye ke sana? Angkutan kot. Hilang ingatan jap aku. Sampai Pasar Baru, kedai pun tak berapa nak bukak lagi, boleh?? Lum kul 9 pagi rasanya time kitorang sampai tu. Gilos. Mula-mula, janji nak jumpa semula kul 12 le. Aku suggest kul 1. Ada lak yang dok rasa lama nau tu. Aleh-aleh, tak cukup waktu! Hamik kau!
We walked separately. So idak le so berbondong, kan. Tapi aku, Arc, Yam, Limah dan Poii almost always together. Err.. Poii aku selalu tinggalkan. Hahahaha! Dia tu, kena tulis satu entry pasal dia dah shoppingnya tu. Tak padan dengan kebuyungan dia. Orang lain dah gi dunia lain, dia masih lagi dok kat satu kedai tu. Kot boleh, tuan punya kedai pun dia nak beli!
Aku, Arc and Yam dok layan tingkat 2 je or lantai 2, kata orang sana. Tu pun dah berjam-jam. Pasar tu, macam Pasar Siti Khadijah kot, tapi besar lagi. Aku rasa mungkin 4 or 5 times or even bigger in terms of the floor size as compare to Pasar Siti Khadijah. Siap ada escalator, lif bagai. Maklumlah, 7 tingkat kan. Ke 8 tingkat? Tak sure ah. Aku takat sempat jengok lantai 3 je. Tu pun dah time. Kata Limah, Poii ajak dia sampai gi lantai 7. Tu pun, Limah terpaksa menggunakan kuasa veto dia untuk ajak Poii turun. Kalau ikutkan, si Poii tu, sipar jepun pun dia nak beli. Katanya, takde kat Mesia sipar tu. Aku kata, kalau dia beli gak, aku nak soh dia ikat kat leher buat rantai itu sipar! Haiyo!
At about 1, aku, Arc and Yam berkejaran nak kuar dari situ. Dah janji kan? So harus tepati. Tapi, kitorang sesat kat dalam tu, tak jumpa jalan kuar. Kitorang turun guna lif. Ada tulis tingkat 1, then ada D1, D2. Harus tak tau apa tu D1 and D2. So kitorang gi le tingkat 1. Sekali, satu signboard kuar pun takde. Orang punya le ramai. Hari Ahad le katakan. Sesak! Nak nangis pun ada aku rasa. Nasib bertiga. Kalau sorang, harus panik gila aku. Tu kalau ada terbakar, harus aku mati rentung. Hish. Bahaya.
Oh lupa nak bagitau apa aku beli.. Aku borong, 6 pasang kain set baju kurung moden, Rp150,000 tiap pasang. Hamik. Berapa tu in RM? RM54.60 tiap sepasang yach! Ni kain yang jenis ada sulam and ada yang bunga timbul gitu. Then aku beli telekung untuk both mothers, and baju untuk ke masjid gitu untuk both fathers. Moga-moga, time diorang solat tu, diorang ingat le kat anak diorang ni kan. Amin. Telekung tu, I tell you, rugi kalau tak beli. Sepasang telekung yang aku beli tu, harganya Rp150,000. Bunga sulam-sulam lagi. Kat sini, harus ratus ringgit tu. Nanti aku amik gambo le ye. Cantik! Di mata aku le. Di mata orang lain, tatau le kan. Tapinya, Arc pun borong 4 telekung tu. So, harus le cantik gilos! Ahak! Tu je le benonya aku beli kat Pasar Baru pada hari itu. Fulus abih dah. Sengkek.
Aku kuar, aku nampak masing-masing dah bermuhasabah diri kat tepi tangga. Merenung nasib, duit dah habis and money changer tak bukak di hari Ahad! Sabo je le. Ada gak tempat kat Pasar Baru tu accept Ringgit. Ada gak accept credit card. So pandai-pandai le tanya, ye.
Masa kat tangga tu, mentara tunggu Anne and Makcik yang tak sedar diri di dalam tu, aku tengok Poii juara. Orang lain beli beg ala-ala plastik kain kat tangga Pasar Baru tu, saiz sederhana je. Poii punya, ala-ala saiz orang nak meniaga kat Pasar Malam, boleh?? Oh man I am not exaggerating! Kena dua orang bawak beg tu, boleh? Takat jinjing, memang tak larat nak angkat. Kena sorang sangkut kat sebelah bahu, sorang lagi sangkut kat sebelah bahu. Hadoilah mak haiii!! Oppsss.. aku tak terlibat dalam sesi mengangkat yach! Aku punya pun udah hampir labuh tangan membawanya! Hahahaha! Puaslah ditarbiah si Poii ni supaya ingat takut excess luggage. Tapi Poii sungguh tenang. Amat yakin dengan kemampuan Air Asia itu. Hik!
From there, we went back to the hotel. Tatau bikin apa ntah. Oh, letak barang, lah kan. Kasi lega sikit lutut tu. Pastu, dok usah sapa-sapa ada duit lebih yang nak didulukan, kasi pinjam! Hahahaha! Aku, haruslah si peminjam. Nasib le yang tukang pinjam tu bukan AhLong, kan.

Olahraga ke Heritage
Then, sambung lagi perjalanan. Kali ni, plannya nak ukur Jalan Dago, nak banci FO kat situ, and nak ke Heritage. Yelah, kan kata orang kat kedai semalam tu, bisa olahraga! So harus le nak olahraga, kan. Plus, masa balik dari mana ntah, kitorang nampak Heritage tu kat tepi jalan. Masing-masing confident yang Heritage tu terletak di Jalan Dago. Confident, I tell you. No one doubted it. No one said that there's a turn. Including me. Little did we know that jalan tu nampak serupa je lah kan. Sewel.
So, kali ni, aku, Arc, Yam berjalan. Ingatkan Poii dah givap tanak jalan lagi dah. Tapi tak. Semangat dia utuh. Okey. So Limah yang dah berjanji setia dari awal nak tolong Poii angkat barang, ikut le Poii. First place, we stopped at Victoria. Nama je Victoria. Idak le jual VS punya barang. Usah tertipu yach. Barangnya ok bagi aku. Aku rembat selai blouse untuk aku, dua lai blouse untuk dua sisters aku. Blouse tu, kat Pasar Baru dalam Rp100,000 (RM36.40) selai tapi kat situ Rp119,000 (Rm43.316) selai. Oklah tu sebab kat Pasar Baru takde tempat nak try baju tu. So tak confident je aku nak beli sebab badan ni solid, kan! Baju adik-adik aku Rp89,000 selai. Sila convert sendiri yach kalau mau. Kasi train sikit minda itu! Hahahahaa..
Then, gerak ke outlet apantah lagi namanya. Tujuan tetap satu - nak ke Heritage. Lepas satu, satu FO yang kitorang lalui, tapi still tak sampai ke Heritage gak. Still confident yang Heritage is located satu jalan dengan hotel tu. Tapi at that time, cuma tinggal aku, Arc and Yam je. Aku yakin dan pasti Poii dan Limah dah stop ikut kitorang. Sebabnya, masa tu dah masuk acara olahraga dah. Betul le kata orang kat kedai makan semalam tu.. bisa olahraga nak ke sana. Ala-ala acara 5km jalan kaki gitu, kalau ikut tarif Olimpik kot!! Kekekekeke!! Jauh gila kitorang jalan. Dah tu, tak jumpa lak tu mana Heritage tu! Hampeh.
Kitorang masuk satu kedai ni, tanya mana Heritage. Kata orang tu, ada dua lagi traffic light, then amik kiri. Gila. Kena naik angkutan lah kan nampaknya. Kaki aku memang dah longgar gila. Waktu dah gelap lak tu. Dah kul 8 malam kot time tu. And, kitorang tak lunch pun yach! Hahahaha..! Gila punya semangat le nak shopping.
Maka naik lak angkutan. Tanya supir tu dulu, tau tak Heritage. Dia kata, tau. Kitorang pun naik. Aleh-aleh, dah lepas dua traffic light, tak nampak pun bayang Heritage. Tanya semula supir tu, dia kata, ingatkan kitorang nak ke 'Epet-epet' ke hape ke! Kekekekeke! Hampehhhhh!! Aduyaiii! Aku mati-mati le harap dah dapat sampai Heritage, kan.
Disebabkan cuak, kitorang soh je supir tu stopkan kitorang. Bayar le Rp1,000 sorang. Olahraga bersambung semula. Hahahaha! Menapak semula ke belakang, dengan harapan nampak le Heritage. Kot-kot le miss kan. Hampeh. Penat toksah cakap le kan. Dah givap, kitorang stop makan kat KFC kat tepi jalan tu. Tuhan je tau rasa kaki masing-masing. Kot time tu ada tukang urut bergerak, harus masing-masing urut dan-dan tu gak.
Dengan keadaan yang lapar dan penat gila, kitorang mengimaginekan KFC macam kat Mesia. Ayam, siap ada mashed potato dan coleslaw dan bun. Rupanya, silap. Yang diorang ada, ayam, bergedil. And a few other items, boleh? Yam amik dua ketul ayam dengan nasi kepal (iaitu nasi yang dah dikepal dibungkus dalam kertas macam bungkus burger tu), aku dengan Arc lak amik apantah ayamnya macam kebab gitu, tapi ada nasi and sayur. Lapar le katakan. Tambah lagi dua ketul ayam. Ehem.. lapar. Tak lunch, kan.
After that baru ada tenaga sikit. Tapi apakan daya, kaki dah tak larat sungguh. Makanya, kitorang decided to stop and shop kat satu FO ni. DSE kot nama dia. Aku tak berapa pasti. Kat dalam tu, kepenatan kan, aku banyak duduk dari tengok barang. The good thing about FO kat sana tu, suma ada banyak benches or chairs for you to sit bila penat. Tapi, dalam pada duduk tu, still ada hati nak tengok barang, boleh?? Aku sempat wish so that barang tu leh sampai ke aku! Pastu, rak tu leh ada roda so that aku leh tarik je rak tu kat aku untuk melihat barang! Sabo je le. In the end, Yam kena jadik rak bergerak aku! Kekekekeke.. Bukan le all the time, kan Yam? Bila agak-agak aku dah tak larat langsung and Yam ada kat situ je. Aku baik benonya. Hik!
From DSE, kitorang balik ke bilik naik angkutan. Kaki punya rasa, toksah cakap le kan. Denyut, siot!!
Ibuk, capek, urut
Aku balik bilik, lepak sat, pastu terlelap. Then, ntah kul berapa ntah, ada call ke bilik tu. Aku jawab. Lelaki. Aku tak ingat apa orang tu cakap in full. Yang pasti, aku dengar dia kata, "ibuk-ibuk... capek-capek.. urut..". Lain details, tak penting. Aku dalam pisat tu, jawab tanak. Pastu tak terpikir sangat apa pun. The next day, bila aku tanya diorang dari bilik lain, takde lak orang tu call, boleh?? Aku dok le ingat orang yang call tu, dari reception. Tahu kitorang penat, tu pasal call tanya pasal urut. And aku assume suma dapat call tu. Rupanya tak. Huh? Abih, sapa tu? Dia siap soh bagitau kalau nak, so tu yang aku assume orang hotel tu. Sabo je le.
Ok dah. Abih hari kedua. Aduyaii.. penat ni nak tulis lagi..
Angah Ratna Sari
4 comments:
oh aku betul2 tak kesedaran time sudah up. hehe lenkali aku kena shopping sensorang...ekekee.
sori yer kengkawan..
ya hampunnn...
actually kitroang cuba gak nak call.tapi tak leh call out huhu..aku punya phone macam phone limah jadiknyer. huhu... hampun ya!
makcik.
angah!!
cantiknyaaaaaaaaaaaaa kain2 tu! Ha, ini baru aku nampak kebestan Bandung tuh, sebab baru aku nampak barang2 cantik. Takat blouse, errr not my interest la kan kekekeke.
Cantik ngah kain2 dia seh!
angah...
ooo.. sempat ko snap pic aku yg tengah frust nonggeng dek money changer tutup yea... aduii.. frust sungguh..
apapun.. aku suka sama jeanss kamun tuh.. cantik gilee... sama kain & telekung.. waduhh.. gila bayang aku dibuatnyaa.. :)
norae
Post a Comment