Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 21 August 2008

Gelek si isteri

Di atas sofa putih di ruang tamu rumah, sepasang suami isteri sedang bersantai. Si isteri sedang membaca suratkhabar dan si suami sedang menonton tv.

"Diorang ni, nak kensel konsert Avril Lavigne lak kan. Kot tanak kasi, dari awal-awal lagi, toksah le kasi buat. Senang. Setel", kata si isteri.

"Yelah. Kang kot kasi buat kang, tak aci lah. Hari tu Inul punya konsert kena kensel. Tak fair le Avril lepas tapi Inul tak lepas", hujah si suami.

"Tapi, Avril takde gelek le babe. Lain le Inul", tambah si isteri.

"Eh tapi betullah.. gelek Inul tu menaikkan nafsu", si suami memberikan info tambahan.

Si isteri terus meletakkan suratkhabar.

"Ye ke babe?", soal si isteri.

"Iyelah", jawab suami cool tanpa mengetahui arah tuju soalan si isteri.

"Menaikkan nafsu you gak?", soal si isteri lagi.

"Iyelah", si suami menjawab masih cool.

"Kalau I gelek, kan babe, agaknya menaikkan nafsu tak?", soal si isteri lagi.

"Errr... kena kasi I fikir dulu boleh tak?", si suami menjawab serba salah kerana tahu dia telah terperangkap sambil terus menukar topik kepada kisah Olimpik Beijing.

Kekekekekeke...

Checkmate.

Angah

6 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

wakahkahkah...adehh sakit perot!!

Anonymous said...

Ngah..ko ingat entri ko pasal LRT?Aku rasa pak lah ada bacalah..tu yg dia pi naik LRT...hehehhe..

Tak mo tulis nama
(kalau ngah gelek...wan lurut misai!!)

Notmyblogg said...

Kalau wife aku yang gelek, aku sedih beb sebab aku akan terpikir buang tabiat nak mampus ke gamaknya dia ni..

wakakaka

Elf said...

*imejin angah gelek.

Anonymous said...

lelaki choose their bini bukan sebab pandai gelek... tapi sebab intelligent, can have a stimulating conversation, witty..willing to go through the pain of giving birth to give them a heir...willing to brave breast gorging so their heir/ess could have the best milk in the world...etc etc to name a few lahhh...

kannn????????

makcik. in support of wifey who can't gelek.

Anonymous said...

Ngah,
Selamat berpuasa, ko jangan gelek lebih2 bulan posa ni...gugur misai si Wan...hilang imej rhoma irama,hehehe..
Untuk semua Wokz dan anak2 reban, selamat berpuasa ya..teringat majlis buka posa rumah arc dulu hehhee,kain pelikat lalalala...
(ngah dah 2X aku tulis komen ni..gigih tak?!...)
Tak mo tulis nama...