"Ali", said the old fat man to the groom in red, while shaking the groom's hand.
"Saya", answered the groom.
"Aku nikahkan engkau Ali bin Baba dengan Fatimah binti Bakar dengan berwakil walikan ke atas ku dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai", continued the old man.
"Aku terima nikahnya Fatimah binti Bakar dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai", answered the groom.
"Saksi? Sah?", asked the fat man to the other two men sitting nearby.
"Sah", said the first.
"Sah", said the second.
With that, di malam yang gelap tidak berbintang, di satu kampung dalam sebuah daerah di Negeri Sembilan, satu masjid pasti telah terbina.. dan di satu daerah lain, satu hati mungkin telah terluka..
Hari Rabu lepas, sorang makcik ni call aku. Makcik ni baru bercerai penghujung bulan Mei hari tu. Aku kesian kat dia, tapi aku tau dia ni seorang yang tabah. Dah lama ditinggalkan gantung tak bertali dek suami dia, sebab suami dia ada pompuan lain and finally bulan Mei hari tu dia diceraikan secara rasmi. Legalah jugak bila dah cerai secara rasmi tu. Kata dia, sebagai sorang ibu tunggal, she'll be entitled to a lot of benefits. Baguslah tu, demi anak-anak dia yang empat orang. Anak yang pertama dah masuk 20 tahun and anak bongsu baru masuk sekolah menengah tahun ni.
Bila dia call aku hari tu, I was on my way to work, dengan An. Dia tanya aku, whether aku free tak Thursday malam. As usual, aku akan tanya dulu apa halnya before aku akan kata whether aku free ke idak. Selalunya, dia nak mintak aku teman dia go somewhere je. "Sebenarnya, Acik nak kawen", kata dia. Huh? Badak terkejut aku. Tapi, sebab aku amat ayu lagi macho, so aku tidak le menggambarkan keterkejutan aku dalam nada suara aku. Aku tanya dia nak kawen kat mana and some details, pastu aku kata kat dia yang aku kena diskas dengan An dulu before aku boleh bagi keputusan. "Ni rahsia tau Ngah. Rahsia. Jangan bagitau sesapa". Sungguh-sungguh dia soh aku simpan rahsia. "Ha", kata aku. "Tapi kena bagitau An gak", tambah aku. Yelah kan. Camana le aku nak ke tempat tu kalau An tak tau kan. And, aku idak le mau membelakangkan suami aku yang terchenta tu kan. "Ha, takpe kasi tau An. Tapi Acik harap sangat Angah jangan kasi tau sesapa". Aku mengiyakan je.
An yang dok tepi aku dalam kete was expecting some info le kan. Dah tu, bunyi aku cakap pun macam pelik je kan. Aku lak, macam kena digest dulu apa yang aku dengar before aku leh luahkan semula kat An. In short, aku bagitau le An what was transpired. Lagipun, since An dok ada kat tepi aku throughout the conversation, idak le susah aku nak explain kat An. After that, An sama tersenyap dengan aku before we could say something. An expressed his concern pasal hukum segala, which was exactly what I was worried about. Bukan ke dia tu masih dalam iddah? Apa hal dengan wali? Aku tau dia dah takde bapak, tapi dia masih ada brothers. Bukan ke diorang tu kena ada untuk mewalikan nikah dia? Boleh eh nikah tak yah wali gitu? Moskel. An soh aku tanya betul-betul benda ni. Aku pun tau yang aku perlu tanya betul-betul.
Aku call makcik ni semula. "Acik bukan dalam iddah lagi ke?". "Acik dah 3 kali suci dah Ngah. Hari tu, the day lepas cerai tu, Acik dapat period. Then lepas dah abih, awal bulan 6 Acik period lagi. Then yang ketiga baru abih last week. So cukuplah 3 kali suci", explain Acik. Oohhh... Ha. Ye le tu kan. Ikut pemahaman aku, betul le tu. "Dia ni laki orang eh Acik?". "Aah", jawab Acik. "Dia askar eh?", tanya aku macam polis pencen yang cekap. "Aah". Ok. That explained nape dia kata kalau nak ikut proper procedure banyak hassle dia. "Tempat sapa yang kita nak pegi ni?", tanya aku sebab Acik tu pun tak tau exactly kat mana tempat yang dia nak aku temankan. Dia cuma tau daerah mana, tapi tak tau the exact place. "Acik pun tak tau tempat dia. Rasanya rumah orang yang uruskan ni lah". Adeh. Dah macam mission impossible lak aku rasa. "Family Acik tau dak pasal ni? Your brothers tau dak?". "Tau. In fact, my mom dah jumpa dia dah. My sisters and brothers dah tau dah pasal diorang ni. Cuma diorang tak leh datang je. Tolonglah Ngah. I don't have anyone else from my side to accompany me". Adeh. Kalah aku dengan rayuan tu. "Anak-anak Acik tau tak pasal ni?". "Budak-budak tu tak tau, tapi ustaz tu kata, yang penting Acik ni. Budak-budak tu, later boleh kasi tau". Right. "Acik ni betul-betul ke ni?", aku tak tau apa punya soalan, tapi aku tanya gak. "Eh Angah ni.. betul-betul le", jawab Acik gelak. Adeh.
Aku tak tau apa lagi nak tanya. Lepas conversation tu, aku dengan An pun tak terkomen apa-apa lagi. Aku tak janji lagi yang aku akan temankan dia, tapi aku kata esok aku akan kasi tau.
The next day, which was semalam, dia call lagi nak confirmkan whether aku leh temankan dia. Aku dengan An dah basically agreed nak temankan dia, tapi aku still nak leave some rooms untuk mengelakkan diri, just in case I need to. So I told her that it will all depend on kul berapa aku balik keje nanti. An tanya aku apa dia should pakai untuk ke 'majlis' tu. Aku soh dia pakai t-shirt je pun cukup. Aku, harus le dengan baju kurung keje je nanti.
Petang, aku gerak dari ofis awal sikit sebab takut stuck dalam jem yang maha hebat macam the day before sebab hujan lebat melanda KL. An sampai ofis aku dalam kul 5, and we left for the place. Before that, kitorang singgah bandar Seremban dulu melepaskan dendam kat A&W kat situ. Rasa lawak pun ada. Saspen pun ada. Dua-dua mengimaginekan kot-kot kena serbu ke.. maka mampos le kitorang berdua. Memang mampos kena cincang lumat dengan Abah aku tu. Aku lak mengimaginekan perasaan isteri si suami itu. Isteri yang tak tau pasal laki dia nak menikah malam tu. Luluh tak hati dia kalau dapat tau? Hancur tak hati dia? Rasa tertipu tak dia? Would she rather know the truth and hurt, or be lied about? Sedih aku. Aku wonder gak, whether makcik ni dah mensulami hati isteri orang tu ke tak? Dia sendiri pernah rasa camana kena tipu dengan laki dia bila ex-laki dia main pompuan lain, kawen lain. Of all the people, shouldn't she know better? Entah le. Tu suma mungkin aku akan tanya dia later. Tapi mungkin jugak will remain unanswered forever. Hanya mereka dan Allah yang tau hakikat rasa yang sebenar.
Janji nak jumpa dalam kul 8 malam kat a meeting place. Aku dengan An pegi solat Maghrib dulu, then baru ke tempat meeting tu. We arrived at about the same time dengan Acik, bakal laki dia tu, Joe (bukan JoePerantau tapi since nama dia Joe, aku tak nak tukar nama tu kepada nama palsu! Ahak!) kawan Acik yang aku dah penah jumpa, who is also the 'culprit' yang ada contact dengan sindiket ni suma, and Joe's wife. Diorang tu suma naik satu kete. Kat situ, we waited for another person to pick us up to lead to the place. Aku nampak, si bakal laki tu berbaju Melayu lengkap bersampin bagai. Acik, berbaju kurung yang bermanik gitu. Joe berbaju Melayu tapi dengan jeans je and wife dia pakai baju kurung biasa.
Aku dengan An membayangkan scene dari movie Madu Tiga. Kesian. Gamaknya masa dia nak kuar rumah dia tu, bawak baju Melayu, tak syak ke bini dia eh? Ke dia kata outstation? Ke sebab malam tu malam Jumaat, so dia kata kat bini dia ada function agama? Pastu leh mintak butang baju Melayu le kot kat bini dia tu? Adeh.
Tak lama pastu, datang satu kete ni. Bakal laki Acik tu kuar from kete Joe, masuk ke kete yang satu lagi tu. Aku nampak macam ada exchange of apa kejadah kat dalam kete tu. Saspen siot. An kata, kot ye pun nak buat payment ke apa ke, jangan le buat kat tepi jalan tu. Kang tak pasal-pasal kena tangkap sebab macam tengah jual beli dadah. Betul tu komen An. Dah macam drug pusher lak masing-masing, cuma salah seorang tu berpakaian baju Melayu lengkap bersampin bagai, boleh? Gamaknya dah settle, si bakal laki ni masuk semula ke kete Joe. And kitorang gerak. Kitorang yang belakang sekali. Aku dengan An memang ready je untuk melarikan diri kalau terpaksa! Hahahahaha! An kata, dia tak penah selama hidup buat benda-benda pelik camtu. Well, macam aku penah le kan! Hahahahaha!! Kecut perut kitorang tau!
Jalan menuju ke tempat tu kecik je. Jalan kampung. Makin lama jalan, makin kecik jalan tu. Mula-mula boleh muat dua kete, pastu dah tak leh dah selisih dengan apa-apa kenderaan. Mula-mula jalan tar, pastu cuma jalan tanah merah sampai le ke jalan tanah merah yang dah terhakis. Adeh amat tau! Ni kalu, nak lari pun tak leh laju ni! Mampos! Lain le kalau bawak 4WD. Takat kete kitorang tu, semput! Finally, kat ulu kampung, kitorang sampai ke sebuah rumah usang. Usang rumah tu dek non!!! Dah le malam gelap pekat! Rumah tu kalau dari luar, macam rumah dah ditinggalkan tuan je, macam rumah dah berhantu! Sungguh! Aku tak exaggerate. Ada le lampu kat dalam rumah tu, kelihatan di celah-celah rompong dinding kayu. Boleh? Cuma takde lalang je kat keliling rumah tu. Kalau ada lalang, sahih le rumah hantu! Aku pesan kat An, parking reverse supaya kalau nak lari senang, and make sure kete kita yang paling luar sekali park, tak leh ada kete lain park menghalang laluan kitorang! Tuuu diaaaa!! Hahahaha!! Sesia le banyak nonton tv and imaginasi tinggi kalau tak praktikkan time-time camni, kan?
Kat pangkin rumah tu, ada 3 lelaki aku rasa dok bersembang. Masing-masing cuma bertshirt and jeans je or track bottom. Macam kekawan tengah bersembang gitu je le. Sambil hisap rokok gitu. Lepas park kete, before pegi ke rumah tu, An siap-siap bawak torch light dia, boleh?? Hahahahaha!! Sayang aku kat laki aku tu! Beringat tu. Torch light dia kecik je, tapi still ada le kan. Kalau ikut aku, nak je aku bawak torch light aku yang bagak tu. Terang sikit le kan! Hahahaha!!
Anyway, pastu kitorang masuk umah. Dalam umah tu, ada le kot a few pompuan and a few lelaki. I guess tuan rumah kot. Ada nenek yang dah baya-baya nenek kebayan gitu. I guess tuan rumah kot. Entah le. Ni punya nikah, tak perlu tau banyak-banyak. Aku dok dengan Acik and wife Joe yang dah mabuk-mabuk naik kete. Yang lelaki dok lepak together. Kitorang suma dok kat serambi je, tapi jenis serambi yang bertutup tu. Tunggu si tukang nikah.
Tak lama lepas tu, si tukang nikah ni sampai. Orang tua gumuk boroi pendek pakai kopiah baju Melayu and pants. Datang dengan sorang budak dalam belasan tahun kot. Exchange words, exchange info, exchange documents. Time tu le baru nak isi borang, nak tanya details nama pengantin, and segala macam details.
Time tu, aku tanya le Acik a few things. I found out that it cost them RM5K for the majlis. Aku tanya lagi pasal wali. Acik kata, diorang kata tak yah bawak wali, diorang akan uruskan suma. Huh? Then Acik kata lagi, as a janda, tak yah ada wali pun takpe. Ye ke? Aku tanya lagi, dia kata takpe. Ok. Since aku bukan bijak pandai agama, aku tak cakap banyak lagi le kan. Ada 'ustaz' yang dah kata suma ok je untuk nikah tu. Acik kata dia berdebar. Dia tak tau aku pun berdebar sama. At the same time, aku dok fikir pasal bini orang tu. Kesian, tak tau yang dia akan dimadukan in a few minutes. And, takut kena serbu. Takut je kalau-kalau tetiba ada orang suluh dari bawah, orang dah standby kat bawah awal-awal lagi. Nak harap orang tetiba datang dengan kete, memang tak le sebab tempat tu sunyi sepi, so harus leh dengar kalau ada kete datang. Sempat nyorok le dulu kan.
Then masa nak mula nikah tu, kitorang pompuan bertiga approach le ke tempat lelaki tu suma. Acik dok tepi bakal laki tu. Si tukang nikah tu bagi khutbah nikah bagai. And soh Acik repeat after him. Astaghfar and mengucap bagai. Then, cakap yang Acik mewakilkan dia jadik wali sebab bapak Acik dah meninggal. Hhhhmm... ye le kan bapak Acik dah meninggal. Tapi dia still ada adik beradik lelaki. What about them? Distance counts le kot? Wali jauh kot? Wali dah kasi permission untuk guna wali hakim kot? Or memang janda tak yah wali? Entah.
Then the nikah.
Aku sedih. Tak leh nak gembira pun on behalf of Acik. Aku terimaginekan rasa bini orang tu. Sebelum nikah tu, aku baru tau yang lelaki tu muda 6 tahun dari Acik. If that's the case, there's a high possibility yang first bini orang tu jauh lebih muda dari Acik. Entah le.
Sudah nikah, makan-makan. Kitorang yang pompuan idak le makan dengan gembira ria. Masing-masing layan perasaan kot.
Lepas makan, aku nak angkat bontot dah. Tapi lepak jap sebab aku tengok An masih hisap rokok together with the men. Then the men sembang-sembang. An tak join the conversation. The conversation basically revolved around hukum kawen lebih ni, pasal permission bini segala, pasal undang-undang Mesia pasal poligami. Ok, time tu aku bosan. Sebab, orang yang bercakap pasal hukum tu, amatlah tak semenggah. Rupa macam sex maniac. Sorry to say le kan, tapi aku geli. Pastu sembang gelak-gelak. Aku kasi signal kat An, aku angkat bontot. Rupanya, time aku angkat bontot, suma lain ikut. Sabo je le.
Tak tunggu pun yang lain, we headed to the car and left. Before that aku memang dah paksa otak aku yang tak suka ingat direction ni, untuk ingat direction keluar, dalam kelam malam. So, tanpa bersusah payah we found our way. Lega gila when we hit the main road. Rasa selamat gila. Lawak pun ada. Kitorang dok imagine kot-kot le esok masuk paper ke kan. Selama ni suka baca paper yang suka reveal benda-benda camni. Aleh-aleh, we have our own real life experience! Sabo je le.
Dalam kereta, aku dengan An buat analisa kitorang. An bagitau, most of them kat situ ada pasang dua. Aku tanya An mana tau. Dia kata, diorang kasi tau. Pastu siap cakap kat An kalau ada sesapa nak menikah, sound je kat diorang. Babik sangat.
Aku kata kat An, aku tak suka orang cakap hukum ni, bila dia main cedok apa nak, buang apa tak nak. Bagi aku, yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. Aku takkan menidakkan hukum Allah pasal poligami. TAPI, guideline Islam tu jelas. To begin with, Islam melarang pencampuran lelaki pompuan yang bukan muhrim. So, kalau dah ada bini, pastu menggatal dengan pompuan lain and vice versa, pastu fall in love, nak kawen.. pastu kata dah jodoh, pastu kata ikut sunnah, kata hukum membolehkan, kata bini tak perlu bagi permission. Tak ke bullshit tu suma? What happen to hukum masa menggatal? Nak kawen, kawen jelah. Toksah le nak quote hukum segala. Geli segala urat saraf aku mendengarnya. Pulak tu, yang bercakap rupa macam sex maniac. Tak ke geli aku berdouble-double? Urgh!
Aku kata kat An, whatever he wants to do, let me know. Jangan sesekali tipu aku. Hancur hati ni kalau tau kena tipu. Terus terang dengan aku. Penerimaan aku macamana nanti, biar aku fikirkan should the time comes. I'd rather know the truth and be hurt than being lied about. Yang aku tau, aku akan redha dengan ketentuan Allah. When I know the truth, it'll be easier for me to deal with the situation. Tang kena tipu tu yang tak tahan benonya.
An kata, dia tak suka benda-benda complicated camni. Baik le dia pegi beli ganja hisap ganja lagi best dari buat benda ni suma. Sabo je le laki aku tu. Aku kata kat dia, as if tak complicated nak carik ganja, nak beli ganja. Baik le duit tu bagi aku buat belanja. Lagi tak complicated.
Whatever it is, aku cuma ingatkan je An. Sekarang time tengah sayang, memang le ni suma complicated. Tapi esok lusa tak leh cakap lagi. An kata, dia sayang aku.
Moga Allah kekalkan rasa sayang tu selama-lamanya. Amin.
Angah
3 comments:
Sis,
Aku tak suka tau, kalau kena involve bende2 gitu.. selagi boleh aku elak.. and then, i really hate orang yang selective bila masuk bab2 agama ni.. boleh sket lebih kurang bab agama, and then buat statement2 bangang.. bencinya...
menggerunkan :-(
Rasa kasih sayang itu akan kekal selamanya.
Ia akan bertambah, seeloknya hendaklah dijaga dan dibaja selalu.
Aminnnnnn.
Gerun ada, geli pun ada.
Post a Comment