Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 9 July 2007

Thank God It's Weekend!!

Masa IV datang hari tu, masa budak-budak ni bergoleks sempena birthday Budak gak, aku tak dapat join. So aku buat le separate plan dengan IV untuk jumpa dia before dia balik ke Jitra. And that was set to take place petang Jumaat.. tak kira le lepas keje ke, time keje ke..

Pastu, before that, aku dah berplan dengan Puteri nak mula main badminton. Kekdahnya, aku dah janji nak book court untuk main Jumaat malam tu at about 9 pm..

Aku tak ingat whether aku dah kasi tau An ke belum pasal nak jumpa IV, tapi aku rasa aku dah kasi tau. Pagi Jumaat tu, aku sort of remind dia je le on the way to work. Aku baruuuuu je abih cakap, dia pun sambung bagitau pasal kenduri cousin dia nak tunang. Adehhhh..!! Aku dah lama tau pasal cousin dia nak tunang on 7/7, tapi idak le aku register kat otak aku pasal date tu. Yelah kan, cousin dia.. kot adik dia ke, harus le aku ingat. Ni, cousin dia, and dia dah lama kasi tau tapi aku rasa dia pun lupa gak dengan tarikh tu, until that morning. An kata, Mama bagitau the night before.. ada dua choice.. either pegi malam tu ke kenduri, or pegi the next day ikut rombongan bertunang tu. An choose the first one.. tak kuasa dia nak pegi ikut orang bertunang tu. Lain le kalau kawen ke kan.

Apa-apa pun, aku terus jem..

Camana ni..

Nak kata tak nak pegi, tak best sebab dia so far tak kecewakan aku lagi pasal pegi event family aku. Tapinya, family aku pun apalah sangat eventnya. Family kecik. Takat balik adik beradik je, berlonggok in the same weekend. Tu je le. Yang lain, tak important bagi aku. Tapi still, aku rasa tak best.

And, aku nak sangat jumpa IV. Kalau dah jumpa IV, IV lak plannya balik malam tu, takut tak sempat nak ke kenduri tu which will take place after Maghrib.

And, eerrrr.. badminton dengan Puteri?? Adehhhh!! Minah tu dah bawak baju bagai ke ofis, dah semangat nak berbadminton.

Jem aku.

Dilema, siot!

Fikir punya fikir, aku decided untuk pegi jugak le ke kenduri tu. Kena bajet time dengan IV gamaknya. Then badminton tu.. kena postpone sebab court pun tak dapat lagi. Ya ampun Puteri!!

Dalam pada aku berbajet masa tu, the wanitas kat tag tu kalut lak nak bermesyuarat petang lepas keje! Adehhhhhhhhh!! Sabo je le! Bikin rosak otak aku tau!! Tu, kalau dah bermesyuarat, harus le tak abih kul 8 tu!! Camana nak ke kenduri tu?? Hancus!

At about 3, IV sms bagitau yang dia terpaksa balik ke Jitra much earlier than expected. Huh? Fenat aku memikir cara nak jumpa dia, aleh-aleh tak dapat jumpa?? Chet! Dia balik tumpang kete ofis, so kena le ikut time orang. Terpaksa le aku redho je! Ahak! Well.. kekadang tu, masalah ni akan selesai dengan sendirinya tanpa kita perlu fikir banyak-banyak..

So yang tinggal cuma kenduri, and agenda baru.. mesyuarat kaum wanitas tag. Tu penting gak tu. Kira, kalau Sempoii soh aku rankkan, tu priority atas tu benonya.. syhhhhh!! Kekekekeke..

Apa-apa pun, komitmen pada suami tetap aku fikirkan. Tu yang tak keruan aku jadinya. Fikir punya fikir, aku decided to tanya An kalau-kalau aku leh kirim je le kat dia sebijik kek dari kedai resepi rahsia untuk pengganti diri. Dia kata, ok je, tapi kalau tak dapat pegi and tak bagi kek pun takpe. Simpan duit tu, untuk later aku belikan dia satu kasut boot idaman dia! Kekekekeke! Boleh? Ok gak tu le kan.. Sebijik kek tu dah dalam RM65 tu. Since dia tak kisah, makanya settle le hal kenduri itu. Dia pun plannya nak dok kejap je kat situ, pastu malam nak merambu dengan geng-geng dia. Auwww.. bagus gitu! Timing kena, finally!! Settle suma yang tak keruan!

Makanya at about 6pm, aku dah tercangak kat KL Sentral sesorang. Tunggu Limah, Puteri dengan Yam yang baru kuar dari parking kat situ. Aku book meja, macam geng jahat conquer meja beberapa bijik and tunggu yang lain. Soon after, tiga orang tu muncul. Terpaksa aku buat lambaian ratu nak panggil diorang tu. Tak lengah tunggu, terus order food! Pastu, aku dah tak ingat turutan sapa sampai after that.. yang pasti, yang ada malam tu, besides kitorang berempat adalah Delinn, Sempoii, Royce, cL dan Arc. Dalam masa sekejapan diskas kat tag pasal nak bermesyuarat, dapat 9 ahli korum. Not bad, huh! Untuk hasil perbincangan, kena refer blog Sempoii dengan Delinn le eh.. Aku tak larat nak komen di sini. Fenat tu. Sampai orang dah nak tutup kedai le baru kitorang gerak.

Saturday, aku mengemas rumah seharian. Almost seharian. Buang habuk kat kipas-kipas siling, sapu lantai, vakum, mop.. kesat habuk kat furniture.. Pendek kata, macam surirumah betul le aku hari Sabtu tu. Sampai ke petang, terus terlepak. Rasa macam puasa. Mana taknya kan, keje tu suma pulun sehari. Nasib le rumah kecik je. Kalau rumah besau, harus dah ada maid. Ahak!

Malam sikit, pegi pasar malam, then dinner kat umah mentua aku. Lega aku sebab dah pegi umah mentua. Rasa macam satu beban dah turun dari batu jemala aku. Rasa satu tanggungjawab besar dah tertunai gitu. Yelah, tu tanggungjawab tu kan. Idak le payah nak ditunaikan, tapi asik le tertangguh-tangguh. Finally, it was done. Tu yang lega tu rasanya.

Sunday, turn laki aku lak kemas umah. Idak le kemas apa pun, cuma cuci toilet je. Aku lak, masa dia cuci toilet tu, aku berkebun.. Ahak! Jangan tidak-tidak tau! Aku pun ada pokok-pokok tau. Pokok yang takat ada daun je le. Idak le ada bunga. Malas aku layan bunga ni suma. Layan pokok banyak daun je, mudah.

Then, aku buat operasi membuang barang-barang lama tak guna. Kira no mercy punya exercise le. Kalau ada mercy, kang tak terbuang lak barang-barang tu kan. Laki aku belek-belek barang yang aku nak buang tu, and tanya aku whether aku betul-betul nak buang barang-barang tu. Adehhh.. jangan le mengcreate keraguan di benak fikiran aku, kan.. Ahak! Mana yang nak buang tu, buang terus gitu.

Petangnya, aku pegi rumah Alin. Saje je jalan-jalan. Ingatkan from umah Alin, nak terus ke umah Along, tapi diorang lak balik kampung umah mentua kat Kedah. So lepak je le umah Alin. Pastu, kitorang together with Alin and anak-anak dia ke Alamanda. Saje jalan-jalan tanpa arah tujuan. Since idup pun macam dalam deficit, idak le kitorang berbelanja... Boleh lak tu, kan? Takat berbelanja makan je. Tu pun, kat food court gitu.

From Alamanda, drop Alin, then balik umah. Malam, An kuar merambu dengan geng dia. Aku, layan tv, and tido..

Abislah sudah weekend aku..

Looking forward to another weekend ya all...!!

(Yes, I live for weekendssss!!)

Oh lupa lak.. pagi tadi, on the way to work, lagu yang kitorang komen ialah lagu Carefree Kini Baru Kau Sedar. Lirik tu sedih mendayu-dayu gitu. Google le sendiri kalau nak tau lirik. Malas aku nak paste kat sini. Tapi basically itu mamat sudah kena tinggal dengan itu minah sebab itu minah jumpa mamat lain, mamat tu menderita, pastu minah tu pulak kena tinggal dek mamat baru, dia lak menderita, pastu nak kembali pada mamat lama, then mamat lama tak nak sebab hati masih sayu. Sabo je le.

Aku cakap kat An, kalau aku, dah tinggalkan orang, pastu hina lak orang tu masa tinggalkan orang tu, harus le no matter what happen to aku in the future, idak le aku nak kembali ke mamat tu. Lawak siot! Harus le carik bala. Harus le menyerah diri namanya tu kan. Aku dengan An gelak-gelak. Pastu An siap buat gaya macam budak-budak ngejek kawan, boleh? Gaya yang.. depangkan tapak tangan, pastu letak ibu jari kat pipi, then gamit-gamit jari yang lain-lain tu le.. Leh imagine tak gaya tu? Kekekekeke.. And then ejek "bangang.. bangang..", boleh? And, tu tengah layan jem, occayy!!! Hampeh amat! Eh silap.. Ilmiah amat!

Angah

3 comments:

Anonymous said...

jual ikan

selfish..

Angah said...

ok..

(mampos aku tak paham..)

Anonymous said...

Bla..
Bla..Bla..
Bla..Bla..Bla..
Bla..Bla..Bla..Bla..
Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..
Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..

Aku nak komen aper pun tak tau... tinggalkan jejak jer nie... muakkkakaka