Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 12 July 2007

Kerana Opera Tag..

Dengan bangganya aku telah tido lama malam tadi. Kul 9 malam aku dah tido, boleh?? Chis sangat tau. Lepas balik keje, singgah rumah mentua aku kejap.. makan-makan sebab dia ada banyak food leftover yang tak tau nak sumbat kat perut sapa, then balik rumah. Aku dengan An layan tv jap tengok bola Uzbek lawan Iran. Of course le it was a better game than Mesia lawan China kan.. tu macam game budak-budak sekolah je.. ke even worse? Entah. Then aku gi mandi and solat Maghrib.

Masa nak solat tu, THANKS TO ANNE DAN IZA, aku telah mendengar bunyik orang atas rumah aku main guli, occayy!!! For the first time!!! Hampeh amats tau!!! Clear amats bunyik guli tu. Selama ni, aku takat dengar orang atas tu aleh-aleh furniture je. Takde le pulak bunyik macam guli. Tapi semalam, tetiba ada! Aku rasa, mungkin ada benda jatuh kot time dia aleh-aleh furniture, tapi macam siak leh dengar bunyik guli tu tau!

Abih solat, aku cepat-cepat ke depan join An tengok bola. Bunyi guli tu dah kat depan lak, boleh? Aku tanya An whether dia dengar ke tak bunyik tu. Dia dengar, tapi dia soh aku buat tak tau je le. Yelah, dah macam-macam bunyik kitorang dengar from the jiran upstairs tu. Biasa je bunyi-bunyian. Tapi since siang semalam dah asik cite hantu je, aku terbayang le macam-macam kan.. Banyak 'what ifs' le pulak kan! Gerammm je aku!! Rasa macam nak naik pentas tag tu, rampas mic, marah-marah kat budak-budak ni tau..! Kekekekeke.. Tuuu diaaaa!!

Dah tu, masa menonton tu, An dapat call from his friend ajak kuar jap. Masa dia nak kuar tu, baru kul 9 lebih, tapi aku malas nak layan tv, plus ketakutan gak, aku pun baring le kat sofa. An kata, dia kuar kejap je.. dia soh aku layan tv sementara tunggu dia balik. Tapi well.. the moment aku letak kepala kat sofa tu, aku lelap.

Aku terjaga later sebab aku bermimpi bangang. Mimpi aku kena baling dengan bangku kecik oleh dolphin, boleh?? Bangang amats tau! Mulanya, dalam mimpi tu, Abah aku bela dolphin ni dalam akuarium. Dolphin ni was about 1 kaki panjang je. It's exactly like aku punya soft toy. The one and only soft toy yang tinggal setelah aku derma or humbankan yang lain-lain. Yang ni, ada sentimental value, so dia masih duduk di atas katil aku. Tak, bukan pemberian boifren lama.. Pemberian boifren lama, suma dah gone. Yang ni pemberian seorang kawan rapat on aku punya birthday back in zaman aku kat Shah Alam dulu. Opppsss.. melalut lak..

Back to mimpi itu.. Akuarium ni idak le besau mana, mungkin dalam dua kaki panjang je. So, ala-ala tersepit le dolphin tu dalam akuarium tu. Pastu, for some reason, Abah tutup lak kiri, kanan and belakang of the aquarium dengan kadbod gitu so that dolphin tu tak leh tengok tempat-tempat ni. Entah nape le entah kan Abah buat camtu. Si dolphin ni, gamaknya bengang, cuba-cuba le tanduk-tanduk penutup akuarium tu dengan kepala dia. Bengang amat le kot. Aku jadik lagi kesian kat dia, tapi tak leh nak buat apa-apa.

Somehow, bila malam tiba, dolphin tu boleh pulak kuar dari akuarium tu and jalan-jalan, occayy!! Dah macam kartun Shark Tales punya gambo lak! Jalan guna ekor gitu kan. Logik je dalam mimpi tu. Tapinya, since dolphin tu dah hangat hati dok dalam akuarium tertutup tu, dia telah mengambil dua bangku plastik kecik yang orang guna dalam bilik air waktu mencuci baju (leh imagine tak ni bangku yang mana?), yang ditindihkan on top of each other, dan membalingnya ke arah aku. Jadik macam seketul bongkah le bangku-bangku tu! Sakit siot! Walaupun dalam mimpi, aku telah kesakitan lalu terjaga! Hampeh!

Aku bukak mata, aku tengok jam kul 1 lebih pagi and An was nowhere to be seen. Tv masih on, lampu masih on. Dah.. mana lak laki aku ni kan.. Tak balik lagi ke? The first thought was to give him a call, tapi phone aku lak takde kat tepi aku. Panik!!! Selalu aku akan pastikan phone aku kat tepi-tepi aku je time aku nak tido. Ni, takde. Dah le bangun sebab terkejut gitu, tambah lak teringat cite hantu! Panik siot!! Terus aku terpekik memanggil laki aku. Nasib baik laki aku menyahut. Rupanya dia dalam bilik belakang, guna komputer! Fuhh! Lega!

An datang kat aku, peluk-peluk aku pastu amikkan selimut and bantal untuk aku, then dia kembali semula ke komputer dia. Aku lak teringat yang aku tak Isyak lagi, so kena bangun jugak. Aku masuk bilik air dalam bilik aku, tengok cermin, teringat cerita hantu. Tak leh jadik ni. Takut! Siot ah! Aku kuar bilik air tu, pegi kat An, soh aku teman masuk dalam bilik while aku wuduk and solat. Dia lak soh aku guna bilik air kat dapur tu and solat kat bilik belakang tu. And that's what I did. Sumanya, kerana cite hantu kat panggung tag tu tau!!!!

Lepas solat, aku cuba nak tido semula kat sofa tu. Nak masuk bilik, memang tak lalu le kan.. takut bunyik guli. At least kat luar tu, open sikit. Senang nak lari kalau ada apa-apa. Tapinya, cubaan gagal. Aku pegi kat An, ajak dia tido sama. Aku cite le yang aku mimpi kena baling bangku dengan dolphin. Dia gelak je le dengar cite aku tu. Tapi dia still layan komputer and aku kembali ke sofa. Tapi bila still tak berjaya tido, aku telah paksa gak An tido. Tuu diaaaa!! Demi kerana cite-cite kat panggung tu, punah keberanian aku yang maha sikit tu! Hancus! An lak, benonya tak leh nak tido. Masa kuar tu, dia dah layan satu kopi jantan. Tu yang dia rasa segar tu. Tapi, kata dia, 'jantan' dia tido, dia je yang fresh! Hampeh! Kekekeke!! Anyway, at last, An mengalah gak dengan aku.

So kitorang pun tido and live happily ever after.. ahak!

Angah

p/s: Aku dah letak URL Iza kat aku punya hall of fame. Lepas ni, pada sesiapa yang biasa buat lintas lalu via blog aku, boleh le pegi ke blog dia..

5 comments:

Anonymous said...

Muakakakakaka.... Mimpi kena baling dengan bangku kecik oleh dolphin ko tuh telah membuatkan aku tersedak semasa meminum air.. nasib baik ler tak tersembur air kosong ittew di depan screen komputer aku nie... lawak bangang lah mimpi gittew... muakakakkaka....

Ko takut per angah?... ala.. sekadar citer kat panggung tag tuh.. ingnore jerlah..... uikss!!... jangan pandang bawah!!!... ada benda bawah meja ko tuh!!!!....

Muakakakakaka...

Angah.. oh angahhh......

Alinlai said...

mana mai dolphin tu ... isk isk isk sungguh pelik mimpi tu tapi layannnnnn je la

Fara said...

kahkahkahh!!! nasib baik aku takder masa panggung tag beroperasi ... ahaksss ... sbb aku lagilah terserlah penakut nyer ... aku pun mcm ko gak, kalau mimpi and terbangun, then laki tak der kat sebelah...terus aku jerit kuat2 sbbnyer aku takut nak bangun n carik dia ... aku takut kalau masa aku bangun gi luar tuh, kat tv tgh tayang citer hantu ke thriller ke ... eeeeiii ...

rumah jiran ko takder org ke??

NANI SHAHABUDIN said...

rata-rata bunyi guli...misteri gak nih. aku ingat rumah jiran aku je ada bunyi nih...n

Anonymous said...

aku pun mcm bz skang so xde masa nak dengar cite panggung tag.. tidak haruss la kan jadi cam ko..
sebab blog angah ni, blog lintas langsung...so aku sempat baca blog ko je ngah.. untung la ko.. muehehehehhe
tokeh pekasam