Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 24 July 2007

Insaf

Aku tak tau mana hilang semangat nak update tau. Kejap ada, kejap takde. Kejap mari, kejap pergi. Kekadang, time idea tercetus, komputer takde di sisi. Bila komputer ada di sisi, idea sudah lari. Tulah jadinya blog ni tak berupdate. Aku si tuan punya blog ni pun bosan nengok blog ni tak update-update tau! Tapi, apa nak tulis kan kalau idea tarak. Aku pun ala-ala Delinn gak. Kena ada nafsu nak update. Kalau tak, macam takde flow je nanti aku punya entry. Macam takde 'life' je aku punya entry. Lemah lesu je jadinya. Apa-apa pun, ni aku cuba le mengupdate..

Over the weekend, seribu satu keinsafan melanda diri aku. Well, aku manusia yang mudah lupa. Bukan tak ingat, tapi lupa. Eerrr.. bukan benda yang sama ke tu? Kekekeke.. Entah! Macam lirik lagu sapa entah dulu.. bukan lupa tapi tak ingat. And I need something to trigger that ingat sensation, untuk aku ingat semula..

Aku tengah lepak kat umah parents aku masa tu and tak tau apa nak buat. Paper dah abih baca dah. Kira dah abih benda nak dibaca dah time tu. Nak tengok tv pun, takde cerita menarik. Sekali, aku nampak satu magazine ni. Aku ingat magazine lama, rupanya current punya magazine tu. Bulan Julai punya edition. Aku dah nampak lama dah magazine tu kat rumah tu, tapi tak pernah lak nak ambik baca sebab magazine tu idak le bercorak gossip. It's purely ilmiah and islamic gitu. Jadinya attraction kureng le nak membacanya. Buruk gitu perangai.

Anyway, aku baca je le. Surprisingly, isi majalah tu idak le membosankan. Not bad, kata aku. Aku kept on reading. Banyak info menarik pasal islamic values. And, aku insaf masa baca tu. Insaf sebab aku rasa aku ni banyak lepa, banyak leka. Banyak ambik mudah perkara-perkara pasal hukum-hakam agama. Bukan tak tau. Tapi saje je buat tak tau or abaikan, and sampai satu stage where it has become a norm to me. Bila dah jadi norm gitu, so rasa guilty tu takde dah. Bila aku baca majalah tu, it's like taking me back ke jalan yang lurus gitu le. Idak le completely lurus, tapi sort of mengingatkan aku kembali tentang apa yang perlu aku buat sebagai orang Islam. Insaf yang mati boleh datang bertandang bila-bila and aku tak cukup lagi bekalan untuk mati. Ya Allah!! Aku insaf.. Tak tau berapa lama keinsafan tu kan, tapi aku rasa, aku kena gak rajin-rajin beli majalah camtu, untuk membantu aku keep track in life! Asik baca majalah pasal nak kurus je, tapi nak mati, tak nak carik motivation. Ish!

Dalam majalah tu jugak, ada motivational punya cerita. In that edition, cite pasal sorang minah ni in her mid 20s, tapi dah pakai Porsche. Makkk!! Insaf meks!! Aku ni, dah mid 30s, tapi masih struggling dengan gaji yang ciput! Dia jual unit trust, since she was in her uni days. Abih grad, dah tak yah carik keje lain dah. Continue je jual unit trust, and now in her mid 20s (ke lum sampai pun lagi mid 20s aku tak ingat), dah earn five figures salary, and own a Porsche! Terbakar jiwa aku tau! Oh, she is someone yang bertudung gitu tau. She is not like some unit trust agents pompuan yang berjaya tu, yang berpakaian seksi bagai untuk attract clients. Tak. She looks so decent. Jeles aku! Terus aku insaf. Memikirkan my future. Dengan gaji seciput ni (tapi aku tetap bersyukur!), dengan EPF yang ciput tu, what will happen to me after aku retire nanti? Dah le lum ada anak. Kalau aku diberikan rezeki anak, camana lak aku nak support anak nanti kan? Aku tau, rezeki tu dari Allah, tapi kita kena usaha. Ha, tang usaha tu yang aku insaf tu! Insaf!! Aku kena tingkatkan usaha aku nak carik duit ni. Kena plan betul-betul hidup aku ini dengan An, ditakdirkan umur kitorang panjang. Sapa lak nak suap makan kat mulut kitorang nanti kan? Nak harap anak? Aku rasa macam zalim je kalau aku bring them into this world, tapi biarkan diorang terkontang-kanting carik rezeki untuk aku dengan laki aku time diorang masih belum cukup umur dewasa. Ish!

Pastu, over the weekend tu, kat tv ada Oprah Weekend Special. Oprah interview bekas VP Amerika, Al Gore. Aku dok ingat nak cakap pasal politik le kan. Rupanya, cakap pasal environment. Aku ni tak penah le tau yang Gore ni environmentalist. He presented pasal global warming, siap dengan gambar, graf segala le. He discussed about how hurricanes are getting stronger, how tempat-tempat tepi pantai dah makin terhakis, how tempat yang banjir sikit-sikit dulu sekarang dah over-over, how tempat-tempat tertentu lak kemarau tak hingat, how temperature dunia makin meningkat etc. Insaf aku, siot! Gore ni benonya nak promote DVD dia aku rasa, yang Oprah kept on mentioning dalam show tu, tapi whatever it is, those that he presented buat aku tersedar. Rasa macam saspennya dengan keadaan dunia sekarang. Aku tau, the end is near. Aku tau tu suma kuasa Allah. Tapi, again, Allah tak soh kita dok lepak kangkang and expect things to change kan. Tetiba aku rasa nak jadik environmentalist. Tapi, pastu aku teringat lak yang benonya banyak benda yang nak difightkan kat dunia ni.. famine le, sosial problems le, apa le.. tu tak masuk lagi those yang meraih simpati orang kat tv tu.. Tu pasal le environmental issue jadik macam takde priority kot. Logik le kan. Tapi apa-apa pun, aku insaf!! Ish!!

Insafffff....!!! Moga-moga, keinsafan aku ni berterusan le kan..

Angah

5 comments:

Nor Razi said...

Angah

Al gore is now championing environment issue worldwide thru liveearth.

Memang ada website dia dan 2 minggu lepas dia anjurkan konsert satu dunia dari 7 bandaraya sempena pelancaran liveearth

JoeBangla said...

lepas nih ko kena beli magazines pasal env issue lak ngah, nampak sangat ko lemah dalam bab2 tuh wakakakkakaka

Anonymous said...

Bagus la ko dah terkena tempias keinsafan.

Life is short.

yet..there's too many things to do.

Alinlai said...

insaflah wahai umat.... (lirik lagu sapa ntah...) :) tak pe sekali sekala kena insafkan diri gak...agar kita tak alpa kan kan kan?

Angah said...

budak,

haram aku tatau tu suma. lain le kau, kan.. hehehehehe..


joe,

kosser! aku baca paper yang aku pinjam kat orang je le. cukup ah. kekekeke..


po,

tempias tu harapnya berterusan. aku insan lalai selalu.


alinlai,

lagu ahmadi hassan kot? entah ah.. lama nau dah lagu tu kan! tapi betul, kena ada benda yang menginsafkan diri ini.