Semalam aku balik awal sikit daripada biasa.. ahak! Macam le tu sesuatu yang luarbiasa, kan. Idak.. ada hal sikit. Then, aku dengan sorang kawan aku gi tengok La kat spital tu. Aku tau dia ada operation lagi semalam and tak sure lagi leh jumpa dia ke tak. Tapi kawan aku tu tak penah lagi visit La since accident tu, and nak gak pegi sebab semalam je masa yang dia ada. Dia nak aku teman, and aku pun tak heran. Sampai spital, La memang takde kat bed dia. Aku tanya nurse, nurse kata dia masuk OT kul 11 pagi gitu, tapi until kul 4 or so dia tak kuar lagi. Tu dah expected dah tu. So aku pun balik le.. kawan aku drop aku kat umah.
An dah balik dah time aku sampai umah. Lagi awal dari aku tu. Ada plan nak ke hypermarket dekat-dekat rumah tu tapi takde lagi plan kul berapa. Kitorang layan tengok tv, then An kata dia ngantuk and nak masuk tido kat bilik tengah. Aku pun, harus le bosan tengok tv sesorang di petang hari, and aku pun join sama dia tido. Takkkk.. tak buat apa-apa pun.. Kitorang umpama dua ekor hippo yang mengantuk di petang hari.. tido tak hingat punya!
Sedar-sedar, hp An berbunyi. Aku takat dengar je fon tu bunyi, and sambung tido lagi. Bilik tengah tu terlindung dari segala cahaya. Gelap dah mendamaikan gitu. Kat bilik tu gak le yang An sergah aku hari tu tu.. Tu yang sedap je tido kat bilik tengah tu. Lepas dah abih cakap tepon, An gerakkan aku. Dah kul 7.45 malam, boleh?????? Adehhhhh.. Berat kelopak mata aku untuk dibuka tau! Aku pusing, lelap semula. Then An gerakkan aku semula, dengan sabarnya. Dia dah siap solat, siap mandi bagai time tu. Aku pun bangun, cuci muka, amik wuduk, and solat.
Masa aku nak solat tu, An bagitau yang dia nak kuar. Ada hal. Aku ok kan je. So tinggal le aku yang ala-ala lembab mamai tu kesorangan di rumah. Aku memang tak suka tido petang benonya. Sebab, kalau aku tido petang, aku akan jadik lemah satu badan. Aku tak tau nape. Tu yang as much as possible, aku akan avoid tido petang. Unless aku dah bosan tahap dewa dewi dah, aku takkan tido petang. Aku akan figure out untuk buat benda lain, but tido. And malam tu, lepas An kuar, aku kena le figure out apa nak buat dengan badan yang lemau tu.
Aku on tv, tengok cite apa ntah. Ada sitcom on tv. Aku layan. Abih sitcom tu, ada satu lagi sitcom. Aku layan. Abih sitcom tu, dah tak tau apa lagi nak layan. Aku buat roti bakar dua keping, sms An soh dia dinner sekali kat luar, and makan roti bakar. That's for dinner. Then aku amik ada jajan sikit, kunyah jajan tu sambil tengok tv yang boleh tembus sampai dinding, kebosanan. Then aku baring sikit atas sofa yang empuk tu. Then aku lelap mata sikit. Then aku tido semula. Ye, aku tido semula. Dalam kul 9 kot.
Aku sedar bila An balik, tapi takat bukak mata sikit, then tutup semula mata itu. Then aku sedar An cuba gerakkan aku soh tido dalam bilik kot, tapi aku tak nak gerak dari sofa itu. Then I guess An pun bentang comforter and tido kat lantai kat depan tv. Kitorang ada satu fan kecik, yang An akan guna sebagai extra kepada kipas siling yang sedia ada. Dia macam papalia kot.. asik panas je, while aku mamalia.. sejuk selalu lately ni. Aku sedar yang aku bagitau dia aku sejuk sebab fan tu dihalakan ke dia, kena jugak ke badan aku di atas sofa tu. Ye, siap leh complain lagi sambil mata terpejam. Then An tanya aku kot-kot dia leh bagi aku selimut instead of dia tutup fan tu. Aku agree je. Then dia le amikkan aku selimut, selimutkan aku, amik bantal untuk aku, and amikkan aku bantal peluk. Boleh?? Sayanggggg aku kat laki aku tu.. kekekekeke.. Amat memahami kehendak bini dia yang dah terbongkang ittewww..
Sekali lagi aku tersedar, aku tengok jam dah kul 6.20 pagi.. Boleh???? Adehhh!! Aku tengok An tido lena berpelukan dengan bantal. So aku turun sofa, baring kat tepi An. Kira lepas rindu dendam untuk memeluk dia le kan.. Ahak! Takkkk.. takde projek deeeee!! Dah nak bangun gi keje tu kau! Kosser!! Pastu, kul 6.35 kot, aku bangun.. tu pun sebab dah tak tahan nak terberak. Kalau tak kerana panggilan toilet, harus aku masih berpelukan lagi.
Pagi ni on the way to work, aku salahkan An. Sebab dia aku tido petang. Sebab dia, tido aku membawa ke pagi. Sebab dia, satu hape pun tak buat semalam. Suma plan masuk longkang je. Hampeh. Dia kata, dia takde plan pun nak tido. Dia kata, bukan dia ajak aku tido pun. Eerrr.. betul le tu kan. So, salah aku le? Kekekekeke.. Ada pulak..
Hari ni hari Jumaat.
Angah
6 comments:
Ooh main point entry ni ialah... ko tidoooooooooooooo.. hahahhaha.
hahahaha.. yeeee!! hahahaha.. tido tak hingat gitu!
Skrang.. everytime aku dah baca entry angah... aku kena hantar laporan...
Laporan: Entry anda telahpun saya baca.
Sekian
=Alangz=
kekekekeke.. melampau tau!!
kena cerita ke kalau tak buat apa?
kalau buat apa..camana?
sebab tak buat apa tu yg kena cerita.. kalau buat apa, tak leh cerita.. kekekekeke..
Post a Comment