Aku ni jenis penakut and senang terperanjat. Family aku memang dah tau, as well as close friends aku.. or sesapa yang penah tengok wayang saspen dengan aku le. Pendek kata, sesapa yang jenis control gila kalau tengok wayang saspen, memang malu le kan kalau bawak aku. Aku leh jerit sesorang dalam panggung, while orang lain diam-diam je. Ye, mungkin korang pun penah dok dalam panggung dengan aku kot.. Kekekekeke..
Anyway, disebabkan itu, aku memang tak sanggup nak tengok cite hantu or cite yang over saspen gitu. Tak tahan jantung aku, rasanya. And, An aku pun sejak dua menjak dia tau aku camana kalau terkejut, dia mengharamkan aku tengok cite hantu. Well, kalau dia tak haramkan pun, haram aku tak nak tengok.. Ha, something like that le.
Tapinya, dalam pada tau aku penakut and senang terkejut, dia ni ada hati nak sergah aku. Dah a few times dah dia buat camtu. Paling tidak, aku terkejut gitu je. Paling teruk, aku jerit and debik dia je. Tapi weekend hari tu, aku siap terlatah bagai..
Masa tu, aku tengah dok mengangkat baju and nak letak kat dalam bilik before dikemaskan. Dia ni ada le dalam rumah, tapi aku tak ingat apa dia buat. Idak le aku pandang ke mana dia pegi all the time. Sah-sah le ada dalam rumah, kan. Bilik tu pulak, gelap je. Bilik tengah and tak banyak cahaya yang ada masuk pun. Aku tak le bukak lampu masa tu.. lum nak melipat lagi baju-baju time tu benonya.
Sekali, tengah aku kusyuk gitu, tetiba dia sergah aku dari balik pintu bilik tu, boleh?? Dia dah masuk bilik tu diam-diam, and nyorok kat belakang pintu. Aku punya terkejut, aku menjerit sekuat hati. Tapi, kali ni, idak le aku takat jerit je dek non.. aku terlatah jugak.. and latah aku tu, idak le dalam bentuk 'opocot' or 'oh mak'.. takkk.. Sambil menjerit, "...aaaaaaa" gitu, aku akhiri dengan "bab*.. s*al" di hujung jeritan itewww!!! (Pssstt.. sila gantikan * dengan huruf i bagi sesiapa yang blur)
Ha! Tuuu diaaa!!! Punya le terkejut aku!! Sumpah aku tak plan nak maki dia. Dia gelak, tapi terkejut at the same time. Gelak sebab lawak le kot kasi aku terkejut, tapi terkejut sebab tak sangka nak kena maki free! Yaaaaaa...!! Sabo je le! Tulah, sapa soh kasi aku terkejut, kan?? Aku nak gelak gak, tapi masih terkejut, so gelak tak gelak gitu.
Pastu, dia macam nak merajuk dengan aku sebab aku maki dia, boleh?? Sabo je le. Aku buat tak tau je dulu. Masing-masing masih gelak. Tapi dia nak merajuk sebab dia kata aku tak mintak maaf pun lepas maki dia. Kekekekekeke.. In my defense, aku kata, bukan aku plan nak maki dia. Kalau aku plan nak maki dia, harus le aku maki lebih lagi.. takat those two words tu, mild je tu makiannya.. tu takat maki-maki manja tu.. if there's such term le. Kekekekeke..
Pastu, aku mintak mahap gak le dengan dia. Idak le aku tak rasa bersalah langsung. And, aku kata kat dia, promise jangan buat camtu lagi dengan aku. Tapi dia tak berani nak promise, boleh?? Sabo je le! Sahih le tu masih ada hati nak sergah aku tau! Pastu, dia harap aku tak maki lagi?? Adehhhh..
So anyone? Dah lama rasa tak kena maki? Kekekekekekeke..
Angah
6 comments:
angah
aku ingat aku sorang je cam tu..ada juga orang cam aku
aku memang cepat etrkejut cuam takde la aku maki cam ko tu..tapi best gak kan..fadan muka org yag sergah tu..dafat maki free ..hiks
iv
wan nak bermanja dgn ko ko pegi maki buat apa.
Sebenarnya dia nak kasi kejut ko lepas tuh ko melompak peluk dia. Nih yg dia dapat seranah ko. Kesian dia hehehehehehehe
ed memang le suker sergah aku.. tak sergah pon aku menjerit.. sabar jelah kan.. muakakkaka.. sikit2 nak terkejut aku nih.. cuma mulut aku dah boleh kontrol.. takat tersebut bengong.. ed buat dek jek..hahhha
laki aku pun haramkan aku tgk citer seram sbb dia tak larat tgk aku takut lebih2 walaupun lepas setahun cerita tu berlalu ...
maki2 manja eh? wakakakkk!!!
fara
iv,
sarang tebuan jgn dijolok.. kekadang tebuan tu ok je.. kekadang tebuan tu terkejut, tulah jadinya.. hahahahaha..
dek ngah,
kekekekeke.. tak penah pun aku termaki dia.. hari tu je. tu dah kes terkejut abih dah tu.. well, harapnya aku beringat le jaga mulut and dia beringat jgn nak main sergah sebarang.. kekekeke..
LB,
hahahaha.. aku tau le dia nak bermanja, tapi nak buat camana kan kalau dah refleks aku camtu. sian dia.. pastu aku peluk2 le dia.. ahak!
fara,
dah setahun cite berlalu tapi kau masih takut?? how about cite zaman kecik2 dulu.. cite orang minyak? aku still takut, occayyy!! walaupun cite tu dah berzaman berlalu! hampeh amatssss..
angah:hihihi.. kena belajar maki cara sopan la plak ek....
err takkan peluk aje.. takde adegan lebih2 lepastu ke?...... opssss ada pembaca belum kahwin.... huhuhuhu
Post a Comment