Rasa macam lama nau je aku tak update ni padahal baru je Khamis lepas update..
Khamis lepas, ahak.. ahkak telah berjaya bergather lagi sekali dengan kuncu-kuncu jahat yang dah agak lama tak bergather bersama. Gumbira dek nonnn!! Tak tergambar di jiwa gitu gumbiranya tau! Ahak! Lunch gathering je le benonya.. Kat mana lagi kalau tak kat KL Sentral kan. Si Limah tu lah yang punya angkara.. ooppsss.. yang punya suggestion, gitu! Dia yang tak keje, abih suma orang diajak melepak bersama.. Sabo je le.
Yang first terpacul were aku dengan CikDelinn kita tu. Aku time tu macam dah ala-ala lambat dari waktu yang dijanjikan. Idak le lambat mana pun.. lambat 10 minit je. Tapi, tu aku dah consider lambat sebab janji kul 12.30 and it was already 12.40. Sedang aku merush turun dari tangga bergerak kat KL Sentral tu selepas turun dari LRT, aku nampak sorang pompuan ni kat tangga yang sedang berdiri kaku atas tangga bergerak. Rilek je. Aku rasa, ghoman (ni bahasa kampung si An.. which means macam bentuk gitu le) tu macam CikDelinn je kan. Aku tengok, minah tu bawak henbag gitu. Aku turun merapati dia, and ehem kat dia. Sahih le tu CikDelinn. Hampeh. Aku ingat aku dah lewat and nak rush. Rupanya, idak le aku lewat mana!
We headed together ke where else kalau bukan CRS kan. Aku ni ingat, aku dah lambat, so dah ada le umat lain especially si Limah yang tak keje tu. Rupanya, salah lagi aku punya ingatan. Hampeh. Aku dengan Delinn je yang ada kat situ. Masa tu tak ramai lagi orang kat dalam tu. Book meja, kitorang duduk terus kat tengah-tengah meja tu, and start bergossip! Ha, tak tunggu lagi dek non! Gossip session terus bermula dan-dan tu gak. Tapi, dalam pada gossip tu, aku sempat terangkat muka, tertengok kat meja depan, ternampak le pulak Yam! Minah tu, lepas kuar spital, dengan leher keras kejung gitu macam robot, teruja gak nak join gathering tau! Ha, tu le penangan gathering geng jahat.. Kekekekeke!! Dia dengan mak dia tengah dok makan. So dia idak le join kitorang fulltime. Lagipun, tengah sakit le kan, so kena le buat-buat sakit. Ahak..
Tak lama lepas tu, si KelapaGebu sampai. Aku dengan Delinn baru je dok kata mungkin si Kelapa tu harus lambat le kan.. sebab dia macam kuar agak lambat sikit tadi. Aleh-aleh, dia dah terpacul gitu. Not bad ah Coco!!
Pastu, Fara lak join. Fara yang busy amat tu le kan, tapi berjaya menghadirkan diri! Bahagia aku. Gossip pun diteruskan. Since Fara banyak miss kisah-kisah kat tag disebabkan kebusyan dia, makanya banyak le nak kena update. Sambil update, sambil makan. Aku dengan Delinn mula makan dulu tanpa menghiraukan yang lambat datang iteww.. Nasib le kan.
Pastu, baru le ahkak Limah dengan anak dia sampai. Alkisahnya, ahkak Limah tu banyak lak nak buat keje umah baru leh kuar rumah. Hish ahkak Limah ni tau! Tapi since dia selalu ada kat tag tu, idak le banyak gossip yang dia miss, so tak yah le nak update bagai on what she has missed.
Sembang punya sembang, adehhhh.. dari kosong CRS tu, sampai penuh, sampai kosong semula le jadiknya! Tu pun tak reti nak balik-balik lagi kitorang. Gamaknya kalau CRS ada offer customer loyalty program, kitorang le kot yang paling loyal.. eeerrrr.. or yang paling menyusahkan? Sebab occupy table lama-lama sampai orang lain tak leh nak dok? Ahak! Suka le kan..
Aku benonya ada doctor's appointment kul 3 petang tu. So memang tak leh nak balik semula ke ofis petang tu. Tapi dek non, sembang punya sembang, time flew gitu.. tak sedar dah lepas kul 3 petang, boleh?? Hhhmmm.. aku call ofis doktor tu kononnya nak delay the appointment, tapi tak leh sebab doktor ada hal kat luar. So postpone le appointment ke hari esoknya. Well, alang-alang dah keluar gitu, kena le make full use of it kan.. Kena le layan kaki ni kan! Rugi tau balik awal-awal gitu! Kekekekeke! Ha, sapa kata aku dah kawen nanti akan berubah, tak hingat kekawan?? Sapa?? Sapa?? Kekekekeke!! Bak kata 'someone' tu kan, aku ni lagi teruk jadiknya lepas kawen ni.. Well.. that proves something kan.. Aku ni, semangat setiakawan itu tinggi. Dapat lak suami yang memahami gitu.. Ahak!
By the time aku sampai rumah petang tu, dah kul 4 lebih pun. Laki aku dah ada kat umah dah masa tu sebab we were supposed to go for the appointment together. Dia patutnya jadik supir aku tu. Tapi since tak jadik, maka dia tunggu je le aku kat umah, amik aku kat LRT station. Then we headed to a shopping centre di tengah kotaraya. Ada appointment lagi.. sesi kuruskan badan aku tak abih lagi. Ye, walaupun badan aku naik, tapi sesi tu tetap berjalan. Aku ada about 10 sesi lagi ni. Aku punya sesi tu cuma target kat spesifik area je of the body. Tu pasal le macam idak le kurus satu badan. Tapi target area aku tu, ada improvement. Firm as compare to dulu. Kalau dulu tu, flabby amat. Now ni, shape dia tidak lagi menggelikan tekak aku. Ye, aku ni vain gak. Eh, silap.. vain amat kot! Hancus!
Abih sesi, dah dekat kul 8 malam. Kitorang malas nak maghrib kat situ, sebab selalunya sempat sampai rumah before masuk isyak. Sekali, when we hit the road, jalan jem tak hingat dek nonnnn! Adehhh!! Macam kul 6 petang punya jem le! Aku masa tu nak terkencing amat. Dah le tak solat lagi, tak tahan nak kencing lak tu! Kan ke haru namanya! An pusing, masuk jalan ke area Pandan. Singgah kat one masjid kat situ. Bergegas aku ke tempat solat pompuan. Kena pulak malam tu malam Jumaat, so masjid tu ada aktiviti baca Yasin. Penuh le pulak ruang yang kecik tu. Adehhh!! Aku dah le tak tahan nak kencing, tambah lak dengan termalu sebab lambat solat maghrib, tambah lak tak jumpa tempat wuduk pompuan, boleh?? Tak ke nak kuar suma peluh time tu! Berpusing aku carik tempat wuduk, and toilet. Aku dah give up dah time tu. Harus tak sempat maghrib punyalah. Aku tanya orang yang ada dalam masjid yang tengah baca Yasin tu, tapi direction tak berapa clear. Yelah, dia tengah concentrate nak baca Yasin kan.. salah aku le mengganggu. Aleh-aleh, aku ternampak gak le sign tulis tempat wuduk pompuan. Punya le kecik tau sign tu! Memang aku nak marah tul le dengan design masjid ni. That was not the first time aku berpusing carik tempat wuduk pompuan or tempat solat pompuan kat dalam masjid benonya. Selalu camtu!
Anyway, aku sempat wuduk, solat, and bergegas kuar masjid tanpa jumpa toilet. An dah tunggu, and dia pun komplen kata susah nak carik tempat wuduk lelaki. Lepas kuar tu, kena lak carik tandas awam. Aku give up nak carik dalam masjid tu dah. Nasib baik nampak satu food court ni, and An terfikir nak stop carik toilet. Aku bergegas lagi sekali, turun kete carik toilet. An nampak toilet tu from the car, so aku terus headed there. Bagus tempat tu sebab toilet dia bersih. Lega!! Kalau tak, tak tau apa nak buat. Aku dah time tu rasa macam nak kencing je le dalam kete! Ha, tu le desperatenya aku rasa, tau!
From there, we headed home. Jalan masih jem gila masa tu. Kitorang tak paham nape jalan jem gila. Macam rush hour time bulan puasa, tau dak jem dia? Mind bonggling gitu nape ramai yang masih ada di jalanraya. Ramai yang decided to stay late at work ke? Ramai yang berpusu-pusu gi shopping and decide to go home time tu ke? That was almost 9 pm dah tu. Later, baru le kitorang tau yang petang tu hujan lebat. Adehhhh!! Sewel tau traffic kat KL ni! Hujan petang, membawak ke malam jem dia walaupun ujan dah teduh. Yang kitorang lak, tak tau pun hujan, boleh?? Gamaknya, time hujan tu, we were in the other part of KL, or all the time dalam building kot time hujan, tu yang tak perasan tu.. Moskel..
Dah dekat area rumah tu, kitorang talked about something. Somehow, something that An mentioned hurt me deeply. Aku tau apa yang dia nak sampaikan tu, baik. Tapi, the way dia berkias, menjadikan benda tu sesuatu yang sarcastic. And tak hingat punya sarcastic. Aku yang selalunya kasar ni, terasa amat dengan sarcasm dia tu. Terus aku diam. Balik rumah, dia perasan le kot aku dah lain macam je and cuba gak buat benda yang dia biasa buat, in his attempt to pujuk. Dalam bentuk gurauan. Tapi aku tak rasa aku ada mood nak bergurau sebab masa tu airmata dah nak menitik kuar. Aku kata kat dia aku nak mandi, and aku terus hit the shower. Sebanyak mana air shower yang mencurah, sebanyak tu le airmata aku yang mencurah. Puas nangis, aku kuar dengan mata merah. Aku dah nekad nak cakap dah time tu dengan An, nak mencurah rasa, nak kasi tau apa salah dia. Tapi, the moment aku kuar shower, aku dengar suara anak-anak buah aku.. Yaaa.. adik aku Alin lak datang!! Aku happy dia datang, tapi aku tak le gemor dia nampak mata aku yang merah tu kan. Harus dia tau something wrong...
To be continued..
Angah
No comments:
Post a Comment