Last Friday morning kawan aku Nana call aku...
"Angah, Zari ada call kau tak?"
"Takde. Nape?"
"La accident malam tadi"
"Huh? Mana Zari tau? Apa cite?"
"Zari tau dari kak Ima. Dia tak tau details, tapi tangan La injured teruk"
"Ok, nanti aku call Zari"
Then aku call Zari..
"Zari, apa cite dengan La?"
"Dia accident malam tadi, sekarang kat dalam OT"
"Mana kau tau pasal accident tu?"
"Kak Ima bagitau aku"
"Mana kak Ima tau?"
"Yati kasi tau"
"Mana Yati tau?"
"Entah"
Adehhhhhhhhh!! Tak puashati aku. Zari, Nana and La are all my school friends. Kak Ima lak, is a common friend between La and Zari, and Yati lak is kawan La masa kat uni. Aku dah kenal dah both kak Ima and Yati ni, tapi aku takde lah baik sangat dengan diorang sampai aku ada nombor fon diorang ni. Yati and kak Ima ni somehow baik le jugak, so ada le kot nombor tepon masing-masing.
BUT, cerita yang sampai kat aku amat hampeh. Aku tak puashati, tapi takde sapa nak bagi info. Zari memang hampeh part-part mendapatkan info. He is a doctor, who used to work at the hospital where La was supposed to be warded. Tapi, dia takde contact lagi dah dengan sesapa kat spital tu, so dia tak leh nak carik info as to what happened to La. Hampeh!
Aku lak, busy dengan aku punya exhibition hari tu. Since takde news update, and aku takde sumber, aku tak le carik info lagi. Plan aku, later in the evening after the exhibition baru aku nak pegi ke spital tu. Yelah, yang aku tau, dia injured tangan dia. Yang lain takde cite. So harapnya it's not all that bad le kan.
At about 10 or so, sorang lagi kawan sms aku. Tanya pasal La. Aku tak bagitau sesapa yang lain, so aku pasti kawan aku ni dapat info from somewhere else. Info ni, lagi mengharukan.. La kat ICU. Ok, panik time le kot! So aku call ICU hospital tu, tanya pasal patient nama La. ICU kata, takde patient nama tu, boleh? Dua kali aku rasa aku tanya orang kat tepon tu, and orang tu kata takde patient nama La. Hhhmmm... Tak jadik nak panik.
Petang tu, dalam kul 4 kot, aku dapat call from another friend of ours, Faiz..
"Angah, apa jadik dengan La?"
"Dia accident"
"Aku dapat sms from Zari kata La is in ICU fighting for her life"
Sabo je le aku dengan si Zari ni.
"Nanti aku call Zari"
So aku call le Zari. Zari kata, according to kak Ima, La tak kuar lagi dari OT, and that was about 3 pm masa dia call tu. So, as a doctor yang pernah keje kat spital tu, kalau dah operate berjam-jam gitu, harus le kritikal.. hence, she must be fighting for her life.
Nak je aku lepuk-lepuk si Zari masa tu jugak. The thing is, being a doctor, dia ni sempoi amat. Hati batu gitu. Hati yang takde emosi gitu. It comes with the job kot. Aku geram je, and semestinya dia tau aku geram. Statement dia tu buat orang panik je tau!
At about 6 something, aku dengan Nana sampai spital.. with no direction to go. Kitorang ke OT, tapi takde lak sesapa yang nak ditanya. Then gi ke ICU. Ada guard sorang kat situ. Bukan nurse punya station, tapi guard. Guard tu kata, takde pompuan yang masuk ICU pasal accident. Yang ada suma lelaki je. Sabo je le. Aku nak tanya lelebih pun tak leh sebab dia macam tak leh membantu lelebih. Yelah, kalau pandai, idak le dia jadik guard, kan.
Then Nana tanya another guard.. pompuan. Guard tu kata, try ke orthopedic ward. So kitorang pun redah je le, pegi ke wad. Lega gila bila aku nampak muka mak si La kat wad tu! Rupanya, La baru kuar dari OT and masa kitorang sampai tu, nurse tengah prepare kan dia kat atas katil wad. Makanya, berakhir le pencarian kitorang and lega aku sebab curiousity aku akan berjawab.
Lepas nurse dah siap prepare kan dia, we went and talk to her. Emak dia memang dah nak kering kot airmata wondering what happened to her kat OT tu. Lagi harunya, mak dia tau pasal accident tu the night before, then she went home. Pagi tu dia datang, tengok La dah takde kat wad. Dah ada kat OT. And ever since, takde sorang umat pun update dia on La's condition. So dok le dia wondering kat luar OT, with another friend of La.
Aku borak sikit-sikit dengan La who was still heavily sedated.. So the story goes..
Khamis malam Jumaat tu, as usual, dia balik lewat from work. At about 11 pm, she was driving kat MRR2, kat atas bulatan besar yang atas Jalan Kuching tu. Out of nowhere, came a car, langgar dia on the right side of her car. Kereta dia berpusing atas bawah atas bawah beberapa kali.. bukan spin tau, tapi pusing gitu macam kita pusing rolling pin tu.. Kalau takde pengadang kat tepi tu, harus kete dia dah terjun ke Jalan Kuching. And, she was alert throughout the ordeal.
Kete yang langgar dia tu, tengah racing benonya. Lepas langgar, the driver abandoned the car and lari. Passers-by yang pulled La out of her car. Masa tu gas from her aircond dah leak, so orang yang ada tu, kena either choose nak kejar orang yang langgar La ni or selamatkan La. Tapi, of course le orang tu selamatkan La.
Her right hand was badly injured dah masa tu. Thank God kete dia bukan kete tin sadin gitu, and ada airbag. And most of all, dia pakai seat belt! Kalau tak pakai seat belt, tak tau le apa lagi leh jadik kat dia.
An ambulance took her to the nearby hospital. Kat ER tu, dia kata, dia rasa nak suruh je doktor tu potong je lah tangan dia sebab dia tak tahan sakit dah masa tu. Her lower rib was also fractured, tapi tak teruk sangat as compare to her hand. And she lost a lot of blood.
At about 4 am baru dia dihantar ke wad. And later in the morning at about 7 am she was taken to the OT. A few besi (yang aku tak tau banyak mana) dimasukkan kat dalam tangan dia. And semalam, doctor suspected that her jaw is also broken. She can talk and open her mouth.. tapi dia tak leh chew makanan. Kalau sungguh the jaw is broken, then she has to undergo another operation soon.. kena letak plate besi lak kat jaw. Harus jadik macam bionic woman kawan aku sorang ni nanti tau!
And, some of her skin kat tangan tu dah 'mati'. So nanti bila tangan tu dah baik, she has to undergo a skin graft operation.. kasi amik kulit kat paha, tampal kat tangan. Tapi tak tau bilalah lagi. As of now, she has to endure terrible pain time nurse nak buat dressing kat luka tangan dia tu. Sian dia. Though she is given morphine for the pain, tapi still.. sakit tetap sakit cuma kurang sikit kot. Aku tak leh imagine those years masa painkiller takde.. Adehhhh..
Anyway, aku tulis ni sebab nak bagi peringatan kat suma and diri aku sendiri. To those yang tak nak pakai seat belts for whatever reason - tercekik ke, tak selesa ke, perut buncit ke, senak ke.. remember the accident, and worse could happen to her should she not wear the seat belt. Aku tau, kita tak plan nak accident.. dah nama pun accident... So baik le berjaga-jaga sebelum kena. No matter how careful you are while driving, your life still depend on other drivers on the road. Anticipate the unanticipated.
Yang aku hangat hati, selalunya yang buat dajal tu lah yang selamat..
Oh, lupa lak nak cite.. La ni, has been a true friend indeed to me. Selama ni, dialah antara teman ketawa dan teman menangis aku. We get distance sikit lepas aku kawen.. aku sedih, tapi somehow that's what happened. Dia sibuk dengan kerja dia yang tak abih-abih tu, truly dedicate her life to her work. Pastu gi holidays mana-mana. Tapi, at the same time, dia ni kawan aku yang sentiasa membuat aku mengingati mati. Dia antara orang yang aku tau, yang selalu pasang lagu-lagu nasyid kat dalam keta, yang pasang ayat Quran dalam kete and the likes.
And dia yang Tuhan uji..
La, get well soon!! I miss you!!!
Angah
2 comments:
Get well soon La...
Ada hikmah untuk setiap kejadian La..
I miss u too..
Semoga kawan kau cepat sembuh...
Post a Comment