Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 10 October 2007

Berlabuh tirai Ramadhan



Ada rasa kesayuan di hati aku ni that Ramadhan nak berakhir. Banyak amalan yang aku tak buat untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini. Entah jumpa lagi entah tidak kan Ramadhan akan datang.. tu yang sayu semacam tu. I always take it for granted that Ramadhan akan ada lagi untuk aku tahun depan, and amal tu suma leh tunggu gitu. Boleh?? Sabo je le kan.

Yang aku sure tercapai Ramadhan kali ini, is that azam aku untuk tidak membazri berbelanja sakan untuk berbuka as well as untuk Raya. Alhamdulillah. Suma ala kadar. Walaupun badan tak turun pun (as usual), tapi poket tak sakit sangat. Plus, aku seronok masak untuk suami and adik-adik aku untuk Ramadhan kali ini. Moga ada lagi kesempatan untuk suma tu, tahun depan. Amin.

Yang tak tercapai, banyak. Tahun ni tak penuh terawikh aku (ofkos tak kira hari yang aku tak leh nak solat ke kan). Malu, tapi itu hakikatnya. Tahajud tak buat, qiamullail pun tarak. Kalau untuk poya-poya tu, semedang je ada waktu. Tapi untuk beramal, selalu ada alasan. Dasar sangat kat nafsu itu! Patutlah nabi kata sebesar-besar jihad ialah jihad terhadap nafsu kita.

Anyway, nyesal pun tak guna. Ramadhan tetap akan pergi, Syawal tetap akan menjelma. Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan!

AMINNNNNNNNNNN!!!

Angah

Monday, 8 October 2007

Salam Aidilfitri



Orang lain letak kad raya, aku pun nak letak kad raya gak. Orang lain punya kad raya canggih, aku pun nak gak kad raya canggih.. Tapikan.. uhuhuhuhuh.. meks takde software canggih untuk buat kad raya canggih. So, dengan menggunakan apa yang ada kat laptop tak berapa nak canggih ni, tu je le yang berjaya meks hasilkan untuk menyampaikan hasrat.

Anyway, sempena Syawal yang bakal menjelang ni, meks ingat mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin meks pohon. Mana-mana yang tersinggung, terluka, terasa or apa-apa je le, aku pohon keampunan dari lubuk hati ini. Mungkin ada yang aku sengajakan, mungkin ada yang tidak aku sengajakan. Moga Syawal yang bakal muncul beberapa hari lagi ni membawak sinar kebahagiaan, sinar harapan dan segala macam sinar untuk kita suma.

To those yang nak memandu pulang ke kampung halaman, drive safely. Bawak-bawak bersabar. Plan your travel ahead. Moga kita suma selamat pergi dan pulang and won't become the statistics.

To those yang jauh di perantauan.. aku tak tau nak pesan apa. Aku tau, harus sedih rasanya jauh dari Mesia di Hari Raya ni. Been there. But, I am sure you know how to celebrate it. No matter where you are, Syawal tetap muncul. And Syawal itu perlu diraikan walaupun cuma sehari. So, ceria-ceriakanlah Syawal nanti ye!!

After that, jangan lupa, kita jumpa di GEGAR RAYA!! Make sure you have marked your calendars. Jangan lak sakan nak beropen house or terima undangan open house and forget about the Gegar. It will be on the 27th of October, ya! Ingat!!

Okie dokie! That's all for now. Take care people!!!

Angah

Sunday, 7 October 2007

Kepulangan yang dinanti

Tuu diaaaa!! Subuh alam aku update ini blog!! Kekekekeke! Mata dah nak katup, tapi aku update gak sebab mood tengah ada. Plus, kalau aku tunggu later, harus lambat le nanti aku update.

Alkisah, sebelum Dee balik Mesia, aku yang berdebar, kecut perut bagai. Tatau nape. Excited sangat, aku rasa. It's like, finally, a long lost friend is coming home, boleh? Padahal, tak penah lost pun kan.. Tapi, itu le rasanya. Macam aku lak yang balik Mesia. Entah-entah, si Dee ni cool je kan.

Awalnya, memang aku ingat nak buat banner untuk menyambut kepulangan Dee kat airport. Saje je lah kan. Tak cukup gempak le jadik ahlil reban ayam tu kalau tak buat benda-benda karut camni kan.. Aku dah ada idea camana nak buat itu banner, cuma masa tu agak tight sebab the whole day Saturday aku ada macam-macam benda nak kena buat. Finally, it was about 10pm when I actually had the chance to make the banner! Well, sebab itu je waktu yang ada, kena le buat apa yang termampu.

Ni meks tengah bersila membuat banner ni. Konon nak buat lebih-lebih creative, tapi takde cukup alatulis nak digunakan.

Buat takat guna marker hitam je, on a white manila card. Jadik le. Kang over kang, cuak gak takut Dee lari menyorokkan muka! Ahak!

At slightly later than 11pm, aku dengan An gerak meninggalkan umah. Dee kata dia touch down kul 11.45 pm. Based on my experience, ada le kot dalam 30 to 45 minutes before passengers yang turun kat KLIA tu boleh memunculkan diri kat pintu keluar tu. So, bajet aku, kalau dalam kul 12.15 sampai pun, harus Dee tak kuar lagi.

Aku pegi amik Delinn dulu, then we headed to KLIA. I was told that Arc, Budak, Yam, Limah and hubby dah gerak dari umah Arc/Budak. Siap konvoi tu nak ke KLIA! Kalah nak jemput orang balik haji ke kekdahnya! Ahak!

Sampai kat KLIA, tengok kat notice board tu, flight Dee landed at 12.06 am. Tu dah delay sikit dah tu from the original plan kan. Aku, An and Delinn sampai dalam kul 12.20. Harus le Dee tak kuar lagi. Orang yang menunggu pun tak le ramai sangat time tu. Dapat le kitorang posisi yang strategik untuk bergayut dan meletakkan banner itteww! Kekekekeke! Nampak tak hasil banner itu? Besau tu nama Zaidee. Kalau tak nampak gak, tatau le.

In the meantime, kitorang suma dok imagine camana rupa Dee. No doubt dah penah tengok kat webcam before, tapi in real life tok leh pasti yang kitorang tau camana rupa dia. Aku ingat gak le rupa Dee tu kan.. bulat-bulat rupa dia, mata sepet, pakai spec, rambut pendek lurus and setinggi aku. Tapinya, still takut gak kot-kot le Dee buat apa-apa perubahan pada diri dia kan. Yelah, mana le tau kan. Anything can happen!

Makanya, puas le kitorang merenung sorang-sorang yang kuar, as well as prediction kitorang of how Dee will look like. Siap leh imagine yang Dee benonya dah sampai and dia lak surprisekan kitorang dari belakang. Sabo je le.

Sesungguhnya, penantian itu sesuatu yang mendebarkan.. Kekekekeke!! Gilos tau!

Setelah puas menunggu, jejaka yang dinanti muncul. Sahih le, the moment we saw him, we knew it was him! Pastu, something yang tak penah dibuat orang telah terjadi.. Si Dee, upon seeing the banner, siap buat terkejut tau! Over tau! Macam surprise gitu. Pastu, let stop kat tengah-tengah tu, kuarkan camera dia dari dalam beg, and amik gambar kitorang instead, boleh?? Aiyo!! Aku lak termalu time tu! Kekekekekeke!! Orang lain, orang yang menunggu yang amik gambo orang yang sampai. Ni, both pun amik gambo. Dasar sangat! Ahak!

Pastu baru dia tolak troli ke luar. Nasib tak busy laluan tu. Kalau tak, harus jem kejap kat laluan kuar, macam artis kuar dari flight!

Lepas Dee kuar, bukan reti nak proceed terus ke mana-mana. Leh sembang kat situ je. It's impressive gak le yang Dee leh kenal sorang-sorang yang datang tu. Bagus ah memori dia. Tapi kalau dia tak kenal, harus ada yang meroyan kan! Ahak!

From there, kitorang gi carik 'kopi mahal'. Ok, stress on the word 'mahal' ye hadek-hadek! Kekekeke! Bukan selalu Dee balik KL kan. So bila balik sesekali ni, harus le perlu diketuk gitu. Maka berbondonglah kitorang gerak mencarik kopi mahal. But before that, cuba gak kot-kot leh check in kan Dee untuk dia punya connecting flight ke Labuan. Unfortunately, counter check in cuma akan dibuka pada pukul 4 pagi. Hampeh. Makanya, kena le bawak beg Dee ke hulu ke hilir in the mean time. And the first destination was ke tempat kopi mahal.

Benonya, takde banyak choice untuk minum pun kat KLIA tu. And, whatever it is, suma benda pun mahal. So we lepak at a cafe at the departure area for a few hours.

Sambil tu, Yam kuarkan kek birthday Dee. It was a day earlier, tapi kalau tak buat time tu, bila lagi kan. Kosser le pulak ke Labuan semata-mata nak soh Dee tiup lilin and potong kek kan! Ahak! Siap nyanyi bagai le kat situ. Takde heran pun kat orang lain. Alah, sebab tak ramai orang kan kat airport time tu. Cuba ramai orang.. eerrr.. harus buat gak kot! Kekekeke!

I can't remember berapa lama lepak kat cafe tu. Sejam lebih ada kot. After that, we decided to take Dee to pusing-pusing Putrajaya. Kasi dia melawat sikit tanahair terchenta ini. Kalau tak time tu, bila lagi, kan. Nanti dia dah nak ke Wilayah Persekutuan Labuan.. tak dan nak tengok Wilayah Persekutuan Putrajaya kan.

Dengan An sebagai tourguide, and Delinn sebagai assitant tour guide, 3 kereta ronda Putrajaya subuh alam tadi. Di waktu orang berqiamullail di malam-malam akhir Ramadhan, kitorang meronda Putrajaya! Sabo je le! Ni suma, salah Dee.. sapa soh dia balik Mesia di malam-malam akhir Ramadhan kan.. Ahak!

Tapinya pun, besides Dee, ada gak orang lain dalam rombongan itu yang lum really penah tengok Putrajaya in totality. So dapat gak le tumpang sekaki kan..

From tour of Putrajaya, we headed to Kedai Mamak somewhere near rumah Delinn for sahur. Dah kul 4 pagi dah masa tu rasanya. Mata dah kelat. Makan, dengan sungguh berselera sekali. Almost 5, we headed home from the kedai. Dee ikut Arc/Budak balik ke rumah diorang, aku hantar Delinn pulang and then headed home.

Now, mata aku kelat, and aku perlu tido. Tapi, walaupun penat, I am glad that I took the time to meet up with Dee!! Personally, he is exactly macam dalam tag tu.. ceria, peramah, suka gelak etc. Penat je Yam wonder whether Dee reti cakap Melayu ke tak! Kekekekeke!

Dee, WELCOME HOME!!! See you again kat Gegar nanti ya!!

Ok, itu sahaja update pantas aku. Now, aku nak tido now.. zzzzzzz...

Angah

Thursday, 4 October 2007

Tampin, here I come!!

One of the things that I love to do is to surprise the kekasih hati. And that's exactly what I did semalam. Benonya, rindu ini tidak tertahan-tahan gitu dari kelmarin. Walaupun body ini berada di KL, tapi hati ini berada di Tampin. And home is where the heart is, I guess. Kalau ikut hati, kelmarin aku nak gi Tampin dah, nak kasi surprise kat laki aku tu. Tapi, banyak nau lak rasional thinking yang dok aku fikirkan. So unlike me tau dah tua-tua ni. Motto 'just do it' tak leh pakai dah. Hati dan akal banyak nau reasons masing-masing. Ke benonya dah more matured? Entah. Aku dok fikir yang aku takde baju nak pakai untuk pegi keje esoknya le, dok fikir kang pukul berapa nak sampai and since laki aku dok menumpang kat umah makcik dia while he's in Tampin, takut lak makcik dia kata apa though I know that she's a sweet person. Biasalah, perasaan sendiri kan. Dah tu, plannya, kalau ke Tampin pun, aku still and balik ke Semban untuk overnight. Kang moskel lak parents aku sebab baru Isnin pagi tu aku balik KL, then Selasa malam dah muncul semula. Disebabkan banyak nau fikir, aku kensel pegi kelmarin and decided to go on Wednesday, semalam.

On Tuesday gak, aku found out that laki aku tu dah ran out of fresh clothes to wear. Adalah, tapi banyak lagi baju tak berbasuh. Sian dia. Tulah, hari minggu hari tu aku nak buatkan laundry untuk dia, dia yang confident je kata tak yah sebab dah nak balik KL on Monday. Aleh-aleh, tak leh balik lagi. So bagus gak aku tak pegi selai sepinggang on Tuesday tu.. dapat gak aku siap-siapkan baju untuk dia, and bawak sama ke Tampin. Aku kan isteri mithali.. Ahak! And ofkos barang aku sepersalinan. Besides that, ada bagus gak aku tak pegi on Tuesday sebab hubby Alin buka kat luar on that day. Kalau aku ke Tampin, sian lak Alin kena buka sendiri dengan anak-anak. Aku kan kakak mithali.. *sabo.. jangan muntah!*

Finally, aku pegi gak Tampin petang semalam. Kebetulan, time aku plan-plan nak kuar tu, memang aku dah tak leh buat keje sebab server down. Baguslah kan alasan aku nak merambus kan! Kekekekeke! Aku bagitau laki aku yang aku nak kuar. Tapi tak le kata nak gi Tampin kan. Then, along the way tu, a few times aku call. Saje nak make sure yang dia tak buat surprise kat aku and balik KL lak kan! Naya sungguh kalau jadik itu macam kan. Dia lak tanya aku, apasal tak sampai rumah lagi le, dari mana le, nak ke mana le.. macam-macam. Aku kata le aku jumpa customer le, baru nak gerak le apa-apa je le.

Then, dah nak sampai rumah makcik dia tempat dia menumpang and patutnya ada time aku sampai, aku call lagi. Dia ada kata earlier tu yang dia nak gi pekan Tampin, tapi tak bagitau exactly kul berapa. Time aku call tu, dia kata dia baru masuk kete. Aku bajet-bajet, borak-borak dengan dia on the phone kasi dia lambat. Dah dekat betul, baru aku hang up the phone. Ahak! Harus aku selisih dengan dia kan? Aku alert je tengok jalan tu. Betul sungguh aku selisih dengan dia dekat sangat dengan umah makcik dia! Muahahahahaha! Aku hon dia, terkujat dia tapi senyum lebau! Terus dia patah balik ke rumah makcik dia and aku ikut di belakang.

Sampai umah makcik dia, dia masuk and bagitau makcik dia ada orang datang. Tapi tak cakap aku. Aku park kete terlindung sikit, so makcik dia tak nampak aku mula-mula tu. Bila aku memunculkan diri, terkujat makcik dia. Kekekekekeke! Harus wonder aku dari mana kan. Pastu, cakap kat laki aku, soh balik je le kalau dah sampai aku datang menurut gitu! Hahahaha! Idak le.. saje je kasi saprais. Siap kata aku budak nakal. Ahak! An kata kat makcik dia, aku memang selalu buat gini. Aku lepak jap kat umah makcik dia, then baru kitorang gi pekan together.

An ada orderkan beg dengan kasut raya untuk aku, boleh? So dia nak gi Tampin tu, nak amik barang itu benonya. Suka meks dapat kasut raya dengan beg raya tau!! Complete raya tahun ini! Ahak! Walaupun baju raya tak bayar lagi and tudung raya takde lagi, tapi still complete je aku rasa.

Lepas tu kitorang ke pasar juadah, beli sikit-sikit barang untuk buka. Balik umah makcik dia, aku tolong makcik dia masak sikit-sikit. Lepas buka, and lepas solat, aku gerak balik ke Semban umah parents aku. Memang plan nak tido Semban. Kang kalau aku tido Tampin, jauh lak nak gerak pagi-pagi buta gi keje kan. Tak kuasa aku! Layan le jalan yang gelap pekat tu pulang ke Semban. Nasib bulan puasa, so imaginasi aku kurang pasal hantu-hantu ni. Kalau tak, harus aku ngeri sorang-sorang!

Thank God the journey went well. Puas hati aku.

Oh ye.. masa aku tulis ni, the hubby is on his way back to yours truly!! Ahak!! Keje udah selesai di Tampin! Yippieeee!! Now I have baju raya, soon-to-have tudung raya, kasut raya, baju raya and the best of all is actually tu have the hubby back!! Yippieee!! Ooopppsss.. sabar.. sabar..! Ahak!

Ok.. tazkirah sikit.. pagi tadi sempat layan Kuliah Subuh kat tv masa lepas sahur. Aku baru tau, ada hadis nabi ni kata, jihad paling besar ialah jihad kita ke atas nafsu kita. Tuuu diaaa!!! Hadek-hadek, bulan Ramadhan ni setan suma kena ikat. So kalau nafsu nak makan segala benda, nak beli segala benda, tu suma datang dari kita. Lawan itu nafsu, and that's the biggest jihad. Ni dah hari-hari terakhir Ramadhan ni. Banyak-banyakkanlah ibadat, moga dapat pahala yang banyak. Ingat-mengingati sesama kita.. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. Uhuhuhuhuhu..

Daaaa..

Angah

Wednesday, 3 October 2007

Baju dan tudung

Semalam aku teringat-ingat nak call tailor aku nak tanya whether baju raya yang aku tempah dah siap ke belum. Aku hantar a couple of weeks before puasa, kalau tak silap aku. Dalam 7 lai, plus selai baju Emak. Baju MIL dia nak tempah sendiri, so idak le aku tolong tempahkan. Aku pesan kat tailor tu, yang penting kena siap, selai je baju aku and baju Emak. The rest can wait. Sebabnya, yang lain tu bukannya untuk raya sangat pun. More for baju keje je. Dah lama beno rasanya aku tak buat baju keje yang baru *"lama" adalah satu perkara yang subjektif, occayy!!*. Ahak! Lagipun, nak amik suma memang tak tertanggung aku nak bayar upahnya yang berharga RM40 sepasang. Meks sengkek occayy!!

Dalam pada aku yang teringat-ingat, tailor aku lak call aku malam semalam sewaktu aku menunggu panggilan kekasih hati. Bagitau aku, baju aku suma dah siap but one. Adoi! Efficient gitu tau! Tapinya, since aku ni regular customer dia, aku telah meminta untuk membayar sikit dulu. Tak larat meks nak bayar suma tau time-time kritikal ni. Tailor tu jawab, "Kurang duit raya aku. Nyesal aku siapkan baju kau dulu, nyah. Kalau aku tau, aku siapkan dulu baju orang lain! Hahahahaha!". Evil sungguh tailor itu. Keji. Muahahahahaha! Well, dapat customer evil kan, kena le dia evil gak. Nak buat camana..

Now ni, kena plan bila lak nak amik baju-baju itu semua *excited dah over occayyy.. tak sabar nak tengok itu baju-baju and nak try baju walaupun suma hanyalah baju kurung pesak yang ukuran tak penah berubah since bertahun yang lalu!* And lepas amik, ada satu lagi hurdle yang perlu ditempuh.. nak carik tudung yang sesuwei.

Alkisah nak carik tudung, bukan perkara yang mudah untuk aku. Aku cacat sikit when it comes to tudung. Ye, kena admit sebelum orang lain kutuk aku! Kekekeke!! Aku akan bawak kain tu or in this case baju yang dah siap tu, untuk mencarik tudung yang sesuai. Satu beg penuh dengan baju and bila sampai kedai tudung, akan aku punggah keluar baju-baju itu. Tugas tukang jual tudung tu pulak ialah mencarik tudung yang sesuai. Sesuai di sini hadek-hadek, membawa maksud ada warna dalam baju tu, yang matching habis dengan warna tudung iteww. Warna yang matching itu selalunya adalah warna bunga pada baju itu, ataupun something kat baju tu yang aku rasakan sesuai. Ye, yang aku rasakan sesuai.. bukan tukang jual tu! Sebab kalau ikut tukang jual tu, sesuai memanjang je kan.. Harus le sebab nak kasi laku tudung dia. Kosser.

Pastu, jenis tudung lak kan.. Aku cuma carik tudung bawal je untuk baju bunga-bunga. Kalau sesapa tak paham maksud tudung bawal, abaikan je le ye. Then kalau baju plain, aku akan carik tudung yang bunga-bunga dari jenis kain chiffon and nothing else. At least at the moment le. Tak pun, aku carik tudung bawal, tapi kaler kena matching dengan warna baju tu.

Ofkos, dalam pada susah nak carik kaler yang sesuai, harga pun kena sesuai gak, as in murah ye hadek-hadek. Selalunya, warna yang pelik-pelik ni cuma ada jenis bawal yang mahal je. Tak paham aku. Tak sanggup aku spend untuk tudung RM80! Gilos?? Baju pun baru RM20 sepasang and kalau campur jahit baru RM60 in total. Tak sanggup aku bayar untuk tudung RM80 walaupun kecur je tengok sulam kat tudung tu. Aiyo! Ada sekali tu, dah puas aku pusing Jalan TAR (where else kalau nak carik tudung kan!), cuma ada satuuuuuuu je kedai yang jual tudung bawal with kaler yang aku carik. Tapi, it's a very plain tudung. Takde sejurai sulam pun, takde sebijik batu pun. Macam, beli kain ela, potong empat segi and jahit tepi. Tapi, since that's the best that I could find, aku beli gak and puashati. Over, kan?

Tu pasal, aku jarang sangat beli tudung kalau aku tak bawak baju yang aku perlukan tudung itu. And, aku takkan pakai baju tu kalau aku takde tudung yang matching. Walaupun dah lama ada baju tu, selagi takde tudung yang sesuai, maka dok le baju tu diam-diam. Harus kena zakat kalau baju tu dibuat dari emas tau!

Adik aku yang selalu teman aku beli tudung, and tuduh aku gila tiap kali aku nak beli tudung. Kekekeke! Kalau aku ajak teman carik tudung je, dua-dua tu macam nak meroyan nak reject invitation aku. Suma tau betapa kering air badan nanti jadinya. Tapi tu dulu le, time diorang takde anak yang perlu diheret. Sekarang, bila diorang dah ada anak, aku pegi le jadik gila sorang-sorang bila takde orang nak teman. Takpe, janji puas.

Malam tadi, masa borak dengan kekasih hati, aku mentioned yang aku nak kuar bawak anak-anak Alin jalan-jalan lepas buka, lepas solat segala. Si kekasih hati ni tanya aku, nak bawak ke Jalan TAR ke. Harus le tidak, kan. Tu kes bunuh diri tu kalau buat camtu. Aku kata, ke Jalan TAR adalah tugas dia untuk bawak aku! Hiks! Nak nangis gamaknya dia dengar! Kekekeke!! Well, bini sorang kan.. Lakiku pun itu sorang je kan. Bila lagi nak aku dera kalau tak time-time musim perayaan ni. Ahak! Siap merayu kata tak payah le pegi tahun ni. Dah tu, kalau tak pegi, camana cite dengan tudung untuk baju aku yang 7 lai tu kan?? Kekekekeke! Harus ke aku pandang je baju-baju itewww di Hari Raya nanti?? Ish!

Oh, tapi ada gak baju yang aku pakai walaupun takde tudung matching. Baju t-shirt gitu. Kalau t-shirt, aku tak heran tudung dia. Aku ada beberapa lai tudung yang aku dengan adik-adik aku panggil 'tudung kebanyakan'. Kira, tudung tu will fit in any baju le. Tak kisah baju *t-shirt sahaja* apa pun. Ha, itu tudung, sudah ada dalam koleksi kitorang for ages. Adik-adik aku punya tudung tu dari zaman diorang mula pakai tudung something in the early 90s kot. Jenis kain cotton yang tak yah gosok punya tu. Lepas basuh, pakai je. Tak komot pun. Kitorang ada beberapa lai tudung tu, and itulah tudung yang paling aku sayang. Ahak!

Ok dah. Enough of cite kecacatan aku. Kosser cite banyak-banyak sangat. Kang tak pasal-pasal kang aku leh apply untuk OKU parking spot lak! Daaaaa...

Angah