Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 28 September 2007

Bila Rindu

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

First time aku dengar lagu ni was masa budak-budak AF nyanyi lagu ni ramai-ramai. Aku wonder lak nape lagu ni macam tak berapa nak glamer dulu. Bila dengar lirik tu, macam sedap je. Aku tak hafal lagu ni, tapi suka part-part "bila rinnduuuu.. terkenang mu sayang terasa saaayuuu.." uhuk! Macam kena lak dengan situasi aku sekarang.. Ahak! Idak le sayu! Over lah kan! Sedih le jugak berjauhan gitu, tapi idak le macam tidak dapat dibendung-bendung kesedihan itew kan.. Takat kat Tampin je pun. Kalau nak jumpa hari-hari pun boleh, cuma tak terbendung le pulak meks dengan duit minyak dan tol kan. Mampos lagi ada kalau buat gitu.

Benonya, bagus gak jauh-jauh gini. Tak penah kitorang berjauhan sejak kawen kan. Sekali je pun hari tu yang kitorang takde bersama, masa dia gi Pilah and aku kat Seremban. The rest of the nights, mesti dia ada dan aku ada. So bila dah berjauhan ni, baru le boleh rasa rindu-rindu itu. Indah benonya.. indah jugak sebab aku kembali bujang. Ada laki, tapi macam bujang. Bebas gitu nak buat camana pun in the sense that I don't have to rasa guilty nak balik lambat tinggalkan laki kat rumah ke, or wonder dia nak minum ke, dia nak makan ke etc. I can take my own sweet time doing my own sweet thing. Tapinya, time dia takde le pulak time ni sakit kepala kau nak menyerang tau. Time aku leh leklek gini, time ni gak kepala aku tak kasi chan aku nak berpoya-poya. Dengkis!

Aku dengan laki aku ni ala-ala bercinta lepas kawen. Masa sebelum kawen dulu, memang le macam belangkas ke sana ke mari, tapi cinta tu tak berapa nak hadir. Sayang tu ada, tapi cinta tu tak berapa nak ada. Jangan suruh aku define apa itu cinta, apa itu sayang sebab aku tatau camana nak describe itu rasa. Cuma yang go through tu je boleh memahami kot.

Lepas kawen, masa mula-mula tu, Tuhan je tau apa aku rasa. Rasa nak lari pun ada. Tapi sebab ramai orang pesan soh aku sabar, aku sabarkan je diri ini banyak-banyak. There's a lot of adjustments that need to be made. Banyak gila. Background yang berbeza, buat banyak benda susah. Tapi itulah namanya cabaran idup berkawen kan. Kalau senang suma, kang tak appreciate lak apa yang kita dapat kan. Syukur things get better setelah makan hati ulam jantung beberapa bulan.

After that, baru le macam orang dilamun cinta kot.. kekekekeke! The real honeymoon sucks, but the trip that we had to Kuching was great. Whatever it is, for as long as we are together, I am fine with it. Tak yah gi mana-mana pun, golek-golek kat umah pun, best. Tak yah gi makan mahal-mahal pun, makan cekodok tepung pun, best. Yelah, orang bercintalah katakan! Ahak!

End of this week, will mark the sixth month of our marriage. Diam tak diam dah enam bulan dah. Tapi, inai kat ibu jari kaki aku masih ada. Sahih le kuku lambat panjang punya jenis kan. Inai kat jari tangan pun, baru abih last couple of weeks benonya! Bila terpandang inai tu, terasa le macam pengantin lagi kan. Macam je le.. kekekekeke..

Ok le.. tatau apalagi nak tulis.. I'll be meeting the kekasih hati this weekend.. Yaahoooo!! Kekekekeke!! Tak sabar, u ols!! Ahak!

Angah

Thursday, 27 September 2007

Kids (and adult too!), say the darnest thing!

Aku dengan family Alin ke Chow Kit malam tadi sebab nak carikan sikit barang untuk someone di seberang lautan itewww, yang dah lama tak merasa makan certain exotic food. Saje je ajak diorang sebab kat tempat aku nak beli barang-barang tu, payah nak parking nanti. Kalau ada orang tunggu dalam kereta, senang jelah aku letak kereta tu kat mana-mana.

On the way tu, kat jalanraya dah banyak digantung lampu-lampu hiasan untuk Raya. Among others, ada lampu bentuk ketupat. Maka tercetuslah conversation antara Alia dan Adam. Alia ni, though she'll only turn 3 in October, tapi banyak dah words yang dia dah picked up. Pastu, mulut macam bertih digoreng. Asik nak bercakap je. Kata Abah, tu macam aku masa kecik.. Eerrr.. so tak leh komplen banyak-banyak le kan kalau dia bising gitu! Ahak!

"Ketupat tu tok leh makan.. nanti kena kaghen..", kata Alia. Entah apa le dia bebel dengan Adam earlier aku tak pasan. Aku, Alin dengan Anuar bantai gelak, tapi tak leh gelak pada diorang. Kalau tak kang, diorang stop borak, kan.

Pastu diorang sambung borak dua beradik, then.. "Ketupat tu isi beras, pastu letak lampu, pastu boh kaghen", tambah Alia lagi. "Kalau makan gak, apa jadik?", tanya Adam lak. Adam ni 5 tahun tau. Suka layan adik tu. Sayang nau dengan adik tu. "Kalau makan, nanti boom meletup.. terus kulit jadik itam.. macam ******!!". Ampunnnn!! Hadoi anak-anak buahku!! Kecik-kecik lagi, dah boleh buat perumpamaan hitam macam apa tau!! Terkedu kitorang the adults, pastu gelak!! Hampeh!! Diorang bodoh je sambung conversation. Kitorang je sakit perut gelak.


On another note.. aku call Uncle diorang yang berada di luar kawasan liputan tu semalam. Aku tanya dia, "Rindu kat I tak?". "Rindu", jawab dia. "Kalau rindu, nape tak sms?", tanya aku. "Lupa..", jawab dia. Huh? Lupa?? Boleh??? "Huh? Lupaaaa???", sekali aku sergah. Meks kezut ok dengan jawapan itu. "Eh tak.. ingat.. tapi bateri low". Boleh??? Uwaaaaaaaaaaaaaa!! Lakiku ittewwwww!!! Uwaaaaaaa!!! *merembes air liur mengenangkan nasib..* Kekekekekekekeke!!

Angah

Tuesday, 25 September 2007

Uncle mana?

Semalam laki aku udah pegi outstation. Mula-mula tu aku sedih berindu-rinduan le kan. Tapi bila dia dah pegi, aku ok je. Especially bila something bodoh happened yang buat hangin bertiup, terus rindu itu dah dok tepi. Apa benda bodoh tu, aku pun tak reti nak describe, so don't bother wonder pun. Itu hal ada kena mengena dengan keselfishan aku kot, so hanya aku sahaja yang memahami.

As usual bulan puasa ni, adik-adik aku Alin and Usu datang buka puasa kat umah aku. Anak Alin, si Alia dengan Adam tu, memang dari dulu suka nau main-main dengan Uncle An dia ni. Uncle pun rajin layan diorang, so sedap le diorang. Masuk umah, carik Uncle dulu. And semalam, masa dia datang, aku ada kat dapur tengah berperang memasak. Aku dengar Alia masuk, and terus tanya, "Uncle mana?". Alahhhhhai anak oi! Aku jawab le, "Uncle pegi keje". Pastu sibuk tanya bila balik etc. Sian aku tengok dia.

Sementara An takde, Alin and family akan dok kat umah aku menemankan aku. Aku gumbira, ofkos. Ada orang teman, kan. Idak le aku sunyi. Bila dah ada orang teman, rindu pun tak terasa. Aku sedap je dok umah tu. Lagi sedap sebab tak yah nak layan sapa-sapa pun. Buat hal sendiri macam masa bujang dulu.

Alia lak, gamaknya tak nampak batang hidung Uncle dia sampai dia dah nak tido, berdialog semula dengan aku.. "Auntie, Uncle mana?". "Uncle gi keje". "Uncle balik bila?". Alahai. Tatau aku nak jawab bila Uncle dia balik tau! "Uncle balik lama lagi sayang". "Lama? Besok?". "Tak. Lama lagi. Nanti dah nak Raya baru Uncle balik". As if budak 3 tahun tu paham maksud Raya. Gamaknya dah confuse abih, dia pun diam.

Hari ni, tatau dia carik lagi tak Uncle itu.


Angah

Monday, 24 September 2007

Meeting Gegar

Opocot! Kezut meks nampak nama meks Delinn bold kan kat entry dia yang paling atas itteww!! Kekekekeke!! Kot ye pun nak announce, usah le kasi bold gitu tau. Meks ni berjiwa halus, sensitif, senang terkezut. Bila nampak nama bold gitu, getar jiwa tau! Speechless! Sejuk beku tangan meks dah mengenangkan hari itu nanti.. hari di mana mek AKAN BERKUASA!! Muahahahahaha!!! Ahak! Ouch! Kecut perut lak. Adeh. Anyway, meks ingat, meks leh kasi sapraisss kat koreng kan. Tapi tulah kan.. si seksiteri tu dah buat announcement gitu. Terus korang tak saprais kan? Kan? Takpelah. Saprais dia nanti datang dalam bentuk yang lain.

Ha, ni aku nak tulis pasal meeting hari tu kat umah Arc/Budak. Joe kata, dia expect update by Monday. Ketaq aku. Terpaksa aku make sure update kuar hari ni gak. Delinn pun dah update awal-awal lagi dah. Kang aku lak dikata tak leh harap, kan! So baik aku update gak! Ahak!

Pagi Sabtu tu, aku pegi pasar tani dalam kul 11 pagi carik bahan nak masak as well as stok lauk untuk beberapa hari. Balik dari pasar tani, aku kopek ikan bilis yang aku beli setengah kilo tu, and An aku mintak tolong potongkan cili kering. Aku soh dia pilih benonya.. nak kopek ikan bilis, or nak potong cili. Dia yang pilih nak potong cili. Senang keje tu kan.. harus le dia pilih yang tu.

Pastu, dalam kul 1 aku mula blend cili yang dah dipotong An. Banyak tu. 3 kali blend! Aku selalu blend siap-siap dengan bawang sekali. Senang. Bila nak guna, tak yah kopek bawang dah. Pastu, siang ikan and cuci ikan and simpan ikan mana-mana yang tak nak guna. Pastu baru mula masak. At about 2.45 siap dah masak suma. Gerakkan laki aku yang sedang lena diulit intan lak nak soh dia siap-siap sebab nak kuar kul 3. Dia lak mintak lagi 5 minit le, pastu bila dah bangun, kitorang solat. Just nice nak kuar kul 3. Tapi, dia lak nak gi toilet atas urusan yang tak dapat dielakkan le. Sabo je le. Last-last, kuar at about 3.30 gak. Amik Limah kat umah mak dia, then amik Puteri. Tu pun just nice gak tu! Kalau aku awal, harus kena tunggu minah tu.

Kitorang sampai at about 4.20. Tak le lambat sangat. Yang dah ada masa tu was Wak, Delinn and Alangz kot. Aku tak ingat le kalau ada yang lain. Lepas solat Asar, at about 4.30 kot kitorang mula meeting. Wak mempengerusikan majlis le kan.. sapa lagi nak diharapkan. Yang ada masa tu were Wak, aku, laki aku, Delinn, Puteri, Limah, Alangz, Budak and Arc. Tapi Arc join sikit-sikit je sebab dia tuan rumah yang sibuk dengan hal ehwal dapur.

Wak brief diorang yang lain pasal what had been planned between kitorang hari tu. At least now the AJKs dah dapat clearer picture of what was discussed. Takleh le aku nak tulis suma kat sini kan. Cukuplan dengan aturcara basic yang Delinn dah published kat blog dia tu. And, bila dah meeting ramai-ramai tu, Wak kureng le pulak kevetoan dia. Huhuhuhu! I likes! Hahahaha! Yelah kan.. nak veto sangat, ramai tukang bangkang kan.. Kekekekeke!! Idakkk.. takde apa pun yang dibangkang. Suma ok je. Suma bagi pendapat masing-masing yang bernas gitu. All in all, it was a good discussion. Walaupun Delinn tak bawak the printout on what had been discussed earlier untuk reference yang lain, tapi still ok gak pemahaman diorang tu. Alkisahnya, dia dah subcon kan keje printing tu kat Yam, and Yam lambat sampai. By the time Yam sampai, meeting dah selesai. Coco pun sampai lambat gak dengan skandal dia. Tu alkisah, sesat barat tatau ke mana. Nasib baik sampai gak last-last tu. Coco angguk je masa orang kasi tau apa tugasan dia. Tatau dia paham betul-betul ka or buat-buat paham! Harapnya paham le ye! Ahak!

Meeting adjourned kul 6 lebih gitu. And we decided to hold another meeting on the 24th of October, a few days before the real event. Gementar jiwa tau! Kecut perut aku ni memikirkan hari yang bersejarah itu nanti. Ahak! Yes, I know.. I over! Apa-apa pun, AJKs diharap dapat menghadirkan diri, memfreekan diri on that 24th. Advance notice, kan.

Oh ni pesanan.. untuk suma yang nak hadir nanti kan.. aku nak kasi ingat sikit.. That day will be a Saturday, the second week of Raya. Selalunya, Raya ni, ramai yang akan buat open house. So, meks nak kasi ingat le kat suma ye.. Usah le book nak buat open house pada hari itu ye! Nak gi open house orang lain, boleh kalau open house tu belah siang. Tapi kalau belah malam, usah le gatal-gatal kata nak datang. Kang, terkejar-kejar lak kan. Tak pun, takkan nak bahagi dua badan tu kan?? So ingat ye hadek-hadek suma.. 27 Oktober, JANGAN BUAT OPEN HOUSE! And, JANGAN JANJI NAK GI OPEN HOUSE! Hingat! *Amaran keras dalam kelembutan gitu* Bukan apa, ahkak risau le kan.. karang dah makan macam-macam, camana nak makan lagi kat dinner kita tu kan.. pastu camana nak berdansa bagai! Ahak!

Habis meeting, menunggu time buka lak. Masuk waktu buka je, makanan dah penuh meja. Tak moh le aku tulis makanan apa yang ada kan. Tapi aku kenyang sampai sahur le. Tak sahur pun aku malam tu. Takat minum Melile* je.

Oklah.. tu je lah update I ols.

Oh, by the way.. I ols nak riak sikit.. I ols dah leh sarung baju kawen! Ahak! So kalau maintain, and tak naik masa Raya nanti, merasalah I ols bergaya dengan baju kawen tu... Kekekekeke!!

Angah

Friday, 21 September 2007

Bila tiba waktu itu

Kata orang, kalau kita mimpi gigi tercabut, maknanya ada orang yang nak meninggalkan kita. Tu kata orang. Aku tak tau betul ke tak. A few days ago, aku bermimpi gigi kacip aku bahagian bawah longgar macam nak tercabut sangat dah tapi lum tercabut lagi. Saspen sangat aku masa tu sebab aku tak nak le rongak. Aku lum sedia lagi untuk rongak gitu. Bila aku cite kan Alin, Alin saspen. Bukan pasal aku rongak, tapi the thought of losing someone. Or, someone sakit sebab gigi tu tak tercabut cuma longgar je. Alin kata, dulu masa dia mimpi gigi tercabut, and Emak pun mimpi yang sama, we lost our maternal grandfather. Tu yang Alin saspen tu. Owhhh..

Semalam lepas buka, at about 7.45pm, kawan aku La who had a bad car accident back in June and still recovering from her injury called. Aku last jumpa dia before puasa hari tu masa kenduri kat umah dia.. kenduri menyambut puasa. Since dia dah kuar hospital, aku tak visit dia frequently. She still hasn't gained the function of her hand tapi she is in much better condition now.

"Angah, bapak aku dah takde..", said La in between her sobs.

"Ha?", was my reaction macam dalam drama tv. Aku macam dengar apa dia cakap tapi macam tak leh nak comprehend. Lutut dah longgar.

"Bapak aku dah takde", she repeated.

Innalillahiwainnailaihirajiun.. Betullah apa aku dengar first time tu. Apparently, the day after kenduri kat umah dia before puasa hari tu, bapak dia was hospitalised. He has diabetes tapi masuk hospital sebab kaki bengkak. After he was treated untuk kaki bengkak, badan lak naik macam rashes. Mungkin sebab allergic ubat ke apa ke tatau. Then a few days ago, suddenly his kidney failed. Then semalam, suddenly his heart failed.

According to her, bapak dia takde lah bedridden ke. Cuma lemah je. And semalam pun, dia ok je. Less than an hour before his death, dia sempat pegi toilet dulu untuk buang air. He was assisted by a male nurse sebab he was weak and kena pimpin. Tu je. After that, La's mother sempat lapkan muka bapak dia ni, bersih-bersihkan sikit kasi segar le kot. And not long after that, out of sudden, dia sesak nafas. Help came, and they did what they could. Tapi sebab masa dia dah sampai, he passed on. Sekejapan gitu. Doktor pun terkejut gitu sebab they checked on his heart earlier, and it was ok. Tulah kan. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Aku insaf. Kematian selalu menginsafkan aku. Dia dipanggil Allah di bulan Ramadhan. Untunglah dia kalau dia dah manfaatkan Ramadhan yang lepas-lepas. Tapi diri aku ni tatau lagi apa nak jadik. Solat selalu dilalaikan walhal itu yang akan disoal dulu lepas mati nanti. Puasa pun tatau lengkap ke tak. Adeh. Moga-moga, bila aku dipanggil pergi nanti, aku dah bersedia. Cukup bersedia.

Semalam jugak berita mengisahkan pasal ujian DNA mayat budak yang dijumpai dalam beg sukan mengconfirmkan that she is Nurin yang hilang lama tu. Sedih le aku tengok berita tu. Masa buka, aku bukak cerita dengan MIL aku. Terus tak lalu makan orang tua tu. Sian lak aku tengok. Sedih sangat sampai ilang selera makan MIL aku. Nasib baik masa tu dia dah abih makan, cuma meratah lauk and makan dessert. Kalau tak, harus aku bersalah gila. Aku ingat dia dah tau. Yelah, dia dok kat umah.. so possibility dia dah tau pasal news tu dari tv tu ada. Rupanya dia tatau lagi. Alahai.. The parents are in denial, and aku teringat kisah Along Spoon yang mati kena bunuh dulu. Parents dia in denial and kat Along tu masih hidup. As far as I can recall, takde lak cite yang Along tu dah pulang. Entah. Whatever it is, the girl is already in heaven. In a much better place now. Memang binatang sangat yang buat benda tu suma kat dia. From the people that I talked tu, suma nak dera binatang tu kalau jumpa. So you binatang out there, siaplah kau!!

And hal duniawi sikit.. Jose Morinho left Chelsea. Sob.. sob.. sob..

Al-Fatihah untuk bapak La and adik Nurin.

Angah